Sekian lama menyepi, Alhamdulillah selesai sudah semester 6. Tinggal 2 semester lagi untuk menamatkan pengajian. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah beri kekuatan dan mendidik kesabaran diri ini dalam mengharungi fatamorgana dunia.
Hari ni, AM nak refresh sikit. Atau mungkin memaklumkan kepada mereka yang mungkin belum mengetahui mengenai Sifat-sifat Tamadun Islam. Tiba-tiba rasa macam belajar dekat sekolah dulu pulak. So AM pun nak refresh balik.
Baiklah, sebagaimana yang kita tahu, antara definisi Islam ialah keamaan atau rahmat, bersesuaian dengan sebab diutusnya Rasul Junjungan Mulia Nabi Allah Muhammad Alaihisalam.
Begitu juga sifat-sifat tamadun Islam. Iaitu sejagat. Ianya tidak terikat kepada bangsa tertentu atau disandarkan kepada tempat tertentu. Tidak semestinya Melayu dia Islam, Tidak semestinya Minang dia bukan Islam. Begitu juga mengenai tempat. Tidak semestinya di tanah Arab je orang Islam manakala di England atau Perancis bukan Islam. Bahkan, Islam milik seluruh manusia yang berpegang kepada Ad-Din. Jadi, ini bermakna Tamadun Islam dapat dilihat dimana sahaja tanpa ada sempadan geografi.
Antara sifat lain dalam Tamadun Islam ialah sifat keterbukaan. Tamadun Islam terbuka dan diciptakan tanpa batas kepada had tertentu. Berbeza dengan perundangan dan hukum. Ianya ada had-had yang perlu dijaga. Seperti juga tamadun lain, Tamadun Islam juga tetap akan berkembang mengikut perubahan masa namun masih menetapkan garis panduan dalam hukum hakam.
Sewaktu Islam menakluk semula Kota Mekah, penduduk tidak dipaksa untuk menukar agama. Begitulah salah satu sifat Tamadun Islam. Islam tidak melarang tamadun lain berkembang. Tamadun islam masih tetap diteruskan dan dimajukan selagi ia tidak lari dari garis panduan syarak.
Islam menggalakkan perkembangan ummah. Begitu juga Tamadun Islam. Bahkan Islam menggalakkan penerusan tamadun yang membawa kebaikan kepada manusia dengan tidak menjejaskan hak-hak orang lain. Tamadun Islam juga bersifat sepanjang zaman. Perkembangannya yang bermula dari turunnya wahyu pertama dan tidak pernah berhenti walaupun selepas kewafatan Junjungan Mulia. Ia tidak dibatasi oleh sempadan atau batas waktu dan terus berkembang sehingga ke hari ini.
Seterusnya sifat Tamadun Islam ialah toleransi terhadap agama dan budaya lain. Sedia maklum, dimana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Islam tidak melarang umatnya mengamalkan segala adat istiadat selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum yang telah ditetapkan. Jika kita imbas kembali, walaupun Tamadun Islam berkembang dalam dunia yang tidak dikenali, ianya masih mempertahankan toleransinya terhadap agama dan budaya lain selain daripada Islam.
Walaupun di sesebuah negara Islam yang mempunyai penduduk yang beragama lain selain daripada Islam, Tamadun Islam tidak larang mereka mengamalkan agama dan budaya mereka agar dapat mengekalkan hubungan baik terhadap masyarakat.
Kesatuan dan kepelbagaian juga merupakan sifat Tamadun Islam. Sebarang bentuk kemajuan yang dicipta oleh Tamadun Islam dalam pelbagai bidang disatukan oleh akidah Islam yang menjurus ke arah mengESAkan Allah. Seperti yang dinyatakan, Islam tidak melarang tamadunnya berkembang. Malah Islam menggalakkan ada pembaharuan dan kemajuan dalam tamadun terutamanya yang dapat mengeratkan lagi perpaduan ummah.
Antara lain ialah, penemuan dan hasil ciptaan baharu yang dicapai oleh manusia dikembalikan kepada kebesaran Allah Pencipta Sekalian Alam.
Itulah beberapa sifat-sifat yang terkandung didalam Tamadun Islam. Dimana perkembanganny haruslah seimbang dengan kemantapan budi dan akhlak ummah. Setiap hasil ciptaan untuk ummah tanpa meminta balasan kerana mereka percaya bahawa ianya diilhamkan oleh yang Maha Esa atas sifat kasihnya kepada hamba.
Seharusnya kita melaksanakan sebagai ahli dalam tamadun bagi berusaha memantapkan lagi seterusnya memajukan Tamadun Islam. Setiap amal kebaikan kepada manusia, kita tidak perlulah mengharapkan balasan dari manusia, kerana sesungguhnya manusia itu tidak berkuasa. Sebaiknya ikhlaskan hati dan niat segalanya kerana Allah. Biarlah kita mati dalam memperjuangkan, mempertahankan dan menabur bakti di jalan Allah. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment