Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Wednesday, October 26, 2011

Muammar Gaddafi

5-16-10 Pictures, Images and Photos


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Uit, AM, buat apa tu?
Tak ada apa pun, saja baca Mastika ni hah.
Ada apa-apa yang menarik ke dalam tu?
Boleh la tahan.
AM tengah baca pasal apa tu?
Ni hah, Tengah baca pasal arwah Muammar Gaddafi ni.
Diktator tu ke AM, buat apa la nak baca pasal dictator tu AM, banyak lagi benda yang perlu dibaca.
Jangan cakap macam tu, diktator ke, karikatur ke, predator ke dia pun manusia juga seperti kita.
Ye la. Dia tulis pasal apa tu AM?
Ada beberapa fakta menarik mengenai Muammar Gaddafi. AM ada buat research bagi mensahihkan apa yang pengarang ni tulis, dan ternyata betul dan tepat maklumat yang diberikan.
Apa dia AM?
Ini adalah beberapa fakta mengenai Muammar Gaddafi yang mungkin ramai tak tahu.
1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;
3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba’;
4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;
5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;
6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;
7. Tidak ada bil elektrik di Libya;
8. Pendidikan adalah percumn;
9. Kemudahan perubatan adalah percuma;
10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;
11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;
12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;
13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;
14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;
17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);
18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;
Ye ke betul ni AM? Macam tak percaya je.
Betul, AM dah cek sendiri kat internet.
Hemm. Apa pendapat AM mengenai dia.
Secara jujurnya, umum, muslim sekarang terlalu lembut. Tak dinafikan ada yang ditindas. Tapi, muslim disogok dengan berita-berita palsu agar rakyat membenci pemimpin. Yahudi Laknatullah dan sekutunya akan buat apa saja bagi memastikan pemimpin-peminpin Islam yang tegas dan berani jatuh. Mereka tak akan senang selagimana pemimpin-pemimpin ini ditumpaskan.
Cuba kita imbas kembali. Semua pemimpin Islam yang lantang menentang barat terutama Amerika dan sekutunya Yahudi Laknatullah pasti dibunuh. Baru-baru ni Muammar Gaddafi, Sebelum ni Osama dan sebelum tu Saddam Hussein. Semua pemimpin-pemimpin ni diburuk-burukkan oleh barat agar rakyat membenci pemimpin seterusnya menggulingkan pemerintahan mereka. Bila ianya berlaku, rakyat menggulingkan pemimpin yang dilebalkan sebagai diktator oleh barat, maka mereka pun bersorak-sorak.riang. Kerana apa? Kerana mereka tak perlu menghabiskan duit dan mengorbankan nyawa askar mereka untuk menangkap pemimpin-pemimpin tu. Sebab rakyat sendiri akan lakukan.
Hemm
Kenapa hemm?
Tak adalah, berfikir.
Fikirkan apa sampai macam tu rupa?
Tak ada la, bila fikir-fikir balik, betul juga apa yang AM cakap tadi. Tindakkan yang dilakukan kepada Muammar Gaddafi semasa ditangkap dan selepas dibunuh pun tak patut juga. Bukan Allah dah janji ke yang baik buruk akan dibalas setimpalnya. Bukan saja diseksa, malah lepas dibunuh mayatnya dijadikan barang pameran.
Betul tu, melampatkan pengemubian juga menyiksa mayat. Namun, Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui. Sikap mereka dan beberapa berita di media massa hanya menampakkan bahawa manusia zaman sekarang semakin tidak bertamadun. Nyawa manusia bagaikan tiada nilai lagi. Manusia akan buat apa sahaja agar hajatnya tercapai.
Kalau betullah semua kebaikkan Muammar Gaddafi yang AM sebut tadi, memang sedih la dia menerima kematian yang macam tu.
Benar, seorang pemimpin dihina sampai macam tu. Walhal, suatu ketika dahulu, beliau merupakan salah seorang pemimpin yang kuat menentang Amerika dan Yahudi, Malah di awal pemerintahan, beliau menghalau ramai yahudi keluar dari Libya dan harta mereka dirampas. Menguatkan lagi kemarahan puak yahudi.
AM, haritu AM ada post dekat wall pasal beli minyak dengan emas tu macam mana? Tak faham la.
Owh, yang tu. Muammar Gaddafi mahu segala urusan perdagangan dilakukan dengan matawang baru iaitu emas. Jadi, jika amerika mahu beli emas dari Libya, mereka perlu membayar dengan dinar emas. Kenapa dia buat macam tu, kerana pasaran emas semakin meningkat selain daripada urusan perniagaan berlandaskan dinar dan dirham merupakan matawang yang digunakan sejak dahulu lagi termasuk di zaman Baginda Rasulullah. Malah, sudah terdapat beberapa buah Negara Islam yang setuju untuk memertabatkan penggunaan dinar dan dirham. Maka barat semakin terdesak untuk membunuh Muammar Gaddafi. Satu, kerana barat bukan pengeluar emas dan satu lagi adalah kerana, jika ianya berhasil, maka dinar dan dirham BOLEH menggantikan dollar dan euro.
Sampai macam tu sekali ye AM.
Itulah sifat manusia sahabat. Manusia tidak akan pernah merasa puas dengan apa yang mereka miliki. Nak-nak lagi dengan musuh-musuh. Cuba kita tengok pemimpin Iran, Mahmoud Ahmadinejad. Beliau berani menentang barat. Sebab tu puak-puak tu tak senang duduk dan dengan sekeras-kerasnya cuba membendung Iran dari meneruskan projek nuklearnya walaupun bukan untuk tujuan membuat senjata. Begitu juga Muammar Gaddafi. Ada sejarah yang beberapa pemimpin dunia tak dapat nak lupakan. Pernah suatu ketika Muammar Gaddafi mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu kerana tak mahu bersubahat dan berkompromi bersama Barat. Oleh itu, meningkatkan lagi kegerunan pemimpin barat terhadap beliau sekaligus menjadi punca mereka berusaha lebih keras untuk menjatuhkan Muammar Gaddafi.
Hemm. Susah nak cari pemimpin macam tu sekarang kan AM. Bila kita berkuasa, ada yang akan hormat, dan ada juga yang akan dengki dengan kita.
Macam AM cakap tadi sahabat, manusia akan lakukan apa sahaja untuk menewaskan musuh mereka. Cuba AM sedih melihat keadaan umat sekarang. Mereka lebih percayakan media barat yang berusaha menjatuhkan pemimpin. Mereka dibutakan oleh barat. Barat menjanjikan kebebasan, dan mereka terpengaruh serta sanggup berpaling tadah terhadap pemimpin yang membebaskan dan berjasa kepada mereka.
Ya Allah. Semoga kita dicelikkan dari segala fitnah dunia.
Amin Ya Rabb..
AM, cerita la lagi mengenai Muammar Gaddafi. Saya nak tahu lagi.
Hemm.. Sebenarnya, Muammar Gaddafi ingin membentuk sebuah Negara kebajikan berteraskan kepada Islam. Seperti yang AM cakap tadi. Takdir Allah mengatasi segalanya. Andainya Gaddafi berhasil menghasilkan Negara yang dibinanya, nescaya Libya akan menjadi lebih makmur dan sebuah Negara yang kaya yang mempunyai ekonomi yang kukuh. Itulah salah satu kebaikkan perurusan dengan emas dan dirham. Namun apakan daya, rakyat dibutakan dengan kemewahan dan kebebasan yang dijanjikan oleh barat. Barat kononnya menyatakan ingin membantu, lalu menempatkan askar-askar Nato dan membekalkan rakyat tempatan dengan senjata untuk membunuh pemimpin yang berjasa kepada mereka terutamanya pemimpin yang ingin membebaskan rakyatnya dari belenggu barat.
Sedihnya, situasi dah macam anak yang sanggup derhaka kepada ibubapa kerana kekasih.
Inilah hakikat yang kita lalui sekarang sahabat. Manusia akan lakukan apa sahaja untuk kemewahan, kesenangan dan kebahagian. Alangkah rugi orang yang terpedaya dengan segala fitnah dunia. Kalau memerangi pemimpin yang zalim sekutu amerika, AM tak kisah, malah AM akan turut berjuang, tapi, jika pemimpin yang ingin membawa kita ke jalan Allah dihina sebegitu rupa. Sedih AM. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Sesungguhnya, Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui
Amin Ya Rabb..
Doa kesejahteraan hidup
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ
وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat.
Doa Minta Petunjuk Jalan Kebenaran
اَللهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ ، اَللَّهُمَّ فَقِّهْنَا فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْنَا التَّأْوِيْلَ وَاهْدِناَ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيْمَ صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّدِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ وَحَسُنَ أُولئِكَ رَفِيْقًا .
Ya Allah Ya Tuhan kami ,
Tunjukkanlah kami sesuatu yang benar (hak) itu tetap benar(hak) , maka kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk menuruti dan mengikutinya .
Ya Allah Ya Tuhan kami ,
Tunjukkanlah kami sesuatu yang batil (salah) itu tetap batil (salah) , maka kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk menghindari dan menjauhinya .
Ya Allah Ya Tuhan kami ,
Berikanlah kefahaman yang benar tentang perkara agama , dan ajarkanlah kepada kami ilmu takwil , dan tunjukkanlah kami jalanMu yang lurus , jalan yang telah Engkau kurniakan kepada Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...