Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Monday, May 31, 2010

Laman web Yahudi yang menyesatkan

www.answering-islam.org

www.aboutislam.com


Websites di atas telah sengaja dibuat oleh kaum Yahudi yang senantiasa menyebarkan pemahaman yang salah tentang Al-Qur'an, Hadits dan Islam .

Sekali lagi, mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh saudara Muslim di dunia. Selalu waspada,teliti dan peka terhadap semua sumber informasi tentang Islam yang ada di beberapa laman web mengenai Islam, meskipun kelihatannya sungguh meyakinkan.

Sunday, May 30, 2010

….FALSAFAH CINTA....


J Jika cinta sudah tiada di dalam hati kita, tandanya salah satu nikmat Allah telah tercabut daripada kita. Sedangkan cinta salah satu nikmat teragung daripada Allah terhadap hamba-hambanya. Jika kita sudah tidak dapat menghargai cinta, itu tandanya nilai kemanusiaan kita sudah mula terhakis. Ketiadaan cinta di hati kita bakal merubah seluruh kehidupan kita.

J Orang yang tiada perasaan cinta ialah orang yang telah kehilangan motivasi dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung insan-insan berlawanan. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan

J Suburkanlah rasa cinta sebagaimana ia bermula sentiasa. Saat bermulanya cinta adalah rasa teragung yang dirasai oleh setiap manusia. Inilah rasa yang tiada perkataan dapat menceritakan. Takala cinta itu benar-benar menjadi, motivasi yang terhebat. Andainya lautan api direntangkan ditengah-tengah, masih sanggup direnangi untuk menggambarkan betapa cinta begitu bermotivasi dan perlu bukti.

J Tiada lagi rasa yang teragung kecuali cinta. Cinta melambangkan kegembiraan, keseronokan, kepuasan, kenikmatan dan semua rasa yang muluk-muluk dan sukar digambarkan dengan perkataan. Manusia yang beruntung adalah manusia yang meniti di atas cinta, memperoleh cinta untuk menyedari kedudukan sebagai insan kerdil di bawah kebesaran Ilahi.

J Cinta yang murni adalah pemangkin kepada kehidupan yang penuh kebahagiaan. Sebagaimana ia bermula, cinta seharusnya berkekalan sedemikan rupa sehinggalah ke penghujungnya. Cinta tidak harus dinodai dengan perlakuan-perlakuan kejam, tidak bermoral dan juga mencarik kesucian cinta itu sendiri, kebahagiaan adalah jawapan untuknya.

J Kejayaan sesebuah perhubungan memang banyak bergantung kepada sudi dan murni cinta yang dipermodalkan. Selama mana cinta dapat dipertahankan pada kedudukannya, selama itu kebahagiaan menjadi penghias yang terindah. Apabila cinta sudah tidak dihargai, kehidupan akan berpaling kepada tahap yang terendah. Jawapannya derita tanpa penyudah.

J Tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran, cinta sudah ada dalam setiap insane. Cinta sudah dibekalkan sebagai modal termahal untuk dirasai dan diberikan kepada insan berhak. Meniti di atas cinta beerti meniti di atas bahagia.

J Tiada lagi suatu rasa pun yang boleh memotivasikan manusia kecuali rasa cinta dan bahagia. Dengan cintalah gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagialah lembah kelihatan cetek untuk dituruni. Dengan cinta dan bahagialah matlamat kehidupan insan menjadi sempurna. Tanpa kedua-duanya semua semua kelihatan tercabut dari sasarannya.

J Cinta ibarat cayaha, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tak perlu mengorbankan kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa dan beriman malah berperibadi mulia.

J Cinta yang murni sentiasa mampu memandu manusia melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta telah membuat manusia bangkit membina kehidupan yang terbaik. Alangkah bodohnya orang yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan.

J Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasikan. Jika diberikan kepada seseorang ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untuknya. Jika dijelmakan dalam rumahtangga jawapannya adalah kerukunan dan persefahaman yang berpanjangan.

….BEGITULAH SEHARUSNYA CINTA….

Wednesday, May 19, 2010

5 SYARAT UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.

Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

1.Ibrahim bin Adham berkata,

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata,

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya? "

2. "Yang kedua," kata Ibrahim,

"Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, "

Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya? "
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

3. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab,

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata,

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

4.Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya;

Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,

"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,

lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

5.Ibrahim pun menjawab,

"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.

Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Wallahua'lam"

Berpeganglah Pada Tali Allah

Berpeganglah Pada Tali Allah

Sebagai pembuka bicara, mari kita renungkan secara mendalam akan surah Ali Imran, ayat 103:

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."

Hakikat Tali
Tali digunakan untuk membantu dan meringankan bebanan kita dalam melakukan beberapa pekerjaan seperti menggunakan tali pancing untuk memancing ikan. Ianya juga di perlukan dalam usaha melindungi dan menjaga kita dari terjatuh ke dalam gaung ataupun hanyut di bawa arus ketika sampan berlabuh.

Sebelum kita mengupas dengan lebih mendalam, hendaklah kita mengetahui beberapa ciri bagi tali seperti dibawah:
1.Tali adalah lurus
2.Tali di buat dengan beberapa utas tali yang lebih kecil yang di pintal
3.Tali adalah sesuatu yang kuat
4.Tali mudah putus jika tidak di uruskan dengan baik.
5.Dua tali tidak boleh di pegang serentak oleh manusia

Tali Adalah Lurus

Setiap tali apabila ianya dalam keadaan menegang mempunyai ciri lurus. Itulah hakikatnya tali Allah. Apabila kita berpegang teguh pada tali Allah yang lurus, kita akan di bawa terus menuju ke arah-Nya (kerana ianya adalah lurus) dengan syarat kita tidak berpegang kepada tali-tali lain yang di buat hasil dari tipu-daya syaitan dan Iblis.
Tali di buat dengan beberapa utas tali yang lebih kecil yang di pintal
Tali Allah merupakan satu tali yang mempunyai pintalan-pintalan tali lain yang menjadi asas seperti Rukun Iman dan Rukun Islam. Ianya juga termasuk perintah dan larangan Allah dan Rasul-Nya.

Sekiranya setiap dari perintah dan larangan Allah dan Rasul-Nya beserta segala rukun di pintal dengan kemas serta teliti tanpa ada ruang bagi unsur lain menyelit di celah pintalan itu seperti amalan bida'ah dan syirik, insya-Allah tali yang kita berpegang itu tidak akan mengecewakan kita dan membawa kita ke lembah kehancuran.

Kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat sekiranya tali yang kita berpegang itu mengikut apa yang di syaratkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Justeru itu, hendaklah kita pastikan bahawa tiada ruang di celah tali kita untuk unsur lain menular masuk dan lantas melemahkan serta memutuskan tali kita dengan Allah.

Tali adalah sesuatu yang kuat

Di sebabkan tali diperbuat dari pintalan-pintalan tali kecil, ianya menjadi kuat. Ianya ibarat ranting kayu. Sekiranya ranting-ranting kayu dikumpulkan maka usaha untuk mematahkannya adalah sukar. Sama juga kepada tali. Lagi banyak pintalan tali kecil yang kita gunakan, bertambah kuatlah tali itu. Begitu juga dengan tali Allah yang kita berpegang padanya.

Tali itu akan menjadi bertambah kuat sekiranya kita memasukkan amalan-amalan sunat yang lain bagi memantapkan lagi segala amalan yang wajib yang telah kita usahakan. Insya-Allah segala usaha kita akan di balas dengan sebaik-baik balasan di akhirat kelak.

Tali mudah putus jika tidak di uruskan dengan baik

Setiap tali hendaklah di jaga agar ianya sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk di gunakan. Tali hendaklah di teliti agar tiada kesan-kesan bahawa ianya akan putus. Sekiranya kita menjumpai kesan-kesan tersebut, kita hendaklah berusaha membaiki tali tersebut.

Begitu juga dalam urusan menjaga tali Allah. Sekiranya terdapat rukun-rukun ataupun perintah dan larangan Allah dan Rasul-Nya yang tidak kita jaga, lama-kelamaan tali Allah akan putus. Terputusnya tali Allah inilah yang mengakibatkan seseorang itu boleh murtad dan melakukan syirik kepada Allah.

Kita hendaklah berusaha memastikan bahawa kesemua unsur yang terdapat pada tali Allah di jaga dengan baik bagi tujuan keselamatan kita di dunia dan di akhirat.

Dua tali tidak boleh di pegang serentak oleh manusia

Hanya tali Allah sahaja yang mampu menyelamatkan manusia. Justeru, tiada tali lain yang boleh membantu memberi kesejahteraan kepada manusia.

Sebagai contoh apabila seseorang berpegang kepada satu tali untuk menyelamatkan dirinya dari terjatuh ke dalam gaung yang dalam, dia akan berpaut pada tali tersebut sekuat hati dengan menggunakan tangan dan kakinya. Akan tetapi sekiranya dengan tiba-tiba ada tali lain yang diturunkan (tali ini tidak kukuh dan mudah putus) dan beliau pun berpegang kepada tali tersebut, maka pegangan beliau kepada tali yang pertama sudah goyah.

Dan sekiranya ditakdirkan angin kuat datang melanda dengan tiba-tiba, ada tiga kemungkinan yang akan terjadi iaitu kemungkinan pertama dia akan jatuh disebabkan pegangannya pada kedua tali tidak kukuh.

Kemungkinan kedua ialah dia akan terus berpegang kepada tali yang pertama manakala kemungkinan ketiga ialah dia akan berpegang kepada tali yang baru diturunkan. Akan tetapi tali ini tidak kukuh dan dia akan jatuh juga akhirnya.

Ianya adalah sama terhadap tali Allah. Sekiranya kita sejak lahir lagi telah berpegang teguh pada tali Allah dan kemudiannya kita nampak ada tali-tali lain yang agak menarik penampilannya, kita usah berpegang kepada tali-tali lain kerana ianya tidak kukuh. Sekiranya kita berdegil dan masih berpegang kepada tali selain tali Allah, maka badai kehidupan akan pasti menghancurkan kita.

Justeru itu wahai sahabat sekelian, marilah kita istiqomah mulai saat ini akan senantiasa berpegang kepada tali Allah iaitu agama Islam yang syumul dan sempurna. Janganlah kita tertarik dengan tali-tali lain seperti kemewahan dunia, pangkat, darjat, anak-pinak dan sebagainya kerana ianya bakal membawa kita ke lembah kehancuran.

Semoga Allah membimbing kita di jalan-Nya dan kita istiqomah dan redha dengan tali-Nya. Aamin.

Saturday, May 15, 2010

Sebait Doa Buat Guru


TIka dahulu aku hanya sorang murid...
Aku masih ingat, saat kau memarahiku...
Saat kau merotanku...
Namun aku tak akan lupakan saat kau mendidik aku...
Kaulah yang membentuk ku...
Dan kerana kau, aku kini bergelar guru..

TERIMA KASIH IBU BAPA GURU
.................................................................................................

Terpujilah wahai engkau ibu bapa guru
Namamu akan selalu hidup dalam sanubariku
Semua baktimu akan kuukir di dalam hatiku
Sebagai prasasti terima kasihku
Tuk pengabdianmu
Engkau sabagai pelita dalam kegelapan
Engkau laksana embun penyejuk dalam kehausan
Engkau patriot pahlawan bangsa
Tanpa tanda jasa

Setiap waktu teringat lagu tentangmu membuat hati ini bergolak rindu. Ingin meraih jemarimu dan menciumnya dengan segenap penghormatan dan rasa terima kasih. Karena tanpa ketulusannya, mungkin hari ini kita semua tak kan menjadi seperti ini. Tanpa kesabarannya mungkin banyak diantara kita yang tersesat kehilangan jalan. Ya.. karena dulu berpuluh tahun lalu aku, kami dan kita hanyalah bocah-bocah desa lugu yang tak tahu tentang dunia.

Berhentilah sejenak untuk mengenang para guru tercinta yang telah mengabdikan sebagaian usianya demi mencetak generasi bangsa ini. Orang tua ‘kedua’ yang kadang lebih peduli terhadap masa depan kita dibandingkan para orang tua kandung di kampung halaman saat itu. Mereka sabar dengan ketidaktahuan kita, mereka sabar dengan kenakalan kita, dan mereka pun sabar dengan gejolak masa remaja kita yang kadang kala meledak-ledak. Termasuk barangkalali kita yang saat ini telah sampai di salah satu titik pemberhentian dari titik-titik pemberhentian yang lain menuju cita-cita meraih mimpi dan asa.

Kawan-kawan, sekali lagi sejenak kita kenang mereka, betapa mereka semua telah mengalirkan ilmu berharga dalam sanubari kita, sehingga saat ini kita mampu tegak mandiri. Mampu berdiri sejajar dengan bangsa-bangsa lain tanpa rasa malu dan rendah diri. Sampai-sampai hari ini puluhan bahkan ratusan ribu di antara kita telah berdiam di berbagai negara lain di seluruh dunia.

Kita pun bagai anak-anak ayam yang kini terlatih mengais rezeki sendiri lantaran kesabaran sang induk mengajarkan anak-anaknya mencari makan. Bukan mereka memang yang memberi nasib bagi kita, namun sebab merekalah kini kita mampu bertahan hidup dengan bekal ilmu dan keahlian yang pernah mereka ajarkan kepada kita. Bahkan bisa jadi saat ini sebagian di antara kita telah melesat jauh meraih kesuksesan, mencapai keberhasilan, dan menikmati limpahan materi maupun popularitas. Lebih jauh dari apa yang mereka ‘para guru kita’ mampu nikmati pada hari ini.

Namun, semoga kita tak melupakan mereka yang detik ini tak lagi muda. Yang kulit-kulit mereka tak sekokoh dulu. Rambut-rambut mereka tak selegam saat itu. Dan wajah-wajah mereka pun tak secerah waktu itu. Kini tanpa kita sadari, kulit mereka telah mulai berkerut di sana-sini, rambut mereka juga telah dihiasi helai-helai putih yang semakin menyeruak. Dan wajah mereka terlihat sayu menatap hidup ini yang tak semakin bersahabat.

Bisa jadi periuk mereka hari-ini tak se-mengepul kepulan periuk di dapur kita. Bisa jadi sisa gaji mereka hari ini sudah sekarat untuk sampai lagi ditanggal 1 bulan depan. Dan bisa jadi putra-putri mereka meregang nafas untuk tetap bertahan menikmati pendidikan-pendidikan mereka. Tak sedikit diantara mereka yang hari ini masih setia menaiki sepeda ontel tuanya dikala ratusan bahkan ribuan ‘mantan’ anak didiknya menaiki mobil-mobil mewah yang nyaman.

Sahabat, mari basahi bibir kita untuk mendoakan mereka agar tetap ikhlas menjalani tugas muliannya menjadi guru peradaban. Agar dengan keikhlasan itu pahala dari-Nya mengalir deras sampai akhir masa. Agar rizki mereka berkah dan berkecukupan. Hingga di masa tuanya mereka bangga dan bersyukur telah mencetak puluhan juta tunas-tunas baru yang memakmurkan dan mengharumkan negeri ini.

Do’a ini kami persembahkan untukmu, wahai Ibu - Bapa Guru...

:: aku ambil petikan ini hasil karya seorang anak/murid/guru/insan..buat mereka yg bisa terlupa ::

buat semua yang bisa mendidik ku, membimbing ku dan yang menjadikan aku seorang guru...

Mengorbankan Perasaan

Manusia adalah jenis makhluk yang ada perasaan. Apabila kita menyebut perasaan, ia adalah rasa-rasa yang bertapak di hati nurani dan sarangnya adalah hati daging.
Perasaan-perasaan itu seperti rasa kasih, rasa benci, rasa jijik, rasa simpati, rasa marah, rasa dendam, rasa rindu, rasa malu, rasa megah, rasa sombong, rasa takut, rasa serba salah, rasa berbelah bagi.

Perasaan-perasaan yang merupakan fitrah atau tabiat semulajadi manusia, bukan senang hendak diasuh, dididik, didisiplinkan, dikendalikan dan diurus kerana ia ada yang positif, ada yang negatif. Yang positif hendak dilepaskan, yang negatif hendak ditahan.
Melepaskan yang positif adalah satu pengorbanan.Menahan yang negatif adalah juga satu pengorbanan. Mengorbankan perasaan dianggap satu jihad; jihad batin . Bahkan dia lebih besar lagi daripada jihad-jihad benda-benda yang lahir seperti mengorbankan tenaga, harta dan nyawa. Jihad yang lahir tidak akan boleh berlaku kalau tidak bermula daripada jihad yang batin. Dari yang batinlah mencetuskan yang lahir. Kalau yang batin tidak mampu hendak di korbankan sudah tentu yang lahir ikut serta, sudah tentu tidak sanggup dikorbankan. Yang sebenarnya pengorbanan yang lahir itu, ia adalah merupakan implimentasi dari pengorbanan yang batin. Dengan kata-kata yang lain, pengorbanan yang lahir itu adalah buah daripada pengorbanan yang batin iaitu pengorbanan perasaan.
Perlu diingat, untuk mendapatkan keredhaan Allah Taala perlukan pengorbanan. Tidak ada pengorbanan, tidak ada keredhaan. Tidak ada pengorbanan adalah `nonsence`. Tidak ada pengorbanan adalah angan-angan. Tidak ada pengorbanan, tidak akan ada kejayaan untuk dunia dan Akhirat.

Mengorbankan perasaan, amat susah hendak dilakukan. Sungguh perit dan sakit. Sungguh tercabar dan menyusahkan. Saya bawa beberapa contoh:
1. Kita kasih dan sayang pada suami kita. Kita suka dia duduk di rumah sahaja untuk membelai kita. Apakah mudah kasih sayang kita itu hendak kita korbankan untuk membenarkan dia berjuang di luar rumah. Untuk dia menunaikan kewajipan kepada Tuhan di luar rumah hingga terpisah daripada kita beberapa ketika.
2. Kita sayang sangat dengan suami kita. Apakah mudah kita hendak korbankan kasih sayang kita untuk dibahagi sedikit kepada orang lain dengan membenarkan suami kita berkahwin lagi. Agar suami kita itu dapat dikongsi kasih sayangnya dengan orang lain.
Lebih lanjut lagi mari kita datangkan contoh yang lain.
3. Kita marah kepada seseorang. Bolehkah kita korbankan perasaan marah itu hingga kita boleh memberi maaf atau meminta maaf kepada orang itu. Sanggup memberi maaf atau meminta maaf ertinya kita sanggup mengorbankan perasaan ego atau sombong kita.
4. Contoh yang lain kita sayang sangat dengan harta kita. Perasaan sayang dengan harta itu kita korbankan dengan cara harta kita itu kita infakkan kepada jalan Allah. Perasaan itu sudah tentu menyeksakan kita.
5. Selanjutnya contoh yang lain, perasaan ingin berehat. Ingin bersenang-senang dan menyenangkan badan. Tiba-tiba ada tetamu datang atau ada jiran yang memerlukan pertolongan kita. Sanggupkah kita mengorbankan perasaan dengan cara kita hormati tetamu atau kita pergi menolong jiran kita yang memerlukan pertolongan kita.
6. Lebih lanjut lagi mari kita datangkan beberapa contoh lagi untuk lebih dapat kita faham tentang pengorbanan perasaan seperti kita diuji dengan berbagai-bagai ujian, miskin, kemalangan, bencana alam. Sudah tentulah hati kita susah. Begitulah perasaan kita di waktu itu. Kalau kita tidak boleh menahan atau mengorbankan perasaan kita, sudah tentu kita keluh-kesah, risau. Fikiran berserabut atau tidak menentu hingga memberi kesan di sudut kehidupan kita yang lain. Bahkan boleh menyusahkan orang lain. Sedangkan masalah tidak selesai juga. Bahkan boleh menambahkan masalah lagi. Tapi kalau kita sanggup mengorbankan perasaan kita itu, timbul ketenangan. Fikiran kita stabil. Membuat kerja-kerja lain tidak terganggu. Orang lain pun tidak dapat kesusahan. Bahkan dengan pengorbanan perasaan kita itu datang simpati orang atau orang pun kasihan.
7. Seterusnya kita datangkan lagi contoh-contoh. Kita orang kaya atau berilmu atau berpangkat besar dan berkuasa. Sudah tentu perasaan kita berbunga. Perasaan sombong pun datang. Perasaan megah pun ikut tiba. Kalau kita tidak korbankan perasaan yang telah disebutkan tadi, berapa ramai orang yang tersinggung. Berapa banyak orang yang terzalim. Entah berapa ramai yang mendapat susah. Sudah tentu lahir `side effect`nya. Iaitu orang benci, masyarakat marah. Mungkin ada orang yang berdendam dan bertindak menyusahkan orang itu. Akhirnya kedua-dua pihak tidak selamat. Kedua-dua pihak mendapat kesusahan.

Tapi kalau sikaya atau yang berilmu tadi atau yang berpangkat besar dan mempunyai kuasa sanggup mengorbankan perasaan yang negatif tadi, ia mempunyai `side effect` yang baik. Datang orang ramai sayang, masyarakat hormat, orang memberi hati dan jiwa. Ertinya sama-sama menerima faedah. Sama-sama mendapat kasih sayang sama-sama harmoni. Itulah dia kelebihan mengorbankan perasaan.

Oleh kerana itu mengorbankan perasaan adalah rahsia segala kebaikan. Dari mengorbankan perasaan itu lahir kasih sayang, lahir kesabaran, lahir simpati, lahir pembelaan, lahir bertolong bantu, lahir ukhuwah, lahir keredhaan. Maka kerana itu, mengorbankan perasaan itu adalah satu jihad. Kerana di sini nafsu terpaksa dilawan. Melawan nafsu lebih besar daripada jihad di medan perang. Kerana itu mengorbankan perasaan itu amat perlu dilakukan. Kalau perasaan tidak sanggup dikorbankan, sifat sabar tidak akan dapat dimiliki. Apatah lagi sifat redha. Tidak sanggup mengorbankan perasaan, kita akan jadi pemarah. Tidak sanggup mengorbankan perasaan, tolak ansur tidak akan wujud. Tidak sanggup mengorbankan perasaan, bertolong bantu, simpati, ukhuwah, harmoni semuanya tidak akan wujud. Ertinya mengorbankan perasaan itu sangat besar ertinya di dalam kehidupan masyarakat atau di dalam kehidupan sesama manusia.

Oleh itu minta selalu kepada Tuhan hidayah dan taufik-Nya agar kita mampu mengorbankan perasaan agar segala perkara yang lahir yang kita miliki dapat kita korbankan demi keredhaan Tuhan.
SEKIAN ( Artikel asal dari
http://kawansejati.ee.itb.ac.id/node/15479 )

Tuesday, May 11, 2010

Guru Malaysia

Ada seorang ibu pernah berkata.. kalau bukan peguam, engineer ataupun doktor janganlah berharap hendak kahwin dengan anaknya... adakah kerjaya sebagai guru ini hina? martabatnya rendah? sedarlah wahai insan, tanpa jasa bakti seorang guru, siapalah peguam, siapalah engineer dan siapalah doktor.. seorang guru bukan terhad kepada guru, malah seorang guru adalah lebih dari itu.. a teacher is an engineer of the mind.. arkitek sahsiah, doktor yang mengubat dari segala penyakit hati seperti sombong dan bongkak... kepada guru-guru sekalian, jasamu ku sanjung tinggi... teruskanlah usaha murnimu dalam membentuk dan membina pewaris generasi yang berakhlak mulia, berjaya dan berjasa...

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Azam Yang Suci

Tersedarku dari lamunan,
Resah sejarah kulupakan,
Ku semaikan benih-benih harapan,
Bersama sejuta impian,

Dengan azam dan keyakinan,
Tempuh cabaran kehidupan,
Terujilah segala ketabahan,
Berikanlah ku kekuatan dan keimanan,

Kumengharapkan kejayaan,
Menanti dihadapan,
Namun hakikat belum nyata,
Harus berusaha,

Suatu hari nanti,
Pasti aku berjaya,
Akan aku buktikan,
Padamu ayahbonda,

Disitu kita lihat, kebenaran hakikat,
Impian jadi nyata, kata telah dikota,
Bukan khayalan dan bukan lakonan,
Tapi inilah kenyataan,

Kerana cita diiringi doa,
Pasti aku akan berjaya.

(Nyanyi ikut rentak suci dalam debu
sesuai untuk lagu motivasi pelajar)

TERIMA KASIH CIKGU

awalan musim menimba ilmu

hanya kau cikgu yang ku kenali

kejujuran dan keikhlasanmu

syahdu jiwaku


setiap detik jua ketika

dianmu tetap terus menyala

jasa baktimu ku sanjung tinggi

terima kasih cikgu


tiap detik jasamu dikenang

ku abadi saban waktu

walau belajar di rantau orang

terimalah sanjunganku


kau seumpama lilin yang membakar diri

kau ku hormati

dengna tulus ikhlas ku lafazkan kata

terima kasih cikgu


Sunday, May 9, 2010

Hadis Pilihan

Dari 'Urwah r.a., bahawasanya dia bertanya kepada 'Aisyah r.a., katanya: "Bagaimana pendapat Ibu tentang firman Allah swt.: "Innash Shafaa wal Marwata min Sya'aairillaah, faman hajjal baita awi'tamara fa laa junaaha 'alaihi an yaththawwafa bihimaa." (Sesungguhnya Safa dan Marwah sebahagian dan lambang-lambang kebesaran Allah. Barangsiapa pergi ke Kaabah menunaikan Haji atau Umrah, maka tidaklah berdosa ia melakukan tawaf antara keduanya." Demi Allah, rupanya tidak berdosa jikalau tidak melakukan tawaf antara Safa dan Marwah. Jawab 'Aisyah, "Jahat benar ucapanmu itu, wahai anak saudaraku! Kalau sekiranya betullah tafsiranmu itu, tentulah tidak berdosa orang yang tidak tawaf antara keduanya. Tetapi ayat ini diturunkan di kalangan orang Ansar. Sebelum mereka memeluk Islam, mereka ihram untuk berhala yang disebut 'Manaat', sedangkan yang disembah mereka terletak di suatu tempat yang disebut Al Musyallal. Maka orang-orang yang ihram untuk berhala itu merasa keberatan tawaf antara Safa dan Marwah. Setelah mereka masuk Islam, mereka bertanya kepada Rasulullah saw. tentang hal itu. Kata mereka, "Ya, Rasulullah! Kami merasa keberatan tawaf antara Safa dan Marwah." Maka turunlah firman Allah swt.: "Innash Shafaa wal Marwata min Sya'airillah" (Sesungguhnya Safa dan Marwah sebahagian dari lambang-lambang kebesaran Allah.). Kata ' Aisyah, "Sesungguhnya Rasulullah saw. telah menjadikan Sunnah tawaf antara keduanya. Kerana itu tidak ada alasan bagi siapa pun untuk meninggalkan tawaf antara keduanya."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0849.

Makna "kami" Dalam Al-Quran



السلام عليكم . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم.لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

Seringkali, orang kufar mencoba mengganggu iman kita dengan bertanya, mengapa Qur’an sering guna kata KAMI untuk ALLAH? Bukankah kami itu banyak? Itu bermakna Qur’an pun mengakui “Tuhan” bapa, “Tuhan” anak & “Tuhan” roh!


Bagaimana kita nak jawab soalan macam ni???

Nombor 1 yg kena diingat ialah, Bahasa Arab ialah bahasa paling sukar didunia. Sedang bahasa paling sukar nombor 2 ialah Bahasa China.

Hal ini disebabkan kerana dalam 1 kata, bahasa arab memiliki banyak makna.

Contoh: Sebuah gender, dalam suatu daerah boleh bermakna lelaki, tapi dalam daerah lain boleh bermakna perempuan.

Dalam bahasa Arab, dhamir 'NAHNU' ialah dalam bentuk jamak yang bererti kita atau kami. Tapi dalam ilmu ‘NAHU’, maknanya tak cuma kami, tapi aku, saya dan lainnya.

Terkadang kita sering terjebak dengan pertanyaan macam ini. Pertanyaan boleh bermula dari tidak tahu, namun banyak pulak para kufar yg berusaha untuk membodohi umat Islam yang ramai tak faham dengan bahasa arab. Pertanyaan seperti ini sering dijadikan senjata melawan umat Islam yang sikit ilmunya.

Tapi bagi mereka yang faham bahasa Arab sebagai bahasa yang kaya dengan makna dan kandungan seni serta balaghah dan fashohahnya, Pertanyaan ini macam lucu dan jenaka.

Bagaimana mungkin aqidah Islam yang sangat logik dan kuat itu mau ditumbangkan cuma dengan bekal logik bahasa yang setengah-setengah.

JIKA MEMANG Jika memang “KAMI” dalam Qur’an diertikan sebagai lebih dari 1, lalu mengapa orang arab yg jauh lagi faham akan bahasa arab tidak menyembah lebih dari 1 ALLAH?

Dalam ilmu bahasa arab, penggunaan banyak istilah dan kata itu tidak selalu bermakna zahir dan apa adanya. Sedangkan Al-Quran adalah kitab yang penuh dengan muatan nilai sastera tingkat tinggi.

Selain kata 'Nahnu", ada juga kata 'antum' yang sering digunakan untuk menyapa lawan bicara meski hanya satu orang. Padahal makna `antum` adalah kalian (jamak).

Secara rasa bahasa, bila kita menyapa lawan bicara kita dengan panggilan 'antum', maka ada kesan sopan dan ramah serta penghormatan ketimbang menggunakan sapaan 'anta'.

Kata 'Nahnu` tidak harus bermakna erti banyak, tetapi menunjukkan keagungan Allah SWT. Ini dipelajari dalam ilmu balaghah.

Contoh: Dalam bahasa kita ada juga penggunaan kata "Kami" tapi bermakna tunggal. Misalnya seorang Guru Besar Sekolah dalam pidato sambutan berkata,"Kami sebagai wakil sekolah berpesan . . . ".

Padahal guru besar hanya dia seorang dan tidak beramai-ramai, tapi dia menggunakan "Kami". Lalu apakah kalimat itu bermakna jika guru besar sebenarnya ada banyak atau hanya satu ?

Kata kami dalam hal ini digunakan sebagai sebuah rasa bahasa dengan tujuan nilai kesopanan. Tapi rasa bahasa ini mungkin tidak biasa diserap oleh orang asing yang tidak mengerti rasa bahasa. Atau mungkin juga karena di barat tidak lazim digunakan kata-kata seperti itu.

Kalau rakan diskusi kita yang christian itu tak boleh faham rasa bahasa ini, harap maklum saja, kerana alkitab bible mereka memang telah kehilangan rasa bahasa. Bahkan bukan hanya kehilangan rasa bahasa, tapi pun kehilangan kesucian sebuah kitab suci.

Seperti yg sudah diketahui ramai orang, alkitab christian merupakan terjemahan dari terjemahan yang telah diterjemahkan dari terjemahan sebelumnya.

Ada sekian ribu versi bible yang antara satu dan lainnya bukan sekedar tidak sama tapi juga bertolak belakang. Jadi wajar bila alkitab christian mereka itu tidak punya balaghoh, logika, rasa dan gaya bahasa. Dia adalah tulisan karya manusia yang kering dari nilai sakral.

Di dalam Al-Quran ada penggunaan yang kalau kita pahami secara harfiyah akan berbeza dengan kenyataannya. Misalnya penggunaan kata 'ummat'. Biasanya kita memahami bahwa makna ummat adalah kumpulan dari orang-orang. Minimal menunjukkan sesuatu yang banyak. Namun Al-Quran ketika menyebut Nabi Ibrahim yang saat itu hanya sendiri saja, tetap disebut dengan ummat.

Sesungguhnya Ibrahim adalah “UMMATAN” yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif . Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan. (QS. An-Nahl : 120)

Sahabat sekalian jika ada orang kufar berani mengganggu iman Islam, maka katakanlah yg HAQ itu HAQ & katakan pulak yg BATHIL itu BATHIL. Sampaikanlah dengan hikmah & cara yg baik.

Qs. 29 Ankabuut: 46. Dan janganlah kamu berdebat denganAhli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...