Pertamanya, AM memohon maaf atas kelewatan meng"update" blog ni. AM tahu ramai yang ternanti-nanti uptade terkini (perasan seketika)...
Bukan tak ingat pada blog. Bukan tidak mahu istiqomah. Cuma ada beberapa halangan dan kekangan dengan masa dan urusan pelajaran termasuk yang peribadi. Jangan marah ye, senyum. Kalau anda senyum ianya akan berjangkit, bila semua orang senyum dunia tiada penyakit. Cewahhh...
senyum sikit... ha... kan comel...
Baiklah, selain itu, kelewatan juga disebabkan AM kena cek balik post-post sebelum ini. Mana la tahu kot-kot nanti ada pulak double post.. Tapikan, kalau double post pon tak mengapakan? boleh kita imbas kembali ala-ala back to the future.. Disamping menguatkan daya ingatan kita...
Jadi, topik pada kali ini, AM nak persembahkan serba sedikit mengenai jarum halus puak-puak yahudi dan nasrani dalam menyebarkan ajaran sesat. Mengapa AM kata ajaran sesat? Telah terang lagi bersuluh bahawa kitab-kitab mereka telah diubah. Mengenai post ini, mungkin ramai yang dah tahu. Mungkin juga ada yang tak tahu. Jadi mana-mana yang ada terbaca tuh, kita refresh balik. Yang mana belum tahu, berwaspada la yep.
Baiklah, siapa kat sini peminat blog atau ada blog sendiri? cuba angkat tangan sikit nak tengok berapa ramai...
wah, ramai... hehe
Ok, berbalik pada topik asal, AM akan ringkaskan. Baiklah, pada yang ada blog tu, anda pasti tahu mengenai blogspot betul? Macam blog AM ni kira dibawah blogspot juga. www.mahabbahislamiyah.blogspot.com..
Baiklah, disini halusnya jarum mereka.. Cuba anda taip semula dan di blogspot, jangan tulis huruf "s", ianya akan menjadi blogpot. apa akan keluar?
Hah, tu la hasilnya. Ia akan membawa anda kepada gospalsongs.com. Tahu gospel? kitab kaum nasrani yang banyak menerangkan mengenai Jesus of Nazareth. Siapa tak kenal kan? Nabi Allah Isa A.S.
Oleh itu, AM nak ingatkan kawan-kawan semua, andaikata ada yang cuba buka blog AM, atau blogspot kawan-kawan yang lain. Seandainya keluar page tu, jangan pulak sangka AM atau kawan-kawan lain ni penyebar ajaran dari kitab Injil palsu. Andainya kitab Injil asli ada sekalipun, kita tetap berpegang pada kitab Al-Quran.
Jadi kepada rakan-rakan diluar sana, berhati-hatilah. Jangan biarkan diri anda diselubungi dosa... Ngehehe...
Di kesempatan ini juga, AM ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru samada yang pernah mendidik AM mahupun tidak.
Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada guru tidak langsung AM yakni Umi (Normawati Bt. Ahmad) dan ayah (Che Omar B. Ahmad). Maaf andainya banyak menyusahkan kalian...
Tidak lupa juga, penghargaan paling tinggi kepada Rasul junjungan Mulia, Rasulullah S.A.W sebagai guru yang paling agung.. Disamping kita mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru, janganlah lupa mengucapkan kata-kata pujian serta berselawat keatas nabi, sebagai bukti kecintaan dan terima kasih atas segala jasa Baginda..
Sehingga bertemu lagi di lain hari dan waktu...
Jaga Diri...
Jaga Iman...
Jaga Solat...
Ingat Allah...
Ingat Rasul...
Ingat Jasa Ibubapa...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
No comments:
Post a Comment