Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Friday, July 12, 2013

Solat Sambil Pegang Quran, Handset dan Dukung Bayi

 photo 334170_339230366158428_667960581_o.jpg

Dengan nama Tuhan yang telah meletakkan setitis kasih dan cinta dalam hati ini dan kini telah membuahkan rindu yang tiada jua dapat kutahan jika tanpa sedikit ketenangan yang dikirimkan Tuhan buatku.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Beberapa hari yang lalu, ada dikalangan sahabat yang bertanyakan hukum memegang handset atau Quran semasa solat. Mereka bertanya kerana semasa melaksanakan solat terawih, ternampak orang dok belek-belek Quran tidak kurang pula yang asyik slide-slide handset sebab nak turut serta baca bersama imam.

Jadi mereka tanya apa hukumnya. Moh kita lihat apa jawapan daripada UIA.


Oleh itu, jika kita hendak membaca mushaf al-Quran ketika sembahyang tarawih, contohnya imam yang tidak hafiz dan tidak ada hafiz lain yang mengimami solat, maka dibenarkan bersembahyang dengan membaca direct dari Quran (walaupun ada segelintir imam yang hafiz tetap membaca dari Quran.) Kerana solat tarawih digalakkan dibaca panjang manakala jika melaksanakan solat sunat, digalakkan baca surah pendek-pendek sahaja.

Hal ini juga pernah diriwayatkan bahawa Aisyah r.a. bersembahyang tarawih di belakang hambanya, dan hambanya itu membaca dengan mushaf. Disebut oleh Bukhari secara muallaq 1/170, dan Ibn Abi Syaibah (2/338).

Imam juga boleh menggunakan mushaf saiz besar dan diletakkan di atas rehal di hadapannya. Ataupun jika dia memegang mushaf saiz biasa, ketika rukuk boleh diletakkan di atas rehal di sebelahnya.

Ibn Syihab ditanya tentang seseorang yang mengimami jemaah pada bulan Ramadhan dengan membaca di mushaf. Beliau berkata, "Mereka dahulu melakukan perbuatan demikian sejak awal Islam. Orang-orang terpilih dari kalangan kami pun membaca dengan (melihat) mushaf". (Muntaha al-Iradat 1/200)

Tetapi bagi makmum, tidak digalakkan membaca mushaf ketika solat kerana tidak ada hajat. Kerana makmum digalakkan mendengar bacaan imam. Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda "dilantik Imam untuk diikuti, jika dia bertakbir, takbirlah, bila dia membaca, diamlah.” (Ibn Majah, 695). Lagipun, jika seseorang itu memegang handset atau Quran semasa solat, maka beberapa tatatertib dalam solat tak dapat dilaksanakan. Contohnya, apabila seseorang itu pegang handset atau Quran, secara automatik mestila mereka perlu memegangnya kan. Maka tatatertib untuk meletakkan tangan kanan atas tangan kiri tidak dapat dilaksanakan. Selain itu, digalakkan melihat tempat sujud, jika membaca Quran atau handset, sudah pasti tatatertib ini juga tak dapat diikuti walaupun ianya sekadar sunat.

Bagi makmum yang memegang handset atau Quran, secara tidak langsung, boleh mengganggu solat orang lain. Memegang handset atau Quran mampu menghapuskan kekusyukkan diri malah mungkin mengganggu orang sebelah semasa membelek Quran atau slide handset.

 photo r32_RTX11I60.jpg

Oleh itu, para ulama dari kalangan  Mazhab Imam Asy-Syafie dan Mazhab Imam Hambali berpendapat boleh melaksanakannya.

Pendapat mazhab ini disampaikan oleh Imam Nawawi dimana beliau berkata,  "Seandainya dia membaca Al Quran dari mushaf, tidak batal solatnya, baik dia hafal atau tidak. Malah, wajib baginya melakukan itu (membaca dari mushaf) sekiranya dia tidak menghafal al Fatihah. Seandainya dia membolak-balikkan lembarannya (al Quran) di dalam Solat, tidak batal solatnya."

Ini juga dinyatakan oleh Imam Asy-Syafie secara nas di dalam Al Imla dan diterapkan oleh para sahabat (ulama' mazhab kami). - Imam Nawawi, Al Majmu', vol 4, hlmn 27.

Syaikh Rahibani mengambil pendapat Imam Ahmad r.a, beliau berkata, " boleh bagi orang yang solat (membaca, melihat dan memandang mushaf), iaitu melihat al Quran."

Imam Ahmad berkata "Tidaklah mengapa dia melakukan solat malam (qiyamulail) dengan orang-orang lain dengan dia melihat mushaf." Ditanyakan kepada Imam Ahmad radiyaLLahu anhu. "Bagaimanakah dengan solat fardhu"? Imam Ahmad menjawab, Aku tidak mendengar sedikitpun tentang hal itu."

Az Zuhri pernah ditanya tentang seorang lelaki yang membaca mushaf (ketika di dalam solat) di bulan Ramadhan. Beliau (az Zuhri) menjawab, "Orang-orang yang terpilih (tokoh-tokoh) di antara kami membaca al Quran dari mushaf-mushaf:. - Syaikh Ar Rahibani, Mathalib Ulin Nuha, vol 1, hlmn 483 dan 484.

Hanya pada kalangan ulama Mazhab Maliki sahaja yang menyatakan hukumnya (membaca mushaf) adalah makruh ketika sedang solat fardhu atau solat sunat. Sementara pada ulama' Mazhab Hanafi mempunyai berbeza-beza pendapat di kalangan mereka.

Atas dasar ini, Al Mumtahan berpandangan bahawa ianya kukuh dan kuatnya pendapat majoriti (kebanyakan) besar pada ulama' bahawa membaca al Quran dari mushaf di dalam solat itu adalah sah dan tidaklah ada dosa padanya.

Bagi yang bertanya mengenai solat sambil mendukung bayi. Kita tengok dulu apa jawapan dari UIA.


Ada juga yang berkata, tak dapat solat tarawih kerana tak ada orang nak jaga anak. Ini tidak mendatangkan sebarang masalah. 
 
Daripada Abu Qatadah katanya:

"Bahawa Nabi s.a.w. solat sedang cucunya, Umamah puteri Zainab, anak perempuan baginda, berada di atas belakangnya. Bila baginda rukuk, diletakkannya cucunya itu dan bila baginda berdiri daripada sujud diambilnya pula dan diletakkannya semula di atas belakangnya.”

Bahkan, sewaktu Sayyidina Hassan dan Hussin masih kecil, apabila Rasulullah SAW mengerjakan solat, baginda meletakkan mereka di sampingnya. Kedua-dua cucunya ini memperhatikan gerak gerik baginda dalam solatnya. Bahkan, ketika baginda sujud, kedua-dua anak itu melompat ke belakang baginda dan bermain atas belakang baginda.
 
 photo solat-gendong-bayi.jpg

Islam juga telah menyediakan jalan atau cara yang mudah untuk menunaikan solat disamping dapat menjaga bayi kita ketika beribadah.

Caranya:

1. Adalah baik sebelum itu, bayi yg mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis.

2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil menggendong bayi.

3. Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dan tidak perlu diletakkan di atas dada. Kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat.

4. Bacalah apa sahaja yg perlu dibaca dalam keadaan berdiri.

5. Lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.

6. Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu dan kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya.

7. Laksanakan seperti itu hingga solat selesai.

Mudah kan? Semoga selepas ini, tiada alasan lagi bagi kita sebagai muslim untuk tidak menunaikan solat hanya kerana ingin menjaga bayi kita. InsyaAllah.

Wallahu a'lam.

Thursday, July 11, 2013

Ambil Kembali Permata Itu

Dunia Islam hari ini ibarat kertas yang di cucurkan dengan api. Sedarkah tidak wahai mujahid-mujahid Islam di IPT bahawa tanggungjawabmu kian membesar? Kau lihatlah hari ini dunia Islam yang pegang itu di buat seperti sampah. Saudara-saudaramu dibunuh sesuka hati. Apa tugas dan apa yang kalian talah lakukan untuk Islam?

Masalah Mahasiswa Mahasiswi Islam hari ini adalah tiada matlamat ataupun matlamatnya tidak tepat.
Setiap orang dari kita mempunyai matlamat yang berbeza-beza.

Sedangkan apa yang Islam mahukan setiap penganutnya mempunyai 1 matlamat sahaja iaitu mendapat keredhaan Allah.

Ini semua adalah rancangan jahat orientalis dan sekularis yang ingin umat islam berpecah-belah.
Sekarang ini pun kita sudah lihat kejayaan mereka.
Berapa ramai pemuda-pemudi Islam yang hidup berpeleseran tiada hala tuju?

Berapa ramai pula yang hidup dengan kemaksiatan?

Semua itu telah menunjukkan betapa berjayanya musuh-musuh Islam dalam menyesatkan umat Islam.

Tidak cukup dengan itu,pendidikan tinggi kita pun jadi sasaran.

Bakal-bakal pewaris takhta kerajaan di lekakan dengan kemewahan dan keseronokan.
Unuversiti kini jadi medan pertaruhan musuh-musuh Islam sejauh manakah kejayaan mereka dalam menyesatkan orang-orang Islam.

Dengan skop pembelajaran yang dibawa dari barat,pendidikan mahasiswa di universiti kini mengarah kepada pemecahan kesatuan dari segi pemikiran yang berpusat tidak lain hanya kepada Allah.

Mahasiswa diterapkan dengan nilai personal yang tinggi dan sifat bersatu dibunuh sama sekali.
Universiti hari ini tidak ubah seperti kilang yang menghasilkan produk muslim yang langsung tidak berkualiti.

Matlamat hidup yang berbeza-beza antara setip mahasiswa islam telah menghilangkan sama sekali rasa ukhwah antara mereka dan tidak ada pun perasaan bersaudara sesama muslim.

Kita lihat semakin ramai mahasiswa islam yang berkelahi sesama sendiri semata-mata atas alasan pemahaman politik yang berbeza.

Apa pula terjadi pada pelajar mahasiswa bukan Islam?

Mereka semakin sibuk dengan pelajaran dan kecemerlangan.

Keadaan dan senario politik kampus tidak pernah di endahkan dan mereka hanya tersenyum apabila melihat mahasiswa-mahasiswi Islam ini berkelahi sesama sendiri.

Sedangkan apa yang perlu di titik beratkan semasa hidup di IPT adalah mengumpul ilmu sebanyak mungkin.

Sebagai seorang pelajar Islam yang berpelajaran tinggi,sejarah Islam ketika permerintahannya menjadi agong di mata dunia suatu masa dahulu tidaklah perlu diabaikan dan hanya tinggal menjadi sejarah.

Ilmu-ilmu Islam yang telah dicuri oleh barat suatu ketika dahulu perlulah kita anggapkan sebagai permata Islam yang hilang.

Mahasiswa Islam tidak boleh leka lagi.
Kita perlu ambil kembali permata kita yang hilang itu untuk kita bina kembali zaman kegemilangan Islam dan kita buktikan pada dunia Islam adalah satu-satunya cara hidup yang terbaik.

Ayuh!Bangunlah wahai Mujahid-Mujahid Allah.
Bangkitlah.
Hilangkan segala lena dalam hidupmu.
Kembalikan semula martabat Islam dimata dunia.
Segalanya terletak atas bahumu wahai pejuang.
Jangan kau leka lagi dengan wang pinjaman tak seberapa itu.

Jangan pula kau sibuk mencari pasangan.
Dan jagan sesekali kau junamkan dirimu ke lembah maksiat.

Sediakan diri untuk memikul amanah Allah.
Bersedia untuk kita sama-sama bina sejarah Islam yang gemilang .


Ar-Ruhul Jadid Fil Jasadil Ummah

Sebab-sebab Hati Tak Tenang


angry photo: ANGRY homestuck_gif_4_by_danny_rex-d5ee9pv_zps7737487d.gif

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

hati yang baik photo cartoonislammuslimahALLAHpink.png

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..) 


3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

greedy photo: Greedy Greedy.png

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut.walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak.lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

sabar photo: sabar yaa sabar.gif
6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

no ego photo url.gif

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.

riyak dan ujub photo UJUBRIAKTAKBUR.jpg

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.

cinta dunia photo cinta-dunia.png

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. - biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah.

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

" Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau sesatkan Hati kami setelah Engkau beri Petunjuk Yang benar dan Berilah kami rahmat. Sesungguhnya Engkau MAHA Pemberi. " [AL-Imran, ayat 8]

Wednesday, August 8, 2012

Koleksi Mahabbahislamiyah


Dengan nama Tuhan yang telah meletakkan setitis kasih dan cinta dalam hati ini dan kini telah membuahkan rindu yang tiada jua dapat kutahan jika tanpa sedikit ketenangan yang dikirimkan Tuhan buatku.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Pertama sekali, AM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka-mereka yang mengunjungi blog AM yang tak seberapa ni. Terima kasih juga kepada mereka-mereka yang berkongsi maklumat untuk dimanfaatkan oleh semua sahabat yang lain.


Dengan sedikit kesabaran dan kesenangan dikurniakan Allah s.w.t. AM telah menyediakan beberapa posting dari blog AM dalam bentuk PDF. Dalam folder yang telah dicompresses, AM telah masukkan sebanyak 232 cerita, petua, sejarah, dan lain-lain lagi samada yang terkandung dalam blog AM dan yang tiada dalam blog. Kandungan file adalah seperti berikut :

1. Bagaimana Mengatasi Kekecewaan
2. Bahaya Merokok
3. Bai'ah dan Tuntutan Syahadah
4. Bangkai Yang Dihalalkan Syara
5. Banyak Bercakap Sifat Tercela
6. Banyak Ketawa Buat Hati Mati
7. Bayan Masturat
8. BEBERAPA KISAH LUCU BERIKTIBAR YANG PERLU KITA FIKIRKAN
9. Beberapa Sabda
10. Bencana Bila Tinggalkan Ajaran Rasulullah
11. Bencana-bencana Lisan
12. Berjuang Di Makkah Dapat Sokongan Di Madinah
13. Berpeganglah Pada Tali Allah
14. Bersabar Hadapi Karenah Suami Isteri
15. Bila Azan Berkumandang
16. Bila Malaikat Mencabut Nyawa
17. Bimbingan Rohani
18. Buah Bongkar Rahsia-Mu
19. Buat renungan bersama
20. Bukan mudah untuk menjalinkan persahabatan
21. Cabaran Dunia Akhir Zaman
22. Cahaya Muka Nabi
23. Cantik wanita
24. Cegahan Daripada Sikap Bakhil
25. CERITA TAULADAN
26. Cermin Diri
27. Cinta & Suka
28. cinta sejati seorang lelaki
29. Cinta Yang Hakiki
30. Cinta
31. cintaku cintaMu
32. cintan
33. cuci moto
34. Dari SMS
35. Diari Seorang Isteri
36. disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
37. Doa Atabatul Ghulam 2
38. Doa Atabatul Ghulam
39. Doa Dalam AlQuran
40. Doa Dalam Hadis 1
41. Doa Istikharah
42. Doa Khatam Al-Qur'an
43. Doa Lembut Hati
44. Doa Mohon Zuriat Soleh
45. Doa mudah bersalin
46. Doa Mudah Hafal
47. Doa Solat Sunat Dhuha
48. Doa Solat Terawih
49. Dosa Mungumpat Hanya Boleh Diampun Oleh Mangsa
50. Fadhilat Ayat Kursi
51. Fadhilat Bulan Rejab
52. Fadhilat Membaca Bismillah
53. Ganjaran Amalan Digandakan Pada Jumaat
54. Herba Untuk Kesihatan
55. HIMPUNAN DOA DALAM SETIAP KEADAAN
56. Jadikanlah Dirimu Orang Alim
57. Kala Jengking Neraka
58. Kalimah Allah pada bola
59. Kata-kata Nasihat Ibnu Quyyim
60. Keadaan Manusia Di Padang Mahsyar
61. Kelebihan Khusyuk Dalam Solat
62. Kelebihan Syaaban
63. keluarga bahagia
64. keluarga muslim
65. Kemanakah Arah Kita Selepas Dibangkitkan Dari Alam Kubur
66. KeSilaPan KeRap WanitA TentAnG Aurat.
67. Keturunan Nabi SAW
68. Khadijah dan Rasulullah
69. Khutbah Nabi Mengenai Dajjal
70. Kisah perbualan antara Junjungan Nabi Muhammad s
71. Lambang Zionis
72. Lelaki Kacak Hadis yang Menarik
73. Lidah Tergaman Apabila Tangan Bertutur
74. Maksud ikhlas niat
75. Manusia tempuh tiga peringkat alam
76. masyar
77. Mayat Baca Yasin
78. Mengorbankan Perasaan
79. Mimpi Nabi SAW
80. Minum air waktu sahur dari perspektif perubatan
81. Minum
82. Mukjizat Israk dan Mikraj
83. Musyrikin Gagal Halang Nabi Memasuki Makkah
84. Mutiara Kata untuk Dirasa
85. MUTIARA KATA
86. Nabi dan Rasul
87. Nasihat Luqman Al-Hakim
88. Orang Yang Telah Memperbanyakkan Amal
89. Pahala Mentaati Ibu Bapa Melebihi Jihad Fisabilillah
90. Pembohongan Yahudi Terhadap Allah
91. Pencabulan Terhadap Perjanjian Damai Hudaibiyah
92. Pengakuan Bekas Paderi
93. Penjelasan tentang Dosa
94. perancangan 700tahun
95. Perihal Doa
96. Peristiwa Tulisan Agung
97. Pesan Roh Kepada Manusia
98. Pesanan Iman Al
99. Pesanan Nabi Muhammmad
100. Pesanan Rasulullah Kepada Abu Dzar
101. Pesanan Rasulullah S
102. petua mencari lelaki yang baik
103. Petua Murah Rezeki dan Dijauhi Kesulitan
104. Petugas Keamanan Perlu Contohi Umar Al-Khattab
105. RAHSIA IBLIS
106. Rahsia Kurma
107. Rahsia Solat Lima Waktu
108. Rasulullah bertaubat 100 kali sehari
109. Rasulullah Di Hari Kebangkitan
110. Rasulullah punya penjagaan makanan yg sangat baik
111. Realiti Islam Agama Perjuangan
112. Realiti Pertembungan Islam Dengan Jahiliyyah
113. Rencah Rumahtangga Bahagia
114. Renungan Bersama
115. Renungilah dgn pandangan mata hati
116. RENUNGKAN BAGAIMANA KITA MEMBALAS JASA IBU
117. Renungkanlah
118. Sabar antara 6 sifat orang bertakwa
119. Sayang
120. SEBAB hati tak tenang
121. Secebis kisah CINTA nan indah dari seorang lelaki
122. Sejarah Bermulanya Perjuangan Islam
123. sejarah imam syafie
124. Sejarah Solat 5 Waktu
125. Sekadar panduan kehidupan
126. Selawat 1
127. Selawat 2
128. Selawat 3
129. Selawat 4
130. Selidiki tarikh lahir anda
131. Sembilan pembaziran tanpa disedari
132. Seorang wanita solehah adalah
133. Sepuluh Jenis Seksaan Yang Menimpa Wanita
134. Shalahuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub
135. Siapakah dia mukallaf
136. Siapakah orang yang sibuk
137. Siapakah Org Yg Sombong
138. Siapakah wanita solehah
139. Siapakah Yang Rugi Dan Siapakah
140. Sifat Rasul
141. Sinar Cahaya Ayat Kursi
142. Siti Hawa wanita paling cantik
143. SOLAT TAHAJUD
144. SRIKANDI MUJAHIDAH DI TERATAK SAYYID QUTB
145. Suara Dari Kubur Nabi
146. Suatu Pengertian
147. SUKA, CINTA DAN SAYANG
148. Sukarkah Menjadi Isteri Solehah
149. Syarat-Syarat Mencapai Kemenangan
150. Syarat-syarat wanita dikahwini
151. Taqwa, Cinta & Zuhudnya Para Sahabat
152. Tarawih dan Selawat
153. tarawih palsu
154. Teguran utk sume muslimah
155. Teka teki agama
156. THE TRUTH ABOUT GIRLS
157. Tidur Nabi SAW
158. Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
159. Tiga golongan wanita dijanji syurga
160. Tips Untuk Muslimah Yang Cantik
161. TIPS utk wanita
162. Tubuh badan perempuan dari sudut pandangan lelaki
163. Tudung antara aurat dan fesyen
164. Tujuh Kalimah
165. tutup aurat itu tetap anggun
166. Ucapan menarik golongan munafik
167. Ujub Merosakkan Ibadat
168. Usrah Muslimah
169. Wajib Bersikap Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadah
170. WANITA MITHALIYYAH
171. wanita beriman lebih mulia drpd bidadari
172. Wanita- ciptaan Allah yg amat suci
173. wanita dan perjuangan dakwah
174. WANITA IBARAT EPAL
175. WANITA IDAMAN LELAKI
176. Wanita Itu Rumput Semalu
177. wanita kekuatan bagi lelaki
178. Wanita menarik 4 golongan lelaki
179. WANITA PALING RAMAI KE NERAKA
180. wanita solehah lebih cantik drpd bidadari syurga
181. Wanita solehah taat kepada suami
182. Wanita solehah taat kpd Allah
183. Wanita Teladan;Naelah Al-Farafisyah
184. Wanita tiang negara
185. Wanita Tomboy
186. Wanita yang Mendapat Pujian Dan Wanita yang Dilaknat Allah
187. WANITA YG MULIA DLM PANDANGAN ALLAH
188. Warkah Untuk Mu Adam
189. Wuduk
190. 5 SYARAT UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT
191. 6 Perkara Yang Mendorong Seseorang Itu Mengumpat Menurut Imam Al Ghazali
192. 9 Jenis Syaitan
193. 9 kategori sembahyang
194. 10 Amalan Yang Terbalik
195. 10 ciri pilih bakal suami
196. 10 kunci persahabatan yang baik
197. 10 Mayat Tak Akan Reput
198. 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S
199. 10 Perkara Mengenai Menutup Aurat
200. 10 Perkara Untuk Meraih Kebahagian
201. 10 Perkara Yang Mensia
202. 10 Wasiat Untuk Diamalkan
203. 12 Golongan Umat Bangkit Dari Kubur
204. 15 tanda kematian mulia
205. 16 Golongan Tidak Akan Dapat Menatap wajah Allah SWT
206. 19 Hadis nabi mengenai wanita
207. 25 Jenis Wanita
208. 40 Kesilapan Ibu Bapa
209. Adab amar maaruf nahi mungkar
210. ADAB BERJIMAK
211. Adakah Ruang Untukku
212. Adam dan Hawa
213. Air Mata Nabi Adam
214. Air Mata Rasulullah
215. Aku, Kamu dan Dia
216. Al-Quran Penyembuh Penyakit
217. Al-Quran
218. Amalan berzikir pelindung ketika perjalanan
219. Amalan Yang Dibawa Selepas Mati
220. Ambil Kembali Permata itu
221. Ambillah Masa
222. Antara Ibu dan Isteri
223. Antara sifat Mazmumah
224. Apa Punca Anak Derhaka
225. Apa Yang Kita Kejar
226. Apakah doa kamu
227. Apasal la aku malas sembahyang
228. April Mop
229. ASAL JIN
230. Asal-Usul Krismas
231. AURAT
232. Bacalah Yassin

Selain itu, sebagai bonus, AM telah selitkan beberapa PDF sebagai panduan mentafsir mimpi dan juga program fatwa Yusuf Al-Qaradhawi.

Dengan adanya file ini, AM harap rakan-rakan dapat manfaat selain daripada mengisi masa lapang di bulan puasa yang sudah tiba ke penghujung.

Yang baik datangnya daripada ALLAH dan yang buruk juga daripada ALLAH. Cuma disampaikan melalui kelemahan AM sebagai hamba yang lemah dan dhoif.

Untuk download file, anda boleh klik DI SINI

Monday, August 6, 2012

Antara Nuzul Quran dan Lailatul Qadar


Dengan nama Tuhan yang telah meletakkan setitis kasih dan cinta dalam setiap insan dan DIAlah jua yang memberikan ketenangan dalam menghadapi segala perasaan yang terbuku dihati.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh

Baru-baru ni, AM ditanya perbezaan antara Nuzul Quran dan Lailatul Qadar, Bukankah kedua-duanya sama, jadi kenapa Nuzul Quran jatuh pada 17 Ramadhan manakala Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir?

Jadi sebelum AM menerangkan lebih lanjut, biarlah diterangkan dulu definisi perkataan tersebut.

Menurut kamus DBP Edisi Ke-4, Nuzul membawa erti "turun". Oleh itu, perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Turun dari mana akan kita kupas sebentar lagi.

Menurut Hamka, Lailatul Qadar memberi dua makna, yang pertama ialah kemuliaan kerana setengah dari erti qadr itu ialah kemuliaan. Kedua pula bermaksud penentuan kerana pada waktu itulah mulai ditentukan langkah yang akan ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w didalam memberi pertunjuk kepada umat manusia.

nuzul quran Pictures, Images and Photos

Baiklah, sebenarnya yang membezakan Nuzul Quran dan Lailatul Qadar ialah tarikh penurunan. Seperti yang kita sedia maklum, ramai ulama sepakat menyatakan bahawa tarikh Nuzul Quran (Penurunan Al-Quran kepada Baginda Rasulullah s.a.w) adalah pada 17 Ramadhan. Namun begitu, terdapat beberapa tarikh lain yang menjadi pendapat beberapa ulama lain.

Mengenai tarikh turunnya Al-Quran kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Ada 1 kisah disebaliknya. Kitab Sirah Ibn Hisyam berhubung tajuk “ Ibtida’ Tanzil Al-Qur’an” ada menceritakan mengenai "Hari Al-Furqan" berdasarkan ayat dibawah:


وَاعْلَمُوا أَنَّمَا غَنِمْتُم مِّن شَيْءٍ فَأَنَّ لِلَّهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ إِن كُنتُمْ آمَنتُم بِاللَّهِ وَمَا أَنزَلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا يَوْمَ الْفُرْقَانِ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Yang bermaksud: Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk RasulNya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir yang keputusan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada "Hari Al-Furqaan", iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Surah  al-Anfal ayat 41]

Untuk makluman. Perang Badar juga berlaku pada 17 Ramadhan Tahun ke-2 Hijrah.

Ok, balik ke landasan. Secara amnya, Nuzul Quran bererti penurunan Al-Quran kepada Baginda Rasulullah s.a.w secara berperingkat selama 23 tahun. Yakni 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Malah ada juga yang menyatakan secara tepat, dari wahyu pertama hingga wahyu terakhir mengambil masa 22 tahun 2 bulan 22 hari (betul atau tidak, hanya Allah yang lebih mengetahui).

Bukti penurunan Al-Quran secara berperingkat juga telah diterangkan oleh Allah s.w.t dalam firmanNYA:

وَقُرْآنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَىٰ مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنزِيلًا

Yang bermaksud : Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur. [Surah Al-Isra’ ayat 106]

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَا نُزِّلَ عَلَيْهِ الْقُرْآنُ جُمْلَةً وَاحِدَةً ۚ كَذَٰلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِ فُؤَادَكَ ۖ وَرَتَّلْنَاهُ تَرْتِيلً

Yang bermaksud : Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu. [Surah Al-Furqan ayat 32]

Lagipun, jelas sekali Al-Quran turun sebelum dan selepas hijrah. Maka jelaslah Al-Quran turun(kepada Baginda Rasulullah s.a.w) secara berperingkat.

Lailatul Qadar Pictures, Images and
Photos

Mengenai Lailatul Qadar pula, ulama berpendapat terdapat beberapa peringkat penurunannya.

بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَّجِيدٌفِي لَوْحٍ مَّحْفُوظٍ

Yang bermaksud: (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz. [Surah Al-Buruj ayat 21-22]

Ini adalah yang utama, dimana Luh Mahfuz merupakan semulia-mulia tempat untuk Al-Quran yang mulia. Maka ulama sepakat, peringkat pertama adalah dari Allah kepada Luh Mahfuz.

Seterusnya, ulama sepakat dari Luh Mahfuz, Al-Quran diturunkan kepada Baitul Izzah yakni langit dunia. Dimana? Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Walaupun tiada jelas yang menyatakan ianya turun kepada Baitul Izzah dalam Quran, akan tetapi, Allah ada berfirman:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ


Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,[Surah al-Qadr ayat 1]

Ayat di atas telah disepakat oleh ulama berikutan peristiwa penurunan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Manakala ayat dibawah menerangkan bahawa Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan dan malam yang pernuh berkat

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ


Yang bermaksud: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. [Surah Al-Baqarah ayat 185]

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ ۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ


Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). [Surah Ad-Dukhaan ayat 3]

 Menurut Al-Hakim, Al-Baihaqi, dan An-Nasa’i, Ibnu Abbas r.a berkata, “Al-Qur’an diturunkan sekaligus ke langit dunia pada lailatul Qadr (malam al-Qadr). Kemudian setelah itu, ia diturunkan selama dua puluh tahun.”

Al-Qur\'an Pictures, Images and Photos

Mengenai peringkat ketiga, AM pun dah jelaskan pada bahagian Nuzul Quran di atas.

Mungkin maklumat yang AM sampaikan ini ramai dah tahu, AM pasti ramai yang tahu. Tapi tak salah kita refresh balik. After all, Ramadhan bulan amalan, BUKAN bulan makan.

Seronok bila kita kaji mengenai Al-Quran, menunjukkan kita sayang Al-Quran dan secara tidak langsung, menyaksikan kebesaran Allah s.w.t.

Jika kita lihat, sering kali ada perselisihan pendapat dikalangan ulama mengenai Al-Quran, ia membuktikan bahawa mereka cintakan Al-Quran dan mengkaji Al-Quran.

Seharusnya, kita bukan setakan baca sahaja tanpa mengetahui maknanya. Segala isi kandungan perlu difahami dan diamalkan.

Ingat, Al-Quran boleh menjadi pembimbing kita ke syurga, dan Al-Quran juga boleh melemparkan kita ke neraka.

Akhir sekali, marilah sama-sama kita mencari keredhaan Allah, menjejak malam Lailatul Qadar, malam yang dikatakan lebih baik dari seribu bulan @ 83 tahun.

Semoga Allah redha dengan usaha kita dalam perjuangan mencari keredhaanNYA.

Yang baik datangnya daripada Allah, dan yang buruk juga daripadaNYA, cuma disampaikan melalui AM sebagai hambaNYA yang dhoif dan lemah.

Wallahu A'lam


Monday, July 16, 2012

Aku, Kamu dan DIA


Aku, Kamu dan DIA



Aku sayang kamu
Aku sayang DIA
Tanpa DIA kita tak mungkin bersua
Kerana DIA aku mampu lihat kamu
Kerana DIA aku boleh lihat dunia

Aku sayang kamu
Aku juga sayang DIA
DIA yang mengajar tentang semua
Tentang kehidupan
Tentang manusia
Tentang kamu

Jangan kamu pisahkan
Antara aku dan DIA
Andainya aku..
kau tinggalkan
Aku hanya di gelar...
"bekas" kekasih...

Tapi.............

Jika aku tinggalkan DIA
Tiada 'bekas' untukku
Tiada 'bekas' untuknya

Kerana.............

Darah merah yang mengalir
adalah darah DIA.....

kemaafan darimu .. ku pinta
Aku tidak sayang kamu
Tanpa restu dari DIA
Aku tidak akan sayang kamu
Tanpa keredhaan NYA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...