Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Thursday, August 12, 2010

Kategori riya'


Al-Qurtubi menyatakan: "Berkata setengah ulama kami bahawa orang yang bersuci di

samping berniat kerana Allah, dia juga berniat kerana mahu menghilangkan kepanasan.

Begitu juga dengan berpuasa kerana mahu menjaga kesihatan badan di samping kerana

Allah dan imam yang menunggu makmum memanjangkan rukuk bertujuan supaya

makmum mendapat rakaat sembahyang, semuanya itu tidak harus diamalkan."

Setengah ulama lain mengatakan bahawa perbuatan itu dibolehkan di mana mereka

terbabit memperolehi manfaat untuk dunia dan akhirat. Ada ulama mengira perbuatan

menunggu makmum itu suatu kebajikan yang dilakukan oleh imam.

Ini bersandarkan hadith Rasulullah s.a.w. yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w.

meringankan solat untuk memelihara makmum yang berada di belakangnya kerana ada di

kalangan mereka orang tua yang uzur dan seumpamanya.

Ertinya pendapat ulama berkait dengan masalah itu ada sokongannya dari hadith Nabi

itu.Bagaimanapun berbeza pula jika Rasulullah s.a.w. menunaikan solat sunat.

Nabi s.a.w. akan memanjangkan solatnya jika mengerjakan solat berkenaan sehingga

Abdullah ibnu Mas'ud r.a. merasa resah gelisah dan rimas ketika mengikut Rasulullah

mengerjakan solat berkenaan.

Ketika itu Abdullah didatangi perasaan yang tidak elok iaitu mahu lari sahaja dari

mengikut Rasulullah s.a.w. menunaikan solat sunat itu akibat masa yang diambil terlalu

lama.

Pernah diriwayatkan bahawa ketika Rasulullah s.a.w. mendengar kanak-kanak menangis,

beliau menyegerakan sembahyangnya kerana bimbang sesuatu berlaku kepada kanak-

kanak berkenaan dan ibunya yang menjadi kmakmum di belakangnya.

Jadi ini tidak termasuk dalam masalah syirik walaupun ada kaitan dengan makhluk.

Bagaimanapun dalam masalah memanjangkan rukuk untuk menunggu makmum

mendapat rakaat tidak harus dilakukan sebaliknya perlu dibuat secara biasa sahaja.Ulama

menyatakan bahawa riya' itu ada tiga bentuk.

Pertama bahawa seseorang itu beri'tiqad pada awalnya lagi perbuatannya seratus peratus

bukan kerana Allah.

I'tiqad ini menjelaskan bahawa seseorang itu ialah orang munafiq yang diragui

keimanannya.

Contohnya orang berkenaan mengerjakan sembahyang kerana seratus peratus takut orang

ramai mengatakan dia tidak sembahyang.

Kedua ialah orang yang memasukkan sesuatu niat di dalam dirinya ketika mengerjakan

ibadat kerana Allah kemudian menjadi cergas ketika memasukkan niat itu.

Ketiga seseorang yang beramal sesuatu amalan kebaikan tetapi mengharapkan pujian

orang ramai bahkan terlalu gembira dengan pujian itu.

Diriwayatkan daripada Sahal, Luqmanul Hakim berpesan kepada anaknya: "Riya' itu ialah

bahawa engkau menuntut pahala amalmu di dunia sedangkan amalan itu untuk

akhirat."Ditanya kepadanya: "Apakah ubat yang boleh menghilangkan riya'?." Luqman

berkata: "Menyembunyikan amalan." Ditanya pula: "Bagaimana mahu disembunyikan

amalan?"Luqman berkata: "Amalan yang ditaklifkan untuk dizahirkan perlu dizahirkan

dengan memasukkan keikhlasan sahaja. Manakala amalan yang tidak ditaklifkan untuk

dizahirkan tidak perlu dizahirkan melainkan kepada Allah SWT sahaja."

Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Tafsir Surah An-Nisa' ayat 36

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...