Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Saturday, December 4, 2010

Bulan Muharam – Elakkan sebarang kepercayaan karut

Kesedaran umat Islam mengisi kedatangan bulan Muharam yang mulia ini dengan pelbagai amalan merupakan satu tabiat yang baik.

Kita yakin bahawa semua amalan yang dilakukan ini tidak lain dan tidak bukan kecuali di atas satu niat, iaitu semoga ia akan dimasukkan dalam senarai amalan soleh yang akan diberikan ganjaran pahala di akhirat kelak.

Namun, peringatan Nabi s.a.w. di dalam urusan ibadah ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

Daripada Aisyah r.a. katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada urusan kami (urusan agama), maka ia akan tertolak. (Riwayat Muslim).

Sebab itulah para ulama, di antaranya ialah al-Fudhail bin `Iyadh meletakkan bahawa syarat utama menjadikan sesuatu amalan itu diterima ialah ikhlas kerana Allah s.w.t. dan bertepatan dengan sunah Rasulullah s.a.w. Al-Fudhail mentafsirkan firman Allah di dalam surah Hud ayat 8 dan surah al-Mulk ayat 2 yang bermaksud:

Allah menjadikan semua itu untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya,” beliau berkata: Iaitu yang lebih ikhlas dan lebih tepat. Sesungguhnya sesuatu amalan yang dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak tepat, maka ia tidak akan diterima, dan jika dilakukan dengan tepat tetapi tidak ikhlas, maka ia juga tidak akan diterima, sehinggalah ia dilakukan dengan ikhlas dan tepat.

Beliau berkata lagi: Dan ikhlas itu ialah apabila dilakukan hanya kerana Allah `Azza wa Jalla, dan yang dikatakan tepat itu ialah ia bertepatan dengan sunah. (Ibn Rejab, Jami’ al-Ulum wa al-Hikam, Tahqiq: Dr. Yusof al-Baqa’i (Beirut: al-Maktabah al-’Asriah, cet. ke-3, 2000), hal.15)

Justeru, dalam keghairahan kita menambahkan amal ibadah di dalam bulan Muharam yang mulia ini, marilah kita mengambil sedikit masa untuk mengkaji dan menyemak semula, adakah amalan-amalan yang kita lakukan itu menepati syarat-syarat yang telah digariskan.

Di antara amalan-amalan pada bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih ialah:

1. Memakai celak pada hari Asyura dengan kepercayaan ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya. Amalan ini diambil daripada hadis maudhu’ (palsu) yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang memakai celak mata daripada arang pencelak mata pada hari Asyura, maka ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya. (Rujuk: al-Albani, Silsilah Ahadith al-Dhaifah, 624). Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, 2/116)

Hadis ini hukumnya maudhu’ (palsu). Imam Ahmad berkata: “Tidak ada riwayat (yang sahih) daripada Rasulullah s.a.w. tentang amalan memakai celak pada hari Asyura, dan ia adalah bidaah.”

2. Solat sunat yang khusus pada hari Asyura. Amalan ini juga bersumberkan hadis maudhu’: “Sesiapa yang sembahyang padanya (hari Asyura) empat rakaat, ia membaca pada setiap rakaat sekali surah al-Fatihah, dan lima puluh kali surah al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad), maka Allah akan mengampunkan dosanya lima puluh tahun.”

3. Mandi yang khusus pada hari Asyura dengan tanggapan dapat menghindarkan diri daripada sebarang penyakit pada sepanjang tahun. Amalan ini juga bersandarkan kepada sebuah hadis maudhu’: “Sesiapa yang mandi dan bersuci pada hari Asyura, ia tidak akan ditimpa sebarang penyakit pada sepanjang tahun, kecuali mati.”

4. Melebihkan pemberian seperti makanan, minuman, pakaian kepada ahli keluarga pada hari Asyura dengan harapan semoga akan dimurahkan rezeki sepanjang tahun. Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Alqamah bin Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

Sesiapa yang melapangkan pemberian (makanan, minuman dan pakaian) kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, nescaya Allah akan melapangkan ke atasnya rezeki sepanjang tahunnya. Hadis ini hukumnya maudhu’, disebut oleh Ibn al-Jauzi di dalam kitabnya al-Maudhu’at,2/115).

5. Menyediakan makanan yang khas seperti bubur (bubur Asyura) yang dikaitkan dengan sunah Rasulullah s.a.w. atau disandarkan kepada peristiwa Nabi Nuh a.s. yang menyuruh para pengikutnya memasak daripada sisa-sisa makanan dan biji-bijian setelah mendarat dan selamat daripada taufan besar.

Ini juga adalah tanggapan yang tidak benar dan ia bersumberkan cerita-cerita dongeng Israiliyat. Inilah yang disebut oleh al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab Qashas al-Anbiya.

6. Membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Tidak terdapat sebarang hadis sahih yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas, sebagaimana yang diamalkan oleh sesetengah daripada umat Islam.

Demikian juga tidak ada hadis-hadis sahih yang menyebut doa tersebut secara khusus.

As-Syiekh Ali Mahfuz di dalam kitabnya al-Ibda’ fi Madhar al-Ibtida’ menyebut bahawa kebanyakan hadis maudhu’ yang berkaitan dengan amalan pada bulan Muharam khususnya pada hari Asyura telah dicipta oleh golongan pembunuh Husain.

Beliau juga memetik kata-kata al-Allamah Ibn al-’Izz al-Hanafi: “Sesungguhnya tidak sahih daripada Nabi s.a.w. sebarang amalan pun pada hari Asyura selain puasa Baginda.

Ada pun golongan Rafidhah melakukan bidaah dengan mengadakan upacara berkabung demi melahirkan kesedihan di atas pembunuhan Husain pada hari ini.

Dan golongan yang jahil daripada Ahli Sunah menzahirkan kegembiraan mereka dengan membuat makanan daripada biji-bijian (bubur) dan memakai celak, dan mereka meriwayatkan hadis-hadis maudhu’ tentang bercelak mata dan melapangkan pemberian makanan dan pakaian kepada ahli keluarga.”

(Syiekh Ali Mahfuz, al-Ibda’ fi Madhar al-Ibtida’ (Beirut: Dar Kutub al-Ilmiah, Cet. 1, 2001), hal. 271)

Demikianlah beberapa contoh daripada amalan-amalan umat Islam di dalam bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih, mahu pun para sahabat dan para Imam kaum Muslimin.

Justeru, jalan yang terbaik ialah dengan mengikuti sunah Baginda s.a.w. dan seburuk-buruk perkara pula ialah mencipta sesuatu yang baru di dalam urusan agama. Semoga kita semua diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. untuk mengikuti sunah Rasulullah s.a.w.


wallahu aklam

Awal Muharram

Assalamualaikum dan Salam bulan baru...

Dalam beberapa hari lagi, semua umat islam akan menyambut tahun baru untuk kalendar islam. Jadi disini saya ingin berkonsi doa akhir tahun dan awal tahun untuk kita beramal bersama..

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.





Gembira Menurut Pandangan Islam

Bergembira atau busyra adalah bersifat maknawi dannrohani. Ia adalah sifat atau tabiat semula jadi. Ertinya ditahan tidak boleh, disuruh pun tidak boleh. Sampai masa, bila berhadapan dengan sesuatu yang menyenangkan atau menghiburkan, dengan sendirinya hati berbunga atau terhibur atau terasa gembira. Oleh itu rasa gembira bukan boleh dibuatbuat. Kalau dibuat-buat nampak sumbang, nampak tidak real dan tidak semula jadi.

Rasa gembira itu walaupun sifat batiniah, ia datang dari dalam diri iaitu bermula dari jiwa atau hati kita. Namun tandanya nampak di muka atau kesannya lahir di muka atau dengan kata-kata yang lain, gembira yang di dalam hati itu nampak ceria di muka. Hendak cuba ditutup-tutup, ia lahir juga di muka. Apa yang lahir di muka itu, tanda senang yang ada di dalam hati manusia atau gembira yang ada di jiwa manusia.

Begitulah juga rasa susah yang bersifat maknawi dan rohani itu. Ia adalah sifat atau tabiat semula jadi. Ia akan ternyata di muka. Hendak cuba-cuba ditutup, amat payah sekali kecuali orang yang sangat kuat imannya dengan Allah Taala. Gembira dan dukacitanya boleh disembunyikan atau boleh ditutup hingga tidak berkesan di muka. Orang tidak tahu, apakah dia gembira atau dukacita, kerana dia kelihatan seorang yang tenang sahaja. Ini adalah manusia yang luar biasa.

Bagi orang yang emosional, nafsunya belum terdidik, rasa gembira dan dukacita itu nampak sangat terserlah di muka. Bahkan gembiranya hingga terlonjak-lonjak dan bersorak-sorak, terpekik-pekik dan bertepuk-tepuk tangan. Begitu juga kalau dukacita. Nampak pula di raut mukanya, seperti termenung, muram, diam, tidak mahu bercakap, atau mulut akan mengomelngomel dan bercakap meluahkan rasa hati yang tidak senang itu sehingga didengar dan diketahui oleh orang keliling-kelalang.

SEBAB-SEBAB GEMBIRA

Kita sudah katakan, gembira adalah tabiat semula jadi. Ia tidak boleh dibuat-buat. Ia akan datang bilamana sesuatu yang menggembirakan kita terjadi. Sebab-sebab gembira itu banyak. Di antaranya seperti yang kita sebutkan di bawah ini:

1. Mendapat sesuatu yang menyenangkan kita, yang kita tidak duga, seperti orang hadiahkan kita duit, naik pangkat dan sebagainya.

2. Mendapat sesuatu yang memang kita hajatkan seperti ingin lulus di dalam peperiksaan, tiba-tiba lulus. Meminta kerja, tiba-tiba dapat. Ingin naik pangkat, tiba-tiba naik pangkat.

3. Mendapat atau pulangnya orang yang kita cintai seperti kepulangan anak kita dari luar negeri, pulangnya isteri kita setelah balik dari kampung dan sebagainya.

4. Bertemu atau kedatangan orang yang kita hormati dan cintai seperti ibu bapa kita, pemimpin yang kita hormati dan sayangi dan lain-lain.

5. Mendengar musuh peribadi kita atau musuh perjuangan kita mendapat kesusahan dan lain-lain.

6. Dapat mengalahkan musuh peribadi atau musuh perjuangan, atau musuh tertawan, ataupun lawan jadi kawan.

7. Kesalahan atau kesilapan kita diberi maaf oleh ibu bapa, guru, kawan kita dan lain-lain.


8. Terlepas daripada hukuman mahkamah atau bala bencana yang kita fikir selama ini mungkin kita tidak terlepas daripada hukuman itu atau daripada bala itu.

9. Kita terasa disayangi oleh orang yang kita hormati atau cintai atau disayangi oleh pengikut kita atau orang ramai.

10. Habisnya hukuman yang kita jalani di dalam tempoh sekiansekian lama.

11. Orang membayar hutang kita yang sudah lama tidak dibayar. Bahkan kita sudah melupakannya.

12. Dapat membayar hutang kepada orang yang selama ini sangat membelenggu diri dan menyusahkan kita. Lebih-lebih lagi orang yang punya hutang selalu sahaja memintanya.

13. Orang bayarkan hutang kita. Atau orang itu halalkan sahaja tanpa kita membayarnya. Terasa lega dan lapang hati kita dibuatnya.

14. Terlepas daripada kesusahan hidup atau sembuh dari sakit yang selama ini kita alami bertahun-tahun lamanya.

15. Mendapat semula barang yang hilang yang sangat berharga kepada kita atau bertemu semula dengan keluarga kita yang selama ini sudah lama terputus dan terpisah.

16. Dapat mengerjakan ibadah pada masanya.

17. Dapat menolong orang yang mendapat kesusahan seperti menolong orang yang miskin, membayarkan hutang orang, mendamaikan dua orang atau dua kumpulan yang bermusuhan.

Inilah di antara kegembiraan yang biasa berlaku di dalam kehidupan. Mungkin kalau kita hendak senaraikan lebih banyak lagi dari itu.

CARA MELAHIRKAN KEGEMBIRAAN

Kebanyakan orang melahirkan kegembiraan hingga terkeluar batas syariat atau hingga lupakan Allah yang Maha Kuasa dan yang memberi nikmat. Contohnya terlonjak-lonjak kesukaan, menari-nari kegembiraan, bercerita-cerita dan menunjuk-nunjuk kesukaan itu berlebih-lebihan kepada orang hingga orang terasa meluat dan benci. Ada yang bertepuk-tepuk tangan melahirkan kegembiraannya atau lebih parah lagi hingga membuat majlismajlis maksiat, menjadi sombong kepada orang dengan kegembiraan itu atau menunjuk-nunjuk hingga menjadi riyak dan megah yang sangat dilarang oleh Allah Taala kerana ia boleh mencacatkan hati orang atau persaudaraan. Islam memberi petunjuk kepada kita bagaimana ingin melahirkan rasa kegembiraan. Di antara cara-caranya ialah seperti berikut:

1. Terasa ia adalah nikmat dan pemberian Allah serta berasa malu kepada-Nya.

2. Sujud syukur.

3. Membuat kenduri menjamu fakir miskin sebagai tanda bersyukur kepada Allah di atas kegembiraan yang diberi.

4. Berpuasa sunat atau membaca Al Quran dan lain-lain.

5. Bersedekah dan menolong orang yang susah kerana mengenang jasa Allah yang telah memberi kegembiraan kepada kita.

6. Menambah lagi amal ibadah dan membuat kebaikan.

7. Bertambah lagi merendah diri kepada Allah dan sesama manusia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...