Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Thursday, January 20, 2011

Siri Khutbah jumaat : Generasi Rabbani

GENERASI RABBANI
21 JANUARI 2011

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita pertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. dengan menjunjung tinggi segala yang diperintahkan dan menjauhkan diri dari melanggar larangan Allah yang boleh mengundang kemurkaaanNya. Semoga kebahagiaan dan kesejahteraan menaungi hidup kita di dunia dan Akhirat.

Mimbar yang mulia ini akan membicarakan khutbah bertajuk “Generasi Rabbani”

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Al-Quran adalah kitab Allah yang diturunkan kepada nabi terakhir Muhammad S.A.W. Al-Quran merupakan kitab petunjuk dan panduan bagi seluruh manusia amnya dan orang Islam khasnya.

Ini ditegaskan oleh firman Allah dalam ayat ke 2 surah al-Baqarah :

Bermaksud: “Itulah al-Kitab yakni (al-Quran), tiada sebarang keraguan padanya,
diturunkan sebagai petunjuk untuk orang-orang yang bertakwa”.

Allah S.W.T. memuliakan Al-Quran dengan menurunkannya di dalam bulan Ramadan, pada malam al-Qadr. Generasi Islam pertama di kalangan para sahabat tidak lekang dari membaca al-Quran. Mereka membaca, menghafal dan seterusnya menghayatinya di dalam kehidupan harian.

Begitulah juga generasi tabi’in dan generasi selepasnya. Imam Syafie ketika umurnya 7 tahun sudahpun khatam al-Quran. Dalam usia 20 tahun sudah mampu mengeluarkan fatwa berkenaan fiqh untuk masyarakat Islam ketika itu.

Sejarah Islam juga memaparkan ramai tokoh muda yang banyak memberikan sumbangan kepada tamadun Islam. Sebagai contoh Tariq bin Ziyad dalam usia yang muda mampu menguasai al-Quran dan menghafalnya bahkan telah diberi kepercayaan memimpin tentera Islam Kerajaan Umayyah untuk membuka negara Sepanyol.

Namun umat Islam kini khususnya generasi muda jauh bezanya dengan para sahabat dan generasi terdahulu. Generasi solihin terdahulu memenuhi ruang masa mereka dengan bacaan, hafalan dan menghayati makna al-Quran.

Sebaliknya, sebahagian besar anak-anak muda kini leka dengan telefon bimbit yang canggih, permainan video, berseronok dengan internet dan laman-laman lucah, berhibur dengan muzik yang melalaikan, merempit dan sebagainya, sehingga mereka mengabaikan mereka tanggungjawab terhadap al-Quran.

Sidang Jemaah yang Dirahmati Allah,

Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T. Memberikan pendidikan agama kepada anak-anak adalah tanggungjawab setiap ketua keluarga. Ibubapa hendaklah memastikan anak-anak mampu membaca al-Quran dengan baik sejak kanakkanak lagi. Sekiranya tidak mampu mengajar sendiri maka wajiblah dihantar kepada orang yang boleh membimbingnya.

Menurut Prof. Dr. Yusof Al-Qaradhawi “membiarkan anak dalam keadaan tidak belajar sehingga tidak boleh membaca al-Quran adalah satu kesalahan besar dalam agama”.

Ibu bapa yang perihatin dengan al-Quran sahaja yang akan memastikan anakanak mempelajari dan membaca al-Quran dengan betul. Ibu bapa juga mestilah memastikan setiap rezeki yang disuapkan ke dalam mulut anak-anak adalah daripada sumber yang halal dan disediakan dengan cara yang betul dari segi kesucian dan kebersihannya.

Makanan yang halal lagi suci menjadi kekuatan rohani kepada anak-anak untuk mendekatkan diri kepada al-Quran, mempelajari, membaca, menghafal dan seterusnya menghayatinya dalam usaha menjadi generasi al-Quran.

Sebaliknya makanan yang haram dan syubhah akan mengotorkan jiwa ibu bapa dan anak-anak. Jiwa yang kotor pasti menjauhkan diri daripada petunjuk al-Quran dan mendorong kepada perlakuan mungkar.

Benarlah firman Allah dalam ayat ke 53 surah Yusuf :

Bermaksud : “Sesungguhnya jiwa yang kotor akan mendorong seseorang kepada perlakuan jahat melainkan apa yang dirahmati oleh Tuhanku,sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Perlu diingat, bahawa membaca al-Quran adalah ibadah. Allah S.W.T. menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda kepada orang yang membaca al-Quran. Ini dinyatakan secara jelas hadis yang diriwayat oleh Al-Tirmizi daripada Abdullah bin Mas‘ud bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

Bermaksud : “Sesiapa membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya pahala kebaikan yang digandakan sehingga sepuluh gandaan. Aku tidak kata alif lam mim itu satu huruf tapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”.

Pembaca al-Quran bukan setakat dijanjikan pahala yang besar bahkan diberi jaminan bahawa al-Quran itu akan menjadi syafaat terbesar baginya di akhirat kelak. Imam Muslim meriwayatkan hadith daripada Abu Umamah al-Bahiliy, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :

Bermaksud : “Bacalah Al-Quran, sesungguhnya al-Quran itu akan datang sebagai pemberi syafaat di akhirat nanti”.

Alangkah besar ganjaran yang disediakan oleh Allah S.W.T. di akhirat nanti kepada ibu bapa yang bersusah payah mendidik anak-anak sehingga berupaya membaca al-Quran dengan baik apatah lagi menghafalnya. Apalah ertinya mempunyai seorang anak yang berjaya dan sibuk dengan kerjayanya tetapi langsung tidak tahu membaca al-Quran.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita membina generasi yang celik dan menghayati al-Quran. Tanpa al- Quran kita pasti akan menghadapi pelbagai masalah terutamanya krisis sosial yang bakal mengancam masa depan Islam anak-anak kita.

Jiwa yang tidak terdidik dengan ayat-ayat suci al-Quran akan menjadi jiwa yang keras, degil dan sombong yang akhirnya akan berpaling daripada petunjuk Ilahi. Natijahnya Allah timpakan perasaan keluh kesah dan tidak tenteram lantaran
jauhnya rahmat Allah.

Firman Allah S.W.T. ayat 124, surah Taha:

Bermaksud : “Dan sesiapa yang berpaling daripada petunjukKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari Kiamat kelak dalam keadaan buta”.

Kesimpulan yang boleh diambil daripada khutbah hari ini ialah :

Pertama : Al-Quran hendaklah dijadikan panduan hidup dengan membaca, menghayati makna dan pengajarannya serta melaksanakan perintah yang terkandung di dalamnya.

Kedua : Ibubapa mestilah serius dalam memastikan anak-anak mampu menguasai al-Quran dengan baik.

Ketiga : Al-Quran memberi amaran bahawa meninggalkan petunjuk al- Quran bakal menjauhkan rahmat Allah dan dijanjikan azab di akhirat kelak.

Firman Allah di dalam surah al-Isra’ ayat 9:

Bemaksud : “Sesungguhnya Al-Quran ini membimbing manusia kepada jalan hidup yang terbaik dan ia juga memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang melakukan amalan soleh bahawa bagi mereka ganjaran pahala yang sangat besar”.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...