Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Thursday, February 17, 2011

Syukur tercipta seorang wanita


Photobucket

Mengurus anak perempuan memang sukar jika dibandingkan dengan anak lelaki. Namun, kelahiran seorang anak perempuan anugerah Illahi tetap wajib disyukuri. Menjadi tanggungjawab si ayah lah untuk memelihara dan mendidik anak perempuan itu sejak lahir sehinggalah dia berkahwin. Apabila seorang wanita bernikah, maka, dengan sendirinya amanah dan tanggungjawab memberi nafkah dan melindungi wanita itu jatuh pula ke bahu suaminya. Oleh yang demikian, menjadi tugas si ayah untuk memilih atau mencarikan calon suami yang terbaik buat anak perempuannya agar berada di bawah bimbingan seorang lelaki yang soleh.

Sebenarnya tidak ada apa yang dapat disombongkan oleh kaum lelaki atas kejadian mereka yang tinggi kedudukannya berbanding wanita kerana sehebat dan segagah manapun mereka tetap terlahir dari rahim wanita yang sering dianggap sebagai makhluk yang lemah. Lihat saja betapa Rasulullah meletakkan wanita sebagai ibu yang lebih utama untuk dipergauli dengan baik berbanding ayah. Apabila ibu dan ayah memanggil anaknya pada masa yang sama, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

Photobucket

Wanita dengan segala keistimewaannya masih terus mendapat kenikmatan dari fitrahnya sebagai kaum Hawa. Mereka misalnya, tidak diwajibkan mencari nafkah kerana suami merekalah yang akan memberi nafkah (an-Nisa: 34). Lelaki itu diberi kelebihan pula sebagai pemimpin kepada kaum wanita.

Kehalusan dan kelembutan sikap menjadi ciri khas yang melengkapi kejadian wanita. Seorang anak baik lelaki atau perempuan lebih cenderung untuk mendampingi ibu kerana sikap semula jadi ini. Mereka akan menjadi lebih tenteram, nyaman dan tenang bersama ibu kerana sejak dalam kandungan lagi mereka mempunyai hubungan yang erat dengan ibu kandungnya.

Photobucket

Allah menambahkan kesempurnaan dan keindahan pada penciptaan bentuk tubuh badan wanita yang anatomi dan sama sekali jauh berbeza daripada kaum lelaki. Dengan susuk tubuh yang menawan dan rupa paras yang cantik, wanita menjadi makhluk yang indah dan dianggap sebagai hiasan dunia. Tetapi, ingatlah…Sesungguhnya, hiasan tercantik ialah wanita solehah. Wanita memiliki daya tarikan yang hebat kepada lelaki dan mampu menggugat iman lelaki. Lantaran itulah, lelaki diwajibkan untuk menahan pandangannya. (an-Nur: 30)

Wanita sangat bernilai di sisi Islam. Mulianya wanita dalam pandangan Islam sehingga menjadikan wanita salah satu yang patut dilindungi ketika terjadi peperangan. Apapun, banyak ayat dan hadis yang mengatakan tiada berbeza antara lelaki dan wanita dalam soal kesempatan beramal dan beribadat untuk mendapatkan darjat yang tinggi di sisi Allah S.W.T.

Photobucket

Antaranya, maksud firman Allah di dalam al-Quran:

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik…” (surah Nahl: 97)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...