Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Monday, August 6, 2012

Antara Nuzul Quran dan Lailatul Qadar


Dengan nama Tuhan yang telah meletakkan setitis kasih dan cinta dalam setiap insan dan DIAlah jua yang memberikan ketenangan dalam menghadapi segala perasaan yang terbuku dihati.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh

Baru-baru ni, AM ditanya perbezaan antara Nuzul Quran dan Lailatul Qadar, Bukankah kedua-duanya sama, jadi kenapa Nuzul Quran jatuh pada 17 Ramadhan manakala Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir?

Jadi sebelum AM menerangkan lebih lanjut, biarlah diterangkan dulu definisi perkataan tersebut.

Menurut kamus DBP Edisi Ke-4, Nuzul membawa erti "turun". Oleh itu, perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Turun dari mana akan kita kupas sebentar lagi.

Menurut Hamka, Lailatul Qadar memberi dua makna, yang pertama ialah kemuliaan kerana setengah dari erti qadr itu ialah kemuliaan. Kedua pula bermaksud penentuan kerana pada waktu itulah mulai ditentukan langkah yang akan ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w didalam memberi pertunjuk kepada umat manusia.

nuzul quran Pictures, Images and Photos

Baiklah, sebenarnya yang membezakan Nuzul Quran dan Lailatul Qadar ialah tarikh penurunan. Seperti yang kita sedia maklum, ramai ulama sepakat menyatakan bahawa tarikh Nuzul Quran (Penurunan Al-Quran kepada Baginda Rasulullah s.a.w) adalah pada 17 Ramadhan. Namun begitu, terdapat beberapa tarikh lain yang menjadi pendapat beberapa ulama lain.

Mengenai tarikh turunnya Al-Quran kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Ada 1 kisah disebaliknya. Kitab Sirah Ibn Hisyam berhubung tajuk “ Ibtida’ Tanzil Al-Qur’an” ada menceritakan mengenai "Hari Al-Furqan" berdasarkan ayat dibawah:


وَاعْلَمُوا أَنَّمَا غَنِمْتُم مِّن شَيْءٍ فَأَنَّ لِلَّهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ إِن كُنتُمْ آمَنتُم بِاللَّهِ وَمَا أَنزَلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا يَوْمَ الْفُرْقَانِ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Yang bermaksud: Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk RasulNya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir yang keputusan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada "Hari Al-Furqaan", iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Surah  al-Anfal ayat 41]

Untuk makluman. Perang Badar juga berlaku pada 17 Ramadhan Tahun ke-2 Hijrah.

Ok, balik ke landasan. Secara amnya, Nuzul Quran bererti penurunan Al-Quran kepada Baginda Rasulullah s.a.w secara berperingkat selama 23 tahun. Yakni 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Malah ada juga yang menyatakan secara tepat, dari wahyu pertama hingga wahyu terakhir mengambil masa 22 tahun 2 bulan 22 hari (betul atau tidak, hanya Allah yang lebih mengetahui).

Bukti penurunan Al-Quran secara berperingkat juga telah diterangkan oleh Allah s.w.t dalam firmanNYA:

وَقُرْآنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَىٰ مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنزِيلًا

Yang bermaksud : Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur. [Surah Al-Isra’ ayat 106]

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَا نُزِّلَ عَلَيْهِ الْقُرْآنُ جُمْلَةً وَاحِدَةً ۚ كَذَٰلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِ فُؤَادَكَ ۖ وَرَتَّلْنَاهُ تَرْتِيلً

Yang bermaksud : Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu. [Surah Al-Furqan ayat 32]

Lagipun, jelas sekali Al-Quran turun sebelum dan selepas hijrah. Maka jelaslah Al-Quran turun(kepada Baginda Rasulullah s.a.w) secara berperingkat.

Lailatul Qadar Pictures, Images and
Photos

Mengenai Lailatul Qadar pula, ulama berpendapat terdapat beberapa peringkat penurunannya.

بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَّجِيدٌفِي لَوْحٍ مَّحْفُوظٍ

Yang bermaksud: (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz. [Surah Al-Buruj ayat 21-22]

Ini adalah yang utama, dimana Luh Mahfuz merupakan semulia-mulia tempat untuk Al-Quran yang mulia. Maka ulama sepakat, peringkat pertama adalah dari Allah kepada Luh Mahfuz.

Seterusnya, ulama sepakat dari Luh Mahfuz, Al-Quran diturunkan kepada Baitul Izzah yakni langit dunia. Dimana? Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Walaupun tiada jelas yang menyatakan ianya turun kepada Baitul Izzah dalam Quran, akan tetapi, Allah ada berfirman:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ


Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,[Surah al-Qadr ayat 1]

Ayat di atas telah disepakat oleh ulama berikutan peristiwa penurunan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Manakala ayat dibawah menerangkan bahawa Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan dan malam yang pernuh berkat

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ


Yang bermaksud: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. [Surah Al-Baqarah ayat 185]

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ ۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ


Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). [Surah Ad-Dukhaan ayat 3]

 Menurut Al-Hakim, Al-Baihaqi, dan An-Nasa’i, Ibnu Abbas r.a berkata, “Al-Qur’an diturunkan sekaligus ke langit dunia pada lailatul Qadr (malam al-Qadr). Kemudian setelah itu, ia diturunkan selama dua puluh tahun.”

Al-Qur\'an Pictures, Images and Photos

Mengenai peringkat ketiga, AM pun dah jelaskan pada bahagian Nuzul Quran di atas.

Mungkin maklumat yang AM sampaikan ini ramai dah tahu, AM pasti ramai yang tahu. Tapi tak salah kita refresh balik. After all, Ramadhan bulan amalan, BUKAN bulan makan.

Seronok bila kita kaji mengenai Al-Quran, menunjukkan kita sayang Al-Quran dan secara tidak langsung, menyaksikan kebesaran Allah s.w.t.

Jika kita lihat, sering kali ada perselisihan pendapat dikalangan ulama mengenai Al-Quran, ia membuktikan bahawa mereka cintakan Al-Quran dan mengkaji Al-Quran.

Seharusnya, kita bukan setakan baca sahaja tanpa mengetahui maknanya. Segala isi kandungan perlu difahami dan diamalkan.

Ingat, Al-Quran boleh menjadi pembimbing kita ke syurga, dan Al-Quran juga boleh melemparkan kita ke neraka.

Akhir sekali, marilah sama-sama kita mencari keredhaan Allah, menjejak malam Lailatul Qadar, malam yang dikatakan lebih baik dari seribu bulan @ 83 tahun.

Semoga Allah redha dengan usaha kita dalam perjuangan mencari keredhaanNYA.

Yang baik datangnya daripada Allah, dan yang buruk juga daripadaNYA, cuma disampaikan melalui AM sebagai hambaNYA yang dhoif dan lemah.

Wallahu A'lam


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...