Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Thursday, December 16, 2010

Siri Khutbah Jumaat : Mahligai Bahagia

MAHLIGAI BAHAGIA

17 Disember 2010 M / 11 Muharam 1432 H

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama meningkatkan darjat ketaqwaan dan keimanan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala tegahanNya, mudah-mudahan kita akan berbahagia di dunia dan akhirat. Mimbar Jumaat hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk: “Mahligai Bahagia”.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Perkahwinan adalah suatu ibadah yang dapat menyempurnakan agama seseorang dan memenuhi tuntutan biologi manusia, malah merupakan salah satu daripada tanda kekuasaan dan kebesaran Allah Yang Maha Esa sepertimana FirmanNya di dalam Surah al-Rum ayat 21:

Bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteriisteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan kasihan belas. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”.

Allah SWT berkuasa menyatukan dua makhluk yang berlainan jantina serta mempertautkan hati kedua-duanya dengan ikatan kasih mesra. Suami yang baik menyayangi serta melindungi isterinya daripada perkaraperkara bahaya atau yang memudaratkannya. Suami menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab memastikan isterinya memperoleh keperluan hidup seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian yang secukupnya. Suami juga hendaklah membimbing isteri agar terselamat daripada azab siksaan api neraka. Antara lain, tujuan pernikahan ialah untuk menjaga keturunan dan mempertahankan kesinambungan generasi manusia. Maksudnya, bukan hanya untuk meramaikan generasi sahaja, namun tujuan daripada adanya kesinambungan tersebut ialah untuk menegakkan generasi yang akan membela syariat Allah, meninggikan ad-Din serta memakmurkan alam dan bumi.

Selain itu, tujuan pernikahan juga ialah untuk memelihara kehormatan diri dan menghindarkan diri dari hal-hal yang diharamkan, sekaligus menjaga kesucian diri. Melalui pernikahan juga, dapat mewujudkan ketenangan dan ketenteraman. Kita boleh menyaksikan begitu harmoninya penyatuan antara kekuatan lelaki dan kelembutan seorang wanita yang diikat dengan tali pernikahan, yang begitu sempurna.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia, menjadi impian semua orang. Melaluinya akan terbentuk institusi keluarga dan melahirkan zuriat yang dapat meneruskan keturunan manusia. Dalam Islam perkahwinan merupakan satu tuntutan yang perlu dipenuhi. Sebelum ke gerbang perkahwinan, aspek pemilihan jodoh perlu diberi perhatian kerana kesilapan membuat pilihan mengakibatkan masalah di kemudian hari.

Senario masa kini menggambarkan ramai anak muda lebih gemar memilih faktor keluarga, harta benda, kecantikan dan pangkat untuk mengikat tali percintaan dan membina gerbang perkahwinan. Secara fizikal, kriteria pemilihan jodoh tiada cacat celanya, tetapi apabila ia dijadikan keutamaan sehingga agama diketepikan, maka ia satu kesilapan besar kerana boleh menyebabkan kemanisan alam perkahwinan menjadi pudar dan akhirnya berlaku perpisahan. Islam menggariskan beberapa panduan kepada umatnya dalam proses memilih jodoh, seperti mengutamakan lelaki atau wanita beragama dan berakhlak, sebagaimana sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari

daripada Abu Hurairah RA:

Bermaksud:

“Wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Oleh itu utamakanlah wanita yang beragama nescaya kamu akan beruntung.”

Apa yang dapat sama-sama kita fahami dari maksud hadis ini, iaitu ciri-ciri yang paling baik dalam memilih jodoh ialah mereka yang berpengetahuan dan beramal dengan ajaran agama. Selain itu, kita dianjurkan memilih jodoh dari kalangan yang sihat, bebas dari penyakit yang dibimbangi mengganggu peranan sebagai suami atau isteri.

Pasangan itu pula biarlah sepadan bagi mengelak keaiban pada beberapa perkara tertentu dan untuk mencapai persamaan dalam bidang sosial, sekali gus menjamin keharmonian hidup suami isteri, tanpa ada yang berkecil hati atau rendah diri. Walaupun aspek itu bukannya syarat sah perkahwinan dan tidak dipersoalkan ketika majlis ijab dan kabul, namun ia mempunyai pengaruh besar terhadap hubungan suami isteri.

Sesungguhnya perkahwinan bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, bahkan ia bertujuan untuk melahirkan zuriat penyambung keturunan. Perkahwinan adalah mahligai cinta dan lambang kasih sayang.

Apabila dua jiwa yang disatukan dalam ikatan perkahwinan, keserasian antara mereka boleh dibentuk melalui sikap tolak ansur, kasih sayang, cinta dan rindu yang Allah letakkan dalam setiap jiwa manusia di samping sifat belas kasihan dan bergaul mesra antara mereka.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Terdapat empat tanda kebahagiaan dalam kehidupan seseorang iaitu mempunyai isteri solehah, anak-anak yang baik, pergaulan dengan orangorang yang baik dan mendapat rezeki di tanah air sendiri. Dalam menyusun keluarga yang tenteram dan sejahtera, Islam menekankan didikan yang mengukuhkan kesedaran beragama dengan disuburkan perasaan taat kepada Allah dan tidak menganiaya sesama manusia.

Undang-undang dan peraturan yang menentukan kewajipan suami isteri juga menjadi asas rujukan jika berlaku perselisihan, penceraian dan sebagainya. Kepincangan keluarga yang berlaku hari ini adalah kerana pembentukannya tidak memenuhi kehendak-kehendak Islam serta jahil mengenai hukum-hakam berkaitan dengannya.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Kesimpulan daripada khutbah Jumaat hari ini ialah:

Pertama: Umat Islam mesti sentiasa berusaha untuk membina mahligai bahagia dengan mengamalkan semua ajaran Islam mengenai ilmu perkahwinan.

Kedua: Muhasabah/menilai diri sangat dituntut bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan yang sedia ada dalam rumahtangga untuk kebahagian berpanjangan.

Ketiga: Menjadikan Rasulullah SAW sebagai Qudwah Hasanah dalam melayari bahtera rumahtangga.

Firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 21:

Bermaksud :“dan Bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu Dengan Yang lain, dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian Yang kuat daripada kamu?”

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...