Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Wednesday, October 26, 2011

Muammar Gaddafi

5-16-10 Pictures, Images and Photos


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Uit, AM, buat apa tu?
Tak ada apa pun, saja baca Mastika ni hah.
Ada apa-apa yang menarik ke dalam tu?
Boleh la tahan.
AM tengah baca pasal apa tu?
Ni hah, Tengah baca pasal arwah Muammar Gaddafi ni.
Diktator tu ke AM, buat apa la nak baca pasal dictator tu AM, banyak lagi benda yang perlu dibaca.
Jangan cakap macam tu, diktator ke, karikatur ke, predator ke dia pun manusia juga seperti kita.
Ye la. Dia tulis pasal apa tu AM?
Ada beberapa fakta menarik mengenai Muammar Gaddafi. AM ada buat research bagi mensahihkan apa yang pengarang ni tulis, dan ternyata betul dan tepat maklumat yang diberikan.
Apa dia AM?
Ini adalah beberapa fakta mengenai Muammar Gaddafi yang mungkin ramai tak tahu.
1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;
3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba’;
4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;
5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;
6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;
7. Tidak ada bil elektrik di Libya;
8. Pendidikan adalah percumn;
9. Kemudahan perubatan adalah percuma;
10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;
11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;
12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;
13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;
14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;
17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);
18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;
Ye ke betul ni AM? Macam tak percaya je.
Betul, AM dah cek sendiri kat internet.
Hemm. Apa pendapat AM mengenai dia.
Secara jujurnya, umum, muslim sekarang terlalu lembut. Tak dinafikan ada yang ditindas. Tapi, muslim disogok dengan berita-berita palsu agar rakyat membenci pemimpin. Yahudi Laknatullah dan sekutunya akan buat apa saja bagi memastikan pemimpin-peminpin Islam yang tegas dan berani jatuh. Mereka tak akan senang selagimana pemimpin-pemimpin ini ditumpaskan.
Cuba kita imbas kembali. Semua pemimpin Islam yang lantang menentang barat terutama Amerika dan sekutunya Yahudi Laknatullah pasti dibunuh. Baru-baru ni Muammar Gaddafi, Sebelum ni Osama dan sebelum tu Saddam Hussein. Semua pemimpin-pemimpin ni diburuk-burukkan oleh barat agar rakyat membenci pemimpin seterusnya menggulingkan pemerintahan mereka. Bila ianya berlaku, rakyat menggulingkan pemimpin yang dilebalkan sebagai diktator oleh barat, maka mereka pun bersorak-sorak.riang. Kerana apa? Kerana mereka tak perlu menghabiskan duit dan mengorbankan nyawa askar mereka untuk menangkap pemimpin-pemimpin tu. Sebab rakyat sendiri akan lakukan.
Hemm
Kenapa hemm?
Tak adalah, berfikir.
Fikirkan apa sampai macam tu rupa?
Tak ada la, bila fikir-fikir balik, betul juga apa yang AM cakap tadi. Tindakkan yang dilakukan kepada Muammar Gaddafi semasa ditangkap dan selepas dibunuh pun tak patut juga. Bukan Allah dah janji ke yang baik buruk akan dibalas setimpalnya. Bukan saja diseksa, malah lepas dibunuh mayatnya dijadikan barang pameran.
Betul tu, melampatkan pengemubian juga menyiksa mayat. Namun, Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui. Sikap mereka dan beberapa berita di media massa hanya menampakkan bahawa manusia zaman sekarang semakin tidak bertamadun. Nyawa manusia bagaikan tiada nilai lagi. Manusia akan buat apa sahaja agar hajatnya tercapai.
Kalau betullah semua kebaikkan Muammar Gaddafi yang AM sebut tadi, memang sedih la dia menerima kematian yang macam tu.
Benar, seorang pemimpin dihina sampai macam tu. Walhal, suatu ketika dahulu, beliau merupakan salah seorang pemimpin yang kuat menentang Amerika dan Yahudi, Malah di awal pemerintahan, beliau menghalau ramai yahudi keluar dari Libya dan harta mereka dirampas. Menguatkan lagi kemarahan puak yahudi.
AM, haritu AM ada post dekat wall pasal beli minyak dengan emas tu macam mana? Tak faham la.
Owh, yang tu. Muammar Gaddafi mahu segala urusan perdagangan dilakukan dengan matawang baru iaitu emas. Jadi, jika amerika mahu beli emas dari Libya, mereka perlu membayar dengan dinar emas. Kenapa dia buat macam tu, kerana pasaran emas semakin meningkat selain daripada urusan perniagaan berlandaskan dinar dan dirham merupakan matawang yang digunakan sejak dahulu lagi termasuk di zaman Baginda Rasulullah. Malah, sudah terdapat beberapa buah Negara Islam yang setuju untuk memertabatkan penggunaan dinar dan dirham. Maka barat semakin terdesak untuk membunuh Muammar Gaddafi. Satu, kerana barat bukan pengeluar emas dan satu lagi adalah kerana, jika ianya berhasil, maka dinar dan dirham BOLEH menggantikan dollar dan euro.
Sampai macam tu sekali ye AM.
Itulah sifat manusia sahabat. Manusia tidak akan pernah merasa puas dengan apa yang mereka miliki. Nak-nak lagi dengan musuh-musuh. Cuba kita tengok pemimpin Iran, Mahmoud Ahmadinejad. Beliau berani menentang barat. Sebab tu puak-puak tu tak senang duduk dan dengan sekeras-kerasnya cuba membendung Iran dari meneruskan projek nuklearnya walaupun bukan untuk tujuan membuat senjata. Begitu juga Muammar Gaddafi. Ada sejarah yang beberapa pemimpin dunia tak dapat nak lupakan. Pernah suatu ketika Muammar Gaddafi mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu kerana tak mahu bersubahat dan berkompromi bersama Barat. Oleh itu, meningkatkan lagi kegerunan pemimpin barat terhadap beliau sekaligus menjadi punca mereka berusaha lebih keras untuk menjatuhkan Muammar Gaddafi.
Hemm. Susah nak cari pemimpin macam tu sekarang kan AM. Bila kita berkuasa, ada yang akan hormat, dan ada juga yang akan dengki dengan kita.
Macam AM cakap tadi sahabat, manusia akan lakukan apa sahaja untuk menewaskan musuh mereka. Cuba AM sedih melihat keadaan umat sekarang. Mereka lebih percayakan media barat yang berusaha menjatuhkan pemimpin. Mereka dibutakan oleh barat. Barat menjanjikan kebebasan, dan mereka terpengaruh serta sanggup berpaling tadah terhadap pemimpin yang membebaskan dan berjasa kepada mereka.
Ya Allah. Semoga kita dicelikkan dari segala fitnah dunia.
Amin Ya Rabb..
AM, cerita la lagi mengenai Muammar Gaddafi. Saya nak tahu lagi.
Hemm.. Sebenarnya, Muammar Gaddafi ingin membentuk sebuah Negara kebajikan berteraskan kepada Islam. Seperti yang AM cakap tadi. Takdir Allah mengatasi segalanya. Andainya Gaddafi berhasil menghasilkan Negara yang dibinanya, nescaya Libya akan menjadi lebih makmur dan sebuah Negara yang kaya yang mempunyai ekonomi yang kukuh. Itulah salah satu kebaikkan perurusan dengan emas dan dirham. Namun apakan daya, rakyat dibutakan dengan kemewahan dan kebebasan yang dijanjikan oleh barat. Barat kononnya menyatakan ingin membantu, lalu menempatkan askar-askar Nato dan membekalkan rakyat tempatan dengan senjata untuk membunuh pemimpin yang berjasa kepada mereka terutamanya pemimpin yang ingin membebaskan rakyatnya dari belenggu barat.
Sedihnya, situasi dah macam anak yang sanggup derhaka kepada ibubapa kerana kekasih.
Inilah hakikat yang kita lalui sekarang sahabat. Manusia akan lakukan apa sahaja untuk kemewahan, kesenangan dan kebahagian. Alangkah rugi orang yang terpedaya dengan segala fitnah dunia. Kalau memerangi pemimpin yang zalim sekutu amerika, AM tak kisah, malah AM akan turut berjuang, tapi, jika pemimpin yang ingin membawa kita ke jalan Allah dihina sebegitu rupa. Sedih AM. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Sesungguhnya, Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui
Amin Ya Rabb..
Doa kesejahteraan hidup
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ
وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat.
Doa Minta Petunjuk Jalan Kebenaran
اَللهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ ، اَللَّهُمَّ فَقِّهْنَا فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْنَا التَّأْوِيْلَ وَاهْدِناَ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيْمَ صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّدِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ وَحَسُنَ أُولئِكَ رَفِيْقًا .
Ya Allah Ya Tuhan kami ,
Tunjukkanlah kami sesuatu yang benar (hak) itu tetap benar(hak) , maka kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk menuruti dan mengikutinya .
Ya Allah Ya Tuhan kami ,
Tunjukkanlah kami sesuatu yang batil (salah) itu tetap batil (salah) , maka kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk menghindari dan menjauhinya .
Ya Allah Ya Tuhan kami ,
Berikanlah kefahaman yang benar tentang perkara agama , dan ajarkanlah kepada kami ilmu takwil , dan tunjukkanlah kami jalanMu yang lurus , jalan yang telah Engkau kurniakan kepada Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

Sunday, October 9, 2011

Hak Al-Quran yang PERLU ditepati

Al-Qur\'an Pictures, Images and Photos

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh..

Jika semalam AM cerita mengenai Al-Quran : Antara Tuntutan Kefahaman yakni mengenai kepentingan membaca dan memahami serta beramal dengan Quran, maka dalam posting kali ini, AM akan ceritakan mengenai hak-hak Al-Quran. Sebagaimana manusia, Al-Quran juga mempunyai hak. Ini kerana, Al-Quran bukan sahaja boleh membela kita di akhirat, Al-Quran juga boleh melemparkan kita ke neraka kerana kita sebagai manusia tidak melaksanakan hak-hak Al-Quran. InsyaAllah dalam posting ini, AM akan ceritakan serba sedikit mengenai beberapa hak Al-Quran.

Baiklah, pertamanya, bukankah Al-Quran merupakan petunjuk bagi umat manusia? Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 2

quran Pictures, Images and Photos

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

Yang bermaksud : Kitab (Al-Quran) ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.

Jadi, walaupun masih ramai lagi yang membaca Al-Quran, tapi kenapa seringkali kita masih mencari petunjuk lain selain daripada Al-Quran? Dimanakah silap kita?

Ye AM, dimana silap AM? Hehe

Cheit.. AM pulak kena..

Gurau je AM..

Baiklah, sebenarnya kita belum jumpa dengan petunjuk Al-Quran sebab kita belum menunaikan hak-hak Al-Quran.

Eyh, Al-Quran pun ada hak jugak ke AM?

Ada la, ingat manusia je ke yang ada hak?

Al-Quran pun ada hak, Cuma kadang-kadang kita sibuk mempelajari Al-Quran hinggakan sibuk untuk mengetahui hak-hak Al-Quran yang perlu ditepati. Jika kita betul-betul tepati hak Al-Quran, InsyaAllah Al-Quran itu sendiri akan membela kita bahkan akan menjadi rahmat dan pemberi syafaat bagi kita di yaumil akhir nanti.

Hemm. Apa hak-hak Al-Quran tu AM?

Sekurangnya terdapat 5 hak Al-Quran yang perlu kita penuhi dan yang paling utama ialah membacanya dengan tartil. Ini adalah tuntutan dari Allah dalam Firmannya :

quran Pictures, Images and Photos

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَا نُزِّلَ عَلَيْهِ الْقُرْآنُ جُمْلَةً وَاحِدَةً ۚ كَذَٰلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِ فُؤَادَكَ ۖ وَرَتَّلْنَاهُ تَرْتِيلً

Surah Al-furqaan ayat 32 yang bermaksud : Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan tartil (teratur satu persatu)

Quran Pictures, Images and Photos

Ketahuilah wahai sahabat yang AM kasihi. Sesungguhnya, Allah tak minta kita melagukan Al-Quran, tak pula membacanya berserta taranum, sebaliknya Allah menyuruh kita membacanya dengan tartil. Jadi itulah hak Al-Quran yang pertama. Zaman era globalisasi ini, terdapat banyak kaedah-kaedah membaca Al-Quran, tidak pula kurangnya kaedah-kaedah yang memudahkan orang membaca dan menghafaz Al-Quran, namun, masih ada di antara mereka yang membaca Al-Quran seolah-olah membaca buku.

Jadi AM, apa pula hak Al-Quran yang kedua?

Sesungguhnya hak Al-Quran yang kedua ialah memahami makna ayat itu sendiri samada yang tersurat mahupun yang tersirat. AM nak tanya, kamu tahu makna-makna yang terkandung didalam Al-Quran?

Hehe.. Boleh la, tapi kalau nak secara umum, Al-Quran mengandungi ilmu dan petunjuk dari segi tauhid, hukum-hakam, syariat, kisah bangsa-bangsa terdahulu dan banyak lagi la.. hehe

Sebab itulah kita kena faham apa yang kita baca. Supaya kita boleh mengamalkan apa yang terkandung di dalam Quran serta mengamalkan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah di dalamnya. Selain itu, kita boleh mengambil pengajaran yang diceritakan oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai iktibar.

Betul tu AM.. Yang ketiga pulak? Hehe

Kamu agak-agak apa hak Al-Quran yang ketiga?

Hemm.. Tak tahu la AM, hafal Al-Quran kot.

Betul dah tu, hak Al-Quran yang ketiga perlu kita tepati ialah menghafaznya. Awak tahu tak kelebihan-kelebihan orang yang menghafal Al-Quran.

Tahu la juga sikit-sikit AM, ada hadis yang menyatakan kelebihan orang yang menghafaz Al-Quran.

Awak ingat lagi tak hadis-hadis tu?

Ingat AM.

1. “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah)

2. “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)

3. “Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

Itu serba sedikit ganjaran di dunia. Kalau akhirat macam mana pula sahabatku?

Kalau di akhirat

1. Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

2. Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

Betul tu sahabat. Di zaman Baginda Rasulullah dahulu, penghafaz yang terbanyak akan dianggak sebagai pemimpin. Bukan seperti memimpin Negara, tapi seperti pemimpin rombongan atau peperangan. Bahkan, orang yang menghafaz Quran bukan saja mendapat penghormatan dari Baginda, malah akan mendapat penghormatal dari Allah sendiri. Seperti sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah bersabda :

‘Penghafaz Al Quran akan datang pada hari kiamat, kemudian Al Quran akan berkata: Wahai Tuhanku, bebaskanlah dia, kemudian orang itu dipakaikan mahkota karamah (kehormatan), Al Quran kembali meminta: Wahai Tuhanku tambahkanlah, maka orang itu dipakaikan jubah karamah. Kemudian Al Quran memohon lagi: Wahai Tuhanku, redhailah dia, maka Allah SWT meredhainya. Dan diperintahkan kepada orang itu: bacalah dan teruslah naiki (darjat-darjat syurga), dan Allah SWT menambahkan dari setiap ayat yang dibacanya tambahan nikmat dan kebaikan.

Quran Pictures, Images and Photos

Hebat sungguh ya ganjaran Allah AM. Yang seterusnya apa pula AM?

Selepas kita membaca dengan betul, memahami apa yang dibaca, dan menghafaznya, seterusnya kita perlu mengamalkan isinya. Cuba AM bagi contoh, sahabat AM belajar medic, dia baca buku-buku mengenai medic, dia faham dan menghafaznya, agak-agak bila dia dah kerja nak bedah orang, adakah dia kan guna kaedah sendiri atau kaedah yang telah dipelajarinya?

Mesti la ikut kaedah yang dia belajar AM. Apa la AM ni.

AM tanya je. Macam tu juga la dengan Al-Quran, Al-Quran kan diturunkan sebagai petunjuk. Banyak ilmu dan nilai-nilai yang terkandung didalamnya untuk kita amalkan. Kalau kita baca dengan betul, kita faham maknanya, serta kita menghafalnya tetapi tak amalkan sama la macam pokok yang lebat tapi tak mengeluarkan buah. Tak member manfaat kepada yang menanamnya.

Hehehe.

Amboi, suka pulak dia.

Tak boleh ea?

Boleh.

Hehe. Tapikan AM, kalau macam orang yang mengamalkan Al-Quran tapi tak membaca Al-Quran macam mana pulak tuh?

Amboi-amboi tak nak baca ke?

Ala Am ni, tanya je pun.

La, mana ada marah, tanya jugak tu. Lagipun, kan mempelajari Al-Quran Fardhu Ain. Walaupun dia mengamalkan, tapi tak membacanya, tak sempurna juga. Sama juga dengan seorang mujahid. Ianya akan lengkap untuk berperang jika kelengkapannya lengkap. Seperti baju perisai, pedang, mungkin topi atau helmet besi dan segala kelengkapan lain. Barulah betul-betul bersedia untuk berperang.

Owh, macam tu. Yang akhir sekali apa pulak AM?

Akhir sekali, selepas kita membaca dengan betul, mengetahui maknanya, manghafaznya serta mengamalkan isinya kita perlulah mengajarkan Al-Quran. Ingat lagi pesan Nabi mengenai menyampaikan ilmu?

Ingat AM, Sampaikanlah pesanku walau satu ayat sekalipun.

Betul tuh. Buah yang masak dan ranum, tidak akan dapat kita rasa manis dan nikmatnya kalau kita hanya biarkan ia di atas pokok, oleh itu, kita perlu petik buah itu dan kita sampaikan, agar orang lain pun boleh menikmati manis dan nikmat buah yang Allah hasilkan melalui usaha kita menanamnya. Tak gitu sahabat?

Hemm..

Kenapa sahabatku?

Nampaknya, saya masih banyak hutang dengan Al-Quran AM. Jangan kata menghafal dan mengamal, baca pun tunggang langgang lagi.. :(

Sabarlah wahai sahabat. AM pun macam tu juga. Kita ni hanya manusia biasa. Kadangkala kita lalai dengan keindahan duniawi. Tapi kita tak boleh berputus asa. Seharunya kita teruskan usaha kita. Pernah dengar cerita mengenai Ibnu Umar tak? Macam mana Ibnu Umar mengambil masa 8 tahun untuk menghafaz surah Al-Baqarah sahaja?

8 tahun? Mak ai. Lamanya..

Benar, kenapa 8 tahun? Sebab, Ibnu Umar bukan sahaja membaca dan menghafaz ayat Quran tu, beliau juga mengamalkannya. Selagi beliau tidak menghafaz dan mengamalkan ayat tersebut, beliau tidak akan berpindah kepada ayat seterusnya. Sebab tu la memakan masa sehingga 8 tahun.

Macam mana nak memudahkan saya membaca dan menghafal Al-Quran AM?

Yang itu, AM telah jelaskan pada posting sebelum ini yakni Al-Quran : Antara Tuntutan Kefahaman. Kalau sahabat tak faham boleh tanya AM. InsyaAllah kita beramal sama-sama ye sahabat

Ye AM. Syukran Jazilan ya Ustaz..

AM bukan ustaz la.

Hehe.. Ye la.. Syukran Sahabat.

Sama-samalah kita membantu antara satu sama lain ya sahabat. Jika hari ini diriku terlalu gembira dengan duniawi, sedarkanlah aku dengan amaran Allah. Jika aku bersedih, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika antara kita ada tembok memisahkan leraikan ia dengan ukhwah dan jika pernah hatimu terluka lantaran sikapku luahkanlah agar aku berubah. Namun satu pintaku, berjanjilah..ukhwah kita untuk selamanya

Ye Sahabatku AM.. Terima Kasih lagi sekali.. :)


Saturday, October 8, 2011

Al-Quran : Antara Tuntutan Kefahaman



Al-Quran ialah nama salah sebuah dari kitab samawi yang telah Allah swt turunkan kepada ummat manusia bagi menyelamatkan mereka dari terjerumus ke lembah kesesatan.Sehubungan dengan itu Allah swt telah berfirman yang bermaksud:

“ Dan sesungguhnya jalanKu ini adalah jalan yang lurus, hendaklah kamu mengikutinya.Jangan sesekali kamu ikut jalan-jalan yang lain, kerana jalan-jalan yang lain itu akan memecahbelahkan kamu dari jalannya...”

Ia merupakan sebuah kitab yang akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang berusaha mendekatinya dengan tujuan yang murni.Ia akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang mempelajarinya untuk diamalkan bukan mengkajinya sekadar untuk mendapat satu maklumat.Firman-Nya yang bermaksud:

“ Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal soleh”

quran Pictures, Images and Photos

Sebelum al-Quran, terdapat beberapa kitab samawi lain yang telah Allah turunkan kepada penduduk dunia ini. Allah menurunkan kitab-kitab itu kepada mereka bersama-sama dengan pengutusan para rasul.Allah swt tidak menurunkan kitab-kitab itu tadi secara longgokan seperti jualan murah tanpa rasul untuk memberi penerangan terhadap isi kandungan kitab itu tadi. Ini menunjukkan bahawa kitab-kitab tadi tidak mungkin difahami tanpa adanya rasul yang memberikan ulasan dan penerangan terhadapnya.Dari itu amat wajar kalau dihukum sebagai kufur kepada sesiapa yang berusaha memisahkan antara keduanya.Dengan pengertian yang lain sesiapa yang memisahkan al-Quran dari al-Hadith adalah kufur.
Beriman Kepada Al-Quran : Satu Tuntutan.

Sewaktu Allah menurunkan al-Quran, ia tidak diturunkan untuk dijadikan perhiasan seni yang dijual menerusi tulisan-tulisan khat . Ia tidak semestinya dilagukan sehingga lagu yang menjadi minat bukan tertarik kepada isinya . Ia tidak juga bertujuan untuk dijadikan jampi serapah -(sekalipun ada ayat-ayatnya yang pernah dijadikan sebagai rawatan penyakit oleh Nabi saw)- lalu memotong ayat-ayat al-Quran tadi , dibaca sekerat-sekerat mengikut selera sendiri lantas menghapuskan tujuan penurunannya

Al-Quran diturunkan oleh Allah adalah dengan tujuan menyuntik semangat keimanan kepada manusia.Semangat keimanan yang telah berputik tadi akan menimbulkan minat untuk membaca dan beramal dengan tuntutannya penuh keyakinan tanpa dibatasi oleh faktor masa , kaum , kepentingan dan tempatan. Seseorang yang bermula dengan iman akan yakin dan percaya kesesuaian kitab ini pada semua zaman dan masa.Kita katakan begitu kerana ia telah diturunkan oleh Allah, Tuhan yang menciptakan makhluk manusia.

Al-Qur\'an Pictures, Images and Photos

Dalam kehidupan ini orang biasa mengunakan menu untuk makan, orang menggunakan guide untuk menyelamatkan peralatan yang digunakan agar terselamat dari kerosakan yang mungkin berlaku akibat kealpaan, maka demikian juga dalam kehidupan beragama. Manusia tidak mungkin hidup sejahtera tanpa garis panduan, mereka tidak akan selamat tanpa bimbingan dan sebaik-baik bimbingan dan garis panduan sudah tentu datangnya dari Allah, Tuhan yang menciptakan manusia.

Ahli-ahli falsafah -suatu ketika dahulu telah bertungkus lumus mencari kaedah mengenal pasti bagaimana boleh dikatakan sesuatu perkara itu baik dan bilakah masanya boleh dikatakan sebagai tidak baik.Namun dihujung perbincangan , mereka tercebak kepada masalah yang melengkari manusia itu sendiri.

Pakar perundangan telah menggubal cipta peraturan dan perundangan untuk mentadbir manusia. Namun natijah akhir yang mereka terima tetap negatif kerana mereka mencipta peraturan yang tidak adil. Apabila manusia menggubal peraturan untuk manusia, maka sanggupkah manusia yang menggubal peraturan tadi meletakkan dirinya di bawah peraturan? Tidak!. Mereka akan mencari jalan keluar menerusi peruntukan-peruntukan yang boleh menyelamatkan mereka. Maka yang terkena hukuman adalah golongan bawahan manakala golongan atasan akan dijamin di bawah peraturan yang sah. Inilah yang pernah dibimbangi oleh Baginda saw menerusi hadith-nya yang diriwayatkan oleh Ibn Kathir. Sabda Baginda yang bermaksud:

“ Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu mengalami kemusnahan apabila yang mencuri itu datang dari kalangan keluarga terhormat, mereka lepaskan dari menerima hukuman.Sebaliknya apabila yang mencuri itu datang dari kalangan orang awam, mereka jatuhkan hukuman ke atas mereka ......”

quran Pictures, Images and Photos

Sesungguhnya lembu tidak mungkin dijaga oleh kumpulan dan peraturan lembu-lembu. Ia hanya boleh dijaga oleh sekumpulan manusia atau gembala. Anda bayangkan sendiri apa akan terjadi kepada kumpulan lembu-lembu yang dikawal oleh lembu itu sendiri. Lembu yang lemah akan terus menjadi mangsa manakala yang sakit terus memendam rasa dan yang kuat pula terus menunjukkan perkasa .

Melihat kepada persoalan sejagat ini, amat tepat sekali kalau ummat manusia ini kembali kepada tuntutan beramal dengan al-Quran. Amaran Tuhan telah terlalu banyak di dalam al-Quran terhadap nasib orang-orang yang engkar. Kalau anda sudi mendengarnya perhatikan firman-Nya yang bermaksud:

“ Sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami melimpahkan kepada mereka barakat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (menolak ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya”.

quran Pictures, Images and Photos

Apabila kita bercakap soal mahu beramal dengan al-Quran, perkara pertama yang mesti kita faham ialah Tuhan menurunkan al-Quran adalah untuk ditadabbur terhadap makna-maknanya. Perhatikan firman Allah yang bermaksud:

“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan barakat supaya mereka bertadabbur terhadap ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang mempunyai akal mengambil pelajaran darinya”.

Mengapa perlu ditadabbur?. Apakah ia merupakan kitab tarikh atau sejarah?. Oh no.. Ia bukan kitab tarikh, namun ia mengandungi pembentangan tentang nasib ummat dahulu kala yang beriman dan ingkar. Ia tidak pula dibentangkan semua sekali , kerana kalau dibentangkan semua sekali satu persatu, ia memang akan menjadi buku sejarah. Dengan itu ummat Islam tidak perlu lagi membuat research, sebab semua perkara sejarah telah dicatat oleh al-Quran . Ini sudah tentu tidak tepat , kerana Tuhan menurunkan al-Quran adalah untuk ditadabbur. Dari tadabbur mereka boleh membuat kias ibarat, mengambil yang baik sebagai teladan ,menjadikan yang buruk sebagai sempadan.

Melalui tadabbur mereka akan mendapati gaya bahasa dan method persembahan al-Quran dalam menyampaikan mesejnya sungguh bergaya. Namun ia bukanlah kitab sastera.Kalau ia buku sastera sudah tentu bicaranya dari awal hingga akhir hanyalah yang berkaitan dengan tatabahasa.

Quran Pictures, Images and Photos

Tatabahasa yang tepat , penyampaian yang menarik , struktur ayat yang indah dan pilihan perkataan yang cantik hanyalah sebahagian dari pesona yang memukau bagi menggamit insan bertadabbur terhadap wahyu Ilahi itu tadi. Perasaan mereka disorong kepada keimanan sebelum mereka didorong ke makam yang lebih tinggi iaitu makam taqwa.

Pendek kata walau apa sudut sekalipun ditinjau , al-Quran akan sentiasa memberi kepuasan kepada para pembaca setiap kali mereka membacanya dengan penuh tadabbur.Untuk mereka ini, Allah telah janjikan bahawa Dia akan permudahkan al-Quran itu (untuk difahami) kepada mereka yang mahu mendekatinya.Perhatikan firman-Nya yang bermaksud:

“ Dan sesungguhnya Kami telah permudahkan al-Quran itu untuk mendapat pelajaran, maka apakah ada orang yang mengambil pelajaran?”

Tinggal lagi , terdapat satu persoalan yang mungkin berolak di dalam hati orang-orang yang berada di tahap awal memahami al-Quran ini. Apakah langkah-langkah yang boleh mereka ambil ke arah memahaminya?. Mungkin telah ramai di antara kita yang telah berusaha memahaminya, tetapi ternyata kadang-kadang ia sukar. Apakah terdapat langkah-langkah yang boleh membantu kita memahami al-Quran dengan lebih baik?

quran Pictures, Images and Photos


Ke Arah Memahami Al-Quran.

Di sini saya akan cuba huraikan beberapa password ke arah memahami al-Quran. Saya akan bahagikan perbincangan tentangnya dalam dua bahagian:-

I- Pembaca hendaklah menerima baik (husn al-zan) terhadap nas al-Quran dan mahu menerimanya sebagai panduan kehidupan. Persoalan ini amat berkait rapat dengan adab pembaca sewaktu membacanya. Antara adabnya ialah:

1. memilih waktu yang sesuai untuk membacanya

2. memilih tempat yang boleh menjernihkan fikiran pembaca dari hiruk pikuk ganguan

3. memilih posisi duduk yang sesuai dan kondisi yang sopan menggambarkan kehambaannya di sisi Allah

4. mensucikan diri dari kotoran lahiriah

5. menumpukan perhatian kepada ayat-ayat yang dibaca

6. tidak mengejar semua ayat dan mahu memperolehi semua perkara dalam satu masa

7. mengosongkan jiwa dari kesibukan-kesibukan menunaikan hajat dan memenuhi permintaan-permintaan sebelum mulai membacanya

8. berhenti sejenak di depan ayat-ayat yang dibaca dan merenungi maknanya

9. cuba menjadikan bahawa pembaca sendirilah yang sedang diajak bercakap dengan ayat-ayatnya.

II- Pembaca hendaklah mengetahui disiplin berinteraksi dengannya:

1. memandang al-Quran dengan pandangan yang lengkap dan menyeluruh

2. memerhatikan matlamat utama al-Quran iaitu; memberi hidayah, mewujudkan pribadi muslim dan masyarakat yang Islamik berasakan tugas dakwahnya iaitu melahirkan situasi solehah yang berpaksikan amr makruf nahy mungkar

3. berusaha memasuki nas al-Quran secara mutlak dan menundukkan realiti yang menyalahi kepadanya

4. membebaskan nas al-Quran dari sebarang ikatan tempat dan masa nuzul

5. sering mengulang semula ayat-ayat yang pernah dibaca dan berusaha menambahkan pengetahuan terhadap makna-maknanya.

Kesimpulan

Apa yang dicatatkan di atas adalah sebahagian daripada garis panduan ke arah melatih diri kita menjadi berminat mendekati dan memahami al-Quran. Namun ia bukan merupakan suatu pengamatan yang mutlak berlaku kepada semua orang.
Latar belakang pendidikan dan situasi yang berbeza juga banyak mempengaruhi iklim pembaca.Tetapi secara umumnya manusia setiap kita mempunyai beberapa ciri persamaan yang Allah jadikan sewaktu Dia mencipta kita.

Quran Pictures, Images and Photos

Wanita Islam Mithaliyyah



Rasulullah SAW bersabda : "Empat perkara dari kebahagiaan (yang memba- hagiakan) adalah : wanita (isteri) yang soleh, tempat tinggal yang lapang, tetangga yang soleh dan kendaraan yang baik. Sedang empat perkara dari nasib malang adalah : tetangga yang jahat, wanita (isteri) yang buruk (perangainya), kendaraan (yang sering) rosak dan tempat penginapan yang sempit." Dan dalam sabda beliau yang lain :"Dunia semuanya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang soleh."

wanita solehah hiasan dunia Pictures, Images and Photos


Bagi seorang pemuda Islam, wanita Islam mithaliyyah adalah merupakan impiannya. Ia bercita-cita untuk mendapatkan seorang suri rumahtangga yang kalau boleh mempunyai empat ciri, yaitu cantik rupawan, hartawan, bangsawan dan berpegang teguh dengan ajaran agama. Tetapi angan-angan ini jarang dapat terlaksana, sebab wanita yang memenuhi empat ciri ini terlalu sukar untuk di temui di zaman ini.

muslimah solehah Pictures, Images and Photos


Seorang pemuda akan menyia-nyiakan umurnya sampai tua untuk mencari Kibrit Al Ahmar seperti ini. Tidak ada pilihan melainkan terpaksa tunduk pada realiti. Rasulullah SAW menganjurkan agar dalam memilih jodoh, dipilih wanitayang Zatu Addin yang berpegang teguh kepada agama. Inilah yang boleh membawa berkah kepada seseorang lelaki.

Wanita solehah Pictures, Images and Photos


Rasulullah SAW bersabda : "Dunia ini semuanya perhiasan. Sebaik-baik perhiasan dunia ini adalah wanita (isteri) yang soleh." Beliau menerangkan lagi dalam sabdanya : "Wanita dinikahi kerana empat perkara : kerana hartanya, kerana keturunannya, keranana kecantikannya, dan akhir sekali kerana agamanya, maka pilihlah yang (kuat) beragama niscaya kamu beruntung."

baby solehah Pictures, Images and Photos


Arahan Rasulullah SAW ini menunjukkan bahwa mithaliyyah yang dimaksud- kan ialah wujudnya sifat-sifat yang terpuji dan mulia dari sudut pandangan Islam dalam diri wanita yang bersangkutan. Ciri-ciri keunggulan itu dinilai dan diukur dengan kriteria Islam atau Islamic World View yang selaras dengan nas-nas syara'.

solehah Pictures, Images and Photos


Memang kesempurnaan pribadi Insan Kamil seperti Rasulullah SAW itu suatu yang sukar atau mustahil dicapai. Akan tetapi tingkat yang paling hampir mendekati kesempurnaan mungkin boleh menjadi target bagi insan.


Calon Solehah Pictures, Images and Photos

Tuesday, October 4, 2011

Awas Tektik Mencuri, Menculik Dan Merogol

brodie the pick pocket Pictures, Images and Photos


Situasi 1..

Dalam kesesakkan lalu lintas, biasanya pencuri akan bertindak secara berpasangan menaiki motosikal dimana pembonceng akan memecahkan cermin tingkap dan terus meragut beg tangan. Mangsa utama dalam situasi ini ialah kaum wanita. Oleh kerana kesesakan lalu lintas, maka peragut dapat melepaskan diri.


Situasi 2..


Di mesin ATM. Kebiasaan pencuri akan bertindak secara berpasangan. Seorang pencuri akan beratur di belakang mangsa, ini adalah untuk dia mengintai no pin akaun anda. setelah anda mengeluarkan wang, rakannya akan campakkan wang ke lantai dan memberitahu anda bahawa wang anda terjatuh, dan semasa anda ingin mengangkat wang itu, pencuri yang beratur di belakang anda akan tukarkan kad ATM anda dengan kad lain. Dia telahpun mengetahui no pin anda.. awas.. Situasi ini berlaku tidak kira lelaki mahupun wanita..


atm Pictures, Images and Photos



Situasi 3.


Kebiasaan pencuri akan mencari kereta yang parking masuk kepala dahulu, ini bermakna jika pemilik kenderaan mahu keluar dari parking, beliau harus reverse kereta.. Pencuri akan meletakkan kertas dibahagian cermin belakang, jika pemilik kereta ingin reverse, dan melihat ada kertas dibahagian cermin belakang, pemilik kereta akan keluar untuk membuang kertas itu, dan inilah masanya pencuri akan memasuki kereta dan terus melarikan kereta itu.. Bagi lelaki, mungkin sekadar kereta, akan tetapi, bagi mangsa wanita, ingatlah, beg tangan anda penuh dengan maklumat diri anda.. Berhati-hatilah, jika keadaan sebegini berlaku, teruskan keluar dari parking, dan buanglah kertas itu setelah anda tiba dirumah..


Situasi 4.


Ini adalah tektik terkini orang mencuri kereta.. kebiasaannya mereka akan bergerak secara berpasangan.. Pencuri akan menaiki kereta dan akan melanggar bahagian belakang kereta mangsa, apabila mangsa berhenti di bahagian tepi jalan untuk melihat keadaan bahagian belakang kereta, inilah masa dimana rakan penculik akan keluar dari kereta dengan senjata dan mencuri kereta.. jadi awas, situasi ini berlaku tanpa mengira jantina mangsa.


Situasi 5.


Ini adalah tektik yang digunakan oleh perogol untuk mendapatkan mangsa. kebiasaannya, perogol akan menggunakan anak kecil untuk menagih simpati.. Perogol akan mengarahkan anak kecil itu menangis dan mengatakan bahawa ibunya telah meninggalkan beliau.. Apabila wanita tanya dimanakah rumah anak itu, anak kecil itu akan memberikan alamat yang diberikan oleh perogol. setelah wanita menghantar anak kecil itu ke rumah, dan menekan loceng rumah, wanita itu akan pengsan. ini adalah kerana loceng rumah itu telah dialirkan dengan aliran letrik arus rendah. setelah wanita itu pengsan, perogol akan membawa wanita itu masuk atau membawa ke tempat lain untuk dirogol seterusnya dibiarkan sahaja.. Oleh itu, waspadalah wahai wanita, jika situasi ini berlaku, sebaiknya anda hantarlah anak itu ke balai polis.


Situasi 6.


Ini adalah tektik licik yang digunakan oleh pencuri untuk mendapat keuntungan. Caranya, penjahat akan menelifon mangsa dan menyuruh mangsa untuk mematikan telifon atas sebab-sebab teknikal seperti upgrade 3G dan sebagainya. Apabila mangsa sudah mematikan telifon bimbitnya, penjahat akan menelifon keluarga mangsa dan mengatakan bahawa anak/isteri mereka telah diculik dan seterusnya menetapkan wang tebusan keatas penculikkan yang tidak pernah berlaku. Oleh itu, jika situasi sebegini berlaku kepada anda, teliti talian yang menelifon anda, jika dari Celcom, Digi, Maxis atau sebagainya, telefonlah hotline mereka dan pastikan kebenarannya.



Situasi 7


Mesti anda pernah dengar perihal memandu di waktu malam. Dimana pencuri akan melemparkan telur di cermin kereta anda, dan sebaik sahaja anda wipe cermin anda, cermin akan menjadi kabur atau blur yang memaksa anda berhenti di bahu jalan untuk membersihkan cermin anda. Waktu inilah pencuri akan keluar dari tempat persembunyian mereka. Mungkin juga mereka hanya meragut anda, namun kebanyakkan kes yang dilaporkan ialah mereka membawa lari kereta anda. Situasi ini tidak mengira jantina. Jika situasi ini berlaku pada anda. Sebaiknya anda teruskan perjalanan anda tanpa wipe cermin anda.



Situasi 8


Situasi ini biasanya dilakukan oleh orang asing. Kebiasaannya mereka bergerak secara berpasangan. Tektik mereka ialah, salah seorang daripada mereka berpura-pura bertanya jalan, manakala rakannya akan menyelinap di belakang anda seterusnya mecuri barangan anda tanpa anda sedari. Jadinya, seorang akan mengalihkan perhatian anda, manakala seorang lagi melakukan tugasan mencuri.


Amman Pick Pocket Pictures, Images and Photos



Situasi 9


Tektik ini berlaku dengan pantas. Ianya biasanya berlaku ketika anda berada di dalam lif. Terutamanya perempuan bila hanya berdua-duan dengan si peragut. Apabila lif dibuka, peragut akan cepat-cepat meragut anda dan terus melarikan diri. Oleh itu, mangsa terutamanya wanita, elakkan daripada menaiki lif bersama orang yang tidak anda kenali.


ragut Pictures, Images and Photos


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau Ada Lagi, AM pun tak pastilah.. Tapi penjahat-penjahat makin kreatif untuk memastikan hajat mereka tercapai.. Oleh itu, sebarkanlah Note ni, tak kira samada lelaki mahupun perempuan, samada kita kenal ataupun tidak.. Untuk pengetahuan Semua, situasi-situasi diatas benar-benar berlaku.. oleh itu, sampaikanlah agar tiada lagi mangsa-mangsa kepada penjahat-pejahat..

Semoga Bermanfaat

Saturday, October 1, 2011

Cinta Sejati Seorang Lelaki

Love Pictures, Images and Photos

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :

- Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan. Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

- Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

- Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.

- Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.

- Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.

- Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya.

- Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.

- Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.

- Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri.

- Merasa lega bila pasangan memujuknya.

- Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri.

- Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.

- Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.

- Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaannya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.

Love, animated Pictures, Images and Photos
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...