Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Tuesday, April 13, 2010

Menghindari Laknat Ibu


Soalan:
Sewaktu anak-anak masih kecil, si ibu yang tidak sanggup menghadapi karenah anak-anak yang nakal telah mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat terhadap mereka. Sebagaimana yang diketahui ucapan seorang ibu merupakan doa yang paling mustajab. Soalan saya, sebagai seorang anak apakah yang harus dilakukan untuk mengelakkan sebarang yang tidak diingini daripada berlaku ke atasnya dan dari pihak si ibu pula apakah yang harus dilakukan setelah terlanjur melakukan perkara tersebut?

Abdullah
Jawapan:
Seorang ibu dalam mendidik anak-anak memerlukan banyak kesabaran. Sabar adalah merupakan sifat rasul-rasul Ulul-Azmi. Dalam Al Quran banyak perintah difokuskan kepada umat manusia. Kerana itu sewaktu menghadapi karenah anak-anaknya yang tidak tertahan si ibu melihatnya, si ibu dikehendaki menahan diri dan bersabar dan jangan sekali-kali menggunakan kata-kata yang kasar atau kata-kata laknat.

Bagi si anak pula untuk mengelakkan dari ditimpa bala akibat doa dan kata-kata yang keluar dari mulut ibu itu tadi, ia hendaklah memperbanyakkan memohon maaf darinya dan sentiasa membuat kebajikan kepadanya sebanyak mungkin selagi hayatnya masih di kandung badan. selain itu ia juga hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosanya yang lalu. Si ibu dikehendaki memberi kemaafan kepada anaknya sewaktu ia masih hidup dan menghalalkan segala makan dan minum anaknya itu.

Ia juga hendaklah mengelakkan sedaya mungkin dari menggunakan kata-kata kesat lagi bila berdepan dengan anaknya. Dengan kata lain si ibu hendalah bertaubat dari mengeluarkan kata-kata tersebut. Selain itu mereka sekeluarga hendaklah juga membekalkan diri dengan sebanyak mungkin ilmu agama dan sentiasa menghadirkan diri menunaikan solat jamaah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...