Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Saturday, January 29, 2011

Falsafah Dunia Mengenai Cinta


Sebiji bawang yang diberikan dengan cinta mahalnya ibarat seekor bebiri.

-Bidalan Mesir-

(Insan yang bercinta menilai tinggi pemberian kekasihnya walaupun pemberian itu hanyalah satu benda yang murah)


Sesiapa yang hanya faham sedikit tentang cinta sentiasalah berkata cinta kepada kekasihnya

-bidalan Itali-

(Kata orang, cinta itu tidak perlu diucapkan. Ia sedia difahami dari tingkahlaku kekasih, dan tidak semestinya sentiasa mengulangi kata 'aku cinta padamu')


Bila cinta datang, kesopanan hilang,

-Bidalan Tunisia

(Hilang sopan perlu dielakkan. Cinta itu boleh menyebabkan seseorang insan hilang rasa malu, malah boleh melakukan sesuatu yang mengaibkan di khalayak ramai)



Insan yang mencintai dengan tulus akan lambat melupakan cinta

-Bidalan Perancis-

(insan yang bercinta dengan ikhlas akan setia kepada kekasihnya dan tidak mudah melupakan kekasihnya begitu saja. yang tidak ikhlas mudah berubah hati.)


Sesiapa yang ingin dicintai perlulah lebih dahulu mencintai.

-Bidalan Arab-

(Cinta itu timbal balas. Sukarlah bagi seseorang itu dicintai sebelum dia sendiri dapat menunjukkan sesuatu tanda bahawa dia cinta pada kekasihnya)


Bila hati sudah terpaut pada kekasih, siapa peduli kasta apakah dia?

-Bidalan India-

(Rasa cinta tidak mengenal taraf atau kedudukan. Anda mungkin jatuh cinta pada sesiapa saja yang menawan hati anda. Tapi bila mahu berkahwin, Taraf menjadi pertimbangan)


Kesalahan itu menebal bila cinta tipis

-Bidalan Inggeris-

(Bila manusia mencintai kekasihnya, apa yang dilihatnya semuanya elok dan betul. Tapi bila cintanya mulai pudar, apa yang dibuat menjadi serba tak kena)


Pukulan dari yang dicintai adalah sebiji epal

-Bidalan Arab-

(Orang yang sedang bercinta itu sering memaafkan tanpa perlu kekasihnya meminta maaf. Malah, apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya terasa nikmat)


Cinta kepada kekasih- Menurut batasanyang ditentukan, dan sucinya cinta itu masih subjektif kepada sejauh mana anda


Cinta kepada Allah

Sepatutnya anda lebih cinta kepadaNYA

Kemudian.......


Cinta kepada Rasullah dan Islam

cara hidup terbaik..

(Dengan suka melakukan semua yang disuruh, menjauhi semua yang dilarang untuk kesejahteraan anda dan sekelian alam,

dan jangan lupa


Cinta kepada semua yang

kasih kepada Allah dan RasulNya

serta yang dikasihi oleh Allah

dan RasulNya

1 comment:

Anonymous said...

Salam Mohon utk share ya..:)dr sbh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...