Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Friday, April 16, 2010

Dari Seman Buat Teman Muslimah


Umpama rusa di dalam almari. Begitulah tamsilan
tentang apa yang berlaku pada segelintir muslimah
masa kini terutama yang tidak suka memakan roti
canai. Sekalipun mereka malu untuk memakai jam
dinding di kaki, namun mereka tetap tidak malu
mendedahkan aurat di khalayak ramai. Entah
fesyen apa yang diperagakan oleh mereka
sekarang. Mereka seolah-olah tidak menyedari
bahawa seterika yang tidak ditutup suisnya boleh
menyebabkan kebakaran walau tidak
meningkatkan kesesakan lalu lintas.

Tidak salah menggunakan sampan tanpa
pendayung sekiranya kita menaiki bot laju selaju
40 batu nautika sejam. Namun, sepatutnya para
muslimah ingat pesan seekor sang kancil
betina: "Aurat perempuan seluruh tubuh kecuali
muka dan tangan. Pakaian pula tidak
menampakkan bentuk tubuh dan tidak terlalu
ketat, melainkan jika anda ingin membungkus
karipap, perlu ketat-ketat, biar fit, agar tidak
menjejaskan industri Proton di ambang 2007
nanti." Walaupun sang kancil itu sendiri tidak
memakai pakaian, namun sekurang-kurangnya dia
tidak minum sambil berlari.

Yang Seman peliknya, sehingga pernah tercekik
ketika makan pulut, ialah sewaktu di sekolah,
mereka boleh memakai tudung dan memakai
stokin. Menutup seluruh tubuh, kecuali dua muka
dan tangan, tapi setelah pulang dari sekolah,
mereka tidak dapat menutup aurat dengan tudung
saji sehingga dihinggapi lalat. Tidak pernahkah
terlintas di fikiran mereka bahawa cheewing gum
yang dibuang merata-rata tempat itu amat susah
dibuang bila terpijak oleh kasut. Senaman muka
senaman muka jugak, tapi ingat la pada tapak
kasut orang lain yang terpijak tu nanti.
Susah nak
buang wuuu!

Di sebalik tabir penerbitan filem pula, ada satu lagi
adegan yang tidak wajar dilakukan tapi sering
mendapat tempat pertama carta Era. Seman
selalu saja fikirkan, mengapakah muslimah mudi
ini suka sangat menyinsing lengan baju sewaktu
keluar dari sekolah? Adakah kerana suhu panas di
Malaysia ini membuatkan mereka lebih suka
kepanasan api neraka yang membakar lengan
mereka yang terdedah itu di akhirat nanti? Adakah
kerana tidak pernah menaiki kereta lembu, lengan
baju mesti dilipat? Pelik sungguh perangai ini.
Adakah kerana bumi ini tidak cukup gas nitrogen
atau susu vitagen? Jawab... jawab!

Ingatlah sahabatku, mimpi dikejar harimau bukan
alasan untuk buka aurat. Tapi sekarang senario
berubah. Kalau tak percaya, kita boleh tengok
senario yang berlaku , setiap hari Rabu jam 9
malam di TV 3. Yang paling menaikkan air sirap
dalam diri Seman, ada yang tergamak pakai baju
yang nampak pusat dan perut. Mereka
cuba
meniru pusat membeli-belah Tesco kerana
menawarkan jualan murah! Tapi mereka lelong.
Tidakkah ini meningkatkan lagi kepupusan udang
galah dan siput? Bukankah siput itu kalau di
masak gulai boleh disedut isinya? Seman pernah
makan siput gulai lemak daun kadok.
Menyelerakan!


Tengoklah, di bandar-bandar, apa yang berlaku?
Kes mencuri lembu pun tidak dapat menandingi
kes buka aurat. Bukankah
buka aurat adalah salah
satu maksiat yang menunjukkan penderhakaan
kita kepada Maha Pencipta?
Yang sedihnya, gadis
Muslimahlah yang menjadi mangsa pereka fesyen
barat yang jahat dan penuh muslihat. Walaupun
mereka tidak pernah berchatting IRC, namun
pernah mencuba keenakan nasi gulai kawah dan
nasi ulam dengan harga RM24 untuk tiga orang
makan. Jadi buat apa kita ikut mereka. Itu semua
jarum untuk menyuntik virus SARS ke dalam diri
kita semua. Seman tahu, ini mesti tiru pakaian
artis pujaan. Fesyen semasa katakan..emmm....
tak habis-habis dengan artis…rasa nak makan
nasi kuah kari dengan ayam goreng je bila Seman
dengar.



Menggunakan cermin mata yang pecah amat
membahayakan anak mata. Justeru, apa nak
glamournya tiru pakaian artis. Kalau tutup aurat
tak mengapalah
kan. Ini tidak, dedah sana sini,
dari Jepun ke Amerika, di Hong Kong dan
Malaysia. Lebih baik memasang air-cond sambil
memelihara kucing atau pun paling kurang melihat
cerita kartun Doraemon dan Sin Chan.



Sahabatku, kita orang Islam ada cara kita sendiri.
Bukan macam orang barat yang tak bertamadun
dan artis yang tidak pernah memproses keropok
secara tradisional. Islam telah gariskan dengan
pembaris cara berpakaian.
Pakailah macam mana sekalipun, tapi biarlah kena dengan syarak. Bukan
tak boleh berfesyen,
malah kalau kena cara lebih cantik dan anggun daripada mereka yang dedah
aurat
sana sini
. Seorang lelaki mata keranjang
yang sedang melepak di stesen bas pernah
mengaku jujur,
"Perempuan yang bukak aurat mata saya suka tengok, tapi hati saya benci. Perempuan yang tutup aurat, bertudung, dan penuh kesopanan, mata dan hati saya suka,
penyejuk di mata... penawar di hati..."




Tidak ada apa pada glamour dengan mendedah
aurat. Jika diri kita lebih bernilai pam angin tayar
yang terdapat di stesen minyak Petronas, pasti
kita akan jaga dan letakkannya di tempat yang
baik.

Tolonglah sampaikan amanat Seman ini pada
sahabat-sahabat lain. Siapakah yang membunuh
berjuta-juta rakyat
Iraq? Siapakah yang mengebom
Afghanistan? Siapakah yang membunuh adik-adik
comel di Palestin? Siapakah membunuh ibu tua,
menghancurkan rumah di Baitul Maqdis? Jiran
anda yang baik hati itu? Tentu bukan! Abang ipar
sepupu anda? Bukan. Mereka tentu asalnya
sama. Daripada Amerika, berlatar belakangkan
Yahudi! Jom boikot Amerika! Jangan makan di
bawah jambatan!

Jagalah diri baik-baik, kerana seandainya dunia ini
boleh berkata-kata, seluruh kura-kura dan penyu di
dunia ini bersepakat menyokong usaha Seman
membanteras gejala buka aurat. Kura-kura dan
penyu tidak pernah membuka auratnya di
khalayak ramai.... tapi tetap glamour!

Salam kasih sayang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...