Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Thursday, April 15, 2010

Monolog Seorang Pejuang


(Khas buat insan teristimewa dalam hidup ini... dan juga isteri-isteri pejuang... serta bakal isteri
seorang pejuang)


Isteriku.... Apabila kusentuh telapak tanganmu... Ku usap-usap,ianya semakin kasar dan keras.... Apabila kurenung wajahmu....Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu...Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat....Apabila kutersentak dari pembaringan dikala fajar kazib menyinsing... Aku terpana dek munajatmu yang syahdu.
Isteriku... Tatkala teman-temanmu sedang bersantai di samping... Insan-insan tersayang di dunia ciptaan mereka.. Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu....Hanyasanya untuk Islam... Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti... Pelbagai hiasan yang indah... Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan barang kemas... Pakaian-pakaian mereka anggun persis puteri kayangan... Wajah mereka dipalit pelbagai warna dan jenama... Kau umpama ladang ummah... Kau menginfa'kan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam... Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta mahupun mengadu domba... Tatkala mereka berlumba-lumba mengejar pangkat dan nama.. Kau gah menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa...


Isteriku.... Bukan aku tidak mampu membelikan barangan dan hiasan-hiasan tersebut... Tetapi isteriku... Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk dijadikan suri dan seri kamar hatiku.... Kau melafazkan, "Saya sudi menjadi sayap kiri perjuangan saudara tetapi dengan syarat..."..Kau tersenyum sambil menghela nafas dalam-dalam....Aku termangu sendirian... Syarat apakah itu? Banglokah? Hantaran seribu serba satukah? Kereta mewahkah? Aksesori Habib Jewels kah? Barangan kulit Bonia kah? Perabot mahal dari Itali kah?...Atau honeymoon di Kota Paris kah?.. Katakan... Aku mampu memberikan...Lamanya kau mengumpul kekuatan untuk berkata...
Akhirnya... Arghhh... Permintaanmu itu... Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita... Aku tergamam serta Kelu... Dengan penuh keyakinan kau berkata.."Saudara , Mampukah saudara menjadikan saya sebagai isteri yang kedua saudara?.... Mampukah saudara
menjadikan Islam sebagai isteri pertama saudara yang lebih perlukan perhatian?... Mampukah saudara meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuklah urusan-urusan dunia?... Mampukah saudara menjual diri saudara semata-mata kerana Islam?.. Mampukah saudara berkorban meninggalkan kelazatan dunia?... Mampukah saudara menjadikan Islam
laksana bara api.... Saudara perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala... Mampukah saudara menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam.. Bukannya seperti lampu kalimantang yang bisa di'on'kan bila perlu dan di'off'kan bila tidak.... Mampukah saudara mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada saudara kerana perjuangan saudara.... Dan... mampukah saudara menjadikan saya isteri seorang pejuang yang tidak dimanjai dengan fatamorgana dunia?... Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku... Namun aku menerima syarat-syarat tersebut kerana aku tahu.. Jiwamu kosong dari syurga dunia... Kerana aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu.. Bukannya kau yang diubah oleh dunia... Isteriku.. Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita...Susah senang kita tempuh bersama...Aku terharu dengan segala kebaikanmu... Kau jaga akhlakmu... Kau
pelihara maruahmu selaku muslimah... Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan dek tugasku menjulang Islam ke persada agung.... Kau jua sanggup menyekang mata menungguku sambil memberikan aku suatu senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam.... Malah, kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus thabat di pentas perjuangan ini.... Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan haruman kemenangan... Isteriku.. Tangkasnya engkau selaku suri.. .Biarpun kau jua sibuk bersama mengembleng tenaga selaku sayap kiri perjuanganku..Kau jaga teratak kita dengan indahnya... Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang....Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu....Cekalnya engkau mendidik anak-anak...Kau
kenalkan mereka dengan Allah, Rasul SAW, Ahlul Bait serta para pejuang Islam...Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullah...Kau asuh mereka membaca Al Quran... Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelangnya peperiksaan...
Isteriku...Barangkali inilah kebenarannya ungkapan keramat Al Khomeini...Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia...Andai Saidatina Fatimah binti Rasulullah SAW masih ada..Pasti beliau tersenyumbangga kerana masih ada srikandi Islam...SEPERTIMU.... WAHAI ISTERIKU...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...