1) PENGENALAN
Setiap manusia tidak boleh lari dari berkawan. Kawan adalah antara sumber semangat individu. Jika ada manusia tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal. Kehidupan remaja tidak lengkap apabila tiada kawan. Ini terbukti dengan Allah swt mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang–pasangan, berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah dalam Surah Al Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhmya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.”
Faktor memilih kawan amat dititik beratkan. Kita sering juga diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Kawan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan. Seperti Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa
kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi
itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium
baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu
atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Pendek kata kawan boleh menentukan corak hidup kita. Jika salah pilih kawan kita akan merana dan menerima padahnya. Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima pecikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarik baju kita.”
2) CIRI-CIRI KAWAN YANG BAIK
a) Memimpin ke jalan kebaikan, menjadi ‘role model’ serta yang mendoakan kebaikan
“Ya Allah,peliharalah agama kami, diri kami, anak-anak kami, harta benda
kami, sahabat-sahabat kami, dan orang - orang yang kami kasihi dari bala
bencana,ujian dan kesulitan, kesusahan dan kemudaratan, Sesungguhnya
Engkaulah yang menolong kepada jalan kebaikan dengan rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”
b) Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar
c) Menempa kejayaan dalam kehidupannya supaya dapat dijadikan panduan untuk mencipta
kegemilangan
d) Membantu dan meringankan kawan ketika dalam kesempitan atau kesusahan
e) Menghulur dan menerima kebaikan dengan baik
f) Menjaga kepentingan persahabatan, sekiranya berlaku selisih faham
3) IMPLIKASI MEMILIH KAWAN
a) kehadiran kawan membuatkan kita lebih fokus dalam melakukan suatu perkara.
Kita juga menjadi lebih berani mencuba sesuatu.
b) Kawan yang baik mendorong kita melakukan perkara yang baik.
c) Kawan juga boleh menjadi cermin peribadi seseorang
4) RUMUSAN
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. tetapi jangan terlampau memilih sehingga tidak ada orang yang sanggup berkawan dengan kita. Bak kata pepatah arab,
“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan
wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya
akan mencarikkan baju kita”
No comments:
Post a Comment