Situasi 1..
Dalam kesesakkan lalu lintas, biasanya pencuri akan bertindak secara berpasangan menaiki motosikal dimana pembonceng akan memecahkan cermin tingkap dan terus meragut beg tangan. Mangsa utama dalam situasi ini ialah kaum wanita. Oleh kerana kesesakan lalu lintas, maka peragut dapat melepaskan diri.
Situasi 2..
Di mesin ATM. Kebiasaan pencuri akan bertindak secara berpasangan. Seorang pencuri akan beratur di belakang mangsa, ini adalah untuk dia mengintai no pin akaun anda. setelah anda mengeluarkan wang, rakannya akan campakkan wang ke lantai dan memberitahu anda bahawa wang anda terjatuh, dan semasa anda ingin mengangkat wang itu, pencuri yang beratur di belakang anda akan tukarkan kad ATM anda dengan kad lain. Dia telahpun mengetahui no pin anda.. awas.. Situasi ini berlaku tidak kira lelaki mahupun wanita..
Situasi 3.
Kebiasaan pencuri akan mencari kereta yang parking masuk kepala dahulu, ini bermakna jika pemilik kenderaan mahu keluar dari parking, beliau harus reverse kereta.. Pencuri akan meletakkan kertas dibahagian cermin belakang, jika pemilik kereta ingin reverse, dan melihat ada kertas dibahagian cermin belakang, pemilik kereta akan keluar untuk membuang kertas itu, dan inilah masanya pencuri akan memasuki kereta dan terus melarikan kereta itu.. Bagi lelaki, mungkin sekadar kereta, akan tetapi, bagi mangsa wanita, ingatlah, beg tangan anda penuh dengan maklumat diri anda.. Berhati-hatilah, jika keadaan sebegini berlaku, teruskan keluar dari parking, dan buanglah kertas itu setelah anda tiba dirumah..
Situasi 4.
Ini adalah tektik terkini orang mencuri kereta.. kebiasaannya mereka akan bergerak secara berpasangan.. Pencuri akan menaiki kereta dan akan melanggar bahagian belakang kereta mangsa, apabila mangsa berhenti di bahagian tepi jalan untuk melihat keadaan bahagian belakang kereta, inilah masa dimana rakan penculik akan keluar dari kereta dengan senjata dan mencuri kereta.. jadi awas, situasi ini berlaku tanpa mengira jantina mangsa.
Situasi 5.
Ini adalah tektik yang digunakan oleh perogol untuk mendapatkan mangsa. kebiasaannya, perogol akan menggunakan anak kecil untuk menagih simpati.. Perogol akan mengarahkan anak kecil itu menangis dan mengatakan bahawa ibunya telah meninggalkan beliau.. Apabila wanita tanya dimanakah rumah anak itu, anak kecil itu akan memberikan alamat yang diberikan oleh perogol. setelah wanita menghantar anak kecil itu ke rumah, dan menekan loceng rumah, wanita itu akan pengsan. ini adalah kerana loceng rumah itu telah dialirkan dengan aliran letrik arus rendah. setelah wanita itu pengsan, perogol akan membawa wanita itu masuk atau membawa ke tempat lain untuk dirogol seterusnya dibiarkan sahaja.. Oleh itu, waspadalah wahai wanita, jika situasi ini berlaku, sebaiknya anda hantarlah anak itu ke balai polis.
Situasi 6.
Ini adalah tektik licik yang digunakan oleh pencuri untuk mendapat keuntungan. Caranya, penjahat akan menelifon mangsa dan menyuruh mangsa untuk mematikan telifon atas sebab-sebab teknikal seperti upgrade 3G dan sebagainya. Apabila mangsa sudah mematikan telifon bimbitnya, penjahat akan menelifon keluarga mangsa dan mengatakan bahawa anak/isteri mereka telah diculik dan seterusnya menetapkan wang tebusan keatas penculikkan yang tidak pernah berlaku. Oleh itu, jika situasi sebegini berlaku kepada anda, teliti talian yang menelifon anda, jika dari Celcom, Digi, Maxis atau sebagainya, telefonlah hotline mereka dan pastikan kebenarannya.
Situasi 7
Mesti anda pernah dengar perihal memandu di waktu malam. Dimana pencuri akan melemparkan telur di cermin kereta anda, dan sebaik sahaja anda wipe cermin anda, cermin akan menjadi kabur atau blur yang memaksa anda berhenti di bahu jalan untuk membersihkan cermin anda. Waktu inilah pencuri akan keluar dari tempat persembunyian mereka. Mungkin juga mereka hanya meragut anda, namun kebanyakkan kes yang dilaporkan ialah mereka membawa lari kereta anda. Situasi ini tidak mengira jantina. Jika situasi ini berlaku pada anda. Sebaiknya anda teruskan perjalanan anda tanpa wipe cermin anda.
Situasi 8
Situasi ini biasanya dilakukan oleh orang asing. Kebiasaannya mereka bergerak secara berpasangan. Tektik mereka ialah, salah seorang daripada mereka berpura-pura bertanya jalan, manakala rakannya akan menyelinap di belakang anda seterusnya mecuri barangan anda tanpa anda sedari. Jadinya, seorang akan mengalihkan perhatian anda, manakala seorang lagi melakukan tugasan mencuri.
Situasi 9
Tektik ini berlaku dengan pantas. Ianya biasanya berlaku ketika anda berada di dalam lif. Terutamanya perempuan bila hanya berdua-duan dengan si peragut. Apabila lif dibuka, peragut akan cepat-cepat meragut anda dan terus melarikan diri. Oleh itu, mangsa terutamanya wanita, elakkan daripada menaiki lif bersama orang yang tidak anda kenali.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kalau Ada Lagi, AM pun tak pastilah.. Tapi penjahat-penjahat makin kreatif untuk memastikan hajat mereka tercapai.. Oleh itu, sebarkanlah Note ni, tak kira samada lelaki mahupun perempuan, samada kita kenal ataupun tidak.. Untuk pengetahuan Semua, situasi-situasi diatas benar-benar berlaku.. oleh itu, sampaikanlah agar tiada lagi mangsa-mangsa kepada penjahat-pejahat..
Semoga Bermanfaat
No comments:
Post a Comment