Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Tuesday, December 21, 2010

ASAL USUL KRISMAS

ASAL USUL KRISMAS

Penganut Kristian telah dibiasakan menerima bahawa Krismas dan Easter adalah sebahagian daripada tradisi Kristian. Hakikatnya: Kedua-duanya bukan Kristian tetapi sebaliknya berpunca daripada kultus-kultus misteri, Saturnalia, sistem penyembahan dewi Ibu dan pemujaan dewa Matahari. Kedua-duanya bertentangan secara langsung dengan hukum-hukum Tuhan dan sistemNya.

Lebih penting lagi, terdapat perayaan-perayaan lain yang diperintahkan Alkitab yang juga tidak dirayakan. Juga, Sabat yang diperintahkan oleh perintah hukum keempat tidak dipelihara tetapi sebaliknya hari Minggu dipelihara sebagai gantinya. Bagaimanakah ini terjadi? Bagaimana asal-usulnya? Adakah ia berunsurkan Alkitab dan adakah ia berciri Kristian? Jawapan-jawapannya terdapat di dalam sejarah, dan sungguh menakjubkan.

~Saturnalia~
Terdapat satu perayaan yang dirayakan pada bulan Disember di Rom. Ianya perlu untuk sebarang pemahaman mengenai apa yang berlaku semasa Krismas. Perayaan tersebut digelarkan sebagai Saturnalia. Ia merupakan perayaan [dewa] Saturn yang dianggap para penduduk Latium, iaitu orang-orang Latin, sebagai dewa pertanian dan seni-seni yang perlu bagi kehidupan bertamadun (karya Smith Dictionary of Greek and Roman Antiquities, 2nd ed., London 1851, mukasurat 1009). Ianya jatuh pada penghujung bulan Disember dan dianggap para penduduk sebagai waktu untuk beristirehat dan bergembira sepenuhnya. Sewaktu masa ini, mahkamah-mahkamah undang-undang ditutup. Tiada sebarang perniagaan boleh dijalankan. Sekolah-sekolah bercuti. Memulakan suatu peperangan dianggap perbuatan jahat dan menghukum seseorang penjahat membabitkan pencemaran (ibid). Hamba-hamba dilepaskan daripada pekerjaan-pekerjaan berat dan dibenarkan untuk memakai pileus ataupun lencana kebebasan. Mereka diberikan hak kebebasan bersuara dan dilayani di dalam perjamuan khas yang dianjurkan tuan-tuan mereka serta memakai pakaian-pakaian mereka itu (ibid.). Semua lapisan masyarakat menumpu perhatian mereka kepada bersukaria dan bergembira dengan bersertakan pertukaran hadiah antara teman-teman.Dian-dian diberikan oleh mereka yang lebih rendah diri kepada mereka yang lebih tinggi kedudukan. Orang ramai membanjiri jalan-jalanan dan Smith mengatakan bahawa banyak daripada adat-adat tersebut mempunyai persamaan yang ketara dengan adat-adat Krismas dan karnival Itali .Perjudian di khalayak ramai dibenarkan pihak berkuasa seperti juga permainan kad kemudiannya yang dimainkan semua termasuk mereka yang berperaturan ketat pada malam Krismas. Kesemua penduduk membuangkan toga, memakai gaun labuh yang dipanggilsynthesis dan berjalan-jalan dengan pileus pada kepala mereka. Kamus Smith mengatakan bahawa amalan ini mengingatkan pada domino, topi-topi meruncing dan samaran-samaran lain yang dipakai pada perayaan-perayaan Krismas kemudiannya oleh masques(penghibur) dan mummers (pelakon mimos). Cerei atau dian kecil atau lampu, mungkin sekali digunakan sepertimana moccolidigunakan pada malam terakhir karnival tersebut. Tradisi-tradisi lampu-lampu Krismas kita mungkin sekali terbit daripada tradisi ini.
Akhir sekali, sebagai hiburan di dalam persatuan peribadi, adalah pemilihan seorang raja olok-olok yang serta-merta disahkan di dalam upacara Twelfth Night (Malam Kedua belas) (ibid.)

~Krismas dan Perawan surgawi~
Di dalam kalendar Julian, 25 Disember diperkirakan sebagai solstis musim salji (Frazer, ibid., muka 303; rujuk karya Pliny Natural History, xviii, muka 221). Ianya dianggap sebagai hari kelahiran Matahari kerana hari-harinya mula memanjang dan kuasanya bertambah bermula daripada titik tahunan tersebut.Upacara kelahiran itu, kata Frazer, sepertimana ianya dirayakan di Syria dan Mesir adalah begitu istimewa sekali. Mereka yang merayakannya akan memasuki tempat-tempat suci daripada mana mereka akan melaungkan sorakan gemuruh pada tengah malam,Perawan telah melahirkan! Terang itu mengambang! Orang-orang Mesir adapun menggambarkan Matahari baru lahir itu dengan imej seorang bayi yang, pada hari kelahirannya (solstis musim salji), dibawa keluar dan dipamerkan kepada para penyembahnya.
Frazer mengatakan:
Tidak syak lagi bahawa Perawan yang telah mengandung dan melahirkan anak pada hari ke duapuluh lima Disember adalah dewi Timur agung itu yang dipanggil orang-orang Semite sebagai Perawan Surgawi atau Dewi Surgawi; di dalam negeri-negeri Semitik dia adalah suatu bentuk Astarte.
Ini adalah asal-usul doktrin keperawanan berkekalan ibu Yesus Kristus. Ianya tiada asasnya di dalam Alkitab mahupun hakikat. Ibu Kristus tidak bernama Mary/Maria dan Alkitab jelas bahawa dia telah melahirkan anak-anak lain.

~Tuan Misrule dan Raja Kekacang~
(Lord of Misrule and King of Beans)
Di dalam tradisi ini juga kita lihat Tuan Misrule muncul dari kalangan tradisi-tradisi tersebut. Jangkamasa sepenuhnya adalah daripada malam All-hallows (31 Oktober, malam bagi hari All Saints) hingga Candlemas (2 Februari). Umumnya, ianya dihadkan kepada dua belas hari sewaktu Krismas, dan digelarkan dua belas malam. Tuan Misrule dipilih daripada Mahkamah Agung England melalui setiap jabatan negeri itu. Tuan Misrule ini juga dipilih di Kolej Merton Oxford sebagai Raja Kekacang .

~Pesta Orang-orang Bodoh~
Di Perancis, orang-orang setaraf Tuan-tuan Misrule menyamarkan diri mereka sebagai golongan paderi, biskop, ketua biskop atau ketua rahib tiruan. Ini dikenali sebagai Pesta Orang-orang Bodoh (Festival of Fools) dan diadakan sama ada pada hari Krismas, hari Santo Stefanus (26 Disember), hari Tahun Baru, atau hari Kedua belas, bergantung pada tempatnya.
Pada waktu-waktu ini diadakan parodi-parodi upacara-upacara serius jemaat di mana para imam memakaikan topeng-topeng dan kadangkala berpakaian seperti perempuan, menari di dalam koir dan menyanyikan dikir lucah; orang biasa menyamarkan diri sebagai rahib bercampur-aduk dengan para paderi, dan mezbah dijadikan tempat peminuman keras di mana diakon serta sub-diakon memakan sosej dan puding hitam atau bermain buah dadu dan permainan kad di sebalik perhatian mereka yang merayakannya. Pedupaan dipenuhi dengan cebisan-cebisan kasut-kasut usang, sehingga menyebabkan gereja dipenuhi bau busuk.Di dalam beberapa kawasan Perancis, contohnya di Autun, seekor keldai dibawa ke dalam gereja di mana suatu parodi atau olok-olokan upacara sembahyang diucapkan ke atasnya. Suatu liturgi Latin yang biasa, diucapkan ke atasnya dan imam yang merayakannya akan memulakan ringkikan seekor keldai (Frazer, mukasurat 334-335).Di Beauvais pada 14 Januari, seorang perempuan muda dengan seorang anak di dalam pangkuannya menunggang di atas seekor keldai, kononnya sebagai meniru pelarian dari Mesir itu. Dia dipimpin dalam suasana kemenangan dari gereja katedral hingga ke gereja tempatan St. Stefanus di mana dia dan keldai itu ditempatkan pada bahagian kiri mezbah. Suatu upacara sembahyang kemudiannya diucapkan di mana ianya terdiri daripada cebisan-cebisan pelbagai upacara gereja sepanjang tahun. Para penyanyi melegakan kehausan mereka sewaktu masa-masa perantaraan sepertimana anggota jemaat dan keldai itu pula diberi makan serta minuman. Kemudiannya, keldai itu dibawa dari bahagian pentas gereja ke bahagian lain di mana seluruh jemaat, paderi serta petugas lain gereja menari sekelilingnya sambil meringkik seperti keldai. Selepas upacara sembahyang petang, suatu kumpulan besar akan berarak ke suatu teater besar di luar gereja di mana mereka menonton sandiwara yang tidak bersopan.Kesemua ini mengingatkan pada upacara-upacara di Afrika Utara yang dijalankan para imam [yang bersifat keperempuanan] daripada sistem Ibu Dewi dan Saturnalia. Frazer mengatakan tiada bukti langsung yang menunjukkan bahawa yang satu berpunca daripada yang satu lagi tetapi Saturnalia, dengan lesen yang mencirikannya dan pemerintahan sementara seorang raja tiruan, membuatkannya seolah-olah begitu (ix, mukasurat 339). Tradisi-tradisi ini telah dipelihara sehinggalah abad kesembilan belas apabila England di bawah pimpinan Victoria dan Perancis di bawah pimpinan Napoleon selepas Revolusi, telah menghapuskannya. Mereka telah digantikan, seperti yang akan kita lihat nanti, dengan suatu bentuk lagi yang mengandungi kesilapan-kesilapan yang sama. Banyak daripada kegilaan moden ini berpunca daripada USA dan komersialismenya.


~Dongeng tiga raja~
25 Disember merupakan suatu perayaan memuja Matahari yang kuno dan tiga raja yang dikaitkan dengannya bukannya berkaitan dengan orang-orang bijaksana dari timur daripada kisah Alkitab itu tetapi sebaliknya mungkin dengan suatu tradisi lebih tua berkenaan apa yang kononnya disebut sebagai dua belas hari Krismas. Urutan Hari Kedua belas dikaitkan dengan tiga raja di Perancis, Sepanyol, Belgium, Jerman dan Austria. Nama-nama mereka adalah Caspar, Melchior dan Balthasar. Di Jerman dan Austria ianya dikenali sebagai Hari Tiga Raja (Dreikonigstag) sementara di Perancis dikenali sebagai Perayaan Raja-raja (Fête des Rois). Raja-raja tersebut merantau ke sekeliling di beberapa kawasan dengan diwakili oleh para pelakon yang menyanyikan lagu-lagu dan memungut daripada keluarga-keluarga. Ianya diberikan asas Kekristianan namun tidak terdapat sebarang bukti Alkitab yang mengatakan bahawa terdapatnya tiga orang (hanya tiga jenis hadiah) ataupun mereka itu adalah raja. Mereka dicatatkan sebagai majus ataupun orang bijaksana. Ini nampaknya mempunyai suatu asas lain (rujuk Frazer, ix, mukasurat 329). Daripada adat-adat di Franche-Comte dan juga Pergunungan Vosges, Melchior dikatakan adalah seorang raja berkulit hitam dan muka pemuda yang melakonkan wataknya dihitamkan (ibid., muka 330). Ketiga-tiga mereka ini dipohon doa bagi penyembuhan melalui upacara-upacara yang membabitkan tiga paku yang ditanamkan di dalam tanah. Ini jelas merujuk kepada sistem-sistem triune orang-orang Celt di Perancis yang sudah lama wujud sebelum sistem Kristian.Di dalam Bohemia Czech dan Jerman, upacara-upacara pengasapan dan rempah-rempah didapati digunakan pada hari kedua belas. Singkatan C.M.B (Caspar, Melchior dan Balthasar) bersama-sama dengan tiga salib ditandakan pada pintu-pintu selepas pengasapan bagi melindungi daripada pengaruh-pengaruh jahat dan penyakit-penyakit berjangkit. Mereka dipohon doa dengan kata-katadoakanlah untuk kami sekarang ini dan pada waktu kematian kami.

~ Asal-usul lilin~
Penggunaan lilin boleh dikesan sejauh agama Aryan kuno yang menggunakannya di dalam upacara Yule untuk menghindari dewa-dewa guruh, ribut dan taufan (Frazer, x. Ianya dinyalakan dan diikat pada pokok oak keramat (ibid., ii, 327).Di dalam beberapa kawasan (Ruthenia dan Eropah amnya), lilin-lilin digunakan oleh para pencuri dan perompak sebagai perangsang tidur (Frazer, i, dan dalam hal ini lilin-lilin tersebut diperbuat daripada lemak manusia (ibid., i. Bahagian-bahagian anatomi manusia juga digunakan sebagai lilin ataupun tulang-tulang manusia diisikan dengan lemak yang diambil daripada lemak badan orang yang telah digantung mati (ibid). Kadangkala, lilin-lilin diperbuat daripada tulang jari anak baru lahir atau, lebih baik lagi menurut pandangan mereka, anak belum lahir. Selewat-lewatnya abad ketujuh belas di Eropah, perompak-perompak lazim membunuh perempuan mengandung hanya untuk mendapatkan lilin-lilin sebegitu daripada rahim-rahim mereka (ibid.).Lilin-lilin dibakar untuk menjauhi ahli-ahli sihir. Ianya memasuki agama Kristian melalui Gereja Katolik atau Ortodoks .Amalan Aryan kuno menyalakan api baru berterusan di kalangan orang-orang Jerman di mana mereka menyalakan unggun api besar sewaktu Easter dan menghantar kayu-kayu api ke setiap rumah untuk memulakan api-api bagi menghindari dewa-dewa guruh, ribut dan taufan. Amalan ini diperkenalkan ke dalam agama Katolik sebagai lilin Easter. Lilin tunggal raksasa ini dinyalakan sewaktu Easter pada malam Sabtu sebelum Easter Hari Minggu dan kemudiannya kesemua lilin gereja dinyalakan daripadanya. Ini berterusan selama tahun itu sehinggalah Easter seterusnya apabila lilin Easter tunggal itu sekali lagi dinyalakan.Amalan menyalakan lilin itu nampaknya dijalankan pada malam sebelum hari Matahari sebagai sebahagian daripada sistem memuja Matahari yang kuno itu.Di dalam Bait Suci, pedupaan dibakarkan. Lilin-lilin tidak dibakar selain daripada Menorah.Amalan menyalakan lampu dalam bentuk lilin atau dian ini serupa dengan apa yang ada dalam Saturnalia. Kita tahu daripada Kitab Baruch 6:19 dan selanjutnya bahawa amalan menyalakan lilin di hadapan patung berhala yang disaluti logam berharga merupakan amalan Babylon. Amalan menyalakan banyak lilin mungkin memasuki Judaisme melalui sistem Babylon. Menorah bercabang tujuh dan diperintahkan oleh Tuhan bagi Bait Suci. Di dalam Bait Salomo, terdapat sepuluh meja dengan tujuh lilin yang mewakili Sidang Elohim yang mana Sanhedrin merupakan gambarnya. Cabang bersembilan itu diberikan simbolisme mistik.

~Daripada Santo Nicholas kepada Santa Claus~

Santa Claus adalah suatu ciptaan yang agak lewat dan tiba kepada kita sebagai suatu produk komersialisme Amerika terkemudian. Ianya berpunca khususnya daripada cerita rakyat Jerman dan Belanda. Asal-usulnya adalah daripada entiti yang digelarkan sebagai Santo Nicholas.
Orang yang biasanya dikenali sebagai Santo Nicholas ini adalah Nicholas dari Myra di Lycia. Dia telah meninggal dunia pada 6 Disember 345 atau 352 (Catholic Encyclopedia, Vol. XI, mukasurat 63). Dia terkenal di dalam jemaat Yunani dan Latin namun tiada yang pasti mengenainya kecualilah bahawa dia adalah biskop Myra pada abad keempat (ibid., mukasurat 64). Dia dilahirkan di Parara, Lycia di Asia Minor. Sewaktu zaman mudanya, dia telah membuat lawatan ke Mesir dan Palestin. Pada kepulangannya dia telah dijadikan biskop Myra dan dipenjarakan sewaktu tempoh penganiayaan Diocletian. Dia telah dibebaskan pada kenaikan takhta Constantine. Para penganut Katolik menyatakan bahawa dia hadir di Nicaea namun namanya tidak muncul pada mana-mana rekod yang ada menurut pengakuan mereka sendiri (ibid.).Pada tahun 1087, para pedagang Itali telah mencuri mayatnya di Myra dan membawanya ke Bari. Kultusnya di Itali telah bermula sejak itu. Nampaknya ini telah didorongi suatu kultus yang telah ditubuhkan baginya di Eropah. Keajaiban-keajaiban yang banyak yang dikatakan perbuatannya adalah hasil daripada suatu tradisi yang panjang namun, seperti yang akan kita lihat, kebanyakannya mempunyai asal-usul pagan yang tiada kena-mengena langsung dengan orang asalnya.Kultusnya di dalam jemaat Yunani sudah lanjut usianya dan khususnya menyerlah di dalam jemaat Rusia sungguhpun mereka hanya ada lama selepas zamannya (sekitar 1000 TM). Maharaja Justinian I telah membina sebuah gereja untuk menghormatinya di Constantinople dan namanya muncul di dalam liturgi yang ditulis John Chrysostom (ibid.).Kultusnya di Eropah bermula sejak zaman Otto II yang mana isterinya Theophano merupakan seorang berbangsa Yunani. Biskop Reginald dari Eichstadt (meninggal pada 991) telah menulis suatu metrik berjudul Vita S. Nicholai. Dia dihormati sebagai santo penaung di Greece, Rusia, kerajaan Naples, Sicily, Lorraine, kawasan Diocese bagi Liege, dan banyak bandar di Itali, Jerman, Austria dan Belgium, Campen di Netherlands, Corfu di Greece, Frieburg di Switzerland dan Moscow di Rusia (ibid). Dia merupakan penaung bagi para pelaut, pedagang, pengurus bank dan kanak-kanak.Relik-reliknya masih dipelihara di dalam gereja S. Nicola di Bari. Sejenis bahan berminyak, yang dikenali sebagai Manna di S. Nicola, dikatakan mengalir keluar daripada relik-reliknya itu. Ianya dihargai kerana ciri-ciri pengubatnya. Hubungannya dengan perayaan-perayaan 5/6 Disember

~Cuaca~
Cuaca dua belas hari Krismas itu dikatakan menentukan cuaca tahun selanjutnya.
Ianya berdasarkan pada apa yang kelihatan sebagai suatu bentuk pembahagian zodiak kuno di mana dua belas hari itu dibahagikan kepada empat kuadran yang terdiri daripada tiga hari per kuadran. Ini diamalkan di Kepulauan British dan ianya berlanjutan ke Jerman dan Austria Jerman ke dalam Eropah barat.
Daripada cuaca pada setiap daripada dua belas hari itu, ianya mungkin untuk meramalkan cuaca bagi setiap bulan tahun itu. Ianya dipercayai tepat dan diaplikasi juga kepada hari Kedua belas itu sendiri di mana cuaca setiap jamnya akan menentukan cuaca bagi bulan yang bersamaannya. Dengan itu, hari-hari tersebut merupakan suatu sistem tilikan bagi tahun seterusnya di dalam aspek-aspek pertaniannya.Di Swabia, hari-hari tersebut dipanggil sebagai dua belas hari lot. Tilikan yang lebih tepat lagi ditentukan dengan membuat dua belas bulatan yang dibahagikan kepada empat kuadran. Setiap kuadran mewakili seperempat/kuarter bulan. Semua ini dilukiskan di atas kertas dan digantung di atas pintu. Sementara setiap hari daripada dua belas hari itu berlalu dari Krismas ke Epiphany, cuaca bagi setiap kuarter itu digelapkan dan cuaca bagi kuarter bulan itu ditentukan.
Di Switzerland, Jerman dan Austria perlaksanaannya agak berbeza. Pada Krismas, hari Tahun Baru atau salah satu daripada dua belas hari itu, seseorang akan membelah bawang kepada dua bahagian, mengupas dua belas keping kulitnya, dan merenjiskan sedikit garam pada setiap satu keping itu. Daripada kelembapan yang tertinggal di dalam mereka pada pagi kemudiannya, ianya dianggap mungkin untuk menentukan cuaca untuk dua belas bulan seterusnya.Ini tidak terbatas kepada suku-suku Jerman mahupun orang-orang Teuton – ianya juga ditemui di Perancis dan di kalangan orang-orang Celt Brittany dan Scotland.Di Bocage di Normandy, suhu ditilikkan bagi tahun selanjutnya daripada suhu dua belas hari itu. Ini dipercayai lebih tepat berbanding ramalan-ramalan Double-Liégois. Di Cornouaille Brittany, dua belas hari itu ditentukan dari Krismas hingga Epiphany – iaitu enam hari terakhir Disember dan enam hari pertama Januari. Di tempat-tempat lain Brittany dan di Scotland, dua belas hari dikira dari 1 Januari. Hari-hari tersebut dikenali di Brittany sebagai gour-deziou atau hari-hari lelaki. Dikatakan bahawa erti sebenarnya adalah hari-hari tambahan atau pencukupan. Konsep ini membawa kita kembali kepada suatu konsep kuno kalendar dan lima hari lebihan bagi tahun.

Orang-orang Scot daripada almanak mereka dari hari terakhir Disember ataupun hari pertama Januari (bergantung pada tempat) menentukan cuaca dengan melihat pada cuaca dua belas hari itu. Maka itu, Januari ditentukan cuaca 31 Disember dan seterusnya sebagai satu syarat teguh.Orang-orang Celt Scotland, sepertimana juga di mana-mana tempat di Perancis, berbelah-bagi dalam hal permulaan hari-hari itu sama ada pada Krismas pada 1 Januari atau pada 31 Disember. Frazer menganggap hal ini sebagai suatu petunjuk penting kepada asal-usul kepercayaan-kepercayaan ini (ibid., ix, mukasurat 24).
Konsep ini sangat kuno dan ditemui di kalangan orang-orang Aryan zaman Vedic di India. Ini mendahului zaman Kristus selama beberapa abad.

Mereka, juga, nampaknya telah menjadikan keramat hari-hari di pertengahan musim sejuk sebagai masa apabila tiga Ribhu atau jin-jin musim berehat daripada pekerjaan mereka di dalam kediaman dewa-matahari, dan dua belas hari-rehat ini dipanggil mereka sebagai ‘suatu gambar atau imej bagi tahun’ (Frazer, ix, mukasurat 324-325).Frazer menurut A Weber di dalam penerangan ini mengenai pandangan-pandangan serupa Timur dan Barat (rujuk nota kaki 3 kepada ix, mukasurat 325).Oleh itu sistem tersebut merupakan suatu sistem kuno orang-orang Aryan yang telah menakluk India dari kawasan Steppes dengan menggunakan alat-alatan zaman besi serta menunggang kuda-kuda pada sekitar 1000 SM.Saudara-mara mereka telah membawa perayaan-perayaan yang sama ke barat ke dalam Eropah. Pergerakan-pergerakan ini merupakan sebahagian daripada penyebaran misteri-misteri kuno sistem Babilon yang telah menyelinap masuk ke dalam golongan Shaman yang bersifat nomad. Agama ini adalah Animisme.

~Dewa Matahari~
25 Disember juga dikaitkan dengan Mithras, kerana dia merupakan dewa Matahari.
Ahli liturgi Katolik iaitu Mario Righetti (selain daripada Duchesne dan juga Cullman) berpendapat bahawa:Selepas pendamaian Jemaat Rom, untuk memudahkan penerimaan iman ini oleh masyarakat pagan, ia mendapati sesuai untuk mendirikan 25 Disember sebagai perayaan kelahiran duniawi Kristus, bagi mengalihkan perhatian mereka daripada perayaan pagan itu, yang dirayakan pada hari yang sama sebagai penghormatan kepada “Matahari Tidak Terkalah” Mithras, penakluk kegelapan (nota kaki 74, II,mukasurat 67; petikan juga di dalam karya Bacchiocchi, From Sabbath to Sunday, Pontifical Gregorian University Press, Rome, 1977, mukasurat.260).Maka itu, Mithras merupakan dewa perayaan solstis tersebut pada 25 Disember yang tiba sejurus selepas Saturnalia. Dengan tuhan ini, kita lihat bagaimana ibadah hari Minggu bermula di Rom.Ucapan-ucapan kepada Mithra adalah sebagai Soli invicto Mithrae atau Matahari Tidak Terkalah – Matahari Tidak Tertakhluksebagaimana digelarkan oleh Frazer (mukasurat 204). Dia juga disebutkan sebagai Sol Invictus Elagabal di dalam bentuk umum agama tersebut.Gelaran Father (Bapa) merupakan pangkat yang dipegang oleh para paderi Mithra. Istilah ini dilarang untuk umat-umat Kristian (Matius 23:9). Ianya memasuki agama Kristian melalui kultus-kultus Misteri.Apa yang sebenarnya telah berlaku adalah kalendar-kalendar asal sistem Rom memulakan minggu pada hari Sabtu dan sudahpun digunakan pada tahun-tahun awal era Augustan (27 SM hingga 14 TM) berikutan penemuan kalendar Nola (banding karya A Degrassi, nota kaki 26, mukasurat 104; Bacchiochi, ibid., mukasurat 244). Struktur ini nampaknya berkaitan dengan sistem Mithras (seperti yang kita tahu daripada Celcus Epicurea (sekitar 140-180 TM) di mana Matahari menduduki tempat tertinggi pada tangga kenaikan melalui tujuh pintu gerbang tangga Mithraic dari Saturn hingga Matahari. Ini merupakan Shamanisme klasik dan diamalkan oleh agama bersifat animistik di seluruh dunia. Di dalam karya Origen Contra Celsum, 6,21-22 kita lihat bahawa Celsus menyenaraikan planet-planet mengikut urutan terbalik demi membolehkan Matahari menduduki posisi ketujuh yang penting.Kita kemudiannya melihat bagaimana sistem ini muncul sebagai simbolisme hari kelapan di dalam sistem Roma itu bagi minggu yang bermula pada hari Saturn atau Sabtu dan berakhir dengan hari Matahari atau hari Minggu yang sentiasa merupakan hari cuti. Minggu planetari juga tidak mengikut aturan sebenar planet-planet dan orang ramai tidak dapat menentukan perbezaannya (rujuk Plutarch Complete Works, III, muka 230; rujuk Bacchiocchi, ibid., muka 246).





Perbezaan-perbezaannya juga boleh dilihat melalui perbandingan dengan Ziggurat daripada sistem Babylon dan tujuh tahap kenaikan kepada dewa Bulan di situ Pernyataan Tertullian (Ad Nationes, 1, 13, ANF, III, mukasurat 123), cuba untuk menafikan tuduhan penyembahan Matahari. Tertullian mengaku bahawa, pada masa itu, umat-umat Kristian telah mula berdoa ke arah timur dan menjadikan hari Minggu sebagai hari berpesta. Dia secara langsung menyalahkan kultus-kultus penyembah Matahari ke atas pertukaran ibadah hari Sabat kepada hari Minggu di mana dia mengatakan bahawa mereka mengutamakan hari itu daripada hari sebelumnya (iaituSabat atau Sabtu) (rujuk Bacchiocchi, mukasurat 248-249). Namun begitu, pada masa itu, mereka sudahpun beribadah pada hari tersebut selain hari Sabat Kristian.

~Pokok Krismas~
Pokok pain berhias berasal secara langsung daripada kultus-kultus Misteri dan penyembahan dewa Attis. Dia dipercayai merupakan seorang lelaki yang menjelma menjadi pokok dan, dari situ, merupakan penjelmaan semangat-pokok kuno yang kita temui di dalam mitologi India atau Indus yang kuno seawal-awalnya zaman Harappa dan Mohenjo Daro. Dia nyata sekali adalah seorang dewa kesuburan jagung dan memakai topi Phrygia seperti Mithras (daripada suatu ukiran patung di dalam Lateran; Frazer, v, mukasurat 279).
Membawa masuk pokok pain yang dihiasi bunga kembang pagi (ungu) dan lingkaran bulu biri-biri adalah seperti pembawaan masuk pokok-Mei atau pokok-Musim Panas di dalam adat penduduk moden. Patung yang dipasangkan pada pokok itu merupakan satu salinan mewakili dewa Attis. Ini secara tradisinya dipelihara disimpan sehinggalah tahun kemudiannya apabila ia dibakar (Firmicus Maternus De errore profanarum religionum; rujuk Frazer, v, mukasurat 277 dan nota 2).
Tujuan asal adat ini untuk mengekalkan semangat tumbuhan sepanjang tahun kemudiannya. Orang-orang Phrygia menyembah pokok pain melebihi yang lain dan daripada kawasan inilah terbitnya Misteri-misteri dan sistem Mithras itu. Ianya mungkin keramat bagi kultus-kultus itu kerana ia malar hijau sepanjang tempoh solstis itu di serata kawasan yang besar, sewaktu pokok-pokok lain gondol semuanya. Ingat juga bahawa resin pokok pain dibakar sewaktu perayaan-perayaan solstis itu. Asal-usulnya telah hilang sejak dulu di dalam sistem Asyur-Babilon.
Gambaran dewa Attis itu telah ditukar kepada simbol Matahari sebagai bingkai pemegang pada sebelah atas [pokok itu] dan kemudiannya hiasan-hiasan seperti bentuk malaikat dan sebagainya. Hiasan-hiasan itu dengan senang dicamkan sebagai Matahari, Bulan, dan bintang-bintang sistem Triune milik orang-orang Babilon seperti Sin Ishtar dan Shamash atau Isis, Osirus dan Horus milik orang-orang Mesir (lihat karya Anak Lembu Emas [222]).Ivy juga suci bagi Attis dan imam-imamnya yang dikembiri dipasangkan tatu simbol daun ivy (Frazer, v, mukasurat 278).Buah-buah pain digunakan untuk menghasilkan sejenis wain yang digunakan di dalam upacara-upacara liar Cybele, yang pada dasarnya serupa dengan pesta-pesta liar Dionysius dan Strabo telah membandingkannya (Strabo, x, 3. 12 dan seterusnya). Pada pesta Thesmophoria, buah-buah ini dibuang bersama babi-babi serta lain-lain agen atau lambang kesuburan ke dalam kubah-kubah keramat Demeter untuk tujuan menambahkan kesuburan tanah dan golongan perempuan (Frazer, v, mukasurat 278). Dengan itu, kita kembali sekali lagi kepada perayaan-perayaan Demeter dan aspek-aspek yang telah terus kekal dan yang dikaitkan dengan Krismas di Eropah secara amnya seperti yang telah kita lihat.

~Epiphany~
Istilah Epiphany bermaksud manifestasi (penjelmaan) iaitu kemunculan makhluk luarbiasa atau ilahi. Ianya diaplikasikan kepada Antiochus IV Epiphanes, raja Syria (Aram) (175-164 SM).Ianya juga dikenali sebagai: dies luminum (hari penuh terang); hari tiga raja atau hari kedua belas. Semua telah dibincangkan di atas. Amalan-amalan yang dikaitkan dengannya semuanya terbit daripada sumber-sumber purba yang kita lihat di dalam teks itu dan tiada kena-mengena dengan iman.Nama itu terus kekal di dalam perayaan besar Befana di Rom (rujuk Catholic Encyclopedia, art., Epiphany, Robert Appleton, NY, 1909, Vol. V, mukasurat 504). CE ini mengatakan:
Sukar memastikan betapa dekatnya amalan itu, yang dipelihara pada masa itu iaitu membeli pelbagai jenis imej buatan tanah, ditambahkan dengan alat siulan dan mewakili sebahagian kehidupan orang Rom, harus dikaitkan dengan adat yang agak sama yang terkenal semasa perayaan Saturnalia bulan Disember (ibid.)
Ia bukannya sukar untuk dikenalpasti. Amalan-amalannya sama dan istilahnya diaplikasikan kepada penjelmaan Befana sebagai dewi seperti yang kita lihat di atas. Cubaan-cubaan untuk meletakkan rujukannya di dalam Hippolytus pada Sakramen Pembaptisan adalah tidak betul kerana dia menggunakan istilah theophaneia dan bukannya epiphania (ibid.).Rujukan pertama yang sah mengenainya terdapat dengan Clement (Stromateis, I, xxi, mukasurat 45). CE memetik teks ini seperti berikut dan kemudiannya menambah:‘Terdapat golongan orang, juga, yang peliknya telah menetapkan Hari Kelahiran Juruselamat kita bukan saja pada tahunnya tetapi pada harinya, yang mereka katakan adalah 25 Pachon (20 Mei) pada tahun Augustus kedua puluh lapan. Tetapi pengikut-pengikut Basilides juga merayakan hari Pembaptisannya, di mana mereka mengisi waktu malam sebelumnya dengan pembacaan. Dan mereka mengatakan bahawa ianya jatuh pada hari ke 15 bulan Tybi tahun ke 15 Tiberius Caesar. Dan ada yang mengatakan bahawa ianya pada hari ke 11 bulan yang sama.’ Hari ke 15 dan 11 bulan Tybi adalah 6 dan 10 Januari.Kedua-dua Gereja Roman Katolik dan Gereja Ortodoks cuba untuk mendapatkan daripada amalan kelompok Gnostik ini di bawah ajaran Basilides (yang mengajar di Rom pada pertengahan abad kedua) sokongan bagi merayakan kelahiran serta pembaptisan Kristus, namun tiada bukti sebenar bagi andaian ini. Bukti perayaan-perayaan itu sendiri menunjukkan bahawa amalan tersebut adalah perayaan kesuburan serta keberkatan hasil ladang yang kuno. Daripada ini timbullah amalan memberkati air serta amalan membuang patung-patung salib ke dalam laut untuk menjadikan laut berhasil bagi penangkap ikan. Semuanya didasarkan di dalam kepercayaan paganisme kuno dan tidak terlihat di dalam agama Kristian sehinggalah abad keempat. Tambahan ini dilakukan lama selepas zaman Origen yang menulis pada abad ketiga kerana dia tidak menyebut apa-apa tentang Epiphany di dalam senarai perayaan-perayaannya. Sebutan pertama mengenainya sebagai suatu perayaan jemaat adalah pada tahun 361

p/s:pasal kristian dan krismas ini diambil dr laman web(hanya sedikit,masih byk lagi) dan cerita yg saya dengar sendiri drpd bekas ketua paderi yg telah memeluk islam...ustaz saifudin!!--

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...