Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Friday, May 18, 2012

Derma Darah Amalan Mulia

Allah Pictures, Images and Photos


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Bertemu lagi kita dalam rungan ilmu... Hari ni AM nak kongsi sikit mengenai amalan menderma darah... Umumnya semua tahu mengenai derma darah... Mungkin juga semua tahu pendapat ulama mengenai derma darah...


Jadi, mari kita lihat serba sedikit apa kata ulama mengenai amalan menderma darah...



1) Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi:


Beliau melihat menderma darah ini merupakan satu cara bersedekah yg cukup utama. Ini disebabkan disamping memberi, keperluan darah dikala kritikal membantu pesakit dan dapat menyelamatkan nyawa.


مِنْ أَجْلِ ذَٰلِكَ كَتَبْنَا عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَن قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا ۚ وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِّنْهُم بَعْدَ ذَٰلِكَ فِي الْأَرْضِ لَمُسْرِفُونَ


Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.  (QS. AL-Maidah: 32)




Siapa yang membebaskan seorang muslim dari bebannya di dunia, maka Allah akan membebaskannya dari bebannya di hari kiamat. (HR Bukhari dan Muslim)




2) Syeikh Husamuddin bin Musa 'Ufanah:


Ulama' yg berasal dari Palestin ini melihat menderma darah itu sangat penting hingga sampai ke tahap fardu kifayah. Namun, beliau menolak konsep menjual beli darah (dan juga organ)


3) Syaikh Zaid Bin Muhammad Al-Madkholi:


Beliau berpandangan selagi mana ia tidak menimbulkan kemudharatan pada diri si penderma, ia bukan perkara yang dilarang, malah mendapat pahala.


فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ, وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ


“Barangsiapa yang beramal dengan sebiji debu kebaikan maka dia akan melihatnya, dan barangsiapa yang beramal dengan sebiji debu kejelekan maka dia akan melihatnya” (QS. Az Zalzalah: 7-8)


Namun, beliau menentang sebarang penjualan darah dan meletakkan hukum haram dalam penggunaan duit yg diperoleh dala urusan jual beli darah.


Itu merupakan kata-kata dari 3 ulama... 1 masalah yang sering menjadi tanda tanya mengenai derma darah ialah ketika bulan ramadhan atau berpuasa... Adakah batal puasa kita jika kita menderma darah ketika puasa? Oleh itu AM lanjutkan mengenai hukum menderma darah ketika berpuasa dibawah.


blood donation Pictures, Images and Photos




1. Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.


Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2. Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:

Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.

Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).

Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

blood01 Pictures, Images and Photos


berdasarkan penerangan diatas, majoriti dari kalangan ulama menyatakan ianya tidak membatalkan puasa. Jadi, ramai yang sepakat menyatakan hukum asal menderma darah adalah harus namun, mereka juga menyatakan bahawa menderma darah di bulan puasa adalah makruh kerana ia boleh menyebabkan tubuh menjadi lemah, walaubagaimana pun, derma pada malamnya tidak mengapa.

Photobucket

AM sendiri merupakan penderma tegar... hohoho

Pertama kali AM derma darah pada 22 September 2008... Masa tu ada program derma darah di tempat belajar... Oleh itu AM selalu ikuti program derma darah yang diadakan di tempat belajar. Namun bermula dari 18 ogos 2010, AM mula menderma setiap 3 bulan. Tarikh akhir derma AM pada 8 Mei 2012. Ini bermakna tarikh berikutnya AM bercadang untuk pergi ialah pada 2.Ogos.2012... :)

Oh ye, akhir sekali perlu diingat... Menderma darah tidak menjadikan seseorang itu mahram... Mengikut perbincangan ulama', sesetengah daripada mereka bersepakat berkenaan konsep mahram itu jatuh pada 3 perkara SAHAJA; nasab (keturunan), mushaharah (pernikahan) dan radhaah (penyusuan)... Maka pandangan yang mengatakan si penerima darah bertukar menjadi mahram kepada yang menderma ditolak sama sekali. Ringkasan syarahan mengapa tidak disamakan derma darah dan penyusuan ibu adalah disebabkan darah dianggap sebagai medium pengantara di dalam sistem badan manusia (nutrient, oksigen dan lain-lain); berlainan dengan susu ibu yang menjadi darah daging kepada si peminumnya... Wallahu A'lam...

3 comments:

Srikandi permata said...

Allahukbar..menarik sangat tajuk nie..
banyak yang dipelajari..
jazakillah..

Al Mumtahan said...

Info bersama... =)

Anonymous said...

salam AM, saya zira. Maaf kerana menggangu kawan-kawan.

saya memerlukan bantuan/pertolongan kawan-kawan bagi pihak kawan baik saya. Beliau perlu mengambil darah di pusat derma darah bagi tiap-tiap bulan. beliau menghadapi penyakit kurang darah dalam badan (mudah pitam).

syarat yang diperlukan untuk mengambil darah tersebut adalah dengan membawa salinan kad/buku derma darah kawan-kawan/ahli keluarga sebagai pertukaran/dikenakan bayaran.

Bantauan yang diperlukan adalah:
1) salinan kad/buku derma darah (salinan perlu mengandungi butiran penderma serta tarikh derma)

salinan tersebut bolehlah diemailkan kepada mszirahkl@gmail.com.

semoga dengan bantuan/pertolongan kawan-kawan, beliau dapat meneruskan kehidupan harian yang sempurna.

saya mohon juga, agar perkara ini diwar-warkan kepada kawan-kawan anda yang berhasrat untuk membantu.

Sekian, terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...