Isu-isu sebegini kerap kali muncul bila tiba ramadhan al-mubarak. Samada selawat selepas tarawih ataupun bilangan rakaat tarawih. Saya suka mengambil jalan pertengahan dalam membahaskan isu ini.
Dan kita tinjau sejenak dalil-dalil mengenainya.
Hukum salawat Firman Allah S.W.T: "Sesungguhnya Allah dan
malaikat-malaikatNya berselawat untuk nabi. Wahai orang yang beriman,
ucapkanlah salawat dan salam yang sempurna kepadanya (nabi)." (Surah
Al-Ahzab: ayat 56)
Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash r.a, ia mendengar Rasulullah S.A.W
bersabda: "Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah
berselawat(memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu."
(Riwayat muslim)
Dari Abdullah bin Mas'ud r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda: "Manusia
yang paling utama bersamaku (nanti) pada hari kiamat ialah orang yang banyak
mengucapkan salawat kepadaku." (Riwayat Tirmidzi, ia mengatakan hadith
hasan, jua diriwayatkan daripada Abdul Rahman Auf, Amr bin Rabi'ah Ammar,
Abu Talhah, Anas dan Ubai bin Ka'ab)
Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata Rasulullah S.A.W
bersabda: "Seseorang itu amat hina, jika namaku disebutkan di sisinya lalu ia tidak mengucapkan salawat kepadaku." (Riwayat Tirmidzi, ia mengatakan hadith hasan)
Dari Ali R.A, ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Orang yang
bakhil itu ialah orang yang jika namaku disebut di sisinya maka ia tidak
mahu mengucapkan selawat kepadaku." (riwayat tirmidzi, ia mengatakan hadith
hasan sahih)
Demikian adanya dalil-dalil yang berkaitan dengan kelebihan selawat. Selawat
selepas tarawih Kalau ditinjau dalam mana-mana kitab-kitab hadith,
kitab-kitab ulung karangan ulamak muktabar mahupun pengasas mazhab empat,
pasti kita tidak akan menemui sebarang dalil dari as-sunnah tentang selawat
selepas tarawih. Kebanyakan masyarakat melayu awam khususnya menganggap
selawat selepas tarawih itu adalah SEBAHAGIAN solat tarawih.
Apakah yang akan terjadi sekiranya kita kata kepada imam masjid, "Imam,
malam ni kita tak payah selawat."? Benar, selawat tidak disyariat bila dan
di mana, bahkah bila-bila masa dan di mana-mana. Fahaman inilah yang
menimbulkan masalah. Persoalan yang menarik untuk difikirkan, adakah sah
solat tarawih tanpa selawat selepasnya?
Amalan bulan ramadhan yang paling afdal Terdapat banyak lagi perkara-perkara
sunat yang berdalil tetapi kita tidak bincangkan. Antaranya ialah qiamulail,
i'tikaf, tadarrus dan banyak lagi doa-doa yang ma'thur di bulan ramadhan.
Tarawih adalah salah satunya.
Daripada Ibnu Umar, Anas dan Aisyah r.a: Bahawa baginda S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya Nabi S.A.W beri'tikaf pada 10 hari terakhir bulan ramadhan.
Baginda melakukan demikian sejak baginda datang ke Madinah sehingga Baginda
wafat." (Muttafaq 'alaih) Az-Zuhri mengatakan: "Sungguh pelik manusia,
bagaimana mereka boleh meninggalkan i'tikaf. Rasulullah S.A.W melakukan
sesuatu dan meninggalkan sesuatu tetapi tidak meninggalkan i'tikaf
sehinggalah baginda wafat."
Imam Ahmad meriwayatkan dari Jabir R.A dengan sanad hasan bahawa baginda
S.A.W bersabda: "Bagi setiap muslim ada doa yang dimakbulkan, dia berdoa
dengannya pada bulan ramadhan."
"Sesiapa yang membangunkan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan
ganjaran pahala. diampunkan dosa-dosanya terdahulu." (Sahih Bukhari dan
Muslim) Dll dalil mengenai amalan bulan ramadhan. Selamat beramal.
Rujukan: Al-Azkar, Imam An-Nawawi Wallahua'lam.
Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk
mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga."
(Sahih Muslim)
No comments:
Post a Comment