Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Thursday, January 6, 2011

Siri Khutbah Jumaat : Satu Arah

Satu Arah

7 Januari 2010 bersamaan 2 Safar 1432

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama meningkatkan darjat ketakwaan dan keimanan kepada Allah S.W.T. dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala tegahanNya, mudah-mudahan kita akan berbahagia di dunia dan akhirat.

Mimbar Jumaat hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk: “Satu Arah”.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Kebiasaannya, setiap kali kehadiran tahun baru pasti semua orang sibuk merangka satu ‘azam baru’ sebagai tanda ingin membuat perubahan diri. Tahun baru dianggap sebagai tahun perubahan dan peningkatan diri agar menjadi ‘orang baru’ yang terbaik dan cemerlang. Islam sendiri menggalakkan untuk membuat perubahan ke arah kebaikan.

Justeru, samada kita sebagai ketua, pekerja atau pelajar perlu merangka perubahan dan peningkatan diri demi kejayaan dan kecemerlangan di dalam hidup di masa hadapan. Langkah yang perlu diambil untuk melaksanakan perubahan adalah melalui muhasabah diri. Tujuannya untuk mengenalpasti aspek kelemahan, kekuatan dan potensi diri. Dari situ, matlamat jangka panjang dan pendek boleh dibuat manakala perancangan dan strategi untuk membuat perubahan boleh diatur.

Sepertimana kata Saidina Umar al-Khattab :

Bermaksud : “Hitunglah (nilailah) diri kamu sebelum kamu dihitungkan”

Perubahan yang dibuat perlulah realistik di mana matlamat dan halatujunya jelas dan terang bukannya perubahan yang sekadar angan-angan yang matlamatnya tidak jelas dan kabur. Ini dapat dibuktikan melalui niat kerana niat akan memainkan peranan penting dalam agenda perubahan. Dengan niat, kita akan nampak halatuju dan matlamat perubahan tersebut. Justeru, kita hendaklah ikhlas dalam membuat perubahan.

Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

Bermaksud : “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dicarinya atau kerana perempuan yang mahu dikahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujui itu”.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Peledak perubahan ada pada diri kita sendiri, hanya menunggu untuk dinyalakan sumbu apinya. Kitalah yang perlu menyalakannya bukannya orang lain. Oleh itu, keputusan untuk berubah datang dari diri kita sendiri.

Firman Allah S.W.T di dalam surah Ar-Ra’ad ayat 11 :

Bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Perubahan hendaklah selari dengan al-Quran dan as-Sunnah kerana Islam tidak mengiktiraf falsafah “matlamat menghalalkan cara”. Maka, di dalam Islam ada konsep usaha, doa dan tawakkal kerana kita selaku manusia hanya mampu berusaha dan berdoa. Qada’ dan Qadar iaitu baik atau buruk natijahnya pula ketentuan dari Allah S.W.T. Kita perlu bertawakal kepada Allah S.W.T 18>
sepertimana firman Allah di dalam Surah Ali-Imran ayat 159 :

Bermaksud: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah dari Allah kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras, tentulah mereka lari dari sekelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (kesalahan yang mereka lakukan), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya”.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Dalam proses kita hendak mencapai segala matlamat hidup dan menjayakan apa jua perancangan, kita pasti akan menempuh pelbagai ujian dan halangan samada luaran mahupun dalaman. Semua ini adalah untuk menguji keikhlasan, kesabaran dan keyakinan kita dalam membuat perubahan dalam hidup.

Beberapa panduan untuk membuat perubahan :

Pertama : Minda yang positif

Kedua : Yakin pada diri sendiri

Ketiga : Membuat perubahan berdasarkan kemampuan dan keupayaan diri.

Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Ankabut ayat 2 :

Bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji”. 23>
Penghalang utama matlamat perubahan adalah diri dan nafsu. Individu yang mudah goyah pendiriannya akan gagal kerana dirinya seperti lalang yang ditiup angin. Nafsu pula sentiasa menggoda agar manusia tunduk pada kesenangan semata-mata. Oleh itu, beristiqamah dan konsisten (berpegang teguhlah) dengan keputusan yang telah dibuat.

Justeru, tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Maka, bersabarlah dengan setiap ujian yang menimpa dan jangan putus asa. Dalam kesusahan ada kesenangan.

Firman Allah Taala dalam Surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 :

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Kesimpulan yang boleh diambil daripada khutbah hari ini ialah :

Pertama : Muhasabah diri adalah dituntut untuk mengenalpasti aspek kelemahan, kekuatan dan potensi diri untuk merancang perubahan.

Kedua : Perubahan yang dibuat perlu realistik dan selari dengan rujukan al-Quran dan as-Sunnah

Ketiga : Perubahan diri ke arah kebaikan memerlukan usaha-usaha yang beristiqamah dan berkekalan.

Firman Allah Taala di dalam Surah Fussilat ayat 30 dan 31 :

Bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakannya”.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...