Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Saturday, October 8, 2011

Al-Quran : Antara Tuntutan Kefahaman



Al-Quran ialah nama salah sebuah dari kitab samawi yang telah Allah swt turunkan kepada ummat manusia bagi menyelamatkan mereka dari terjerumus ke lembah kesesatan.Sehubungan dengan itu Allah swt telah berfirman yang bermaksud:

“ Dan sesungguhnya jalanKu ini adalah jalan yang lurus, hendaklah kamu mengikutinya.Jangan sesekali kamu ikut jalan-jalan yang lain, kerana jalan-jalan yang lain itu akan memecahbelahkan kamu dari jalannya...”

Ia merupakan sebuah kitab yang akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang berusaha mendekatinya dengan tujuan yang murni.Ia akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang mempelajarinya untuk diamalkan bukan mengkajinya sekadar untuk mendapat satu maklumat.Firman-Nya yang bermaksud:

“ Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal soleh”

quran Pictures, Images and Photos

Sebelum al-Quran, terdapat beberapa kitab samawi lain yang telah Allah turunkan kepada penduduk dunia ini. Allah menurunkan kitab-kitab itu kepada mereka bersama-sama dengan pengutusan para rasul.Allah swt tidak menurunkan kitab-kitab itu tadi secara longgokan seperti jualan murah tanpa rasul untuk memberi penerangan terhadap isi kandungan kitab itu tadi. Ini menunjukkan bahawa kitab-kitab tadi tidak mungkin difahami tanpa adanya rasul yang memberikan ulasan dan penerangan terhadapnya.Dari itu amat wajar kalau dihukum sebagai kufur kepada sesiapa yang berusaha memisahkan antara keduanya.Dengan pengertian yang lain sesiapa yang memisahkan al-Quran dari al-Hadith adalah kufur.
Beriman Kepada Al-Quran : Satu Tuntutan.

Sewaktu Allah menurunkan al-Quran, ia tidak diturunkan untuk dijadikan perhiasan seni yang dijual menerusi tulisan-tulisan khat . Ia tidak semestinya dilagukan sehingga lagu yang menjadi minat bukan tertarik kepada isinya . Ia tidak juga bertujuan untuk dijadikan jampi serapah -(sekalipun ada ayat-ayatnya yang pernah dijadikan sebagai rawatan penyakit oleh Nabi saw)- lalu memotong ayat-ayat al-Quran tadi , dibaca sekerat-sekerat mengikut selera sendiri lantas menghapuskan tujuan penurunannya

Al-Quran diturunkan oleh Allah adalah dengan tujuan menyuntik semangat keimanan kepada manusia.Semangat keimanan yang telah berputik tadi akan menimbulkan minat untuk membaca dan beramal dengan tuntutannya penuh keyakinan tanpa dibatasi oleh faktor masa , kaum , kepentingan dan tempatan. Seseorang yang bermula dengan iman akan yakin dan percaya kesesuaian kitab ini pada semua zaman dan masa.Kita katakan begitu kerana ia telah diturunkan oleh Allah, Tuhan yang menciptakan makhluk manusia.

Al-Qur\'an Pictures, Images and Photos

Dalam kehidupan ini orang biasa mengunakan menu untuk makan, orang menggunakan guide untuk menyelamatkan peralatan yang digunakan agar terselamat dari kerosakan yang mungkin berlaku akibat kealpaan, maka demikian juga dalam kehidupan beragama. Manusia tidak mungkin hidup sejahtera tanpa garis panduan, mereka tidak akan selamat tanpa bimbingan dan sebaik-baik bimbingan dan garis panduan sudah tentu datangnya dari Allah, Tuhan yang menciptakan manusia.

Ahli-ahli falsafah -suatu ketika dahulu telah bertungkus lumus mencari kaedah mengenal pasti bagaimana boleh dikatakan sesuatu perkara itu baik dan bilakah masanya boleh dikatakan sebagai tidak baik.Namun dihujung perbincangan , mereka tercebak kepada masalah yang melengkari manusia itu sendiri.

Pakar perundangan telah menggubal cipta peraturan dan perundangan untuk mentadbir manusia. Namun natijah akhir yang mereka terima tetap negatif kerana mereka mencipta peraturan yang tidak adil. Apabila manusia menggubal peraturan untuk manusia, maka sanggupkah manusia yang menggubal peraturan tadi meletakkan dirinya di bawah peraturan? Tidak!. Mereka akan mencari jalan keluar menerusi peruntukan-peruntukan yang boleh menyelamatkan mereka. Maka yang terkena hukuman adalah golongan bawahan manakala golongan atasan akan dijamin di bawah peraturan yang sah. Inilah yang pernah dibimbangi oleh Baginda saw menerusi hadith-nya yang diriwayatkan oleh Ibn Kathir. Sabda Baginda yang bermaksud:

“ Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu mengalami kemusnahan apabila yang mencuri itu datang dari kalangan keluarga terhormat, mereka lepaskan dari menerima hukuman.Sebaliknya apabila yang mencuri itu datang dari kalangan orang awam, mereka jatuhkan hukuman ke atas mereka ......”

quran Pictures, Images and Photos

Sesungguhnya lembu tidak mungkin dijaga oleh kumpulan dan peraturan lembu-lembu. Ia hanya boleh dijaga oleh sekumpulan manusia atau gembala. Anda bayangkan sendiri apa akan terjadi kepada kumpulan lembu-lembu yang dikawal oleh lembu itu sendiri. Lembu yang lemah akan terus menjadi mangsa manakala yang sakit terus memendam rasa dan yang kuat pula terus menunjukkan perkasa .

Melihat kepada persoalan sejagat ini, amat tepat sekali kalau ummat manusia ini kembali kepada tuntutan beramal dengan al-Quran. Amaran Tuhan telah terlalu banyak di dalam al-Quran terhadap nasib orang-orang yang engkar. Kalau anda sudi mendengarnya perhatikan firman-Nya yang bermaksud:

“ Sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami melimpahkan kepada mereka barakat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (menolak ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya”.

quran Pictures, Images and Photos

Apabila kita bercakap soal mahu beramal dengan al-Quran, perkara pertama yang mesti kita faham ialah Tuhan menurunkan al-Quran adalah untuk ditadabbur terhadap makna-maknanya. Perhatikan firman Allah yang bermaksud:

“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan barakat supaya mereka bertadabbur terhadap ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang mempunyai akal mengambil pelajaran darinya”.

Mengapa perlu ditadabbur?. Apakah ia merupakan kitab tarikh atau sejarah?. Oh no.. Ia bukan kitab tarikh, namun ia mengandungi pembentangan tentang nasib ummat dahulu kala yang beriman dan ingkar. Ia tidak pula dibentangkan semua sekali , kerana kalau dibentangkan semua sekali satu persatu, ia memang akan menjadi buku sejarah. Dengan itu ummat Islam tidak perlu lagi membuat research, sebab semua perkara sejarah telah dicatat oleh al-Quran . Ini sudah tentu tidak tepat , kerana Tuhan menurunkan al-Quran adalah untuk ditadabbur. Dari tadabbur mereka boleh membuat kias ibarat, mengambil yang baik sebagai teladan ,menjadikan yang buruk sebagai sempadan.

Melalui tadabbur mereka akan mendapati gaya bahasa dan method persembahan al-Quran dalam menyampaikan mesejnya sungguh bergaya. Namun ia bukanlah kitab sastera.Kalau ia buku sastera sudah tentu bicaranya dari awal hingga akhir hanyalah yang berkaitan dengan tatabahasa.

Quran Pictures, Images and Photos

Tatabahasa yang tepat , penyampaian yang menarik , struktur ayat yang indah dan pilihan perkataan yang cantik hanyalah sebahagian dari pesona yang memukau bagi menggamit insan bertadabbur terhadap wahyu Ilahi itu tadi. Perasaan mereka disorong kepada keimanan sebelum mereka didorong ke makam yang lebih tinggi iaitu makam taqwa.

Pendek kata walau apa sudut sekalipun ditinjau , al-Quran akan sentiasa memberi kepuasan kepada para pembaca setiap kali mereka membacanya dengan penuh tadabbur.Untuk mereka ini, Allah telah janjikan bahawa Dia akan permudahkan al-Quran itu (untuk difahami) kepada mereka yang mahu mendekatinya.Perhatikan firman-Nya yang bermaksud:

“ Dan sesungguhnya Kami telah permudahkan al-Quran itu untuk mendapat pelajaran, maka apakah ada orang yang mengambil pelajaran?”

Tinggal lagi , terdapat satu persoalan yang mungkin berolak di dalam hati orang-orang yang berada di tahap awal memahami al-Quran ini. Apakah langkah-langkah yang boleh mereka ambil ke arah memahaminya?. Mungkin telah ramai di antara kita yang telah berusaha memahaminya, tetapi ternyata kadang-kadang ia sukar. Apakah terdapat langkah-langkah yang boleh membantu kita memahami al-Quran dengan lebih baik?

quran Pictures, Images and Photos


Ke Arah Memahami Al-Quran.

Di sini saya akan cuba huraikan beberapa password ke arah memahami al-Quran. Saya akan bahagikan perbincangan tentangnya dalam dua bahagian:-

I- Pembaca hendaklah menerima baik (husn al-zan) terhadap nas al-Quran dan mahu menerimanya sebagai panduan kehidupan. Persoalan ini amat berkait rapat dengan adab pembaca sewaktu membacanya. Antara adabnya ialah:

1. memilih waktu yang sesuai untuk membacanya

2. memilih tempat yang boleh menjernihkan fikiran pembaca dari hiruk pikuk ganguan

3. memilih posisi duduk yang sesuai dan kondisi yang sopan menggambarkan kehambaannya di sisi Allah

4. mensucikan diri dari kotoran lahiriah

5. menumpukan perhatian kepada ayat-ayat yang dibaca

6. tidak mengejar semua ayat dan mahu memperolehi semua perkara dalam satu masa

7. mengosongkan jiwa dari kesibukan-kesibukan menunaikan hajat dan memenuhi permintaan-permintaan sebelum mulai membacanya

8. berhenti sejenak di depan ayat-ayat yang dibaca dan merenungi maknanya

9. cuba menjadikan bahawa pembaca sendirilah yang sedang diajak bercakap dengan ayat-ayatnya.

II- Pembaca hendaklah mengetahui disiplin berinteraksi dengannya:

1. memandang al-Quran dengan pandangan yang lengkap dan menyeluruh

2. memerhatikan matlamat utama al-Quran iaitu; memberi hidayah, mewujudkan pribadi muslim dan masyarakat yang Islamik berasakan tugas dakwahnya iaitu melahirkan situasi solehah yang berpaksikan amr makruf nahy mungkar

3. berusaha memasuki nas al-Quran secara mutlak dan menundukkan realiti yang menyalahi kepadanya

4. membebaskan nas al-Quran dari sebarang ikatan tempat dan masa nuzul

5. sering mengulang semula ayat-ayat yang pernah dibaca dan berusaha menambahkan pengetahuan terhadap makna-maknanya.

Kesimpulan

Apa yang dicatatkan di atas adalah sebahagian daripada garis panduan ke arah melatih diri kita menjadi berminat mendekati dan memahami al-Quran. Namun ia bukan merupakan suatu pengamatan yang mutlak berlaku kepada semua orang.
Latar belakang pendidikan dan situasi yang berbeza juga banyak mempengaruhi iklim pembaca.Tetapi secara umumnya manusia setiap kita mempunyai beberapa ciri persamaan yang Allah jadikan sewaktu Dia mencipta kita.

Quran Pictures, Images and Photos

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...