“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ...
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad
Surah Ar Ra'd
“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.
“ Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA... RIII..!! ” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ad.
“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa ’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu.
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.
read dis..
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'
Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'
Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ......kerana
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'
May Allah bestow this favour on all of us.
Salam Alaikum
BismillÃh HirRohmaanir Rohimm
Kata Hikmah AM
~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~
biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..
yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"
Ahli Jemaah
Network Blogger
Demi Masa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.
There’s No Copyright In Islam
Friday, April 30, 2010
Al-Quran Perhiasan
AL-QURAN PENYEMBUH PENYAKIT
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan keizinanNya jua dapat kita berjumpa di alam siber - satu alam zahir yang hanya transparent (zahir) bagi pemilik internet. Rencana atau koleksi tazkirah ini insyallah boleh dijadikan sumber rawatan di tengah-tengah kesakitan rohani yang dialami oleh umat dewasa ini.
Isi kandungan tazkirah ini bukanlah berdasarkan pendapat sendiri malahan saya petik dari pelbagai sumber termasuk Al-Quran, Hadith serta kita-kitab ulamak serta petikan kuliyah yang dihadiri. Dalam Islam sebenarnya sudah tercerna lengkap dengan pelbagai rumusan dan cara rawatan bagi mengatasi masalah kegawatan jiwa dan sebagainya. Ini tidak didapati dalam agama-agama lain yang sibuk bertungkus lumus mencipta teori dan ism untuk mengubat jiwa seperti kaedah yoga, menelan pil, dadah, menonton wayang/tv/video, berkreasi di hutan lipur, memanjat gunung, mengadakan konsert dan pelbagai aktiviti rakan dsb; padahal itu hanya menyesat dan menambahkan kerosakan jiwa yang lebih gawat.
Jalan keluar bagi semua kekalutan ini ialah melalui Islam yang syumul dan lengkap dari awal hingga akhir dunia. Nabi Muhammad saw sudah menggariskan mereka yang berpegang dengan 2 pusaka yang ditinggalkannya tidak akan sesat selama-lamanya. Kedua-dua sumber itu ialah Al-Quran dan Hadith.
Jelas, bahawa Al-Quranulkarim adalah alat penyembuh dan pencuci roh teragung yang mampu menggilap semula jiwa manusia untuk kembali ke jalan lurus yang diredhai Allah. Inilah ubat yang hampir pupus dan dilupakan oleh masyarakat modern hari ini sehingga mereka mencari ubat-ubat lain yang bukan menjadi penawar malah menghancurkan kemanusiaan itu sendiri. Ubat yang dijumpai adalah racun pada hakikatnya.
Tazkirah kali ini akan memfokuskan tentang perlunya kita (terutama diri saya sendiri) supaya bermuzakarah dengan Al-Quran sehingga tilawah Al-Quran menjadi budaya yang mampu merubah atau meruntun perjalanan hidup sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya.
Kepentingan Al-Quran:
"Sesungguhnya hati-hati berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya bagaimana untuk mensucikannya, ya Rasulullah? Baginda menjawab, dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati." - Hadith
"Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith
"Ahli Quran ialah Ahlullah"
"Bacalah Al-Quran. Kamu diberi pahala dengan setiap bilangan huruf yang dibaca." - Ibnu Mas'ud
"Tiap-tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As
"Rumah yang dibacakan Al-Quran nescaya lapanglah penghuninya, luas kebajikan, masuklah malaikat dan keluarlah syaitan. Rumah yang tidak dibacakan Al-Quran, sempitlah penghuninya, sedikitlah kebajikan, keluarlah malaikat dan masuklah syaitan" - Abu Hurairah
Zaman ini, hati manusia sentiasa terdedah dengan kekotoran disebabkan maksiat yang dilakukan. Setiap maksiat membawa kepada dosa dan setiap dosa akan menambah setompok titik hitam di dalam hati nurani dan menjadikan ia gelap hingga sukar melihat jalan kebenaran. Apabila tompok-tompok hitam sudah memenuhi sebahagian besar hati, maka yang benar (haq) dilihat sebagai salah (batil) dan yang salah (bathil) dipandang sebagai benar (haq). Maka ketika itu kompas hidup sudah tidak berfungsi lagi. Syaitan bermaharajalela menunggang diri membawa ke mana saja yang dihajatinya. Hati kita juga tidak terlepas daripada kekotoran ini dan memerlukan penyucian sebagai persiapan untuk berdepan dengan malaikat Munkar-Nakir dan lebih-lebih lagi hebat semasa berdepan dengan Allah Rabbul-Jalil di hari kiamat nanti. Salah satu cara menyuci hati ialah dengan membaca Al-Quran.
Islam dari dulu lagi menganjurkan umatnya supaya membaca Al-Quran, menganalisa atau meneliti kandungannya serta mengamalkan apa yang dibaca. Generasi awal sungguh gemar dan giat membaca, malah ada yang mengkhatamkan 30 Juz Al-Quran setiap hari, seminggu sekali atau sebulan 2 atau 3 kali. Sungguhpun begitu mereka tetap bergiat dengan kerja-kerja dunia serta maju di dalam pelbagai bidang kehidupan. Musuh Islam memandang potensi yang ada di dalam Al-Quran dan
Kita perlu kembali kepada Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan hidup. Kalau tidak mampu membaca huruf Jawi, perlulah terlebih dulu mempelajarinya. Amat
suci dari hadas (besar atau kecil)
duduk menghadap kiblat
dibaca dengan tertib, tartil dan bertajwid
memelihara hak-hak ayat
disunatkan menangis semasa membaca terutama apabila sampai ayat ancaman dan amaran
dinyaringkan supaya sekurang-kurangnya kedengaran oleh dirinya sendiri
Antara amalan-amalan batin yang perlu diperhatikan:
merasakan keagungan Al-Quran dan memikirkan maknanya satu persatu
menghadirkan kebesaran Allah di dalam hati
khusyuk semasa membaca
fahamkan makna yang dibaca
berfikiran tenang
Di samping itu, jika dapat jadikan wirid harian/mingguan membaca surah-surah utama seperti Surah Yasin, Al-Mulk, Al-Waqiah, Ad-Dukhan dan sebagainya.
Apa yang istimewa dalam tilawah ialah sungguhpun berulang-ulang kali dibaca ayat-ayatnya, seseorang tidak berasa jemu malahan semakin terasa akan kehebatan dan kelazatannya seolah-olah sedang berkomunikasi dengan Allah. Amat benarlah firman Allah "Sesungguhnya orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah hatinya menjadi takut gementar dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Allah, bertambahlah keimanannya dan mereka bertawakkal kepada Allah."
Pada peringkat permulaan mungkin agaknya sukar untuk membaca dan mengkhatamkan Al-Quran. Sungguhpun begitu jangan pula tinggalkan langsung sesuai dengan kata orang tua-tua 'kalau tak mampu buat semua, jangan pula tinggalkan semua'. Mulakanlah sedikit demi sedikit. Insyaallah apabila kelazatan membaca sudah menebal, kemampuan untuk membacanya akan bertambah. Insyallah doa dan hajat kita akan dimakbulkan Allah. Hati akan berjinak-jinak dengan kalimah Allah dan berusaha mendengarnya melalui kaset-kaset atau CD Al-Quran yang terdapat di pasaran. Malahan dalam internet terdapat banyak tapak yang menyediakan ruangan Al-Quran secara audio. Mendengar Al-Quran juga diberikan pahala kerana Nabi saw pernah bersabda "Barangsiapa mendengar suatu ayat dari Kitab Allah (Al-Quran), nescaya ayat itu menjadi nur baginya pada hari kiamat."
Marilah sama-sama kita mengubah cara hidup kita yang berhobikan hiburan dan material semata-mata kepada hobi mendengar dan membaca Al-Quran. Kurangkan masa membaca akhbar dan gantikan masa tersebut dengan membaca Al-Quran. Semoga hendaknya Allah matikan kita di dalam iman dan menghembuskan nafas terakhir dengan bibir yang masih basah berkumat-kamit melafazkan ayat-ayat suci Al-Quran. Amin.
Saturday, April 24, 2010
Umat Kini
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa Cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain
terhibur anda fikirlahlah...
" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya Cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"
"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..
wallahuaallam
Wednesday, April 21, 2010
Satu yang Tiada dua nya
“Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.
Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu! Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”.
“-Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT. -Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman, “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami) (Al-Isra’:12)”. -Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh. -Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an. – Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu. -Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk. -Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang (Al-Mulk: 3)”. -Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka (Al-Haqah: 17)”. -Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mukjizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu; tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.* -Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat (Al-An’am: 160)”. -Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah saudara-saudara Nabi Yusuf -Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mukjizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air (Al-Baqarah: 60)”. -Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya. -Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT berfirman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing (At-Takwir: 18)”. -Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS. -Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ” tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Yusuf:98)” -Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai (Luqman: 19)”. -Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Salih dan Kambing Nabi Ibrahim. -Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim (Al-Anbiya’: 69)”. -Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Salih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua). -Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT? “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar (Yusuf: 28) “. -Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya; Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari”.
Saturday, April 17, 2010
Pemupukan Nilai-nilai Sosial
Perlakuan individu sebagai anggota masyarakat sentiasa dipengaruhi nilai-nilai sosial, iaitu individu itu berusaha menyesuaikan perlakuannya dengan nilai-nilai sosial sebagaimana ukuran yang ditentukan oleh masyarakat. Tetapi adakala individu itu bertindak atau melakukan sesuatu, secara disedari tidak mengikuti peraturan sosial sebagaimana yang ditentukan oleh nilai-nilai sosial. Mungkin tindakan atau perlakuannya itu tidak bercanggah dengan nilai-nilai sosial, tetapi merupakan suatu kelainan yang kemudian boleh diterima ramai dan seterusnya mempengaruhi nilai-nilai sosial yang telah wujud dalam masyarakat. Perubahan itu seterusnya membawa kepada perubahan sosial.
Nilai-nilai yang terbina dalam minda individu merupakan nilai-nilai sosial yang dibina dalam masyarakat. Sebagai anggota masyarakat, seorang itu turut memainkan peranan dalam memberikan sumbangan kepada pembinaan nilai-nilai sosial, misalnya sebagai ibu bapa yang memupuk nilai-nilai sosial kepada anak-anak. Dari segi pandangan umum, masyarakat memainkan peranan penting dalam memupuk nilai-nilai sosial terutama dalam mempengaruhi individu. Sebaliknya, peranan individu itu juga penting dalam menentukan kedudukan nilai-nilai sosial. Individu sebagai anggota masyarakat, melalui budinya dapat menimbangkan penting atau tidak sesuatu nilai itu dipertahankan. Individu mempunyai jiwa, emosi dan pemikiran yang mampu melakukan pertimbangan dalam menentukan nilai-nilai sosial, misalnya dalam memilih nilai-nilai sosial yang bersesuaian dengan kepentingan hidupnya.
Nilai-nilai sosial itu adalah asas kepada pembinaan budaya. Nilai-nilai sosial menentukan sikap, world-view dan pemikiran anggota-anggota masyarakat. Dari itu seterusnya menentukan tindakan atau perlakuan individu-individu dalam masyarakat. Perlakuan atau tindakan individu dalam masyarakat itu dapat dijangkakan, iaitu selaras dengan nilai-nilai sosial.
Dalam menerima dan membina nilai-nilai sosial itu selalunya berlaku berasaskan rasional yang diberikan oleh masyarakat. Oleh itu, pemikiran turut memainkan peranan penting dalam menentukan kesesuaian sesuatu nilai sosial itu. Apabila sesuatu nilai sosial itu tidak wajar dipertahankan, misalnya dengan terdapatnya nilai-nilai baru yang difikirkan lebih sesuai maka dengan sendirinya nilai-nilai sosial yang berkaitan diketepikan.
Dalam memperkukuhkan kedudukan nilai-nilai sosial itu, world-view turut memainkan peranan. Apabila sesuatu nilai itu tidak dapat berfungsi dan world-view tentangnya tidak berpatutan, maka nilai-nilai sosial itu diketepikan dan digantikan dengan yang baru, bersesuaian dengan perubahan yang dilalui anggota-anggota masyarakat.
Nilai-nilai sosial itu sepatutnya turut dipengaruhi dan menyatakan emosi yang dibina dalam masyarakat. Misalnya, nilai-nilai kebangsaan dan jati diri yang dipupuk dalam masyarakat, pasti melibatkan semangat, perasaan dan emosi anggota-anggota masyarakat dalam mempertahankan nilai-nilai sosial yang dipupuk itu sebagai nilai-nilai yang disanjung dan dipandang tinggi.
Untuk membawa perubahan kepada sesuatu masyarakat itu, bermakna perubahan itu bermula di peringkat individu. Seorang individu, sebagai sifat manusia mempunyai jiwa dan raga. Perubahannya perlu bermula dari jiwanya, dan dari itu akan mempengaruhi sikap, perlakuan dan tindakannya. Perubahan itu boleh juga dilihat bermula dari perubahan nilai-nilai sosial, dan untuk itu usaha memupuk nilai-nilai sosial ke arah perubahan perlu dilakukan di berbagai peringkat. Tetapi keberkesanannya bergantung kepada suasana persekitaran.
Selalunya untuk membawa kepada perubahan, misalnya dalam rancangan pembangunan amat perlu dirancang dan disediakan berbagai strategi bagi menentukan sesuatu rancangan perubahan itu dapat diterima dengan berkesan oleh anggota-anggota masyarakat. Berkaitan dengan ini, sesuatu rancangan perubahan atau pembangunan itu perlu diberikan perhatian utama kepada perubahan nilai, agar nilai-nilai yang dipupuk itu dapat membawa perubahan sikap dan tindakan atau perlakuan mereka yang terlibat.
Berikutan dengan pesatnya pembangunan yang melibatkan orang Melayu, maka itu turut membawa perubahan nilai dan sikap mereka yang terlibat. Tetapi setakat mana perubahan nilai sosial yang dilalui itu memberikan kesan kepada anggota-anggota masyarakat untuk mengalami perubahan dan pembangunan sebagaimana yang dijangkakan adalah suatu yang tidak dapat dijangkakan. Adakala perubahan yang dilalui itu tidak mencapai tahap sebagaimana yang diharapkan, terutama apabila nilai-nilai tradisi yang diwarisi masih memainkan peranan penting, yang menjadi asas kepada nilai-nilai individu. Walaupun didapati berbagai saluran yang boleh membawa dan mempengaruhi nilai orang ramai, tetapi keberkesanan penyebaran nilai-nilai sosial yang disalurkan secara meluas itu tidak seberapa. Nilai-nilai tradisi yang diwarisi masih menjadi asas dalam menentukan nilai dan tindakan mereka.
Kes Pemerhatian
Untuk meneliti sejauhmana keberkesanan perubahan dalam pembangunan masyarakat membawa perubahan nilai-nilai sosial, dalam rencana ini dikemukakan kes kelompok sosial dalam komuniti sebuah kampung di Kelantan. Berasaskan pengalaman dan pemerhatian komuniti Kampung Semut Api di Kelantan, yang penduduknya kira-kira 1200 orang telah lama, kira-kira 20 tahun yang lalu terdedah seluasnya kepada proses urbanisasi dan modenisasi, dan akhir-akhir ini terdedah kepada proses globalisasi berhadapan dengan berbagai-bagai nilai sosial yang dibawa oleh gelombang perubahan itu.
Generasi kini, boleh dikatakan seluruh penduduk itu celek huruf, iaitu pernah bersekolah. Anak-anak mereka juga bersekolah sekurang-kurangnya di peringkat sekolah menengah rendah. Sejak lebih daripada 20 tahun dahulu penduduk di sini tidak lagi terlibat dalam kegiatan ekonomi tani tradisional, iaitu menangkap ikan di persisiran pantai. Kampung ini yang terletak di pinggiran pantai, merupakan kawasan tumpuan pelancong, baik pelancong dalam negeri mahupun pelancong luar negara. Sebagai pusat tumpuan pelancong, telah memberikan peluang kepada penduduk kampung terlibat dalam berbagai kegiatan ekonomi yang mempunyai kaitan dengan pelancongan, seperti membuka kedai menjual makanan, batik, kraftangan dan barang-barang runcit. Selain itu, terdapat juga mereka yang terlibat dengan menawarkan tempat tinggal kepada pelancong. Sebahagian daripada penduduk kampung bekerja makan gaji di bandar Kota Bharu, yang jauhnya kira-kira 10 km.
Komuniti kampung ini adalah terdedah kepada perubahan dan pembangunan di pusat bandar memandangkan kedudukannya tidak jauh daripada bandar. Selain itu, orang luar yang sentiasa berinteraksi dengan anggota-anggota komuniti turut memberikan peluang mereka mengalami proses modenisasi dan urbanisasi. Terdapat ramai orang muda dari kampung ini yang bekerja di bandar-bandar, dan mereka itu mempunyai hubungan erat dengan ibu bapa dan kaum keluarga mereka di kampung. Hubungan itu memberi peluang anggota-anggota komuniti mengalami perubahan, iaitu proses urbanisasi dan modenisasi.
Majoriti rumahtangga dalam kampung memiliki media elektronik, seperti tv dan radio. Media elektronik itu memainkan peranan penting dalam memberikan pendedahan anggota-anggota komuniti tentang perkembangan di luar kampung, malahan meliputi perkembangan di peringkat global. Media itu dapat mempengaruhi anggota-anggota komuniti mengalami proses urbanisasi dan modenisasi. Malahan, dengan berbagai kemudahan yang dibawa oleh perkembangan teknologi moden sedikit sebanyak boleh memberikan peluang untuk membawa perubahan kepada anggota-anggota komuniti.
Berasaskan kepada pendedahan anggota-anggota komuniti itu kepada perubahan dan pembangunan yang berlaku di luar kampung dan seterusnya di peringkat global boleh membawa perubahan kepada nilai-nilai sosial. Kini saluran pemupukan nilai-nilai sosial itu semakin luas, yang tidak lagi terbatas kepada saluran pemupukan nilai sebagaimana dalam masyarakat masa lalu. Dengan itu, kesannya boleh mempengaruhi orang ramai untuk mengalami perubahan. Perkembangan teknologi moden dan pembangunan yang melibatkan penduduk kampung diharapkan dapat membawa perubahan sikap dan tindakan anggota-anggota komuniti. Perubahan itu seterusnya boleh membawa kemajuan dan kejayaan kepada orang Melayu.
Sebagaimana telah dinyatakan, tujuan mengemukakan kes ini ialah untuk meninjau keberkesanan meningkatnya saluran pemupukan nilai ke atas nilai-nilai sosial dalam komuniti yang diteliti itu. Sungguhpun anggota-anggota komuniti didedahkan dengan berbagai saluran yang boleh membawa pesatnya perubahan nilai-nilai sosial, tetapi didapati kesannya tidaklah sebagaimana yang dijangkakan.
Individu sebagai anggota komuniti didapati amat dipengaruhi nilai-nilai sosial yang dipupuk oleh anggota-anggota komuniti dan persekitaran, termasuk ibu bapa, kaum keluarga dan rakan-rakan sebaya. Persekitaran sosial didapati amat berkesan dalam menentukan sikap, perlakuan dan tindakan seseorang dalam komuniti.
Setiap individu menyedari peranannya dalam keluarga, dan hubungan kekeluargaan serta hubungan sosial yang perlu dipertahankan. Walaupun nilai-nilai individualistik dan kebendaan pesat mempengaruhi penduduk di peringkat lebih luas, tetapi menyedari kepentingan hubungan sosial, seperti kekeluargaan dan `orang kita’ didapati masih dipertahankan. Usaha mengeratkan hubungan kekeluargaan dan hubungan sosial, misalnya melalui institusi-institusi sosial tradisi masih dipertahankan. Di paras individu, masing-masing menyedari tanggungjawab yang perlu diberikan kepada keluarga dan kelompok sosial.
Berkaitan dengan nilai-nilai yang dipupuk dalam bidang ekonomi, kesan pembangunan ekonomi untuk mendorongkan orang Melayu meningkatkan kemajuan ekonomi kurang mempengaruhi anggota-anggota komuniti di peringkat kampung. Dorongan ke arah pencapaian ekonomi itu masih dikongkong oleh kepentingan nilai-nilai sosial. Persekitaran sosial, yang masih kuat dipengaruhi nilai-nilai sosial tradisi didapati menjadi asas pembinaan sikap dan tindakan atau perlakuan individu. Walaupun nilai-nilai material kini agak ketara, tetapi nilai-nilai itu tidak pula mempengaruhi segala aspek kehidupan anggota-anggota komuniti yang boleh mengubah sikap dan pandangan hidup.
Anggota-anggota komuniti masih memberikan penekanan tentang budi, dan fenomenon ini berkaitan dengan adat, sopan santun dan tatasusila. Nilai-nilai sosial sangat dipengaruhi kepentingan nilai-nilai sosial itu. Perkara itu pula mempengaruhi berbagai aspek kehidupan anggota-anggota komuniti. Penekanan yang diberikan kepada perlakuan yang berlandaskan budi itu yang meletakkan tradisi itu sebagai jati diri dan rasa kekitaan sebagai “orang kita”. Semangat ini adalah berasaskan kepada emosi yang telah kukuh terbina dalam kelompok sosial itu.
Kepentingan Persekitaran dalam Pembinaan Nilai
Nilai-nilai sosial dalam hubungan sosial dan kekeluargaan, nilai-nilai ekonomi dan budi Melayu dalam adat yang dilihat sebagai kes dalam perbincangan ini, masih kuat terikat kepada nilai-nilai sosial yang diwarisi, generasi demi generasi. Ibu bapa dan persekitaran sosial dalam komuniti kampung itu memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan nilai-nilai sosial.
Kekuatan nilai-nilai sosial tradisi itu tidak dapat dinafikan adalah berteraskan ajaran Islam. Ibu bapa dan anggota-anggota komuniti menyedari pentingnya pendidikan Islam, dan nilai-nilai yang berteraskan kepada Islam itu dipupuk kepada generasi muda. Adakala generasi muda itu terbawa-bawa oleh pengaruh perlakuan yang bercanggah dengan nilai-nilai Melayu itu. Tetapi apabila mereka meningkat dewasa, nilai-nilai sosial yang dipupuk sejak kecil itu adalah asas dalam memberikan kesedaran mereka.
Dalam komuniti kampung yang penduduknya tidak begitu ramai, pembinaan kelompok “orang kita” dapat diangap sangat penting dalam mengawal nilai-nilai sosial. Tekanan sosial yang sentiasa mengawal anggota-anggota komuniti mematuhi nilai-nilai sosial itu adalah berkaitan dengan usaha mempertahankan nilai-nilai sosial. Ikatan kepada kelompok sosial itu amat penting dalam menentukan nilai-nilai sosial, sikap, sentiman, dan seterusnya perlakuan atau tindakan.
Setiap individu sebagai anggota komuniti mempunyai ikatan atau rasa kekitaan terhadap kelompok sosial. Oleh itu nilai-nilai yang dipupuk sejak kecil oleh ibu bapa dan persekitaran sosial bersebati dalam diri dan mempengaruhi jiwa dan emosinya. Seterusnya ia akan menyampaikan pula kepada anak-anak dan orang-orang di bawah tanggungannya. Dengan cara itu nilai-nilai tradisi meresap dalam ke dalam jiwa anggota-anggota komuniti, dan seterusnya membina ikatan emosi yang kukuh di kalangan mereka.
Nilai-nilai tradisi itu dengan jelas menyatakan jati diri bagi sesuatu masyarakat. Dan nilai-nilai itu dianggap paling baik dan sesuai dipertahankan. Kesannya kepada jiwa dan emosi individu itu menyebabkan masing-masing berusaha mempertahankan. Individu berusaha menyatakan perlakuannya sebagaimana norma yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya. Malahan, itu semakin kukuh apabila ia berteraskan kepada ajaran Islam.
Seseorang anggota komuniti menyedari tindakan atau perlakuannya sentiasa diawasi orang-orang lain di sekitarnya. Tindakan atau perlakuan yang tidak sewajarnya atau bercanggah dengan nilai-nilai sosial selalunya dikenakan tekanan sosial sebagaimana kebiasaan dalam masyarakat. Berkaitan dengan tekanan sosial ini dalam konteks malu dan maruah atau harga diri telah bersebati dalam jiwa dan emosi anggota-anggota komuniti. Tekanan ini juga mempengaruhi individu-individu untuk mematuhi nilai-nilai sosial sebagaimana yang telah kukuh dalam masyarakat.
Individu yang berhijrah atau tinggal di bandar berusaha menyesuaikan tindakan dan perlakuannya apabila ia pulang ke kampung selaras dengan nilai-nilai sosial yang dipupuk kepada dirinya semasa di kampung. Dalam keadaan ini anggota-anggota komuniti menyedari nilai-nilai sosial yang patut dipertahankan di peringkat kampung, walaupun nilai-nilai sosial pesat mengalami perubahan di pusat-pusat bandar.
Rumusan
Nilai-nilai sosial sebenarnya menyatakan nilai-nilai individu, dan seterusnsya mempengaruhi jiwa, emosi dan pemikiran individu itu. Sungguhpun individu itu dipengaruhi nilai-nilai sosial, seperti yang dipupuk oleh masyarakatnya, tetapi individu mempunyai kemampuannya, dari segi emosi dan pemikirannya dalam menentukan nilai-nilai sosial itu perlu dipertahankan atau tidak. Malahan, individu sebagai anggota masyarakat dapat mempengaruhi nilai-nilai sosial.
Masyarakat Melayu kini terdedah seluasnya kepada penyebaran dan perkembangan budaya, baik di peringkat nasional mahupun di peringkat global. Pembangunan ekonomi, perkembangan pendidikan dan kemajuan teknologi moden dapat dianggap sebagai saluran penting dalam pemupukan nilai-nilai sosial berbanding dengan saluran tradisional. Perkembangan itu dianggap meningkatkan proses modenisasi dan urbanisasi, dan ini boleh dianggap suatu perkembangan baik yang boleh memberikan peluang kepada orang Melayu meningkat maju dalam persaingan dengan kumpulan-kumpulan ethnik lain.
Pembangunan pesat yang berlaku dalam masyarakat Melayu itu boleh dianggap meluas, tetapi kesannya dari segi perubahan nilai-nilai sosial itu tidak mampu membawa perubahan budaya keseluruhannya. Walaupun individu sebagai anggota masyarakat didedahkan dengan berbagai-bagai nilai sosial, terutama nilai-nilai sosial yang disalurkan dari luar, misalnya media elektronik, hubungan dengan luar dan seumpamanya, kesannya tidak begitu ketara berbanding dengan nilai-nilai sosial yang dipupuk dari dalam kelompok komuniti itu.
Dalam kelompok komuniti yang hubungan sosial erat di kalangan anggota-anggotanya, telah dapat membina rasa kekitaan yang kuat. Sebagai “orang kita”, maka nilai-nilai sosial yang dipupuk dari satu generasi kepada satu generasi telah membina tradisi budaya yang kukuh. Nilai-nilai sosial yang diwarisi dalam kelompok sosial itu didapati sangat dominan. Anggota kelompok sosial itu menerima dan mempertahankan nilai-nilai sosial itu sebagai tradisi yang dianggap sesuai bagi memperkukuhkan perasaan kekitaan. Nilai-nilai itu boleh dianggap sangat penting dalam memperkukuhkan semangat kekitaan.
Sebagaimana telah dinyatakan, untuk membawa perubahan kepada masyarakat maka terlebih dahulu perlu dibawa perubahan kepada budayanya. Individu sebagai anggota masyarakat amat penting mengalami perubahan nilainya agar sikap dan tindakannya dapat berubah menyesuaikan dengan keperluan dan perkembangan semasa. Walau bagaimanapun, perubahan nilai-nilai sosial itu boleh berlaku dengan cara berkesannya apabila perubahan itu dipupuk dari dalam komuniti atau kelompok sosial yang menjadi sasaran perubahan. Usaha membawa perubahan dengan cara menyalurkan nilai-nilai sosial yang baru melalui media massa atau pendedahan secara luaran didapati tidak banyak membawa kesannya. Untuk mendapatkan kesan yang sewajarnya, maka perancangan dan strategi yang membawa perubahan nilai-nilai sosial dari dalam kelompok sosial itu sangat penting dilakukan.
Memahami permasalahan ini, kita dapati orang Melayu, terutama di peringkat kampung agak sukar untuk mengalami perubahan walaupun berbagai usaha pembangunan dilakukan. Perkara ini boleh dikesan di peringkat individu yang nilai-nilai sosial yang mempengaruhinya, dan seterusnya mempengaruhi semangat, sikap, pemikiran, jiwa dan emosinya adalah tradisi yang dipupuk oleh persekitaran sosial.
Sinopsis
Pemupukan nilai-nilai sosial dan emosi Melayu
Orang Melayu kini terdedah kepada berbagai saluran pemupukan nilai-nilai sosial, proses modenisasi, urbanisasi dan seterusnya globalisasi membawa berbagai-bagai nilai sosial yang boleh mempengaruhi kehidupan orang Melayu. Tetapi ikatan kepada tradisi, mempengaruhi emosi orang Melayu mempertahankan nilai-nilai sosial tradisi.
Friday, April 16, 2010
Mereka Yang Disimbahi Nur Hidayah
Wong Kim Hock
Setiap kali melaksanakan penyembahan mengikut agamanya, selalu timbul pertanyaan dalam hatinya. “Tuhan yang mana satu yang mesti disembah dengan sebenarnya?”
Wong Kim Hock warganegara Malaysia keturunan Cina dilahirkan di Pahang pada tahun1948 dalam lingkungan yang menganut agama Budha. Oleh kerana kedua-dua ibu bapanya penganut setia agama Budha, Kim Hock juga menganut agama tersebut secara tradisi turun temurun, iaitu secara warisan dan ikut-ikutan saja.
Setelah umurnya menginjak dewasa, Kim Hock merasa tidak puas hati dengan agama Budha yang dipeluknya dan menganggap bahawa agama itu tidak sesuai dengan pemikirannya. Lalu dia mencari cari pegangan hidup yang lebih masuk akal dan bertemu dengan agama Kristian.
Setelah berfikir beberapa lama, dia tertarik dengan agama itu kerana dianggap lebih baik dari agama yang diwarisi dari ibu bapanya. Sebagai pengikut gereja, diapun menerima pengajaran tentang Tuhan Bapa, Tuhan anak dan Ruhul Qudus. Doktrin dan ajaran dalam Kristian diterimanya dari pendita yang disampaikannya di dalam gereja.
Setelah beberapa lama memeluk agama Kristian, Kim Hock mulai pula berfikir tentang dasar ketuhanan yang dianutinya. Bagaimana seseorang akan menyembah kepada Tuhan yang tiga itu? Kalau sekiranya dia khusyuk kepada Tuhan Bapa, apakah Tuhan yang lain tidak cemburu? Demikian juga jika sekiranya dia lebih cinta kepada Tuhan anak, sudah tentu Tuhan Bapa akan marah, kerana merasa dipersekutukan. Bagaimana pula Tuhan Ibu (Ruhul Qudus), pasti akan bersaing dalam merebut kekuasaan. Tentu perkara ini akan membingungkan.
Walaupun fikirannya sudah mulai ragu dengan agama Kristian namun dia masih tetap memeganginya dengan perasaan yang kurang yakin.
Pada tahun1983 Kim Hock pergi ke Jordan untuk suatu kunjungan peribadi. Ketika sedang berada di Kota Amman, Kim Hock terbaca terjemahan Al-Quran pegangan umat Islam. Dari terjemahan Kitab Suci itulah ia mendapat pengetahuan tentang Tuhan yang sebenarnya. Tuhan itu satu (Maha Esa), tidak beranak dan tidak dilahirkan. Tidak ada Tuhan Bapa dan tidak ada Tuhan Ibu, juga tidak ada Tuhan anak. Kerana Tuhan mempunyai kuasa mutlak dan hanya kepada-Nya segala puji-pujian dan segala permohonan dipersembahkan.
Faham ini sangat sesuai dengan keyakinannya, dan dia merasakan mendapat jawapan yang dicari-carinya selama ini. Kalau Tuhan hanya satu, barulah dikatakan punya kekuasaan, kerana tidak ada yang menandingi kekuasaan-Nya. Dia yang menghidupkan dan Dia pula yang mematikan. Dia yang memberi kebaikan dan Dia pula yang menurunkan cubaan. Dia yang menciptakan hamba, maka dia pula yang berhak disembah. Kalau begitu, maka barulah manusia akan beribadah dan berdoa dengan khusyuk, kerana yang disembah dan tempat meminta hanya Tuhan Yang Satu.
Sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan hidayah pada hati Kim Hock, sehingga ia mengakui kebenaran Islam dan Al-Quran. Sesampainya di Malaysia, dia menceritakan keyakinannya kepada isterinya yang dikahwininya pada tahun1979, dan dikatakannya pula akan memeluk agama Islam. Si isteri pula dapat menerima apa-apa yang diterangkan oleh suaminya. Allah telah membuka hatinya untuk meninggalkan agama lamanya dan bersedia memeluk Islam.
Maka dengan tidak menunggu masa lagi, kedua orang suami isteri yang masih belum dikurniakan anak itu pergi ke pejabat Perkim dan di sana diterima oleh Ustaz Isa’ Mah dan menceritakan maksudnya untuk memeluk agama Islam.
Pada tahun 1984 yang sangat bersejarah itu, Wong Kim Hock dan isterinya membaca Syahadah dengan disaksikan oleh Ustaz Isa’ Mah dan pegawai Perkim lainnya. Untuk menyesuaikan identiti sebagai Muslim, nama Kim Hock ditukar dengan nama “Muhammad bin Abdullah” dan isterinya menggunakan nama Fatimah binti Abdullah.
Setelah menjadi seorang Islam, Muhammad bin Abdullah dengan isterinya sangat rajin mempelajari Islam. Dia banyak mendapat bimbingan dari beberapa orang Ustaz di Perkim, terutama Ustaz Husein Abdullah Yee yang juga asalnya seorang turunan Cina yang beragama Budha, kemudian masuk Islam.
Dari hari ke hari hatinya bertambah senang dengan Islam. Semakin banyak ilmu tentang Islam yang dipelajarinya, semakin bertambah pula ketenangan dan keyakinanya. Ilmu Islam sangat luas, tidak ada batasnya. Semakin banyak dipelajari, semakin banyak yang kelihatan bagaikan mutiara.
Bermacam-macam ilmu dalam Islam sangat menarik perhatian saudara baru kita ini. Akhirnya dia sampai pada kesimpulan yang disedarinya sendiri bahawa Islam itu memang agama Universal, mencakupi segala peraturan kehidupan dan alam setelah mati. Berbagai ilmu untuk menempuh kehidupan terdapat di dalamnya, dan kesemua peraturan hidup di dunia ini tujuannya untuk mencapai keselamatan dalam kehidupan di akhirat nanti.
Sebagaimana biasa risiko yang dialami oleh orang-orang Cina yang masuk Islam. Kim Hock dan isterinya juga menghadapinya, yakni tidak diakui oleh kaum keluarganya. Bagi Muhammad bin Abdullah perkara itu tidak menjadi soal, dia siap sedia menempuh kehidupan baru sebagai orang Islam sambil berdoa semoga keluarganya juga mendapat hidayah dari Allah dan mahu masuk Islam.
Untuk menyara hidup, suami isteri yang masih muallaf itu berusaha sekuat tenaga untuk mencukupi keperluannya tanpa mengharapkan bantuan dari pihak lain, selain kepada Allah semata. Dia berusaha memadukan kepakarannya sebagai keturunan Cina dalam berniaga dengan prinsip-prinsip Islam.
Bagi Muhammad, segala sesuatu jika diusahakan dengan tekun, istiqamah dan sabar ia akan mendapatkan hasil dan insya Allah akan berjaya. Begitulah ajaran Islam, dan seperti itu pula yang dipegang teguh oleh kaum cina dalam berusaha sehingga meraih kejayaan besar.
Muhammad bin Abdullah bekerja sebagai pembekal beberapa peralatan pejabat, sementara isterinya yang terbiasa dengan kehidupan seorang petani, berternak kambing untuk menambah pendapatan keluarga. Ketika kambingnya baru berjumlah 12 ekor, datang seorang Muslim membeli kambingnya untuk aqiqah. Kedua-dua saudara baru yang belum tahu apa itu aqiqah dan korban lalu bertanya mengenainya kepada seorang ustaz.
Setelah memahami perkara yang sebenar, terlintaslah dalam fikirannya, alangkah baiknya kalau dia menceburi bidang ternakan kambing dan lembu secara komersial. Dengan usahanya itu, nanti dapat memudahkan dan menggalakkan umat Islam dalam melaksanakan ibadah aqiqah dan korban yang sebahagian mereka menganggap perkara itu tidak penting.
Untuk mencapai maksudnya, puan Fatimah membesarkan usaha ternaknya di sebuah kawasan Sungai Buloh Selangor Darul Ehsan. Pada mulanya dia sendiri yang bertukang membuat kandang dan mengembala kambing-kambingnya dengan dibantu oleh suaminya.
Sehari ke sehari usahanya semakin berkembang dan ternaknya semakin banyak, maka puan Fatimah menubuhkan Syarikat The Best Farm yang bergerak di bidang ternakan kambing dan lembu dan dia sendiri sebagai pengurusnya sedangkan suaminya bertindak sebagai penasihat. Orang ramai mulai berdatangan ke situ untuk membeli kambing dan lembu untuk keperluan aqiqah dan kurban atau untuk keperluan lainnya.
The Best Farm menyediakan berbagai kemudahan di antaranya menyediakan ustaz yang faham untuk penyembelihan. Di samping itu dia juga menerbitkan buku panduan aqiqah dan kurban, yang mengandungi pengertian, kepentingan, dalil-dalil dan cara-cara melaksanakan aqiqah dan kurban. Buku yang disusun oleh seorang ustaz yang pakar itu diberikan secara percuma kepada orang ramai dengan demikian saudara baru kita ini telah turut berdakwah mengenai kepentingan aqiqah dan kurban.
Muhammad bin Abdullah mencari harta bukan untuk bermewah dalam kehidupan, tapi semuanya adalah untuk mencari keredhaan Allah. Beliau tetap mengamalkan gaya hidup sederhana, walaupun berkemampuan untuk membeli dan menggunakan barang-barang yang mewah. Selain digunakannya untuk mengerjakan ibadah di Tanah Suci Makkah, rezeki yang tidak seberapa itu juga digunakannya untuk berdakwah.
Beliau memberikan bantuan kepada sekolah agama rakyat, memberikan biasiswa kepada beberapa pelajar yang mempunyai minat belajar tapi tidak mampu di segi kewangan.
Baginya, berdakwah Bil Hal dan Bil Mal tidak kalah pentingnya dengan dakwah Bil Lisan. Di samping itu, dia sendiri dengan isterinya tidak henti-hentinya menuntut ilmu. Sekurang-kurangnya dua kali seminggu pasangan suami isteri itu pergi ke tempat-tempat ustaz untuk menimba ilmu. Mereka berazam untuk tetap hidup mengikut sunnah dan menuntut ilmu hingga ke liang kubur sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.
Selain berjaya di dalam usahanya setelah masuk Islam, Muhammad bin Abdullah juga telah dikurniakan oleh Allah dengan dua orang anak yang kesemuanya lahir dalam keluarga Islam. Di samping itu juga, hubungan dengan ibu bapa dan adik-beradiknya yang masih belum mendapat hidayah, telah pulih semula. Setiap tahun mereka balik ke Pahang untuk menziarahi mereka.
Mereka Yang Disimbahi Nur Hidayah
Johnter Walldritch
Para propaganda golongan 'Bintang Enam' di Eropah dan Amerika menanamkan pengertian pada fikiran rakyatnya bahawa umat Islam itu adalah golongan teroris yang suka membunuh dan senang menumpahkan darah. Tujuan mereka menyebarkan berita tersebut adalah untuk merubah pengertian jihad di dalam Islam, sehingga dengan cara demikian, mereka berhasrat menghasut rakyat mereka untuk sentiasa membenci Islam.
Kerana inilah Sayid Ahmad Ali (Johnter Walldritch) berkata: “Atas dasar itulah pada mulanya aku menganggap Islam sangat jahat, juga telah tertanam dalam akalku bahawa Islam adalah agama kebodohon dan terkebelakang. Umat Islam tidak lain hanyalah sekumpulan teroris yang tidak ada pekerjaan lain kecuali membunuh, merampas dan merompak hak orang lain.”
Keluarganya yang beragama Kristian bersungguh-sungguh mempersiapkan agar dia bergabung dalam pasukan Nasrani untuk menyerang benteng umat Islam di Timur Tengah. Akan tetapi Tuhan berkehendak lain, petunjuk Allah datang kepadanya, akhirnya dia berpaling dari agama kemusyrikan tersebut menuju agama yang diredhai Tuhan iaitu Islam.
Johnter Walldritch setelah masuk Islam memilih nama untuk dirinya sendiri dengan nama “Ahmad Ali”, tujuannya adalah ingin mengambil berkah dari nama salah seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Ali bin Abi Talib karamullahu wajhah.
Ahmad Ali, seperti yang ia ceritakan dilahirkan pada bulan November,1940 M. di“Vienne” dari sebuah keluarga penganut agam Kristian. Keluarganya serta pihak gereja sepakat untuk mempersiapkannya menjadi seorang penyebar Kristian di wilayah Timur Tengah.
Ahmad Ali mengulangi ceritanya: “Pada mulanya anggapanku tentang Islam adalah sangat jahat, mereka menanamkan dalam fikiranku bahawa Islam itu bersahabat dengan kebodohan dan terbelakang dan sesungguhnya umat Islam tidak lain hanyalah sekumpulan teroris yang tidak ada pekerjaan lain kecuali membunuh merampas dan merompak.
Pemikiranku ini telah menyesatkanku tentang pandanganku terhadap Islam dan umat Islam. Hingga akhirnya aku mengunjungi Mesir sebagai persiapan untuk mulai menjalankan tugas kristian, dan di sanalah beberapa kebenaran mulai kelihatan di depan mataku sedikit demi sedikit.
Di tengah-tengah kesibukanku untuk mempersiapkan dan merencanakan program dan tugasku, aku bertemu dengan teman-teman Muslim, inilah merupakan kali yang pertama aku hidup bersama orang Islam secara dekat. Aku melihat ketika mereka menunaikan solat, sungguh membangkitkan kesedaranku ketika aku saksikan betapa khusyuknya mereka, kekhusyukan yang tidak ada bandingannya.
Sebelum aku berangkat ke Timur Tengah, rakan-rakan sesama Kristian memberikan aku sebuah terjemahan Al-Quran, yang tujuannya supaya dengan terjemahan itu, dapat aku pergunakan untuk menyerang keyakinan Islam. Akan tetapi rupanya Allah menghendaki lain untuk diriku, maka aku pun membaca kitab terjemahan itu dan pengaruhnya sampai kepada batas yang menjadikan aku mundur dalam menjalankan tugas menyebarkan agama Kristian itu.
Aku banyak membaca buku-buku tentang perbezaan bermacam-macam agama dan perbandingannya, pada saat itulah menjadi jelas bagiku, bahawa sesungguhnya hakikat dalam agama, Nabi Isa adalah seorang Rasul yang meng-Esakan Allah dengan sifat ketuhanan-Nya dan Nabi Isa adalah seorang manusia yang diangkat sebagai Rasul. Ia sama sekali bukan Tuhan atau anak Tuhan, bahkan penjelasan ini juga ada dalam kitab Injil Barnabas, cuma kitab Injil tersebut mereka sembunyikan.
Ketika aku membaca Al-Quran, di dalamnya aku temukan ayat yang bermaksud, bahawa Nabi Isa juga mengkhabarkan akan datang seorang Rasul sesudahnya bernama Ahmad.
Demikian juga hakikat dari semua ajaran agama, aku dapatkan kesesuaian yang sempurna dari kesemua ajaran agama tersebut iaitu meng-Esakan atau mentauhidkan Allah SWT sedangkan agama yang benar adalah satu iaitu Islam, dan Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Di samping itu juga dijelaskan semua Nabi adalah manusia yang diutus oleh Allah, setiap satu dari mereka datang untuk menyempurnakan Risalah yang lainnya dan memperbaikinya hingga berakhir mata rantai Risalah dengan datangnya Nabi Muhammad SAW.
Adapun perjalanan yang aku lalui sungguh sangat panjang dan memakan waktu lebih kurang sepuluh tahun. Dalam waktu yang panjang itu, aku berusaha untuk mengkaji selidik serta membandingkan antara agama yang satu dengan yang lainnya, hingga akhirnya aku memilih Islam sebagai peganganku.
Maka aku umumkan keislamanku di hadapan khalayak ramai di Universiti Azhar dengan mengucapkan; “Sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah.”
Di samping itu juga aku mengakui bahawa Nabi Isa adalah hamba Allah dan Rasul-Nya, dan sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah penutup dari segala Nabi dan Rasul.
Kemudian Allah SWT lalu mentakdirkan aku memperolehi jodoh seorang gadis Muslimah Mesir, isteriku itu sentiasa mendorongku supaya aku giat mendalami Islam. Alhamdulillah kini aku telah banyak menghafal ayat Al-Quran serta menambah pengatahuanku tentang Islam, dan aku bertekad untuk ikut serta dengan para pendakwah lainnya dalam menyiarkan agama Allah di seluruh pelosok dunia ini.
Hal ini akan aku lakukan sebagai jalan untuk menutupi kesilapanku yang dahulunya ditugaskan supaya aku menyiarkan agama Kristian yang hampir saja menjerumuskan diriku itu.”
Mereka Yang Disimbahi Nur Hidayah
Williem Michael Machillin
Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Dengan mengingati mati cukuplah bagi seseorang untuk tidak menyukai dunia, dan menyukai akhirat.”
(HR. Ibn Abi Syaibah dan Ahmad)
At-Tabari pula meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya; “cukuplah kematian itu sebagai nasihat untukmu.” Justeru itulah, maka Rasulullah SAW menyuruh kita supaya memperbanyak mengingat kepada hancurnya semua kenikmatan dunia, iaitu mati, sebagaimana baginda menyuruh kita untuk memperbanyak menziarahi kubur. Hanya kerana dengan demikian akan mengingatkan kita kepada akhirat dan sesungguhnya dengan menyaksikan kematian itu juga telah ramai orang yang bertaubat dan kembali kepada jalan yang benar.
Adapun saudara baru kita ini bernama Khalid Markin yang sebelum Islamnya bernama Williem Michael Machillin, dia masuk Islam disebabkan menyaksikan kematian. Kematianlah yang mendorong ia untuk berfikir tentang perkara-perkara sesudah kematian itu dan hikmah dari kehidupan ini. Kemudian kematian pula yang mendorongnya berfikir tentang yang menghidupkan dan yang mematikan, lalu ia menemukan bahawa sesungguhnya Bonda Perawan (Maryam) dan Al-Masih keduanya, mati seperti kematian manusia lainnya.
Maka di hatinya terlintas suatu pendapat bahawa keduanya tidak berhak dikatakan Tuhan, sebab sifat ketuhanan tidak layak bagi orang yang mengalami kematian. Itulah di antara penyebabnya ia lalu masuk Islam.
Khalid Marklin (nama Islamnya) adalah seorang sarjana bangsa Amerika. Untuk memeluk ke dalam agama Islam, ia melalui jalan yang berbelit-belit dan sukar, serta melalui proses pemikiran yang jernih dan hati yang benar.
Dalam menempuh perjalanannya, ia banyak menganalisa pemikiran para tokoh-tokoh falsafah seperti Jane Jack Rousseua, Voltaire dan Bernard Schu. Namun pemikiran para tokoh-tokoh falsafah itu tidaklah menenangkan jiwanya dan menemukan jawapan dari seribu satu pertanyaan yang berkecamuk dalam pemikirannya selama ini.
Sehingga pada suatu hari ia bertemu dengan maksud ayat Al-Quran yang mengatakan, bahawa Allah tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk mengabdi kepada-Nya.
Tentang perjalanannya menyambut hidayah Allah itu ia bercerita:
“Di masa kecilku aku tidak mengenal sedikitpun tentang Islam, aku tumbuh dan berkembang dalam keluarga yang beragama Kristian Katolik yang terdiri dari ayahku, ibuku dan seorang saudara perempuanku. Sebelum aku menjelang dewasa, ibuku meninggal dunia dengan meninggalkan aku dalam keadaan haus kasih sayang seorang ibu.
Kematian ibuku yang terlalu cepat meninggalkan diriku itu sangat meninggalkan kesan dalam fikiranku.”
“Seribu satu pertanyaan yang datang, pertanyaan itu di antaranya; apa ertinya kehidupan dan apa ertinya kematian, kemudian kemanakah perginya orang yang mati itu? Apakah erti akhirat? Bagaimanakah hisab itu dilaksanakan? Di mana letaknya syurga dan neraka. Di manakah Allah berada? Siapakah Bonda Maryam itu? dan siapakah sebenarnya Al-Masih (Nabi Isa) itu? ”
“Untuk mengetahui jawapan dari semuanya itu, maka mulailah aku berjinak-jinak dengan gereja, aku pergi ke gereja setiap hari Ahad bersama ayahku. Di gereja aku mendapat jawapan dari semua pertanyaan itu, namun jawapan yang diberikan itu tambah membingungkanku. Aku cuba juga bertahan untuk tetap pergi ke gereja namun hasilnya hanya mengecewakanku, jawapan yang diberikan tetap tidak memuaskan.”
“Lalu aku memutuskan tidak mahu lagi mengunjungi gereja, kerana apa yang dilakukan oleh gereja sudah jelas bagiku. Pengetahuanku tidak bertambah, kerana apa yang dilakukan oleh gereja hanya itu saja berulang kali. Akhirnya aku mulai mengarahkan pandanganku untuk membaca dan menyelidiki di perpustakaan kepunyaan ayahku demi menemukan jawapan dari semua pertanyaanku di antara lembaran-lembaran dan huraian kalimat dalam beberapa buah buku.”
“Pada mulanya aku mempelajari tentang falsafah, aku menghabiskan beberapa tahun dalam kebingungan di antara beberapa istilah dan susunan falsafah yang ada serta pandangan-pandangannya yang rumit, walaupun demikian aku masih tidak menemukan sesuatu. Lalu aku membaca tentang ajaran Marxisme, tapi sejak mula lagi aku sudah tidak menyukainya. Lalu aku baca pula buku tulisan Jane Jack Rousseau, Voltaire, Bernard Schu, Immanuel Kant, Sigmound Freud dan lain-lain sebagainya, akan tetapi hasilnya tidak ada sama sekali. Keadaan itu berlanjut terus hingga aku menamatkan pengajianku tentang perkembangan teknologi di Universiti Luciani dan selepas itu aku pergi ke Somalia untuk bekerja di sana.”
“Di negara Afrika yang kecil inilah aku sempat berkenalan dengan beberapa orang teman yang beragama Islam. Dari pembicaraan antara aku dengan teman-temanku itu, aku mulai menemukan kecondongan diriku dan aku sangat tertarik apabila pembicaraan kami itu berkisar tentang masalah agama.”
“Sebagaimana permasalahan yang aku hadapi selama ini, maka persoalan yang selama ini membingungkanku, aku tanyakan kepada mereka, dan aku sungguh merasa kagum dengan jawapan-jawapan yang mereka berikan. Dari merekalah aku menemukan semua jawapan dari segala permasalahanku itu yang selama ini tidak aku temukan dalam beberapa agama dan aliran falsafah.”
“Barulah aku mengetahui bahawa kematian di dalam pengertian Islam adalah merupakan perpindahan dalam alam yang fana ini menuju alam yang kekal abadi, dan di sanalah nanti tempat manusia mempertanggungjawabkan segala amal perbuatan yang dilakukannya selama ini, serta akan menerima balasan dari semuanya itu. Bagi yang amal kebaikannya lebih banyak akan dimasukkan ke dalam syurga sedangkan bagi mereka yang berdosa akan dimasukkan ke dalam neraka.”
“Bahawa sesungguhnya Allah SWT menciptakan kita tujuannya adalah supaya kita memakmurkan bumi dan menyembah hanya kepada-Nya sebagaimana yang dijelaskan dalam firman-Nya yang maksudnya: “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdi kepada-Ku.” “Sebab itulah aku tahu, bahawa sesungguhnya Islam adalah agama yang mengEsakan Allah. Di dalam ajaran Islam juga diterangkan bahawa tidak ada yang sanggup mewujudkan semuanya ini kecuali hanya Allah sendiri selaku Zat Maha Pencipta, memerintahkan dan mencukupi seluruh keperluan alam. Di tangan-Nyalah segala perbendaharaan langit dan bumi juga makhluk-makhluk yang berada di antara keduanya. Dia tidak mempunyai anak dan tidak memerlukan isteri, tidak ada sesuatu apa pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
“Tentang Siti Maryam Islam juga menjelaskan bahawa dia adalah manusia yang jujur, sedangkan anaknya Nabi Isa as. adalah seorang Nabi dari Nabi-nabi Allah dan seorang Rasul dari Rasul-rasul-Nya yang diciptakan dengan kekuasaan Allah SWT.”
Khalid Marklin melengkapi ceritanya dengan mengatakan merasakan ketenangan jiwa yang sangat mendalam, “setelah roh dan akalku tenggelam bertahun-tahun dalam kebingungan dan kegelisahan. Bacaanku mulai aku arahkan kepada buku-buku yang membicarakan tentang Islam dalam bahasa Inggeris. Aku memerlukan beberapa tahun dalam membaca, menghuraikan dan membandingkan sesuatu yang ada dalam Islam. Tentu saja aku mendapatkan semuanya ini lebih bercahaya daripada sinaran matahari. Aku yakin, apa yang aku dapati ini akan dialami pula bagi orang-orang yang menyelidiki tentang ajaran Islam dengan penuh keikhlasan dan melepaskan segala perasaan yang kurang senang terhadapnya.”
“Sebab itulah aku memeluk Islam, dengan cara menempuh perjalanan yang sangat panjang dan setelah melalui penganalisaan baik menganalisa berbagai macam aliran falsafah dan perbandingan agama.”
Tentang sikap keluarganya setelah mengetahui keislamannya Khalid Marklin berkata: “Ayahku sungguh membantuku di saat aku akan memeluk Islam, walaupun ia tetap bertahan dengan agama Kristian Katolik, kerana sesungguhnya ia banyak mengetahui tentang Islam, dan aku telah lama berusaha supaya ia masuk Islam, akan tetapi ia sentiasa berada dalam kebingungan.”
Hampir setiap kali aku mengerjakan solat, aku berdoa kepada Allah SWT agar memberikan hidayah-Nya kepada ayahku, demikian pula dengan saudara kandungku yang perempuan, dan sahabat-sahabatku yang lainnya yang banyak menanyakan tentang agama baruku.
Kepada mereka aku sentiasa menerangkan tentang ketinggian ajaran Islam, sehingga ramai di antara mereka yang tertarik. Harapanku mudah-mudahan Allah akan menunjukkan mereka kepada jalan yang lurus sebagaimana yang sedang aku jalani.”
Dari kisah di atas maka dapatlah kita ambil kesimpulan di sini, bahawa sesungguhnya kematian ibunya di satu segi telah membuatkan ia merasa sedih, namun di segi lain ia telah memperoleh nikmat Islam. Kini ia telah keluar dari segala kebingungan menuju keredhaan Tuhan.