Untuk membangunkan satu kehidupan agar selamat di dunia dan selamat di Akhirat, agar masyarakat makmur dapat pula keampunan Tuhan, kemajuan dan tamadun tercapai, akhlak yang mulia juga wujud dan jadi budaya di dalam kehidupan, ia bak bunga yang kembang di taman yang indah yang sangat menarik pandangan dan tempat jatuhnya hati manusia, kekayaan dan makan minum mewah, budi juga mewah dan terserlah, kemudahan-kemudahan hidup cukup, tapi disiplin dan tatasusila manusia juga tinggi, tamadun tinggi tapi manusianya merendah diri, maka roh atau hati atau jiwa manusia hendaklah dibangunkan.
Dari pembangunan jiwa, lahir tamadun kerohanian atau akhlak yang mulia atau terbangun insaniah manusia yang dikatakan oleh kita selalu iaitu jati diri. Di dalam diri manusia, roh adalah sebagai raja, akal sebagai penasihat, nafsu adalah musuhnya manakala anggota lahir (jawarih) adalah rakyat di dalam diri. Kalau raja di dalam diri baik, seluruh anggota (rakyat di dalam diri) menjadi baik. Samalah seperti di dalam sebuah negara, ada keterangan di dalam kitab mengatakan:
Maksudnya: “Manusia itu mengikut agama pemerintahnya.”
Ertinya bagaimana sikap pemerintah begitulah sikap rakyatnya. Begitulah pemerintah di dalam diri (hati atau roh). Bagaimana keadaannya begitulah anggota lahirnya sebagai rakyat di dalam diri. Kalau hati baik (raja di dalam diri baik), maka baiklah anggota lahir manusia (rakyat di dalam diri). Kalau hati jahat maka jahatlah seluruh anggota lahir manusia.
Ia memang telah ditegaskan oleh Hadis Nabi: Maksudnya: “Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh badan, apabila dia rosak, rosaklah seluruh badan. Ketahui olehmu itulah dia hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Justeru itu hati (roh) wajib dibangunkan dengan cara dididik dan diasuh. Ini kerana dari pembangunan jiwa, lahirlah kebudayaan, tamadun kerohanian dan akhlak mulia yang sangat penting. Ia tempat pandangan Allah dan tempat jatuh hati manusia. Dan kerana itulah para rasul dan para nabi alaihimussolatuwassalam diutus oleh Allah SWT demi untuk pembangunan insaniah tersebut. Mereka tidak diutus kerana pembangunan material dan fizikal. Pembangunan material, tanpa rasul dan nabi pun manusia boleh membangunnya. Itu memang telah dibuktikan oleh sejarah, manusia membangun tidak perlu adanya orang kerohanian seperti rasul dan nabi atau ulama ul amilin. Contohnya bangsa Rom, Yunani, Farsi, bangsa-bangsa yang disebut di dalam Al Quran seperti kaum ‘Aad, kaum Tsamud, kaum Saba’ dan bangsa Babil atau Babylon. Mereka membangun dan menegakkan tamadun tanpa orang-orang kerohanian bahkan mereka menolak para rasul dan menentangnya. Lantaran itulah juga Rasulullah SAW pernah bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan kerana menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Malik)
Maksudnya: “Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya.” (Riwayat At Tabrani)
Perlu diingatkan bahawa membangunkan insaniah untuk melahirkan akhlak yang mulia pada seorang manusia, tidak semudah yang kita sangka. Betapalah kalau satu keluarga, sebuah sekolah, satu kampung, satu mukim, sebuah daerah, satu negeri, lebih-lebih lagilah satu negara. Membangunkan material seperti membangun sebuah bangunan 100 tingkat mungkin lebih mudah daripada membangunkan insaniah seorang manusia. Membangunkan pencakar langit setinggi 100 tingkat mungkin boleh siap dengab memakan masa tiga tahun, tapi hendak membangunkan insaniah seseorang manusia, mungkin memakan masa 30 tahun, itu pun belum tentu berjaya. Lantaran itulah untuk pembangunan insan ini Allah datangkan orang-orang-Nya iaitu para rasul dan para nabi alaihimussolatuwassalam. Selepas itu mereka yang tunduk kepada ajarannya seperti para auliya, kemudian para ulama ul amilin, paling tidak orang yang soleh.
Apabila disebut akhlak, akhlak yang utama terbahagi kepada dua iaitu:
Pertama: akhlak kepada Allah.
Kedua: akhlak kepada manusia.
Akhlak kepada Allah, di antaranya yang paling besar selepas beriman kepada-Nya ialah menyembah-Nya (sembahyang), ikhlas, rasa bertuhan, ertinya hati sentiasa merasa di mana sahaja kita berada, Allah sentiasa mengawasi, melihat dan mendengar terhadap kita, rasa malu, rasa takut, rasa kasih, sabar, redha, tawakal, khusyuk, khuduk.
Akhlak kepada manusia di antaranya kasih sayang, pemurah, mesra, adil, amanah, menunai janji, bercakap benar, merendah diri, bertolak ansur, ziarah-menziarahi, berlemah-lembut, bertolong bantu, baik sangka.
Selain dua bahagian akhlak yang utama ini ada lagi akhlak dengan haiwan dan jamadat seperti pokok, batu dan lain-lain lagi. Kita tidak boleh menyeksa binatang sesuka hati. Kalau kita memeliharanya seperti kambing, disediakan kandangnya, makan minumnya, sakit diubati, jika disembelih gunakan pisau yang tajam. Begitu juga dengan jamadat seperti pokok, kita tidak boleh menebang pokok sesuka hati, mesti ada maksud dan tujuan yang memberi manfaat.
Begitu sekali luas akhlak di dalam ajaran Islam dan begitu indah sekali akhlak yang dianjurkan oleh agama akhir zaman ini. Ia bersifat sejagat, ia disukai oleh semua manusia sekalipun orang bukan Islam. Justeru itulah kalau umat Islam kembali berakhlak seperti zaman tiga kurun selepas Rasulullah SAW, umat Islam akan dihormati semula oleh dunia kerana dengan akhlak yang mulia terlalu sedikit orang hasad dengki. Kerana akhlak bersifat sejagat laksana bunga yang indah, tidak ada orang yang tidak suka dan tertarik.
Salam Alaikum
BismillÃh HirRohmaanir Rohimm
Kata Hikmah AM
~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~
biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..
yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"
Ahli Jemaah
Network Blogger
Demi Masa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.
There’s No Copyright In Islam
Wednesday, December 1, 2010
Mengapa Pentingnya Menjaga Roh
Lazimnya manusia sangat memberi perhatian dan mengawasi kesihatan fizikal. Pengawasan dibuat dengan seribu satu macam cara. Apabila mengalami sakit atau sebarang gangguan, biasanya tanpa lengah lagi manusia akan segera menemui doktor. Andainya tidak berkesan daripada rawatan biasa, berpindah pula ke doktor atau rawatan pakar.
Anehnya, tidak demikian sikap manusia dalam menghadapi penyakit hati atau rohani. Sama ada manusia mengambil sikap terus tidak peduli langsung atau memandang remeh terhadap persoalan hati atau roh. Padahal kesan dan akibat daripada penyakit hati atau roh bukan sahaja mencetuskan berbagai kejahatan dan kemungkaran malah akan diseksa di Neraka Allah SWT di Akhirat kelak, wal’iyazubillah.
Marilah sama-sama kita lihat mengapa terlalu pentingnya menjaga hati atau roh yang di antaranya seperti berikut:
1. Kerana roh itu kekal atau dikekalkan, tidak seperti fizikal (jasad lahir), ia binasa. Di Akhirat kelak, roh itu akan diberi jasad baru.
2. Roh itulah yang akan menerima atau merasa nikmat atau azab bersama jasad barunya di Akhirat kelak.
3. Ia adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan yang mana sama-sama ingin mengisi. Malaikat dengan iman, syaitan dengan kekufuran atau malaikat dengan keyakinan, syaitan dengan keraguan.
4. Ia adalah tempat jatuhnya ilham atau ilmu laduni (dapat ilmu tanpa belajar), ia merupakan wahbiah (anugerah) daripada Allah. Akal tempat ilmu nazali (ilmu yang dipelajari).
5. Roh kalau ia bersih, Allah beri ia rasa yang tepat atau firasat.
6. Roh kalau ia terlalu bersih, matanya lebih tajam dari mata lahir atau mata kepala, sebahagian perkara yang ghaib Allah perlihatkan kepadanya. Itulah yang dikatakan mukasyafatul qulub.
7. Roh atau hati adalah raja dalam diri. Kalau hati itu baik, ia akan arahkan tentera-tenteranya iaitu anggota lahir atau jawarih kepada kebaikan. Kalau ia jahat, ia akan arah tenteranya membuat kejahatan.
8. Kerana ia boleh menerima sifat-sifat mahmudah yang dikehendaki dan juga boleh menerima sifat-sifat mazmumah yang dibenci dan dikeji yang sayugianya hendaklah dibuang atau dijauhi.
9. Ia adalah merupakan tempat merasa iaitu susah atau senang, bahagia atau dukacita, rasa sempit atau rasa lapang, rasa keluh-kesah atau tenang, rasa kecewa atau ceria, rasa putus asa atau harapan yang cerah, rasa benci atau suka, rasa ragu atau percaya, rasa pesimis atau optimis, rasa rindu atau simpati.
10. Sikap jasad lahir atau tingkah laku adalah pancaran dari hati atau roh sama ada baik ataupun buruk.
11. Hati tempat penglihatan dan nilaian Tuhan manakala jasad lahir tempat pandangan makhluk.
12. Hidayah yang lahir, ia adalah punca dari yang batin atau roh atau hati.
13. Sifat mahmudah yang paling terpuji ialah ikhlas, penentu segala amalan seseorang itu diterima atau ditolak ialah bertapak pada roh atau hati, malaikat pun tidak tahu, hanya Allah yang mengetahui.
14. Seseorang yang membuat kebaikan, orang tidak kata baik tangannya, kakinya, tapi orang berkata baik hatinya.
15. Ketahanan yang lahir adalah berpunca daripada ketahanan yang baik yakni roh atau hati.
16. Segala perubahan yang lahir ini berpunca daripada perubahan yang batin yakni roh atau hatinya.
17. Penyakit roh atau hati membawa ke Neraka, penyakit lahir membawa ke Syurga (segala kesusahan dan kesakitan lahiriah merupakan kifarah dosa).
18. Penyakit lahir walau bagaimana teruk sekalipun, ia hanya merosakkan badan, tapi penyakit roh atau hati menghancurkan apa yang ada di dunia ini.
19. Penyakit badan kalau sudah teruk sangat, membawa mati badan, tapi penyakit roh atau hati membawa matinya iman dan Islam.
20. Penyakit badan sakitnya tidak kekal, tapi penyakit roh atau hati seksanya kekal abadi.
21. Penyakit lahir hanya manusia yang benci, tapi penyakit batin Allah benci.
22. Penyakit lahir menguruskan badan, tapi penyakit batin menguruskan iman.
23. Di dalam tidur, adakalanya mendapat alamat di dalam mimpi sama ada secara jelas atau ibarat. Ia diperlihatkan kepada roh, bukan kepada mata kasar.
24. Rasulullah SAW menyuruh takut dengan pandangan mata hati atau pandangan roh. Allah tidak mengatakan agar takut kepada pandangan mata kasar. Maksudnya: “Takutilah firasat orang mukmin, kerana ia melihat dengan cahaya Allah.” (Riwayat At Tarmizi)
25. Penyakit lahir tidak dipandang hina oleh Islam, tapi penyakit batin dipandang hina.
26. Penyakit lahir tidak sampai hilang kepercayaan orang, tapi penyakit batin sampai menghilangkan kepercayaan orang.
27. Penyakit lahir tidak membawa permusuhan, perpecahan dan peperangan, tapi penyakit batin membawa pergaduhan, perpecahan dan peperangan.
28. Roh boleh mengembara tanpa jasad dan dapat melihat perkara- perkara yang ajaib dengan izin Allah.
29. Selepas mati, roh boleh balik ke dunia dan dapat melihat keluarganya, tidak seperti jasad.
30. Penyakit lahir orang simpati, penyakit batin orang tidak simpati. Oleh kerana pentingnya hati dan roh, maka ia hendaklah dijaga sungguh-sungguh iaitu:
a. Wajib kita memberi makanan yang cukup. Makanannya ialah sembahyang, zikrullah, membaca Al Quran, tasbih, tahmid, selawat, melihat kebesaran-Nya melalui pemandangan dan mengingati mati.
b. Memberi ia pakaian iaitu dengan sifat-sifat taqwa.
c. Jauhkan dari sebarang penyakit seperti marah, bakhil, pendendam, sombong, riyak, ujub dan sebagainya.
d. Muhasabah terhadapnya selalu.
e. Sanggup bermujahadah, membersihkan dan memberi ia makan serta pakaian.
Thursday, November 4, 2010
Mengingati Allah Hati Akan Menjadi Tenang
Hati adalah alat bagi mengingat dan berzikir kepada Tuhan. Tempat untuk kita sedar dan insaf bahawa Allah itu wujud dan kita ini hamba dan ciptaanNya.Hati adalah tempat untuk merasa bertuhan. Untuk merasakan bahawa Allah itu Maha Berkuasa, Maha Agung, Maha Hebat dan Maha Kaya. Untuk merasakan Allah itu Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Untuk merasakan Allah itu Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan sebagainya.
Hati yang berzikir kepada Tuhan ialah hati yang merasa bertuhan iaitu yang merasakan segala sifat-sifat Tuhan yang Maha Sempurna. Hati yang rasa hebat, gerun dan takut kepada Allah. Hati yang rasa dilihat, diawasi dan dikawal oleh Allah. Hati yang merasakan Tuhan ada peranan dalam hidupnya dan dalam pentadbiran alam ini. Hati yang merasakan bahawa tidak ada sesuatu jua pun yang terlepas dari pengetahuan dan penguasaan Tuhan. Hati yang merasa bersyukur di atas segala nikmat Tuhan. Yang merasa perlu kepada Tuhan dan yang merasakan bahawa akhirnya nanti kesemua ciptaan ini akan kembali kepada Tuhan.
Rasa-rasa seperti ini pasti ada kesan pada hati. Apakah kesannya? Ada yang berkata berzikir dan merasa bertuhan ini akan hati adalah alat bagi mengingat dan berzikir kepada Tuhan. Tempat untuk kita sedar dan insaf bahawa Allah itu wujud dan kita ini hamba dan ciptaanNya. menenangkan jiwa. Mereka merujuk kepada ayat Al Quran:
Maksudnya:
“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang.” (Ar Raad: 28)
Kalau dilihat sekali imbas, mungkin dapat kita berpegang kepada maksud ini. Tetapi ada pula ayat lain yang membawa maksud yang berlainan atau yang berlawanan seperti ayat yang di bawah:
Maksudnya: “Orang mukmin itu, apabila disebut nama Allah, gementar hati-hati mereka.” (Al Anfaal: 2)
Nampak macam kedua-dua ayat ini bertentangan dan berlawanan maksudnya. Bagaimana pula hati orang berzikir yang gementar boleh rasa tenang atau hatinya yang tenang boleh rasa gementar pada waktu yang sama. “Gementar” dan “tenang” adalah dua perasaan yang berlawanan dan berbeza.
Kalau begitu apakah yang sebenarnya yang patut dirasakan oleh hati apabila kita berzikir atau mengingat Allah? Patut tenang atau patut gementar? Disebabkan ada ayat yang mengatakan hati patut tenang dan ada pula ayat yang mengatakan hati patut gementar (bergelora), maka kita sepatutnya merasakan keduadua perasaan ini sekali gus. Kalau tidak kita tidak selaras dengan kehendak Al Quran. Kalau rasa hati kita tidak selaras dengan kehendak Al Quran, nyata bahawa kita yang salah. Al Quran tidak salah kerana Al Quran itu adalah kalamullah. Mari kita kupas perkara ini, moga-moga kita dapat memahami.
Yang dikatakan tenang itu adalah berkaitan hubungan hati kita dengan dunia dan hal-hal yang bersifat keduniaan. Kalau kita berzikir dan mengingati Tuhan, pasti hati kita akan tenang dengan hal urusan dunia. Tidak ada apa di dunia ini yang sebegitu besar atau penting sehingga boleh menjejaskan ketenangan hati kita. Dunia ini kecil dan remeh. Bak kata orang putih... “of little significance”. Nikmatnya kecil. Siksaannya juga kecil. Segala-gala di dunia ini remeh dan kecil.
Tetapi dengan Tuhan, kita tidak boleh ambil ringan. Dengan Tuhan hati mesti sentiasa gementar dan bergelora. Orang yang beriman dan bertaqwa itu, hati-hati mereka sentiasa bergelora dengan Tuhan. Mereka kenal Tuhan. Justeru itu mereka rasa cinta dan takut dengan Tuhan. Mereka rasa hebat dan gerun dengan Tuhan. Mereka rasa sentiasa di awasi oleh Tuhan. Rasa-rasa ini mengisi dan mencengkam hati-hati mereka. Mereka sentiasa rasa Tuhan melihat mereka. Mereka rasa Tuhan mengetahui segala apa yang ada pada diri lahir mereka dan segala apa yang ada di dalam hati-hati mereka. Mereka merasakan kekuasaan Tuhan. Bila Tuhan kata “Jadi”...maka jadilah. Mereka rasa Allah boleh matikan mereka bila-bila masa sahaja. Azab dan siksa Tuhan sangat pedih.
Begitulah sepatutnya rasa-rasa hati kita apabila berzikrullah. Ada tenang dan ada gementar. Tenang dengan dunia dan halhal dunia tetapi gementar dengan Tuhan. Lagi kuat gementar dan bergeloranya hati seseorang itu dengan Tuhan maka lagi tenang hatinya dengan dunia. Tenang dengan dunia itu rahmat. Gementar dengan Tuhan itu juga rahmat. Kedua-dua itu ada kemanisannya. Sebaliknya gementar dengan dunia itu azab. Itu tanda kita diperhamba oleh dunia. Tenang dengan Tuhan juga azab. Itu tanda kita sudah hilang sifat kehambaan kita. Kedua-duanya akan membawa kecelakaan kepada kita di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.

Subscribe to:
Posts (Atom)