Tak bererti kita tak call orang tu kita tak ingat kat dia, tak bermakna kita tak tegur dia kita tak sayang kat dia, tak bermaksud kita tak rapat dgn dia kita tak pernah fikir cara untuk merapatkan diri dengan dia.
Kadang kala orang yang jauh beribu batu dengan kita, orang yang jarang call kita, orang yang jarang senyum dgn kita, orang yang kita jarang jumpa, adalah mereka yg selalu ingat kat kita.
Bersangka baiklah dengan Allah, bersangka baiklah dengan mereka terutama mereka yang bersangka baik dengan Allah.
Salah faham adalah lumrah dalam hidup manusia. Tak semua orang boleh baca apa yang tersirat dalam hati kita, kalau kita tak luahkan masakan mereka tahu, tak boleh expect orang nak go after us each time,
sebab kadangkala orang tu assume yang kita tak mahu diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dgn soalan-soalan walaupun sekadar bertanya kabar untuk menguji sejauh mana orang itu ikhlas bersahabat dengan kita adakah dia hanya sahabat ketika ketawa
atau dia sahabat ketika mengalir air mata
memang susah nak meluahkan sesuatu terutama pada mereka yg kita tidak percaya tapi tak salah kalau kita membuang perasaan malu dan bercerita mungkin mereka dah tahu cerita kita sebelum kita ceritakan lagi tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri sebab nanti kalau silap tanya mereka akan dikata busy body walhal mereka hanya mahu membantu apa yang terdaya
hidup manusia terlalu complicated bagi mereka yang menganggap hidup ini complicated dan hidup ini mudah bagi mereka yang menganggap hidup ini mudah.
Manusia itu bersifat ikhtiariah. Boleh memilih apa yang dia mahu sebab dia ada akal
andai kita pilih untuk hidup dengan mudah maka kita akan dapat hidup dengan mudah dan andai kita pilih untuk hidup susah maka kita akan dapat untuk hidup susah
andai kita pilih untuk hidup sebagai pejuang maka kita akan berusaha untuk hidup sebagai pejuang
Allah sayangkan kita, Dia turunkan panduan Al-Quran dan As-sunnah hanya mereka yg berakal akan menggunakannya dan mereka inilah yang mendapat petunjuk. ukhuwwah fillah abadan abada.
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia. Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih. Allah SWT sudah menghitung airmatamu.
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja. Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu. Ketika kau merasa sendirian dan menunggu teman-temanmu menelefon. Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau fikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Allah SWT mempunya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan. Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan. Allah SWT sedang berbisik kepadamu. Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur. Allah SWT telah memberkatimu. Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban. Allah SWT telah tersenyum padamu. Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi. Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap.
Allah SWT TAHU. Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membu at yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
No comments:
Post a Comment