Tengahari semalam kami mendapat kelapangan untuk meluangkan masa menghadiri program ceramah anjuran Tiaranita berkenaan bagaimana menjadi insan yang cemerlang dan gemilang yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusof, seorang penceramah bebas. Sebenarnya tak susah untuk menjadi "Khaira Ummah" jika setiap seorang dari kita memainkan peranannya. Iaitu peranan sebagai hamba Allah dan juga berperanan dalam menjaga perhubungan dengan sesama insan.
Dalam konteks pekerjaan pula, bukan jenama dan nama yang menjadikan sesebuah syarikat itu hebat. Tapi yang menjadikan syarikat hebat, adalah kehebatan anggotanya. Kalau anggota bermasalah, maka syarikat akan menjadi bermasalah. Strategi yang bagus, perancangan yang baik dan sistem yang canggih tidak membawa apa-apa makna jika komponen manusia tidak berfungsi dengan baik. Lalu di situlah pentingnya untuk kita menjadikan kerja sebagai satu ibadah. Kerja yang dijalankan dengan penuh tanggungjawab (kita tanggung dengan betul, maka boleh jawab dengan betul), akan memberikan kita makna yang mendalam melebihi dari ganjaran materialistik.
Kata Ustaz, duit memang faktor yang penting. Tapi duit bukan segala-galannya. Duit boleh beli cincin perkahwinan tapi duit tak boleh membeli kebahagiaan. Duit boleh beli tilam yang empuk tapi duit tak boleh beli tidur yang lena. Duit boleh beli bukan saja ubat, doktor, malahan hospital sekalipun kalau dah kaya raya sangat...tapi duit tak boleh beli sembuh.
Dan untuk menjadi insan yang cemerlang, perlulah bermula dari dalam. Betulkan yang dalam dulu. Pastikan berada di landasan yang betul. Tapi kalau setakat berada di landasan yang betul sahaja, kita hanya layak dapat syurga paling bawah. Setakat sembahyang, berpuasa, berzakat belum cukup lagi. Kalau hendak yang lebih , buatlah 'extra' sebagaimana yang dianjurkan Nabi S.A.W. Antara sunnah Nabi S.A.W ialah menyantuni anak-anak yatim, menghubungkan silaturrahim, berbuat baik sesama jiran tetangga dan lain-lain lagi 'perkara-perkara' yang 'kecil' yang sebenarnyalah membezakan darjat setiap seorang daripada kita serta tahap dan tingkatan imannya. Begitulah penekanan Islam terhadap aspek-aspek kemasyarakatan dan sosial yang menjadikannya satu agama yang syumul dan kekal relevan sepanjang zaman.
Untuk memotivasikan diri kita, hendaklah selalu kita ingat tentang mati dan ingat juga apa yang menanti kita dihujung jalan itu. Bayangkan. Ustaz kata, sebenarnya kita tak mati. Kita hanya melalui satu proses perpindahan sahaja. Iaitu berpindah dari alam dunia ke alam kubur. Itu sahaja. Jadi, janganlah takut kepada kematian. Kita takut menghadapi mati bila kita tidak bersedia menghadapinya. Sebaliknya jika kita sentiasa ingat, bahawa ada kehidupan lain lagi sesudah kehidupan dunia yang fana ini maka kita tidak akan lupa mempersiapkan bekalan. Kita akan bersemangat untuk mengutip sebanyak mana yang mampu kita bawa supaya kehidupan kita di sana adalah kehidupan yang lebih baik dari apa yang kita nikmati sekarang. Jadi, bila kita kenangkan kesudahan kita itu...maka tak adalah kita berkeluh kesah dengan ketidakadilan dunia, cubaan dan halangan yang kita hadapi.Mengapa harta kita tak sebanyak si polan itu atau mengapa kita ni kerja siang malam tak juga naik-naik lagi gaji tu...Barulah kita akan rasa redha dan syukur dengan apa yang ada sebab bukan ukuran dunia itu yang kita nak kejarkan. Tapi kita mengejar perkara yang lebih besar dari itu. Yang kita tak nampak tapi kalau 'hati' kita celik...insyaallah, kita selamat dunia dan akhirat.
Dengan memperbaiki mutu hidup kita sebagai seorang manusia dengan pelbagai peranan itu serta jugak kita menjaga hubungan yang baik sebagai hamba Allah, insyaallah, mudah-mudahan kita ini termasuk dalam kumpulan umat yang mendapat syafaat Nabi S.A.W.

No comments:
Post a Comment