Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Tuesday, September 28, 2010

Jenis-Jenis Air mata


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
 
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
 
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(AnNajm : 43)
 
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.
 
Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
 
Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
 
Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."
 
Air mata yang tiada di tuntut
 
-Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
-Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
-Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
-Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaanmungkin kita kurang membuat persediaan.
-Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
-Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
 
Dari itu...
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
 
Junjungan Mulia bersabda
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fisabillah di waktu malam."
 
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"
-seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."
 
Berkata Salman Al Faarisi r.a Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.
 
Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.(riwayat dari Salman al Faarisi)
 
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
- Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, 
- Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
- Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
-..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.
 
"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
 
moga kita sama-sama mengambil manfaat drnya.

wallahua'alam

Macam Mana Nak Cantik

Cantik

Di suatu pagi nan cerah
Seorang gadis berkata kepada ibunya
Ibu engkau selalu terlihat cantik
Aku ingin sepertimu, beritahulah aku sesuatu
Dengan tatapan dan senyuman haru
Sang Ibu pun menjawab
Untuk bibir nan menarik
Ucapkan perkataan yang baik
Untuk pipi nan lesung
Tebarkan senyum ikhlasmu di muka bumi
Untuk mata indah menawan
Lihatlah selalu kebaikan orang lain
Untuk tubuh yang langsing
Sisihkan makananmu bagi fakir miskin
Untuk jemari tangan nan lentik menawan
Hitunglah doa dan pujianmu
Untuk wajah putih bercahaya
Basuhlah muka di setiap pergantian waktu

Anakku...
Kecantikan fisik akan pudar oleh waktu
Tapi kecantikan perilaku tak pudar meski oleh kematian

Muatiara Hikmah

Tiap - tiap bertambah ilmuku, akan bertambahlah keinsafan bahawa terlalu banyak yang aku tidak tahu. (Imam Syafie)

Ilmu pengetahuan bukan ciptaan manusia, tetapi rahsia takdir Tuhan yang dipinjamkan kepada manusia. Oleh itu, manusia tidak harus berlaku sombong dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki, malah sepatutnya bersyukur. (Hamka)

Sebaik - baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhiratnya kerana dunianya dan tidak meninggalkan dunianya kerana akhiratnya, dan tidak boleh bersusah payah hanya kerana manusia (bukan kerana Allah). (Maksud Hadis riwayat Al-Khatib)

"Ilmu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung lidah dan ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada kepada tingkahlaku dan anggotanya". (Saidina Ali Abi Talib)

"Jangan putus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas. Kadang - kadang seorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripada seorang yang cerdas tetapi pemalas". (Hamka)

Kehidupan di dunia ini adalah dipinjamkan oleh Allah untuk kita memanfaatkan masa depan kita di akhirat kelak, kerana dunia ini adalah fana semata-mata dan merupakan jalan untuk kita mencapai kejayaan di hari pembalasan.

Orang muda mudah terdorong untuk mengikut hawa nafsu yang merosak dan perkara maksiat, malah jarang orang muda yang mempunai ketekunan beribadah dan banyak beramal soleh.

Inilah sebabnya Allah lebih menyintai orang muda yang bertaubat, kerana kalau orang tua yang bertaubat, maka itu memang sudah sepatutnya dia berbuat demikian.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah

menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,

menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa);

(Santai) Surat Cintaku

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya.

Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Monday, September 27, 2010

Bahayanya Ilmu

Islam menyuruh kita belajar. Islam mahu seseorang Muslim itu, lelaki mahupun perempuan supaya menuntut ilmu. Tak boleh berhenti. Mencari ilmu bermula dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad. Hendak dunia kena ada ilmu, hendak Akhirat pun kena ada ilmu. Tidak sama orang yang ada ilmu itu dengan orang yang tidak ada ilmu. Tuhan mengangkat orang yang ada ilmu itu beberapa darjat.Orang yang ada ilmu itu kekasih Tuhan. Orang yang jahil itu musuh dan seteru Tuhan.

Kalau begitulah kedudukan ilmu dalam Islam, kenapa pula ianya boleh jadi bahaya? Ini kerana ilmu itu ibarat pedang. Ilmu itu adalah senjata. Itu sebab Islam menyuruh kita mencari ilmu supaya kita mempunyai dan memiliki senjata. Tapi ada senjata sahaja tidak cukup. Kita kena tahu bagaimana cara hendak menggunakan senjata itu. Kalau tersalah guna, kita boleh membahayakan diri kita dan juga orang lain. Lebih-lebih lagilah kalau orang yang ada senjata itu orang jahat. Akan digunakan senjata Pedang tidak salah. Senjata tidak salah. Tetapi tuan punya pedang mungkin menyalahgunakannya. Di situlah letaknya bahaya ilmu. Bukan pada ilmunya tetapi pada pemiliknya. Seperti juga dalam angkatan tentera dan pasukan polis, bukan sahaja kemahiran mengguna senjata ditekankan pada anggotanya tetapi soal disiplin dan tata tertib juga sangat diambil berat. Ini untuk menjamin senjata api yang ada di tangan anggota tentera dan polis tidak disalahgunakan. Kalau digunakan, ianya khusus untuk menjaga keselamatan dan untuk menumpaskan musuh masyarakat dan musuh negara.

Begitu juga adalah sangat bahaya kalau orang yang ada ilmu itu tidak kenal Tuhan. Sebab orang yang tidak kenal Tuhan bukannya orang yang baik. Orang yang ada ilmu, walaupun ilmu agama atau ilmu Islam sekalipun, kalau dia tidak kenal Tuhan, dia akan menyalahgunakan ilmunya itu. Apabila Tuhan dia tidak kenal, dia akan melupakan Tuhan. Dia akan tinggalkan Tuhan. Akhirnya dia akan kehilangan Tuhan. Dia seolah-olah hidup tanpa Tuhan.

Apabila Tuhan yang hak sudah tidak wujud lagi dalam hidupnya, maka tuhan yang palsu akan mengambil alih. Dia akan menabalkan dirinya sendiri sebagai tuhan. Secara tepatnya, dia akan mengangkat nafsunya menjadi tuhan. Apa pun yang dia buat selepas itu adalah berpandukan kehendak dan kemahuan nafsunya semata-mata. Nafsunyalah yang menjadi tunggak dan pendorong utama dalam hidupnya. Kita tahu bahawa nafsu hanya berkehendak. Dia tidak kira halal atau haram. Hak atau batil. Dosa atau pahala.

Justeru itu, segala ilmu yang ada padanya, walaupun ilmu usuluddin, ilmu syariat, ilmu tasawuf, ilmu hadith, ilmu tafsir
dan sebagaiya, lebih-lebih lagilah ilmu yang berbentuk duniawi akan digunakannya hanya untuk memburu dunia. Ilmu itu akan digunakan untuk mendapat wang dan imbuhan, untuk mendapat pangkat dan jawatan, untuk glamour, untuk mendapat pujian dan populariti, untuk bermegah-megah, untuk mendapat pengaruh dan bermacam-macam lagi kepentingan yang berbentuk peribadi dan duniawi.

Ilmu bukan lagi untuk menghampirkan dirinya pada Tuhan. Bukan lagi untuk mengabdikan diri dan berbakti pada Tuhan. Bukan lagi untuk berlaku taat dan bertaqwa kepada Tuhan. Ilmu, termasuk ilmu agama dan ilmu Islam akan dijadikan modal untuk mencari nafkah dan sara hidup, untuk mengumpul harta dan kekayaan dan untuk dijual bagi mendapatkan keuntungan dunia yang sedikit.

Dengan itu, ilmu terutamanya ilmu agama dan ilmu Islam, mudah sahaja diselewengkan, disorok, disalahtafsir, diubah-suai, diringan-ringankan dan dipadankan mengikut kehendak pihakpihak tertentu demi untuk menentukan keuntungan duniawinya tidak terjejas. Ia tidak lagi dijadikan panduan atau petunjuk. Akhirnya masyarakat jadi rosak, agama jadi rosak, negara jadi rosak, manusia bertambah jauh dari Tuhan dan bertambah jahat. Orang yang ada ilmu terutama ilmu agama yang tidak kenal Tuhan ini dinamakan ulamak suk atau ulamak jahat. Rasulullah menyuruh kita lari daripada ulamak macam ini seperti mana kita lari dari harimau atau singa yang ganas. Mereka ini lebih bahaya
dari harimau dan singa.

Itulah sebabnya juga Islam sangat menekankan tentang “Awaluddin ma’rifatullah” atau “Awal-awal agama mengenal Allah”. Kalau Allah kita tidak kenal, maka segala apa yang ada pada kita termasuk ilmu, ibadah, usaha dan kebaikan kita tidak ada makna apa-apa. Kita tidak akan mampu berbuat sesuatu apa pun dan menggunakan apa yang ada pada diri kita untuk Tuhan. Kita akan jadi orang yang hanya menggunakan ilmu dan apa sahaja yang ada pada diri kita mengikut kehendak hawa nafsu kita sahaja.

Apa ada pada Ilmu jika tidak dimanfaatkan?

Ramai orang berpendapat bahawa ilmu itu segalagalanya.
Kalau ada ilmu, maka semua masalah akan selesai. Mereka merasakan ilmu adalah alat untukmenyelesaikan segala masalah. Ini termasuklah ilmu agama atau ilmu Islam. Ramai yang merasakan bahawa kalau seseorang itu mempunyai ilmu agama yang banyak hingga dia digelar ulamak, maka dia mampu menyelesaikan segala masalah.

Sebenarnya, ini sangat jauh tersimpang dari kebenaran.
Memang tidak ada siapa yang boleh menafikan bahawa ilmu itu penting dalam mencari kebenaran dan menyelesaikan masalah. Tetapi ilmu sahaja tidak cukup. Ilmu itu ibarat pedang, lagi banyak ilmu, lagi tajam pedang itu. Tetapi kalau tidak tahu macam mana hendak menggunakan pedang, pedang yang tajam pun tidak ada makna apa-apa. Hanya kita boleh tunjuk pada orang yang kita ada pedang tajam. Hendak guna tidak tahu. Kalau begitulah hakikatnya, kita boleh dikalahkan oleh orang yang hanya bersenjatakan batu.

Di samping ilmu, kita perlu tahu bagaimana cara hendak
menggunakan ilmu atau “pedang” kita itu. Tambahan pada itu,
kita perlu ada kemahiran menggunakannya dalam semua keadaan. Kita mesti tahu menggunakan pedang kita itu sambil berdiri, sambil duduk, sambil berbaring, sambil melompat, sambil amai orang berpendapat bahawa ilmu itu segalagalanya. Kalau ada ilmu, maka semua masalah akan
selesai. Mereka merasakan ilmu adalah alat untuk
berlari hatta ketika kita sedang menunggang kuda sekalipun.
Barulah pedang itu betul-betul berguna untuk kita.
Untuk itu, ada ilmu sahaja tidak memadai. Orang yang ada
ilmu itu dikatakan orang pandai. Pandai sebab dia ada ilmu.
Sebab dia belajar. Sebab dia berguru. Sebab dia bermetelaah. Itulah dia hakikat orang pandai. Lawannya ialah jahil. Orang jahil ialah orang yang tidak ada ilmu.

Orang pandai atau orang berilmu tidak semestinya bijak.
Orang berilmu tidak semestinya cerdik. Untuk mampu mempergunakan ilmunya sebaik mungkin, seseorang itu mestilah juga cerdik dan bijak. Akalnya mesti tajam. Dia mesti boleh memahami dan boleh membaca keadaan. Dia mesti boleh mentafsir masyarakat. Dia mesti boleh melihat perubahan. Dia mesti boleh menilai suasana. Dia mesti bijak dalam mengapplykan ilmunya. Dia mesti boleh membaca gerakan musuh. Dia mesti boleh memandang jauh ke hadapan. Dia mesti boleh melihat punca masalah. Dia mesti boleh mendahulukan yang dahulu dan mengkemudiankan
yang kemudian. Dia mesti boleh bertindak tepat pada masa,
tempat dan keadaan. Ini semua kerja orang cerdik dan orang bijak. Setakat pandai dan ada ilmu sahaja tidak memadai. Dia akan ketinggalan jauh ke belakang dan akan mudah diperkotak-katikkan dan diperalatkan oleh orang.

Pandai itu boleh diusahakan. Sesiapa sahaja yang belajar dan berguru, lama kelamaan akan jadi pandai juga dan dapat ilmu. Orang yang otaknya baik sedikit, cepat dan banyaklah ilmu yang dia dapat. Yang otaknya kurang baik, lambat dan sedikitlah ilmu yang dia dapat. Tetapi sifat cerdik dan bijak tidak boleh diajar. Dia adalah anugerah dari Tuhan. Siapa yang Tuhan jadikan cerdik, maka cerdiklah dia. Siapa yang Tuhan jadikan bijak, maka bijaklah dia.

Soal pandai dan boleh mengumpul ilmu adalah semata-mata
kerja akal. Tetapi soal cerdik dan bijak ada kaitan dengan hati dan roh. Siapa yang hatinya bersih dan rohnya berperanan, dia selalunya cerdik dan bijak. Dia sentiasa terdorong, terbantu dan terpandu. Di samping itu, akalnya juga terserlah ketajamannya. Cahaya rohaninya mempengaruhi akalnya.

Ulamak yang tidak cerdik dan tidak bijak, kemampuannya
hanya terhad kepada mengajar ilmu dan menjadi abid atau ahli ibadah. Dia tidak pandai menyelesaikan masalah. Dia tidak proaktif. Dia tidak ada bakat pemimpin. Dia terpisah daripada suasana dan alam sekeliling. Kadang-kadang dia mudah ditipu, diperguna, dikotak-katik dan diperalatkan oleh orang-orang tertentu. Orang yang ada kuasa selalunya tidak hormat dan memandang rendah terhadapnya.

Ulamak yang cerdik dan bijak pula, dia mempunyai wibawa
yang tinggi. Dia mampu menyelesaikan masalah. Dia ada sifat kepimpinan dan manusia suka merujuk padanya. Dia banyak berkecimpung dan terlibat dengan masyarakat. Dia sangat peka tentang apa yang berlaku di sekelilingnya hatta apa yang berlaku di seluruh dunia. Ilmunya mencangkup segala hal. Bukan sahaja hal agama, bahkan juga hal politik, ekonomi, pendidikan, antarabangsa, hal-hal semasa dan sebagainya. Orang yang ada kuasa selalunya takut dan bimbang dengan ulamak yang seperti ini.

Ulamak yang tidak cerdik dan tidak bijak, ramai mana pun
bilangan mereka di dalam masyarakat tidak akan mampu membawa apa-apa perubahan. Tetapi ulamak yang cerdik dan bijak, cukuplah seorang. Masyarakat akan berubah. Hidup beragama akan terserlah. Masyarakat akan terbawa menuju kepada kebenaran,keadilan dan hidup bertuhan.

Doa Agar Dipermudahkan Segala Urusan

Bismillahirrahmanirrahim...


Ya Allah, Janganlah Kau biarkan pada diri kami ini dosa-dosa,
kecuali telah Kau ampuni akan dia,
dan tiada kesusahan kecuali Engkau leraikan,
Tiada yang berhutang kecuali telah Engkau langsaikan,
Tiada kesakitan kecuali telah Engkau sembuhkan,
Dan tiada kesesakan melainkan telah Kau beri kesejahteraan,
Tiada kesesatan kecuali telah Kau tunjuki jalan,
Tiada kefakiran melainkan telah Kau Kurniai kekayaan,
Dan tiada permohonan kecuali telah Kau tunaikan,
Dan tidak ada yang berjauhan melainkan telah Kau hampirkan,
Tiada lagi permusuhan melainkan telah Kau binasakan,
Dan tiada yang berjihad melainkan Kau penuhi kehendaknya,
Tiada yang tidak berpasangan melainkan telah kau satukan,
Dan tidak ada hajat-hajat di dunia dan akhirat yang Kau redhai dan baik untuk kami,
Kecuali Kau tunaikan,
dan permudahkanlah Wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbir alam..



Ya Allah ya tuhan ku,
kurniakanlah aku rahmat dari sisiMU,
dan berikanlah petunjuk kepadaku dalam urusanku dengan segala petunjuk,
Mudahkanlah urusanku ya Allah,
permudahkanlah jangan Kau sulitkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan,
Segala yang susah adalah mudah bagiMU,
Sempurnakanlah dengan segala kebaikan,
dengan rahmatMU Ya Allah,
Wahai yang paling mengasihani daripada yang mengasihani.



Ya Allah,
Kuatkanlah iman kami,
satukan saf-saf kami,
satukanlah hati-hati ini di atas kecintaan kepadaMU,
YA Allah ya Karim..
Mudahkanlah urusan kami dan luaskanlah rezeki kami dengan rahmatMU,
Wahai yang Maha Mengasihani daripada segala yang mengasihani.



Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau mengetahui akan rahsia kami,
Maka terimalah keampunan kami,
dan Engkau mengetahui hajat-hajat kami,
Maka Tunaikanlah hajat-hajat kami,
Wahai yang Maha Mengasihani dari segala yang mengasihani...
Amin...

Tuesday, September 14, 2010

Kuku dan Cincin

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang
nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Monday, September 13, 2010

Penubuhan Malaysia : Perancangan USA sejak 1889?


by : Rizie Ahmad

1) Kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis kata nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.. perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON! (buka spoiler untuk tengok gambarnya)

2) Kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!.. 10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang.. semasa perletakan batu asas FREEMASON tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University.. USA panggil dia "specialist on nationalism in Asia" mungkin salah seorang ahli kuat FREEMASON nih..






3) Mengenai sejarah sebenar penubuhan negara MALAYSIA dan INDONESIA, ia bermula ketika seorang pengkaji sejarah berasa amat hairan kenapa FILIPINA suatu ketika dahulu pernah mahu "claim" nama MALAYSIA, sebelum Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dapat dulu dulu nama MALAYSIA.

4) Rupa-rupanya perancangan negara MALAYSIA sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum diisyhtiharkan "merdeka", dan yang amat jelas ialah kertas kerja penubuhan negara MALAYSIA serta kritikannya di HARVARD UNIVERSITY pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR USA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University (gambar disertakan)

5) Dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti dibawah telah dibuang oleh USA di dalam website rasmi dia setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.... kuat betul perisik CIA nih
"Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."

6) Dato Onn Jaafar : pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation(UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak diInggeriskan


Di fitnah teruk oleh bangsa sendiri


7) Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu…“
rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)

penubuhan salah satu loji FREEMASON oleh penjajah pada tahun 1927 di Pulau Pinang, upacara perletakan batu asas



antara bangunan FREEMASON di JOHOR (perhatikan betul2 apa dia tulis di peti suratnya dan lambangnya)



7) Gagasan USA tentang Malaysia sepertimana yg dihasratkan Rupert Emerson (kemungkinan besar ahli FREEMASON) menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

8) Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti lautan gelora.”

9) Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak.

10) Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen2nya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British. (Mohamed Abid, 2003, p189)

11) sesuatu yang besar pasti berlaku selepas era pemerintahan Najib Tun Razak kerana pencaturan Perdana Menteri Malaysia telah berakhir!
R - Tunku Abdul Rahman
A - Tun Abdul Razak
H - Tun Hussein Onn
M - Tun Dr. Mahathir Mohamad.. (Musa Hitam bertanding tapi kalah kepada Dr.M M)
A - Abdullah badawi (Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan liwat/sodomi)
N - Najib Tun Razak (seperti menang tanpa bertanding kerana tiada lagi orang ada nama N)

12) "Kerajaan telah memilih Perang Besar" (sekarang namanya PUTRAJAYA).. sumber rasmi petikan ucapan ini :http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=1692

mengikut perancangan ILLUMINATI.. di mana FREEMASON telah bergabung dengannya.. Perang Dunia Ketiga mesti dijalankan disebelah Timur Dunia untuk membentuk New World Order : 1World Government, perhatikan huruf G dalam logo FREEMASON, ia merujuk kepada Government!

"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."
(Genesis 25:6 New International Version)

14) mengikut ramalan orang Yahudi berfahaman zionis yang sekarang sedang menguasai negara Israel serta parlimen USA (ditubuhkan oleh salah satu sayap gerakan mereka iaitu FREEMASON yang selepas itu sudah bergabung dengan gerakan Yahudi satu lagi dinamakan ILLUMINATI).. Keturunan dari Keturah/Quntura/Ketura iaitu isteri ketiga nabi Ibrahim selepas Hajar dan Sarah, akan mencabar kekuasaan mereka pada ketika dunia hampir kiamat dan Imam Mahdi atau nama lainnya Messiah akan lahir di Timur Dunia, sebelumnya Allah menurunkan Nabi Isa atau nama lainnya Jesus kembali ke bumi untuk membanteras Dajjal yang akan mengaku dia adalah tuhan sebenar, padahal dia menipu (aku pernah baca bahawa dia adalah Samiri pada zaman Nabi Musa atau nama lain Moses yang Allah panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat, setelah dia mengintai Nabi Musa yang dipanggil menghadap Allah, dia mengumpul bekas laluan malaikat jibril atau nama lain Gabriel, lalu dia mencipta "tuhan" berbentuk LEMBU yang diperbuat dari emas yang dikumpul dari seluruh kaum Yahudi dan selepas dia mentaburkan sisa-sisa tapak malaikat Jibril itu, tiba2 boleh bergerak dengan cergas untuk beberapa saat dan dia menyesatkan kesemua kaum Yahudi dengan mengatakan LEMBU EMAS, "lembu suci", "holy cow" itu adalah tuhan... cerita ini ada dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah, dan ajaran Samiri ini kemungkinan besar dia adalah Dajjal dan masih menjadi kepercayaan kuat pengikut agama Hindu yang tamadun besar mereka bermula di Sungai Indus di India)

15) dengan kepercayaan kuat Yahudi ini yang percaya bahawa suatu bangsa keturunan dari isteri ketiga Kunturah /Quntura/Ketura ini akan mencabar dan mengalahkan mereka, kebanyakan negara kuasa Timur cuba dilemahkan dan dipecahkan manakala kuasa barat cuba dikuatkan.. dunia Melayu dipecahkan kepada paling kurang enam negera - Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur.. dunia Cina dipecahkan kepada China, Taiwan, Macao, Hong Kong.. dunia Korea dipecahkan kepada Korea Utara dan Korea Selatan.. cubaan menguasai Vietnam.. serta dibom teruk negara Jepun dan dibina pangkalan tentera termaju USA di Jepun, Filipina pelbagai lagi negara di seluruh dunia ini serta serta diberi bantuan ketenteraan melampau kepada Singapura (perhatikan sistemnya hampir sama dengan Israel semasa Israel menang peperangan 6 hari dalam hari dengan negara2 Arab) serta dihantar Jeneral Israel mereka mencatur strategi ketenteraan Singapura.. Lee Kuan Yew namakan mereka sebagai The Mexican.. serta dibinanya fahaman politik2 didunia ini seperti komunis dan sossialis moden yang pengasasnya sama iaitu Karl Marx yang berbangsa Yahudi, serta mahu seluruh dunia mengamalkan demokrasi yang juga sistem asasnya adalah rekaan Yahudi juga, juga dilagakan USA dan RUSSIA yang terletak disebelah timur dunia.. dan diciptanya GOOGLE dan FACEBOOK yang pengasasnya juga adalah Yahudi serta dibelinya YOUTUBE dan juga dikuasai kebanyakan media-media utama dunia, diasaskan juga HOLLYWOOD serta diasaskan kebanyakan syarikat2 studio perfileman di USA untuk pengaruhi seluruh dunia yang dinamakan GLOBALIZATION.

16) antara perkara yang amat menghairankan juga macam mana Anwar Ibrahim boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan amat cepat serta boleh pula dia rancang strategi Foundation For Future (sebuah pertubuhan yang sengaja direka oleh USA dan Yahudi untuk merancang politik di Asia) dan berkwan amat rapat dengan Paul Wolfowitz (perancang utama peperangan di Iraq dan Afghanistan).. manakala Najib seperti mengungkapkan misi utama ILLUMINATI atau FREEMASON ini 1World Government : New World Order.. serta pilihanraya Malaysia dulu semasa era pemerintahan Abdullah Badawi diadakan bertarikh "13" (suatu nombor keramat bagi pengikut FREEMASON dan ILLUMINATI).. dan apakah pentingnya nombor "7" dalam FREEMASON? bubuh batu asas FREEMASON di Pulu Pinang pada tahun 1927, perancangan dan kritikan penubuhan negara Malaysia pada tahun 1937 dan pengingsyhtiharan "kemerdekaan" negara Malaysia pada tahun 1957..




LUCIFER show 1World Government sign..




17) fahaman FREEMASON, ILLUMINATI, ZIONIS ISRAEL..
They (no matter what race) who sold their soul to the ‘MASTER‘ to do all the above will be given the power:

a. to induce spiritual blindness

b. to convince

c. to convert

d. to corrupt

........
politik dunia ini semuanya seperti sudah dirancang semuanya oleh FREEMASON dan bangsa YAHUDI.. di facebook tulis "what are you thinking" dan google sebenarnya ada satu pangkalan data khas serta graf dan macam2 lagi untuk mengetahui mengetahui apa sebenarnya manusia suka cari di internet... semuanya adalah perancangan yang amat rapi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...