Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Saturday, February 26, 2011

AL-QURAN PENYEMBUH PENYAKIT

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan keizinanNya jua dapat kita berjumpa lagi di ruangan siber - satu alam zahir yang hanya transparent (zahir) bagi pemilik internet. Rencana atau koleksi post ini insyallah boleh dijadikan sumber rawatan di tengah-tengah kesakitan rohani yang dialami oleh umat dewasa ini.


AL-QURAN Pictures, Images and Photos


Isi kandungan post ini bukanlah berdasarkan pendapat sendiri malahan saya petik dari pelbagai sumber termasuk Al-Quran, Hadith serta kita-kitab ulamak serta petikan kuliyah yang dihadiri. Dalam Islam sebenarnya sudah tercerna lengkap dengan pelbagai rumusan dan cara rawatan bagi mengatasi masalah kegawatan jiwa dan sebagainya. Ini tidak didapati dalam agama-agama lain yang sibuk bertungkus lumus mencipta teori dan ism untuk mengubat jiwa seperti kaedah yoga, menelan pil, dadah, menonton wayang/tv/video, berekreasi di hutan lipur, memanjat gunung, mengadakan konsert dan pelbagai aktiviti rakan dan sebagainya. walhal itu hanya menyesat dan menambahkan kerosakan jiwa yang lebih parah.

Jalan keluar bagi semua kekalutan ini ialah melalui Islam yang syumul dan lengkap dari awal hingga akhir dunia. Nabi Muhammad saw sudah menggariskan mereka yang berpegang dengan 2 pusaka yang ditinggalkannya tidak akan sesat selama-lamanya. Kedua-dua sumber itu ialah Al-Quran dan Hadith.

[Al-Quran] Pictures, Images and Photos


Jelas, bahawa Al-Quranulkarim adalah alat penyembuh dan pencuci roh teragung yang mampu menggilap semula jiwa manusia untuk kembali ke jalan lurus yang diredhai Allah. Inilah ubat yang hampir pupus dan dilupakan oleh masyarakat modern hari ini sehingga mereka mencari ubat-ubat lain yang bukan menjadi penawar malah menghancurkan kemanusiaan itu sendiri. Ubat yang dijumpai adalah racun pada hakikatnya.

posting kali ini akan memfokuskan tentang perlunya kita (terutama diri saya sendiri) supaya bermuzakarah dengan Al-Quran sehingga tilawah Al-Quran menjadi budaya yang mampu merubah atau meruntun perjalanan hidup sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya.


al-quran Pictures, Images and Photos

Kepentingan Al-Quran:

"Sesungguhnya hati-hati berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya bagaimana untuk mensucikannya, ya Rasulullah? Baginda menjawab, dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati." - Hadith


"Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith


"Ahli Quran ialah Ahlullah"
"Bacalah Al-Quran. Kamu diberi pahala dengan setiap bilangan huruf yang dibaca."
- Ibnu Mas'ud


"Tiap-tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As


"Rumah yang dibacakan Al-Quran nescaya lapanglah penghuninya, luas kebajikan, masuklah malaikat dan keluarlah syaitan. Rumah yang tidak dibacakan Al-Quran, sempitlah penghuninya, sedikitlah kebajikan, keluarlah malaikat dan masuklah syaitan" - Abu Hurairah

quran Pictures, Images and Photos


Zaman ini, hati manusia sentiasa terdedah dengan kekotoran disebabkan maksiat yang dilakukan. Setiap maksiat membawa kepada dosa dan setiap dosa akan menambah setompok titik hitam di dalam hati nurani dan menjadikan ia gelap hingga sukar melihat jalan kebenaran. Apabila tompok-tompok hitam sudah memenuhi sebahagian besar hati, maka yang benar (haq) dilihat sebagai salah (batil) dan yang salah (bathil) dipandang sebagai benar (haq). Maka ketika itu kompas hidup sudah tidak berfungsi lagi. Syaitan bermaharajalela menunggang diri membawa ke mana saja yang dihajatinya. Hati kita juga tidak terlepas daripada kekotoran ini dan memerlukan penyucian sebagai persiapan untuk berdepan dengan malaikat Munkar-Nakir dan lebih-lebih lagi hebat semasa berdepan dengan Allah Rabbul-Jalil di hari kiamat nanti. Salah satu cara menyuci hati ialah dengan membaca Al-Quran.

Al-Qur\'an Pictures, Images and Photos


Islam dari dulu lagi menganjurkan umatnya supaya membaca Al-Quran, menganalisis atau meneliti kandungannya serta mengamalkan apa yang dibaca. Generasi awal sungguh gemar dan giat membaca, malah ada yang mengkhatamkan 30 Juz Al-Quran setiap hari, seminggu sekali atau sebulan 2 atau 3 kali. Sungguhpun begitu mereka tetap bergiat dengan kerja-kerja dunia serta maju di dalam pelbagai bidang kehidupan. Musuh Islam memandang potensi yang ada di dalam Al-Quran dan cuba menghalang umat Islam daripada membacanya. Lantas direka pelbagai cara media massa (audio dan video) untuk melalaikan mereka. Akhbar, majalah hiburan, radio, televisyen, video, filem, komputer dan akhir-akhir ini internet direka dan dieksploit untuk merosakkan budaya Islamik yang diterapkan oleh Al-Quran. Ternyata strategi mereka mengena. Akhir-akhir ini kita lihat umat Islam dilekakan dengan TV, radio, komputer, tayangan gambar, majalah hiburan dan sebagainya. Umat Islam semakin renggang dengan Al-Quran. Akhbar harian menjadi ketagihan. Mereka mampu membaca akhbar dari kulit ke kulit dua hingga tiga kali sehari tapi tidak mampu membaca walaupun sehelai atau satu ayat daripada Al-Quran. Mereka mampu duduk berjam-jam di depan set TV tapi tak mampu menghadap tok guru mengajar Al-Quran. Inilah penyakit masyarakat Islam hari ini.

Hen Party Pictures, Images and Photos


Kita perlu kembali kepada Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan hidup. Kalau tidak mampu membaca huruf Jawi, perlulah terlebih dulu mempelajarinya. Amat malang generasi kini yang bukan saja buta Al-Quran tetapi buta huruf Jawi yang menjadi perantaraan Al-Quran. Anak-anak murid dulu memang diasuh dan diajar dengan tulisan Jawi tapi malangnya sejak di'haram'kan pendidikan jawi di sekolah oleh seorang 'talibarut' musuh, ramai di antara kita sekarang tidak dapat membaca kita-kitab lama yang bertulisan Jawi. Malang sekali disebabkan tidak mengenal huruf Jawi, lantas Al-Quran diperjauhi dan dipermusuhi.

Ada beberapa perkara yang harus diperhati semasa membaca Al-Quran. Di antaranya:

suci dari hadas (besar atau kecil)
duduk menghadap kiblat
dibaca dengan tertib, tartil dan bertajwid
memelihara hak-hak ayat
disunatkan menangis semasa membaca terutama apabila sampai ayat ancaman dan amaran
dinyaringkan supaya sekurang-kurangnya kedengaran oleh dirinya sendiri
Antara amalan-amalan batin yang perlu diperhatikan:
merasakan keagungan Al-Quran dan memikirkan maknanya satu persatu
menghadirkan kebesaran Allah di dalam hati
khusyuk semasa membaca
fahamkan makna yang dibaca
berfikiran tenang


Di samping itu, jika dapat jadikan wirid harian/mingguan membaca surah-surah utama seperti Surah Yasin, Al-Mulk, Al-Waqiah, Ad-Dukhan dan sebagainya.
Apa yang istimewa dalam tilawah ialah sungguhpun berulang-ulang kali dibaca ayat-ayatnya, seseorang tidak berasa jemu malahan semakin terasa akan kehebatan dan kelazatannya seolah-olah sedang berkomunikasi dengan Allah. Amat benarlah firman Allah "Sesungguhnya orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah hatinya menjadi takut gementar dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Allah, bertambahlah keimanannya dan mereka bertawakkal kepada Allah."

quran Pictures, Images and Photos


Pada peringkat permulaan mungkin agaknya sukar untuk membaca dan mengkhatamkan Al-Quran. Sungguhpun begitu jangan pula tinggalkan langsung sesuai dengan kata orang tua-tua 'kalau tak mampu buat semua, jangan pula tinggalkan semua'. Mulakanlah sedikit demi sedikit. Insyaallah apabila kelazatan membaca sudah menebal, kemampuan untuk membacanya akan bertambah. Insyallah doa dan hajat kita akan dimakbulkan Allah. Hati akan berjinak-jinak dengan kalimah Allah dan berusaha mendengarnya melalui kaset-kaset atau CD Al-Quran yang terdapat di pasaran. Malahan dalam internet terdapat banyak tapak yang menyediakan ruangan Al-Quran secara audio. Mendengar Al-Quran juga diberikan pahala kerana Nabi saw pernah bersabda "Barangsiapa mendengar suatu ayat dari Kitab Allah (Al-Quran), nescaya ayat itu menjadi nur baginya pada hari kiamat."

Marilah sama-sama kita mengubah cara hidup kita yang berhobikan hiburan dan material semata-mata kepada hobi mendengar dan membaca Al-Quran. Kurangkan masa membaca akhbar dan gantikan masa tersebut dengan membaca Al-Quran. Semoga hendaknya Allah matikan kita di dalam iman dan menghembuskan nafas terakhir dengan bibir yang masih basah berkumat-kamit melafazkan ayat-ayat suci Al-Quran. Amin.

The Holy Quran Pictures, Images and Photos

Friday, February 18, 2011

Fikirkanlah

Ambillah sebagai pengajaran.........terkadang kita lupa diri kita sebenarnya...apa yang kita nampak ialah keburukan orang lain

Fikirkanlah, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Gif Created on Make A Gif

Fikirkanlah, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya

waktu itu untuk satu cerita komedi.

Fikirkanlah, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Fikirkanlah, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan

Fikirkanlah, betapa seruan dan teriakan yang perpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Fikirkanlah, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Fikirkanlah, orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Fikirkanlah, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

Fikirkanlah, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.

Fikirkanlah, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mail layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.

Fikirkanlah, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,berfikir,berbicara ataupun melakukan apa-apa.

Renungkanlah, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui email, laman sosial dan lain-lain tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering mesti berpikir dua-kali.

Fikir-fikirkanlah

Tepuk dada...tanyalah hati & iman

"Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mu'min bahwa sesungguhnya bagi mereka kurnia yang besar dari Allah." (QS 33:47)

Thursday, February 17, 2011

Syukur tercipta seorang wanita


Photobucket

Mengurus anak perempuan memang sukar jika dibandingkan dengan anak lelaki. Namun, kelahiran seorang anak perempuan anugerah Illahi tetap wajib disyukuri. Menjadi tanggungjawab si ayah lah untuk memelihara dan mendidik anak perempuan itu sejak lahir sehinggalah dia berkahwin. Apabila seorang wanita bernikah, maka, dengan sendirinya amanah dan tanggungjawab memberi nafkah dan melindungi wanita itu jatuh pula ke bahu suaminya. Oleh yang demikian, menjadi tugas si ayah untuk memilih atau mencarikan calon suami yang terbaik buat anak perempuannya agar berada di bawah bimbingan seorang lelaki yang soleh.

Sebenarnya tidak ada apa yang dapat disombongkan oleh kaum lelaki atas kejadian mereka yang tinggi kedudukannya berbanding wanita kerana sehebat dan segagah manapun mereka tetap terlahir dari rahim wanita yang sering dianggap sebagai makhluk yang lemah. Lihat saja betapa Rasulullah meletakkan wanita sebagai ibu yang lebih utama untuk dipergauli dengan baik berbanding ayah. Apabila ibu dan ayah memanggil anaknya pada masa yang sama, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

Photobucket

Wanita dengan segala keistimewaannya masih terus mendapat kenikmatan dari fitrahnya sebagai kaum Hawa. Mereka misalnya, tidak diwajibkan mencari nafkah kerana suami merekalah yang akan memberi nafkah (an-Nisa: 34). Lelaki itu diberi kelebihan pula sebagai pemimpin kepada kaum wanita.

Kehalusan dan kelembutan sikap menjadi ciri khas yang melengkapi kejadian wanita. Seorang anak baik lelaki atau perempuan lebih cenderung untuk mendampingi ibu kerana sikap semula jadi ini. Mereka akan menjadi lebih tenteram, nyaman dan tenang bersama ibu kerana sejak dalam kandungan lagi mereka mempunyai hubungan yang erat dengan ibu kandungnya.

Photobucket

Allah menambahkan kesempurnaan dan keindahan pada penciptaan bentuk tubuh badan wanita yang anatomi dan sama sekali jauh berbeza daripada kaum lelaki. Dengan susuk tubuh yang menawan dan rupa paras yang cantik, wanita menjadi makhluk yang indah dan dianggap sebagai hiasan dunia. Tetapi, ingatlah…Sesungguhnya, hiasan tercantik ialah wanita solehah. Wanita memiliki daya tarikan yang hebat kepada lelaki dan mampu menggugat iman lelaki. Lantaran itulah, lelaki diwajibkan untuk menahan pandangannya. (an-Nur: 30)

Wanita sangat bernilai di sisi Islam. Mulianya wanita dalam pandangan Islam sehingga menjadikan wanita salah satu yang patut dilindungi ketika terjadi peperangan. Apapun, banyak ayat dan hadis yang mengatakan tiada berbeza antara lelaki dan wanita dalam soal kesempatan beramal dan beribadat untuk mendapatkan darjat yang tinggi di sisi Allah S.W.T.

Photobucket

Antaranya, maksud firman Allah di dalam al-Quran:

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik…” (surah Nahl: 97)

Wednesday, February 16, 2011

Keluarga Muslim

 
Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t renungkanlah tips berikut : - 
 
1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal. 
 
 
 
Surah Al-Furqan ayat 74 :-
 
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa." 
 
 
2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat. 
 
Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-
 
"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
 
Keluarga Sakinah
 
3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga. Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s.w.t. 
 
Keluarga Sakinah
 
4) Sebagai seorang mukmin, sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. Firman Allah yang bermaksud :-
 
"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara,isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah At Taubah, 24]
 
Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami, selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya. 
 
Keluarga Sakinah
 
5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri. 
 
6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas,begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna. 
 
Keluarga Sakinah
 
7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama. 
 
8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:- 
 
"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."
 
Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan. Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-
 
"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami."
 
Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walau bagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.
 
Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diuji akan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga. 

Gif Created on Make A Gif

Tuesday, February 15, 2011

ISLAM MEMBINA KELUARGA PENYAYANG

Manusia ialah makhluk Allah yang paling mulia di muka bumi ini. Allah mencipta manusia untuk memakmurkan dunia dan beribadat kepadanya. Asas ciptaan manusia adalah daripada roh dan jasad. Jiwa manusia perlu kepada agama untuk memenuhi keperluan rohani .Perasaan beragama juga perlu untuk memenuhi kebahagiaan hidupnya. Sekiranya perasaan ini hilang,maka terumbang-ambinglah manusia itu tanpa tujuan dan matlamat hidup.

Hidup manusia bukan setakat di dunia sahaja. Mereka akan dibangkit semula di akhirat untuk mendapat pembalasan daripada Allah S.W.T tentang amalan mereka di dunia ini. Pembalasan itu adalah setimpal dengan kelakuan mereka semasa hidup. Ini kerana Islam telah menetapkan peraturan dan undang-undang yang perlu diikuti oleh manusia untuk menjadi panduan hidup mereka. Peraturan dan syariat Islam adalah ciptaan Allah yang hanya disampaikan kepada manusia melalui para Rasul dan Nabi. Manakala Nabi Muhammad s.a.w. pula sebagai nabi yang terakhir untuk seluruh umat manusia di dunia hingga hari kiamat. Membina keluarga yang bahagia dan penyayang mestilah mengikut ajaran dan panduan yang digariskan oleh agama. Islam memberi petunjuk kepada manusia bagaimana cara membaiki keadaan hidupnya, mengenal hak dan kewajipan dalam pergaulan, bahkan dalam segala pekerjaan supaya manusia berbahagia dan untung di dunia dan akhirat.



Islam mendidik manusia supaya hidup berkesopanan. Bercakap benar, berlaku jujur, malu berbuat dosa, memenuhi tanggungjawab, memelihara amanah, berlaku adil adalah antara contoh sikap yang baik dan berguna. lni kerana ketenteraman hidup berjalan atas dasar-dasar yang disenaraikan tadi. Manakala perbuatan bercakap dusta, berbuat curang, berlaku kianat, rendah budi, zalim dan melakukan kekejaman adalah antara sifat yang boleh merosakkan pergaulan dan memutuskan perhubungan. Pembentukan keluarga dalam Islam bermula dengan ikatan perkahwinan antara lelaki dan perempuan secara sah mengikut hukum Islam itu sendiri. Apabila rumah tangga itu dibina dengan sempurna dan sah, maka ia mendapat keredhaan dan berkat dari Allah S.W.T. Banyak rumah tangga yang dibina tanpa mengikut landasan agama menemui kehancuran dan kegagalan seperti kahwin lari tanpa restu keluarga atau pasangan yang cetek pengetahuan tentang agama.

Untuk memupuk keharmonian hidup berumahtangga, setiap suami isteri hendaklah mematuhi dasar-dasar hukum yang digariskan oleh Islam agar terhindarlah perkara-perkara yang tidak diingini. Islam telah mengingatkan bahawa isteri adalah amanah daripada Allah dan hendaklah dijaga dengan sebaik-baiknya. Bagi pihak isteri pula, Allah telah menegaskan bahawa mereka wajib mentaati suami mereka pada jalan Allah dan haram bau Syurga sekiranya mereka menderhaka terhadap suami selagi si suami patuh dan taat kepada landasan hukum Islam.

Hubungan yang baik antara anak dan ibu bapa akan membawa ke arah keluarga yang bahagia. Islam telah memberikan perhatian yang penting ke atas dua pihak berkenaan. Agama mewajibkan anak-anak mentaati kedua orang tuanya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Syurga di bawah tapak kaki ibu".

Anak-anak harus menumpahkan kasih sayang kepada kedua ibu bapa sekalipun ibu bapa kafir dan ingkar terhadap Allah, namun mereka berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka. Ini kerana daripada mereka berdualah lahirnya anak-anak ke dunia ini. Anak-anak harus mentaati ibu bapa mereka yang beragama Islam dalam urusan hidup yang tidak bertentangan dengan Islam. Islam melarang keras kita mencela atau memarahi mereka dengan bahasa yang kasar. Kita haruslah menasihati mereka dengan baik dan sopan.

Betapa berat soal anak-anak menghormati ibu bapa, berat lagi tanggung jawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka ke jalan diredai Allah S.W.T. Ibu bapa wajib memberikan pendidikan yang betul kepada anak-anak mereka. Tanpa bekalan ilmu untuk dunia dan akhirat, anak-anak akan hidup terumbang-ambing. Kecuaian ibu bapa memberikan pendidikan agama yang sepatutnya, maka timbulah gejala sosial kepada anak-anak seperti budaya lepak, bohsia yang melanda negara kita sekarang ini. lbu bapa merupakan model kepada anak-anak. Oleh itu ibu bapa perlulah berkelakuan yang sopan dan mulia. Tingkah laku mereka mudah menjadi perhatian dan ikutan anak-anak. Dampingilah anak-anak dengan memberikan kasih-sayang yang sempurna. Luangkan masa untuk berbincang tentang masalah mereka. Anak-anak perlu diberikan kasih sayang dan perhatian. Sekiranya diabaikan tanggung jawab ini, jiwa anak-anak akan merasa kekosongan dan mereka tidak diperlukan oleh ibu bapanya. Mereka akan mencari sesuatu yang dapat memenuhi jiwa mereka di luar rumah. Akibatnya ramai yang tercebur ke kancah maksiat dan dadah, maka porak perandalah keluarga tersebut.


Ta'lim Pictures, Images and Photos

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

"Hak anak atas bapanya, supaya membaikkan akhlaknya dan membaikkan namanya ".

Kewajipan ibu bapa ialah membentuk peribadi anaknya selaras dengan tuntutan Allah S.W.T. Ini akan membahagikan hidup mereka di dunia dan akhirat. Apabila jiwa anak-anak telah ditanam dengan taqwa dan keimanan Islam, maka kasih sayang dan hormat menghormati wujud dalam keluarga tersebut. Ibu bapa wajib memberikan ilmu dunia dan akhirat kepada anak-anak mereka. Anak-anak yang berilmu dan beriman akan sentiasa mengingati ibu bapa mereka apabila mereka telah tua atau pun telah meninggal dunia.

Sabda Rasuluilah s.a.w yang bermaksud;

"Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara sahaja iaitu sedekah yang berkekalan, ilmu yang boleh dimanfaatkan dengannya dan doa daripada anak-anak yang soleh".

Islam juga menganjurkan supaya kita mempunyai hubungan yang baik sesama individu.

Sabda Rasullullah yang bermaksud;

"Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. "

Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud;

"Yang paling baik di antara kamu ialah yang baik pergaulannya terhadap keluarganya".

Anak-anak perlulah dididik dengan pergaulan yang baik sesama mereka. lbu bapa mestilah berlaku adil dalam melayani kerenah anak-anak mereka supaya terhindar perasaan dengki, iri hati dan dendam. A nak-anak yang lebih kecil hendaklah rnenghormati abang yang lebih tua. Manakala abang mestilah bertolak ansur dengan adik-adik mereka. Apabila sikap ini dapat ditanam dalam diri anak-anak, tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam keluarga dan mereka saling sayang dan menyayangi antara satu dengan lain. Aman tenteram dan berbahagialah keluarga tersebut Islam amat mengambil berat dalam membentuk keluarga yang penyayang. Hidup dalam bahagia dan aman sentiasa serta saling tolong menolong antara satu sama lain. Islam telah menggariskan panduan untuk menunjuk ke arah tersebut. Oleh itu membina keluarga yang penyayang dan harmoni maka kita mestilah mengikuti landasan agama.

keluarga islam Pictures, Images and Photos

10 PEKARA UNTUK MERAIH KEBAHAGIAAN

1)Bangun menjelang fajar menyingsing untuk beristighfar.

Firman Allah S.W.T "...Dan Orang-orang yang beristighfar(memohon ampun)di waktu sahur."...surah Ali-Imran :17)



2)Menyendiri untuk bertafakur,Berfikir dan sekaligus menghayati ciptaan Allah yang luas ini.

Firman Allah S.W.T "..Dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi..."surah Ali-Imran :191)


3)Menjalin hubungan dengan orang yang soleh.

Firman allah S.W.T "..Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan Orang-orang yang beribadat kepada tuhan mereka..."surah al-Khafi :28)


4)Berzikir.

Firman Allah S.W.t "Wahai Orang-orang yang beriman!ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.."surah Al-Ahzab :41)


5)Bersembahyang dua rakaat dengan khusyuk.

Firman allah S.W.T "...iaitu mereka yang khusyuk da;am sholatnya.."surah Al-mukminun)


Firman Allah S.W.T "Hai Orang-orang yang beriman!mintalah pertolongan kepada Allah untuk menghadapi kesusahaan dan kepayahaan dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan dengan bersabar dan dengan mengerjakan sholat.."surah Al-Baqarah :153)


6)Membaca Al-Quran dengan penuh penghayatan.

Firman Allah S.W.T "...Patutkah mereka bersikap demikian tidak mahu memikirkan isi Al-Quran.."surah An-Nissa :82)


7)Bersedekah secara Sembunyi-sembunyi.

Sabda Nabi S.A.W ...."Hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang di infaqkan oleh tangan kanannya.."

Firman Allah S.W.T "..Dan ingatlah sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya maka merekalah Orang-orang yang berjaya.."surah al-Hasyr :9)

Firman Allah S.W.T. "..Dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan.."surah
Al-Baqarah :3)


8)Berpuasa pada hari yang sangat panas.

Sabda Nabi S.A.W "..Meninggalkan makanan,minuman dan syawatnya kerana Aku..."


9)Meringankan beban seseorang islam.

Sabda Nabi S.A.W "..Sesiapa meringankan kesusahaan yang dialami seorang islam di dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahaan pada hari kiamat..."


10)Berlaku zuhud terhadap sesuatu yang sifatnya fana.

Firman Allah S.W.T "...Padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal...."surah A'la ;17)

Bebaskan Dirimu Daripada Assobiyah

Posting kali ini ditulis bukan bertujuan menyerang mana-mana pihak. Saya rasa ianya penting kerana larangan mengenainya tersebut dalam Quran dan hadis serta sikap assobiyah semakin berluasa termasuk di Malaysia. Tujuannya mengingatkan diri sendiri dan masyarakat sekeliling.

ASSOBIYAH MENURUT AL-QURAN

Assobiyah merujuk kepada sikap fanatik kepada sesuatu puak atau bangsa secara melampau sehingga menjangkau batasan pemikiran yang waras dan batasan agama. Sikap fanatik kepada bangsa atau puak yang merupakan fitrah semulajadi manusia sebenarnya sudah wujud bersama kewujudan manusia di bumi ini. Sebelum kedatangan Islam, umat manusia berada di dalam keadaan berpecah-belah dan hanya terikat di antara mereka dengan semangat kesukuan, kepuakan atau assobiyah. Perkauman itu pula terbahagi kepada beberapa fahaman etnik, puak dan juga kabilah seperti Aus dan Khazraj di Madinah, Bani ‘Adnan dan Bani Qahtan di Semenanjung Tanah Arab, golongan Asyuriyyin di Iraq dan Lubnan dan bangsa Barbar di Maghribi.

Di contoh yang dibawa oleh al-Quran tentang sikap Assobiyah ini ialah;

Apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia”. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat (Al-Baqarah[2:200])

Apabila Islam muncul, keadaan itu mulai berubah apabila semua umat manusia dari suku, etnik dan kabilah yang berbeza diseru supaya meninggalkan fahaman assobiyah dan bersatu membentuk satu umat. Sebagaimana firman Allah;

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu iaitu agama yang mempunyai satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepada-Ku.”(al-Mu’minun[23:52])

Juga Firman-Nya lagi;

“Dan berpeganglah kamu semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (pada masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”(Ali-‘Imran[3:103])

Islam telah berjaya mengubah sikap taksub bangsa dan perkauman kepada kesatuan umat yang terbaik sebagaimana Firman Allah:

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (Ali ‘Imran[3:110])

Islam juga menetapkan bahawa lambang kemuliaan bukan terletak kepada keturunan atau bangsa akan tetapi bergantung kepada tahap taqwa yang dimiliki. Penetapan ini ternyata amat adil kerana ianya berkemungkinan dimiliki oleh sesiapa sahaja. Berbanding dengan bangsa atau keturunan, mana-mana orang yang lahir dengan bangsa tertentu tidak akan dapat menukar keturunan atau bangsa menjadi bangsa yang mulia pada anggapan sesetengah manusia seperti tradisi agama Hindhu yang berkasta. Firman Allah;

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).(al-Hujurat[49.13])

Di dalam Islam, persaudaraan itu diikat dengan iman dan takwa sebagaimana Firman Allah;

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.(al-Hujurat[49.10])

Bahkan di dalam banyak keadaan, al-Quran lebih mengiktiraf persaudaraan agama berbanding persaudaraan keluarga sekiranya persaudaraan keluarga bakal mengancam survival iman dan keserjahteraan Islam. Ini dapat dilihat pada Friman-firman Allah ini;

Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui. (al-Tawbah[9.11])

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim. (al-Tawbah[9.23])

Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri, dan bahawa janjiMu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya”. Allah berfirman:

Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil”. (Hud [11:45-46])

Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: “Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?” (Hud[11:81])

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. (al-Mujadalah[58:22]).

Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): “Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)”.(al-Tahrim[66.10])

Oleh itu, semasa sampai ke Madinah, baginda Rasulullah telah mempersaudarakan di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar untuk mengikis semangat assobiyah yang sememangnya tebal di kalangan orang-orang Arab Jahiliah.

Rasulullah juga bersabda; Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk rupa kamu atau harta kamu, akan tetapi Dia melihat kepada hati-hati kamu juga amalan-amalan kamu (Sahih Muslim)

Langkah menyatukan umat Islam dan orang bukan Islam juga dapat dilihat berdasarkan penyusunan piagam Madinah yang meletakkan tanggungjawab menjaga Madinah kepada semua penduduknya.

BAHAYA ASSOBIYAH

1. Memecahbelahkan kesatuan umat Islam dengan kewujudan sempadan negara. Usaha pemecahan sempadan negara-negara umat Islam yang telah dilakukan pihak penjajah telah melahirkan generasi yang fanatik dengan negara sendiri dan mengabaikan kebajikan umat Islam yang tertindas. Fenomenan ini dapat dilihat di dalam krisis kemanusiaan di Palestin.

2. Kemunculan hadith-hadith palsu. Pihak yang fanatik dengan bangsa atau puak mereka akan berusaha untuk mereka hadith palsu menguatkan kumpulan mereka. Fenomena ini mulai berleluasa sebaik sahaja terjadinya fitnah di akhir masa khalifah Uthman di mana umat Islam pada waktu itu telah berpecah menjadi beberapa golongan seperti Syiah, Khawarij dan sebagainya. Selain itu sikap fanatik kepada mazhab juga mendorong mereka mencipta hadith palsu seperti hadith;

a) Akan ada seorang lelaki pada ummatku berna Abu Hanifah al-Nu’man bin Thabit, dialah pelita ummatku, Akan ada seorang lelaki pada ummatku bernama Muhammad bin Idris, dia lebih merbahaya atas ummatku dari iblis.(pengikut mazhab Hanafi)

b) Barangsiapa ingin melihat kepada Adam tentang ketinggian ilmunya dan kepada Nuh tentang takwanya dan baktinya dan kepada Ibrahim tentang kebaikan hatinya, dan kepada Musa tentang kehebatannya kepada Isa tentang ibadatnya maka hendaklah ia lihat kepada Ali (golongan Syiah).

3. Boleh menumpahkan darah umat Islam sebagaimana peristiwa perselisihan di antara orang-orang Ansar yang dihasut oleh Syasy bin Qays al-Yahudi tentang permusuhan suku Aws dan Khazraj di dalam peperangan Buath. Hasutan itu membawa kepada penurunanan ayat Ali ‘Imran [3:99-103].

4. Menyebabkan kejumudan pemikiran sebagaimana Firman Allah;

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (al-Nisa’[4.135])

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan (al-Ma’idah[5:8]).

5. Boleh menjebakkan pelakunya kepada budaya jahiliah sebagaimana sabda nabi s.a.w;

“ Barangsiapa yang berjuang di bawah panji-panji emosi, menjadi marah karena sikap berat sebelah (assobiyah), atau menyeru ke arah assobiyah, atau mendukungnya dan kemudian meninggal, maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah.” (Sahih Muslim)

Bukan daripada golongan kami sesiapa yang menyeru kepada assobiyah, dan bukan daripada golongan kami sesiapa yang berjuang di atas panji assobiyah, dan bukan daripada golongan kami sesiapa yang mati di atas assobiyah (Sunan Abu Dawud).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...