Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Thursday, March 31, 2011

Kenapa Perlu Menemui Allah?

Scenery Pictures, Images and Photos

Betapa indahnya dan menakjubnya hidup di dunia ini. keindahan dan kesenangan membuat kita berasa selesa untuk terus mendiaminya, bahkan dapat membuatkan semua orang seakan-akan berasa dapat memenuhi segala keinginannya. Manusia menjadi leka dengan segala kemegahannya itu. Pengaruhnya kuat merasuk kesedaran manusia. Keadaan ini dijelaskan Allah SubhanAllah Taala dalam FirmanNYA :

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Surah Al-Hadid Ayat 20

Yang Bermaksud :

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Sekiranya kita tidak faham erti sebenar kehidupan di dunia ini, pasti dunia ini mempengaruhi sikap dan perilaku kita. Kita pasti tidak mahu meninggalkan dunia ini untuk menemui Tuhan dan kita akan terus leka atau berkhayal untuk terus mengejar keduniaan tanpa berhenti sehingga kita terjerumus dalam kekotoran hidup di dunia ini. Apabila ini berlaku, malapetaka pasti menimpa kita dan kehidupan kita hancur, terutama kehidupan di akhirat nanti. Allah SubhanAllah Taala Berfirman dalam Surah Yunus Ayat 7-8 :

إِنَّ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا وَرَضُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّوا بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ أُولَٰئِكَ مَأْوَاهُمُ النَّارُ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Yang Bermaksud :

Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami, Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.

Keinginan kita bertemu dengan Tuhan yang membuat dan menjadikan kita terlepas daripada bahaya belenggu kehidupan duniawi. Keinginan ini menentukan sikap kita pada kehidupan di dunia dan mengambil tahu nasib kita di akhiran nanti. Bagi orang yang sudah bersedia menemui Tuhan keinginannya selalu termakbul. Mereka menikmati kehidupan yang tenang dan bahagia, walaupun mungkin dalam keadaan jelas dengan berusaha bersungguh-sungguh. Inilah puncak kebahagiaan kehidupan yang sejati seperti yang digambarkan dalam FirmanNYA :

الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ طُوبَىٰ لَهُمْ وَحُسْنُ مَآبٍ

Yang Bermaksud :

Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya. (Surah Ar-Rad Ayat 29)

dan

وَأَمَّا الَّذِينَ سُعِدُوا فَفِي الْجَنَّةِ خَالِدِينَ فِيهَا مَا دَامَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ إِلَّا مَا شَاءَ رَبُّكَ ۖ عَطَاءً غَيْرَ مَجْذُوذٍ

Yang Bermaksud :

Adapun orang-orang yang berbahagia (disebabkan imannya dan taatnya), maka di dalam Syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu sebagai pemberian nikmat yang tidak putus-putus. (Surah Hud, Ayat 108)

Adapun perlu kita ingat, berlawanan dengan sifat tamakkan kebendaan ini, Islam meraikan konsep zuhud. Namun, perlu difahami zuhud tidak bererti meninggalkan dunia secara keseluruhan, tetapi bermaksud mengambil daripada dunia ini sekadar keperluan.

Wednesday, March 30, 2011

Asal Usul April Fool @ April Mop


Setiap kali menjelang tarikh 1 April, ramai diantara kita begitu terpengaruh dengan budaya ‘pandang ke barat’, dan mereka menjadi begitu meriah dan humor sekali. Otak masing-masing penuh dengan rancangan dan mencari mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu sedang bekerja atau sedang makan pun kepala mereka mencari cara dan membuat rencangan ‘guruan’ ini.


Tiap tarikh 1 April, ada saja orang—terutama anak-anak muda—yang merayakan hari tersebut dengan membuat aneka kejutan atau sesuatu gurauan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tarikh 1 April atau lebih popular disebut sebagai ‘April Mop’.

Namun tahukah Anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah penyeranagn tentara Salib terhadap Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan cara penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin semula dari sebahagian dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)

Yang penting mereka ingin puas melihat muka mangsa-mangsa gurauan April Mop mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang gurauan-gurauan atau ‘practical jokes’ yang dilakukan dapat menjadikan perselisihan dan penyesalan yang berkepanjangan.

SEJARAH APRIL MOP


Perayaan April Mop yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Mop atau The April’s Fool Day berasal dari satu episode sejarah Muslim Sepanyol di tahun 1487 atau bertepatan dengan 892 H. Sebelum sampai pada tragedi tersebut, ada baiknya melihat sejarah Spanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dikuasai Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad , Spanyol berangsur-angsur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan perluasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah telah ditakluki. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan ‘toleransi’ kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat kawasan pegunungan.

Islam telah menerangi Spanyol. Kerana sikap para pemerintah Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Qur’an tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka selalu berkata tidak untuk muzi, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Spanyol tanpa kenal putus asa terus berupaya membersihkan Islam dari Spanyol, namun mereka selalu gagal. Telah beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Dihantar sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni pertama-tama harus melemahkan iman mereka dulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka menghantar alkohol dan rokok secara terus menerus ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memikat kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding baca Qur’an. Mereka juga mengirim sejumlah ulamak palsu yang kerjanya meniup-niupkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Spanyol jatuh da dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan.

Tidak hanya pasukan Islam yang disembelih, juga penduduk sipil, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dilibas dengan pedang.

Satu persatu daerah di Spanyol jatuh, Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentara-tentara Kristen terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan sudah sepi, tinggal menyaksikan ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan darah, tentara Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. .

Dengan lantang tentara Salib itu mengumumkan pengampunan, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan berlayar keluar dari Spanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kamu keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kamu jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentara Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentara Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya.

Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentara Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan hanya boleh melihat ketika tentara Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa karana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Sedang tentara Salib itu telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara Salib itu segera menyerang dan melibas umat Islam Spanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentara Salib terus membunuhi warga awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristen setiap tanggal 1 April sebagai April Mop (The Aprils Fool Day).

Bagi umat Islam April Mop tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seiman disembelih dan dilibas oleh tentara Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat patut jika ada orang Islam yang terikut-ikut merayakan tradisi ini. Sebab dengan ikut merayakan April Mop, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Mop, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan massal ribuan saudara-saudaranya di Granada, Spanyol, beberapa abad silam.

Wallahualam,

Monday, March 28, 2011

Golongan Yang Sedikit

Umat Islam di ere globalisasi kini perlulah memperbanyakkan bersyukur kepada tuan empunya dunia, Allah SubhanAllah Taala. Tujuan kita bersyukur adalah untuk mensyukuri nikmat Allah, merendahkan diri serta sebagai tanda keteguhan iman di atas segala nikmat kurniaanNYA yang tidak terhitung banyaknya.

Dalam konteks yang lebih dekat, kita lihat sahaja Negara kita Malaysia. Rakyat Malaysia amat bertuah kerana Allah mentakdirkan kita berada atau memiliki sebuah Negara yang aman. Malahan kita juga turut dikurniakan dengan rezeki dan nikmat berupa kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah. Walaupun ada diantara kita yang berbeza pendapat, tetapi jika kita ketepikan persengketaan antara kita, maka perpaduan dapat dieratkan dan keamanan dan keharmonian dapat dikekalkan.

Nikmat keamanan Negara yang kita terima dan merasai terus-menerus selepas kemerdekaan yang tidak putus-putus sepatutnya menambahkan lagi rasa terima kasih atau rasa bersyukur kepada Allah SubhanAllah Taala serta memperkuatkan lagi ketaatan dan pengabdian kita kepada Maha Pencipta.

Bagaimana kalau ditakdirkan Malaysia menjadi seperti bumi Palestine yang saban hari bermadikan darah? Bumi Libya dalam keadaan peperangan dengan alas an kononnya mahu mengembalikan keamanan serta menggulingkan pemimpin yang menindas rakyat.

Seharusnya rakyat Malaysia terutamanya umat islam perlu bermuhasabah diri seiring dengan usia yang semakin bertambah dan hampir ke penghujungnya. Seperti kata Saidina Umar Al-Khattan :

Perhitungkanlah (hisablah) dirimu sebelum anda dihitung (dihisab) oleh Allah (pada hari akhirat)."

Jika kita fikirkan semula, bagaimanakah cara untuk kita mengukur tahap rasa syukur kepada Allah SubhanAllah Taala atas segala nikmat pemberiannya yang tak terhitung banyaknya selama kita menjalani kehidupan sebagai musafir atau sebagai khalifah di muka bumi ini.

Sepatutnya, kita sebagai umat Islam perlu sentiasa berasa takut dan cemas serta bimbang kerana selepas menikmati rezeki pemberian Allah, kita tidak diiktiraf oleh Allah sebagai seorang hambaNya yang bersyukur. Malah, di dalam kitab suci Al-Quran, Allah SubhanAllah Taala ada menyebut dalam beberapa ayat dimana ramai manusia yang tidak berterima kasih atau hanya sedikit orang yang bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Allah.

Kita perlulah sentiasa muhasabah diri atas segala pemberian rezeki dan seterusnya bersyukur atas nikmat itu. Orang yang tidak tahu atau tidak mahu bersyukur, maka ingatlah, azab Allah yang bakal diterimanya di akhirat amatlah pedih. Sebaliknya orang yang setiasa bersyukur dan menghargai setiap nikmat pemberian Allah, maka beruntunglah ia kerana Allah berkenan menambahkan lagi pemberianNya, Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud

Orang yang tidak tahu atau tidak mahu bersyukur, maka azab Allah bakal diterimanya di akhirat. Sebaliknya, orang yang tahu bersyukur dan menghargai nikmat pemberian Allah, mereka beruntung kerana Allah berkenan menambahkan lagi pemberiannya, sebagai firman-Nya bermaksud:

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7)

Segala nikmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, terutamanya kepada Muslim boleh dibahagikan kepada dua, iaitu :

- Nikmat untuk kelangsungan hidup di dunia seperti makanan, minuman, pandangan, kekayaan, keamanan, kesihatan, umur dan nikmat berkasih sayang.

- Nikmat yang paling mahal dan tinggi nilainya nikmat iman dan Islam kerana ia bukan setakat untuk di dunia tetapi berterusan sampai ke hari akhirat.

Sebagaimana kita mempertahankankan maruah kita, mempertahankan maruah dan air muka ibu bapa kita, begitulah kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan nikmat Iman dan Islam sampai ke akhir hayat kita, kerana disamping nikmat lain yang tidak terkira banyaknya adalah nikmat yang paling agung iaitu nikmat Islam dan Iman

Jika kita meneliti dalam Quran, Allah ada berfirman, bahawa amat sedikit manusia yang bersyukur. Jadi persoalannya, adakah kita sebagai umat Islam sebenarnya bersyukur dengan kedua-dua bentuk nikmat yang dikurniakan Allah?

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (An-Nahl: 18)

Melalui Firman Allah di atas, ianya menghuraikan mengenai banyaknya nikmat kurniaan Allah kepada manusia yang pasti tidak mampu dihitung.

Allah meminta supaya manusia yang banyak menerima nikmat dan kurniaan Allah supaya bersyukur, seperti firman-Nya yang bermaksud:

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur." (An-Nahl:78)

Dalam ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur." (Al-Baqarah: 185).

Banyak lagi ayat al-Quran yang diakhiri dengan kalimah yang bermakna,

"agar kamu bersyukur."

Beberapa firman Allah (sekadar beberapa ayat) dalam al-Quran menyatakan bahawa kebanyakan manusia tidak bersyukur atau sedikit sekali yang berterima kasih kepada Allah, seperti firman-Nya bermaksud:

'Dan sedikit sekali daripada hamba-Ku yang tahu berterima kasih (bersyukur)." (Saba': 13)

Dalam soal jawab Iblis dengan Allah, Iblis berkata,

"Kemudian aku datang (memperdayakan) mereka dari muka, belakang, kanan dan kiri mereka. Dan tidaklah Engkau (Tuhan) akan mendapati kebanyakan daripada mereka tahu berterima kasih." (Al-A'raaf: 17).

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (Al-Baqarah: 243)

Sewajarnya umat Islam menaruh perasaan bimbang dengan penjelasan Allah seperti dalam beberapa ayat berkenaan, iaitu apakah mereka daripada kalangan orang yang bersyukur. Semoga kisah berikut memberi pengajaran atau iktibar kepada kita.

Diceritakan bahawa ada seorang pemuda pada zaman Saidina Umar al-Khattab yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit." Doa pemuda ini didengar oleh Saidina Umar ketika beliau (Umar) sedang bertawaf di Kaabah. Umar berasa hairan, iaitu kenapa pemuda berkenaan memohon doa sedemikian rupa.

Selepas selesai melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?"

Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur."

Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah, jelas pemuda berkenaan.

Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu." Memanglah teramat sedikit yang tahu dan mahu bersyukur dan semoga kita termasuk dalam golongan yang sedikit berkenaan (yang bersyukur).

Bagaimanakah memastikan diri daripada kalangan orang yang bersyukur dengan segala nikmat yang diterima daripada Allah?

Menurut Imam al-Junaid,

"Syukur ialah seseorang yang tidak menggunakan nikmat Allah untuk melakukan maksiat kepada-Nya".

Ertinya, tanda bersyukur ialah menggunakan segala nikmat atau rezeki kurniaan Allah untuk melakukan ketaatan kepada-Nya dan memanfaatkannya ke arah kebajikan - bukan menyalurkannya ke kancah maksiat atau kejahatan.

Ulama bernama Ahsin bin Atha'ullah pula membahagikan syukur kepada tiga, iaitu:

- syukur dengan lidah, iaitu dengan cara menyebut nikmat kurniaan Allah seperti firman Allah:

"Dan nikmat Tuhanmu hendaklah engkau menyebutkannya sebagai menzahirkan kesyukuran." (Adh-Dhuha: 11);

- Syukur dengan anggota badan, iaitu dengan melaksanakan ketaatan kepada Allah, iaitu dengan menggunakan anggota badan ke atas perkara yang diredhai Allah.

- Syukur dengan hati, iaitu mengiktiraf bahawa Allah sajalah pemberi segala nikmat di mana segala nikmat atau rezeki yang diperoleh oleh setiap manusia (hamba Allah) datangnya daripada Allah, sesuai dengan penjelasan Allah menerusi firman-Nya bermaksud:

"Apa jua nikmat yang kamu peroleh, maka ia datangnya daripada Allah."

(An-Nahl: 53)

Ibnu Atha'ullah Askandari pula berkata:

"Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat, maka dia membuka ruang seluas-luasnya untuk nikmat berkenaan hilang daripadanya. Sedangkan sesiapa bersyukur, maka (bermakna) dia mengukuhkan lagi ikatan kekalnya nikmat berkenaan kepada dirinya. Dan sesiapa yang tidak mempedulikan nikmat Allah yang diperolehinya, maka dia akan menghargainya apabila nikmat itu (telah) hilang daripadanya."

Ketika Siti Aisyah bertanya Rasulullah SAW (suaminya), mengapa baginda begitu kuat dan tekun beribadah (solat) sampai kakinya bengkak, sedangkan baginda seorang nabi yang telah diampun dosanya dahulu dan akan datang?

Nabi Muhammad menjawab, "Tidak bolehkah aku menjadi orang yang bersyukur kepada Allah."

Ini bermakna mentaati perintah dan menjauhi apa jua larangan Allah adalah tanda syukur kepada-Nya. Insaflah bahawa apa jua yang Allah suruh kerjakan dan tinggalkan segala larangan-Nya adalah semata-mata untuk keuntungan manusia sendiri.

Allah tidak mengambil sebarang faedah daripada apa jua yang diperintah dan dilarang-Nya. Allah tidak sekali-kali rugi jika semua manusia sepakat untuk tidak mentaati-Nya dan tidak pula untung sekelumit pun sekiranya semua manusia beriman dan patuh kepada-Nya. Bukankah Allah mewujudkan manusia di muka bumi ini untuk diuji. Allah hendak melihat siapakah antara mereka yang paling baik perbuatannya?

Ini selaras dengan penegasan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami (Allah) menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya agar Kami menguji mereka siapakah antara mereka yang terbaik perbuatannya."(Al-Kahfi:7)

Sunday, March 27, 2011

Tubuh Anda adalah Mesin yang Menakjubkan


HUMAN BODY Pictures, Images and Photos


Diantara sifat orang beriman adalah ketika mendapat berbagai kenikmatan, dia bersyukur kepada Dzat yang telah memberikan nikmat tersebut iaitu Allah Subhaanahu wa Ta’ala. Dia ucapkan: “Alhamdulillah, segala puji bagi Allah” dan ucapan yang sejenisnya. Memang arti syukur sendiri adalah memuji kepada Dzat yang telah memberikan berbagai kenikmatan dan kebaikan. Tapi cukupkah dengan hanya memuji melalui lisan semata?


Sebenarnya tidak cukup hanya dengan itu, kerana betapa banyaknya orang yang memuji Allah Subhaanahu wa Ta’ala dengan lisan-lisan mereka ketika mendapatkan nikmat tetapi bersamaan dengan itu tetap bergelimang dalam kemaksiatan.


Syukur terbahagi pula kepada 3 paksi. Syukurnya seseorang hamba terdiri pada tiga paksi dan dinamakan apabila kesemua paksi dilaksanakan.


1. Bersyukur dan mengakui nikmat yang diberikan. (Syukur dengan hati)

2. Bersyukur secara lisan, mengucapkan syukur dan memuji Allah atas segala nikmat

3. Bersyukur dengan nikmat yang diberi dan digunakan untuk taat dan beribadat kepada Allah.

Sebagai contoh, nikmat pancaindera, kita diberikan telinga, mata, mulut dan sebagainya. Kita bersyukur kerana sempurna sifat. Jadi kita bersyukur dan menggunakan mulut atau melafazkan tanda syukur kepada Allah, antaranya dengan berdoa, berzikir memuji Allah. Seterusnya kita gunakan pancaindera kita untuk kebaikan, seperti telinga untuk mendengar kalimah-kalimah Allah, nasihat dan sebagainya, manakala untuk menyampaikan wahyu Allah, menyampaikan kebenaran, berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran seperti Firman Allah dalam Surah Al-`Asr yang bermaksud :


Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


Ketika Iblis, yakni makhluk yang dikutuk mengetahui tingginya kedudukan syukur dan ianya termasuk dalam golongan seagung-agung kedudukan, maka Iblis Laknattullah berusaha untuk memutuskan umat manusia dari bersyukur dengan segala nikmat Allah SubhanAllah Taala, lalu Iblis berkata :


ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلاَ تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ


“Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (ta`at).” (Al-A’raaf:17)


Allah telah mensifati orang-orang yang bersyukur bahwasanya mereka adalah orang-orang yang sedikit diantara hamba-hamba-Nya. Allah berfirman:


وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ


“Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur (berterima kasih).” (Saba`:13)

Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah,

'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'

Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Syukur itu pengikat kenikmatan dan sebab bertambahnya nikmat, sebagaimana diucapkan oleh ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz:


“Ikatlah nikmat-nikmat Allah dengan syukur kepada-Nya.”


Zaman kini, manusia selalu impikan kehidupan atau kekuatan yang luar biasa agar urusan seharian mereka bertambah mudah bagi diri mereka tanpa mereka mereka lihat kejadian mereka, kerana sesungguhnya manusia adalah ciptaan Allah yang amat unik. Malah tubuh badan boleh diumpamakan sebagai sebuah mesin yang amat luar biasa dan boleh melakukan pekerjaan yang luar biasa dan menakjubkan.


Marilah kita renungkan sejenak keunikkan dan keajaiban tubuh badan kita :


My Brain gif animation Pictures, Images and Photosgif Pictures, Images and Photos


*OTAK

Anda yang terdiri 80% air, memiliki 100.000.000.000 sel saraf yang menghantar isyarat dengan kepantasan 274 km per jam. menciptakan lebih banyak impuls listrik dari pada satu hari dari semua telepon di seluruh dunia yang di kumpulkan. Kekuatan pemrosesan otak Anda seperti komputer pentium 168.000mhz, yang merupakan perbandingan kasar kerana otak Anda tidak digunakan secara kompleks. 20% dari oksigen yang Anda hirup masuk ke otak.



*MATA

mata Anda boleh membezakan 500 tingkatan warna abu-abu, dan ukuran mereka selalu sama sejak lahir, sepasang mata manusia berkedip rata-rata 6.205.000 per tahun (berkedip benar-benar membersihkan bola mata kita) cara mata kita melihat, di tiru oleh pembuat kamera.



*HIDUNG

hidung anda membau “stereo” aroma isyarat dari setiap perjalanan nosetril ke berbagai bahagian otak yang membantu Anda untuk menentukan dari mana bau berasal.



*MULUT

manusia rata-rata menghasilkan 28.000 liter air liur dalam seumur hidup, yang cukup untuk mengisi 2 kolam renang. Jika ukuran 1 kolam renang internasional FINA Length :50 m (164 ft) Width :25 m (82 ft) Depth :2.0 m (6 ft 7 in) minimum Volume :2,500 m3



*JANTUNG

jantung Anda berdegup 40.000.000 kali setahun dan mengepam 48.000.000 galen darah dalam waktu hidup rata-rata. jantung memiliki kekuatan yang cukup untuk memancutkan darah sejauh sembilan meter.


Skin Model Pictures, Images and Photos


*KULIT

dalam 2,5 sentimeter persegi kulit di sana terletak 3,6 meter dari serat saraf, 1.300 sel-sel saraf, 100 kelenjar keringat/peluh, tiga juta sel, dan 2,7 meter pembuluh darah. Kulit adalah organ terbesar dalam manusia dengan permukaan adalah sebesar 2,25 meter persegi.



*TULANG

Adamantium adalah salah satu logam terkuat di dunia, tetapi substansi yang paling kuat dalam tubuh kita adalah tulang paha kita lebih kuat dari beton dan ini memiliki ruang hampa di dalamnya! rata-rata orang dewasa memiliki 206 tulang dalam tubuh mereka.


Human Anatomy & Physiology Pictures, Images and Photos


*ORGAN DALAM

tubuh Anda adalah pusat farmasi yang mengandung belerang yg cukup untuk membunuh semua kutu pada anjin, karbon yangg cukup membuat 900 pensil, pottassium yang cukup untuk membuat meriam api mainan, lemak untuk membuat tujuh batang sabun, phosporus untuk membuat 2,200 kepala mancis, besi yang cukup untuk menciptakan paku tiga inci dan air untuk mengisi tangki 40 liter. asam lambung pencernaan yg cukup kuat untuk melarutkan.



*DARAH

Jauh manakah kita mampu berjalan?darah juga memiliki perjalanan jarak yang sangat panjang, sekitar 96.000 km dalam waktu hidup rata-rata, yang cukup untuk pergi ke seluruh dunia dua kali..



*TIDUR

Tanpa kita sedari, satu per lapan manusia tidur bedengkur makanala 1 per sepuluh manusia tidur menggeselkan gigi…



*BERSIN

bersin pun membersihkan virus yang mengganggu tubuh anda.. bahkan ketika anda bersin semua organ tubuh anda berhenti bekerja, termasuk JANTUNG


Berkata seseorang kepada Abu Hazim:

“Bagaimana bentuk syukurnya kedua mata ya Abu Hazim?”


Maka dia menjawab: “Jika engkau melihat kebaikan, engkau mengumumkannya (memberitahukan kepada yang lainnya) dan sebaliknya jika engkau melihat keburukkan, engkau menyembunyikannya.


” Laki-laki tadi bertanya lagi:

“Bagaimana syukurnya kedua telinga?”


Beliau menjawab: “Jika engkau mendengar kebaikan maka engkau menjaganya dan jika engkau mendengar kekemungkaran, engkau menolaknya.”


Dia bertanya lagi:

“Bagaimana syukurnya kedua tangan?”


Beliau menjawab:“Janganlah engkau mengambil apa-apa yang bukan milik keduanya dan janganlah engkau tahan hak untuk Allah apa yang ada pada keduanya.


” Dia bertanya lagi:

“Bagaimana syukurnya perut?”


Beliau menjawab:

“Jadikanlah makanan dibawahnya dan ilmu di atasnya.”


Dia bertanya lagi: “Bagaimana syukurnya kemaluan? ”


Beliau menjawab dengan membacakan ayat:

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ(5) إِلاَّ عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ(6) فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ(7)


“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminuun:5-7)


Dia bertanya lagi:

“Bagaimana syukurnya kedua kaki?”


Beliau menjawab:

“Jika engkau mengetahui suatu mayat yang engkau iri/dengki kepadanya (kerana ketika hidupnya melakukan ketaatan kepada Allah), maka pergunakan keduanya sebagaimana dia amalkan.


Jika engkau tidak bersyukur dengan seluruh anggota badanmu, maka permisalannya adalah seperti seseorang yang mempunyai pakaian lalu dia mengambil ujungnya dan tidak memakainya, maka pakaian tersebut tidak memberikan manfaat kepadanya untuk menghindari panas, dingin, salju dan hujan.


Dan sebagian ‘ulama telah menulis surat kepada salah seorang saudaranya: “Ammaa ba’d, sungguh kami telah berada di pagi hari dengan nikmat-nikmat dari Allah yang tidak dapat dihitung bersamaan banyaknya maksiat yang telah kami lakukan, maka kami tidak tahu mana diantara keduanya yang kami boleh bersyukur, apakah keindahan (iaitu kebaikan-kebaikan) yang telah dimudahkan bagi kita ataukah keaiban yang telah ditutupi?


Subhaanallah, seorang muslim tidak boleh sekejap pun untuk melupakan syukur kepada Allah. Mengapa? Tidakkah kita sadari betapa banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita dalam keadaan kita sering terjatuh kepada kemaksiatan akan tetapi Allah tutupi aib-aib kita. Untuk itu bersegeralah kembali dan taubat kepada-Nya serta kita minta kepada-Nya agar menjadikan kita sebagai orang-orang yang pandai bersyukur.


Wallahu A’lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...