Pernahkah anda menemui manusia yang jenis ini, terpekik-pekik, terjerit-jerit dari jauh menentang sesuatu perkara atau isu? Mesti pernah kan. Tapi bila diajukan soalan kenapa tidak dibawa kedepan perkara itu kalau benar apa yang dibantah itu ada kebenaran, pasti manusia jenis ini akan membuat seribu dalih.
Kalau tahu tentang sesuatu perkara itu ada salah dan silapnya, kenapa tidak tampil ke depan untuk membetulkan keadaan. Bukannya menyorok tidak berani mendedahkan identiti dan mendiamkan diri.
Contohya di dalam sesebuah organisasi, bila ada sesuatu pembaharuan yang cuba dibuat dalam organisasi, pasti akan ada pihak yang tidak suka pada perubahan. Manusia jenis ini akan sentiasa berfikiran negatif, suka cakap belakang memburuk-burukkan pembaharuan yang dibuat, tapi tidak berani untuk tampil kehadapan untuk menyatakan ketidak puasan hatinya itu.
Bila dalam sesuatu mesyuarat menusia jenis ini akan hanya duduk diam, dan tidak berani untuk bersuara. Kenapa tidak berani untuk bersuara? Kerana takut akan diminta beri penjelasan. Tetapi setelah selesai mesyuarat, manusia jenis ini akan mula pukul canang, itu tak betul ini tak betul, bila dah diberi ruang untuk bersuara tak berani. Cakap belakang berani.
Dalam alam maya ini, ramai manusia jenis ini yang boleh kita jumpa. Terpekik terlolong menyatakan ketidak puasan hati tentang sesuatu perkara, tapi tidak berani dedahkan identiti. Terjerit di dalam ruangan komen blog seseorang atau dalam mana artikel tanpa mendedahkan identiti. Itulah yang di katakan balig batu, sembunyi tangan dan juga cakap belakang, cakap belakang monitor.hehe..
Kalau anda tidak puas hati tentang sesuatu perkara itu, tampilkan diri anda, bukan bersembunyi. Jika anda bersembunyi itu bermakna anda pengecut atau penakut. Kalau perkara yang anda ingin katakan itu benar, munkin penulis artikel tersebut boleh cuba menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat. Tapi aku rasa orang yang jenis macam ni biasanya bukanlah orang benar2 berilmu atau faham tentang sesuatu perkara. Manusia jenis macam ini cuma pandai cakap je, sebab mereka menyembunyikan identiti kerana takut orang akan bertanya dan dia tidak tahu nak menjawap.
Aku cukup menyampah dengan manusia macam ini. Manusia macam ini kita patut panggil sebagai PENGECUT dan PENAKUT. Pandai cakap belakang je
No comments:
Post a Comment