Rasulullah SAW bersabda : "Empat perkara dari kebahagiaan (yang memba- hagiakan) adalah : wanita (isteri) yang soleh, tempat tinggal yang lapang, tetangga yang soleh dan kendaraan yang baik. Sedang empat perkara dari nasib malang adalah : tetangga yang jahat, wanita (isteri) yang buruk (perangainya), kendaraan (yang sering) rosak dan tempat penginapan yang sempit." Dan dalam sabda beliau yang lain :"Dunia semuanya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang soleh."
Bagi seorang pemuda Islam, wanita Islam mithaliyyah adalah merupakan impiannya. Ia bercita-cita untuk mendapatkan seorang suri rumahtangga yang kalau boleh mempunyai empat ciri, yaitu cantik rupawan, hartawan, bangsawan dan berpegang teguh dengan ajaran agama. Tetapi angan-angan ini jarang dapat terlaksana, sebab wanita yang memenuhi empat ciri ini terlalu sukar untuk di temui di zaman ini.
Seorang pemuda akan menyia-nyiakan umurnya sampai tua untuk mencari Kibrit Al Ahmar seperti ini. Tidak ada pilihan melainkan terpaksa tunduk pada realiti. Rasulullah SAW menganjurkan agar dalam memilih jodoh, dipilih wanitayang Zatu Addin yang berpegang teguh kepada agama. Inilah yang boleh membawa berkah kepada seseorang lelaki.
Rasulullah SAW bersabda : "Dunia ini semuanya perhiasan. Sebaik-baik perhiasan dunia ini adalah wanita (isteri) yang soleh." Beliau menerangkan lagi dalam sabdanya : "Wanita dinikahi kerana empat perkara : kerana hartanya, kerana keturunannya, keranana kecantikannya, dan akhir sekali kerana agamanya, maka pilihlah yang (kuat) beragama niscaya kamu beruntung."
Arahan Rasulullah SAW ini menunjukkan bahwa mithaliyyah yang dimaksud- kan ialah wujudnya sifat-sifat yang terpuji dan mulia dari sudut pandangan Islam dalam diri wanita yang bersangkutan. Ciri-ciri keunggulan itu dinilai dan diukur dengan kriteria Islam atau Islamic World View yang selaras dengan nas-nas syara'.
Memang kesempurnaan pribadi Insan Kamil seperti Rasulullah SAW itu suatu yang sukar atau mustahil dicapai. Akan tetapi tingkat yang paling hampir mendekati kesempurnaan mungkin boleh menjadi target bagi insan.
No comments:
Post a Comment