Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Saturday, December 25, 2010

Terapi Audio Ruqyah Syar'iyah

Terapi Pengesan Jin dan Penawar Sihir

Anda boleh download MP3 file ini dan save kedalam handphone, gadget atau PC anda dan perdengarkan bacaan sehingga tamat dengan pejamkan mata. Perhatikan setelah selesai ..

1) denyutan jantung makin kencang
2) badan begegar
3) ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4) mengantuk/menguap
5) batuk
6) gelisah
7) panas di tengkuk

Jika ada mengalami sebahagian simptom-simptom diatas, kemungkinan besar ada jin yang menghuni tubuh anda. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita, ayat-ayat ruqyah syar'iyah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang... Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan mereka akan membuatkan kita mengantuk amat sangat apabila mendengar mp3 ruqyah syar'iyah ini. Dan bagi kes saka, kita akan terasa panas ditengkuk....



RUQYAH MP3 ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin, kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagar diri kita amnya. Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir 'THO HA' (surah taha ayat 1). Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa... Baca zikir ini sebanyak mungkin sehingga kita terasa muntah,itu suatu petanda dimana jin-jin beransur-ansur keluar dari badan kita...InsyaAllah..

Dengan mendengar MP3 ruqyah ini, insyaAllah mampu menyembuh segala penyakit misteri antaranya:-

-Fikiran runsing/jiwa gelisah
-Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
-Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan
-Ketengangan dalam rumahtangga
-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
-Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
-Menguatkan hafalan dan pembelajaran
-Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
-Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan

Cara Menggunakan MP3 Ruqyah Syar'iyah:

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2)Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3)Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4)Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5)Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6)Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

* Bagi mendapatkan kesembuhan atau keberkesanan yang maksimum, sila dengar dan hayati MP3 Ruqyah Syar'iyah ini sambil memejamkan mata dan dengar sehingga tamat tanpa mengikut bacaannya dimulut mahupun dalam hati

** Terbukti Keberkesanannya :

Ramai pengguna MP3 Ruqyah Syar'iyah ini telah memberi tindakbalas dan menjalani proses rawatan dengan kaedah perubatan Islam.

-Individu yang menghadapi gangguan jin telah sembuh

-Ramai individu bermasalah telah pulih dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

-Anak-anak yang bermasalah dari segi pelajaran telah pulih semangat dan dapat belajar dengan cemerlang.

-Para suami (ketua keluarga) yang sakit telah pulih dan dapat bekerja semula dan menggembirakan para isteri.

-Para isteri yang bermasalah telah ceria dan dapat menguruskan rumah tangga dengan baik.

-Hubungan adik-beradik semakin erat dan kasih sayang berterusan menyenangkan hati kedua ibu bapa.

-Golongan wanita dan lelaki yang mengalami halangan berkahwin telah bertemu titik kedamaian dan menjalani kehidupan rumah tangga dengan penuh bahagia.

-Pasangan suami isteri yang sering bertelagah, kembali aman. Suami isteri saling menghormati antara satu sama lain. Rumah tangga kembali ceria dan bahagia.

Berikut adalah senarai ayat-ayat ruqyah syari' ah yang digunakan oleh perawat Darul Hikmah untuk merawat pesakit:


1 - Al-Fatihah
2 - Al-Baqarah 1-5
3 - Al-Baqarah 102
4 - Al-Baqarah 163-164
5 - Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 - Al-Baqarah 285-286
7 - Ali-Imran 18-19
8 - Al-'Araf 54-56
9 - Al-'Araf 117-122
10 - Yunus 81-82
11 - Toha 69
12 - Al-Mukminun 115-118
13 - As-Soffaat 1-10
14 - Al-Ahqaaf 29-32
15 - Ar-Rahman 33-36
16 - Al-Hasyr 21-24
17 - Al-Jin 1-9
18 - Al-Ikhlas
19 - Al-Falaq
20 - An-Naas

Untuk Download MP3 Ruqyah Syar'iyah sila KLIK SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...