Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Thursday, December 23, 2010

Orang Mukmin Dan Sikapnya

1.Sikap orang mukmin dengan Allah,
Tuhannya Tuhan sangat dibesarkannya, melalui ibadah sembahyang, zikir, membaca Al Quran, tasbih dan tahmid. Rasa bertuhan sangat mendalam hingga terserlah pada mukanya dan sikap hidupnya. Misalnya merendah diri, pemalu, sabar, redha, tenang, pemurah, tawakal, pemaaf, bertolak ansur dan berdisiplin, sehingga melihat mukanya mengingatkan kita kepada Allah dan hari Akhirat. Melihat mukanya kita rasa senang dan tenang.

2. Sikap orang mukmin dengan syariat
Syariat sangat dijaga. Pakaiannya menutup aurat, bersih dan kemas. Makan minumnya sangat dijaga yang haram dan syubhatnya. Pergaulan dijaga daripada bergaul bebas lelaki dan perempuan yang bukan muhram. Matanya selalu ditundukkan. Percakapannya disukat dan dikawal daripada tersalah dan tersilap. Pendengarannya juga begitu, sangat dijaga daripada mendengar perkara-perkara yang haram. Masanya tidak dibiarkan terbuang dengan sia-sia. Setiap peralihan waktu dia pandai menggunakannya untuk diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah atau kerja-kerja yang sesuai dengan waktu itu.

3. Dengan gurunya
Dia sangat menghormati gurunya. Malu ketika di hadapannya,merendah diri dengannya. Sekalipun guru yang mengajarnya tentang ilmu dunia. Jasa gurunya selalu dikenang seperti menyebut- nyebut nama dan jasa. Bila ada masa selalu menziarahinya, memberi bantuan dan hadiah. Bukan sahaja gurunya dihormati, bahkan isteri-isteri gurunya dan anak-anak gurunya dihormati. Kesalahan gurunya dilupakan, apatah pula dihina dan diberi malu serta diumpat, pasti tidak akan dilakukannya, sebaliknya selalu mendoakan gurunya pula.

4. Dengan ibu bapa
Ibu bapa sangat dihormati, sangat merendah diri di hadapannya, jasa mereka selalu dikenang, bahkan dibalas selalu. Kesusahannya dibantu. Kalau senang diberi hadiah selalu. Selalu menziarahinya, sering mendoakannya, aibnya ditutup, bercakap dengan ibu bapa tutur bahasa sangat dijaga. Kalau ibu bapanya memarahinya, dia tidak akan melawan. Kalaupun perlu bercakap sekadar menjelaskan.

5. Dengan kawan
Pandai bergaul dengan kawan, setia dengan kawan. Kesusahan kawan ditolong dan dibantu apatah lagi kalau diminta. Suka menziarahi kawan kalau ada masa. Janjinya ditepati, aibnya ditutupkan, anak dan isterinya dimuliakan. Kesalahannya dimaafkan walaupun tanpa diminta. Kalau dia yang membuat salah cepat-cepat meminta maaf. Menziarahi kawan memilih waktu, waktu ziarah tidak meliarkan mata, kehormatan keluarga kawan dijaga.

6. Dengan manusia umumnya
Dalam pergaulan dengan manusia umumnya, pandai pula menyesuaikan diri. Dalam pergaulan dia sedar diri hingga pandai meletakkan diri pada tempatnya sesuai dengan kedudukannya. Pandai melayan orang sesuai dengan kedudukannya dan mengikut tarafnya. Kalau dia seorang yang pandai, atau kaya, atau berpangkat, dia tidak akan sombong atau menunjuk nunjuk diri di depan orang ramai. Dia tetap tawadhuk dan merendah diri. Dan kalau dia orang yang serba kurang tidak pula rasa rendah diri atau hina diri lebih-lebih lagi tidak mudah dihambakan orang. Kalau dia susah, tidak akan meminta-minta apalagi menipu. Dia tetap menjaga maruah dirinya. Mudah memberi salam dan mudah pula menjawab salam orang.

7. Dengan tetamu
Dia sangat menghormati tetamu, mengutamakan keperluan tetamunya, sangat dijaga seperti makan minum dan tempat tinggalnya. Datangnya disambut, kepulangannya dihantar hingga di hadapan pintu atau di hadapan rumahnya hingga hilang dari pandangannya. Memberi hadiah kepada tetamu atau memberi buah tangan kalau ada di waktu mampu.

8. Dengan anak isteri
Dia mengelokkan pergaulan dengan mereka. Memberi nasihat dan memimpin mereka selalu. Kesilapan mereka dibetulkan dengan bijaksana. Sabar dengan kerenah mereka. Beribadah fardhu bersama, makan bersama. Kewajipan terhadap anak isteri ditunaikan. Mendidik dan mendisiplinkan mereka di dalam sebarang perkara. Anak-anak yang kecil ditunjukkan kasih sayang. Anak yang masih belajar didisiplinkan mereka. Jangan sangat tunjukkan kasih sayang dan jangan tunjukkan benci. Anak yang sudah dewasa atau sudah berkeluarga, dilayan macam kawan, ajak mereka berbincang. Berbual-bual dengan mereka. Dengan isteri perlu ada gurau senda yang tidak berlebih-lebihan, berbual- bual dengannya sesuai dengan kedudukan isteri untuk mengambil dan menjinakkan hati isteri itu bagi yang ramai isteri. Bagi orang yang berpoligami, bertolak ansur dalam hal-hal yang dibolehkan. Boleh juga tidak bertolak ansur dalam hal-hal yang dibolehkan, di masa-masa tertentu untuk didikan mereka.

9. Dengan situasi
Orang mukmin sentiasa menjaga maruah diri. Kalau dia lalu di tempat-tempat yang penuh dengan keadaan-keadaan yang boleh melalaikan dan boleh jatuh kepada haram, atau yang boleh menggugat iman, dia tidak akan terpengaruh. Dia tetap terhormat dengan tidak meliarkan pandangan, tidak membuka telinga untuk laluan perkara-perkara yang melalaikan itu. Seolah- olah dia tidak melihat apa-apa di sekelilingnya, seolah-olah tidak ada apa-apa terjadi. Hatinya tidak rosak oleh suasana sekelilingnya. Keadaannya macamlah ikan di laut, dia tidak masin oleh masinnya air laut.

10. Dengan ilmu
Orang mukmin sentiasa menambah ilmu dan pengalaman. Makin berumur semakin banyak ilmu. Semakin tua, ilmunya juga ikut tua dan matang, semakin luas pengalaman. Ia sangat peka dengan ilmu. Setiap kejadian diambil iktibar dan pengajaran. Setiap isu semasa, pandai pula dia mengambil hikmahnya serta pandai menilai buruk baiknya hingga mendapat ilmu pengajaran darinya serta dia boleh menetapkan pendirian dan sikapnya terhadap isu tersebut. Tambahan pula orang mukmin itu sepatutnya mengambil tahu setiap kejadian di dunia ini. Sebab itu orang mukmin tidak mudah tertipu dan ditipu, tidak mudah terpengaruh dengan yang negatif tapi mudah terpengaruh dengan yang positif. Orang mukmin tidak mudah dicorak tapi mudah mencorak.

11. Dengan masa
Orang mukmin sangat menjaga masa. Masa tidak dibuang dan disia-siakan begitu saja. Setiap masa diisi dengan sesuatu yang berfaedah. Bahkan pandai membahagi-bahagikan masa diisi dengan jadual hidupnya. Ada masa untuk beribadah, ada masa untuk membaca, ada masa untuk berjuang, masa untuk menziarah, masa dengan anak dan isteri-isteri, masa untuk tidur baring dan rehatnya. Kalau dia orang penting, ada masa untuk tetamu dan orang-orang yang hendak berjumpa dengannya. Begitulah seterusnya masa itu sangat berharga. Masa adalah umurnya. Mensia-siakan masa ertinya mensia-siakan umurnya, dia sudah tentu tidak akan mensia-siakan umurnya.

12. Dengan harta dan mata benda
Orang mukmin bila berhadapan dengan harta dan mata benda kekayaan, sangat cemas dan bimbang, takut disalahgunakan, kerana itu dia bersyukur dengan Tuhan. Menggunakan harta benda kekayaan itu untuk Allah dan untuk khidmat kepada manusia lebih-lebih lagi dia sangat cemas kalau-kalau dia membuat kerja-kerja yang boleh membazirkan harta benda dan membuangnya kepada yang haram dan sia-sia. Orang mukmin merasa harta benda dan kekayaan adalah amanah Tuhan yang perlu dipertanggungjawabkan sebaik-baiknya. Untuk diagih-agihkan kepada yang sebenarnya dan yang empunyanya. Terutamanya digunakan kepada fakir miskin dan kepada jihad fisabilillah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...