Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Thursday, May 6, 2010

Ada Apa Dengan Lelaki

Lelaki tulen.


Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan
dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah
laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

Lelaki yang berharga.


Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang
cemburu itu lemah dan cemburu itu
melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa.


Tidak mudah mengalirkan air mata.

Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air
mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana.


Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik.


Wanita menganggap kecantikan lelaki berada
pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian.


Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya
dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas bersih.


Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak
secara berlebihan.

Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik.


Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap.


Segera memberikan kepada wanita apa yang
dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak.


Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah.


Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah
dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi
suasana menekan, kesuntukan masa, atau
cemas.

Lelaki yang berwawasan.


Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang.
Objektif dan cekal dalam mengejar cita-citanya.
Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik.


Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan
agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan.


Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi.


Walaupun mungkin dia tidak menyatakan
kasihnya pada wanita itu.

Suatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan
kasihnya itu.

Lelaki yang ceria.


Boleh berjenaka dan berkongsi cerita.

Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...