Untuk mendekatkan diri kita dengan Tuhan, kita perlu
membaiki diri. Membaiki diri di sini bukan setakat
membaiki yang lahir tetapi yang batin. Memperbaiki diri
batin ialah dengan menyuci dan membersihkan roh dari najisnajis
dan kekotoran-kekotoran yang bersifat maknawi, yang
melekat pada setiap wajah rohani kita sama ada pada akal,
pada hati dan pada nafsu.
Najis akal ialah kesyirikan dan men’syarikat’kan Tuhan
dengan sesuatu yang lain. Ataupun kufur terus terhadap-Nya.
Najis akal termasuk juga segala pegangan kepada fahaman
dan ideologi ciptaan manusia.
Najis hati ialah segala sifat-sifat keji dan mazmumah yang
bersarang di hati. Contoh sifat-sifat tersebut adalah seperti
riyak, sombong, angkuh, tinggi diri, hasad dengki, pemarah,
pendendam dan sebagainya.
Najis nafsu pula ialah segala dorongan yang jahat dan
negatif yang kalau dituruti akan menimbulkan dosa dan
kemurkaan Tuhan.
Apabila roh sudah diperbaiki dan disucikan secara berterusan
atau istiqamah, maka sedikit demi sedikit akan terbukalah
jalan untuk mengenal diri dan seterusnya untuk mengenal
Tuhan. Untuk dapat merasa bertuhan dan merasa kehambaan.
Untuk merasakan bahawa Allah sentiasa wujud di
dalam hidup kita, sentiasa melihat, sentiasa mendengar, sentiasa berperanan dan sentiasa mengetahui akan hal kita lahir
dan batin.
Jalan untuk memperbaiki diri ialah dengan berzikir.
Bermula dari zikir qauli (lidah), zikir fe’li (perbuatan) dan zikir
qalbi (hati). Zikir yang paling agung dan utama sekali ialah solat. Di
dalamnya terkandung segala bentuk zikir, segala bentuk amalan
para malaikat dan segala bentuk amalan para nabi dan rasul.
Di dalamnya kita meminta petunjuk, kita meminta ampun, kita
mengadu, kita berdailog dan kita bermanja dengan Tuhan. Di
dalamnya juga kita memuji, membesarkan dan mensucikan
Tuhan.
Di dalam solat, Allah mendidik kita. Namun demikian, Allah
tidak mendidik semua orang yang mendirikan solat. Allah
hanya mendidik orang-orang yang tertentu sahaja iaitu orangorang
yang khusyuk, tawadhuk dan khuduk di dalam solat.
Allah hanya mendidik orang-orang yang membawa fikiran dan
hati mereka di dalam solat. Iaitu orang-orang yang faham apa
yang mereka perbuat dan faham apa yang mereka lafazkan.
Orang-orang yang dapat menjiwai, menghayati dan merasakan
di hati tentang apa yang mereka buat dan lafazkan di dalam
solat.
Bermula dari takbiratul ihram, (Allahu Akbar), jika difahami
dan dihayati dengan bersungguh-sungguh, maka akan
menimbulkan rasa-rasa tertentu di hati. ‘Allahu Akbar’ dalam
takbir itu bererti ‘Allah Maha Besar’. Ia merangkumkan segala
sifat-sifat Allah yang hebat-hebat seperti sifat Jabbar, Qahhar,
Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Berkuasa, Yang Menghidupkan
dan Yang Mematikan dan yang apabila Dia berkata, “Jadi”
maka jadilah sesuatu itu. Maka dengan takbir itu hati akan
merasa takut, hebat dan gerun dengan Allah. Begitulah Allah
mendidik kita. Apabila kita merasa takut dengan Allah, maka
mudahlah kita menghindarkan diri daripada membuat dosa
dan kemungkaran dan segala apa yang Allah larang. Kita
sentiasa takut akan tersisih dari rahmat keampunan dan kasih
sayang Tuhan.
Namun begitu, jika perasaan takut sahaja yang Allah
campakkan ke dalam hati orang-orang yang mendirikan solat,
maka akan lahirlah hamba-hamba Allah yang sentiasa takut
dan hanya akan berusaha untuk mengelak dari membuat kemungkaran
dan dosa. Tidak ada dorongan untuk mencetuskan
kebaikan-kebaikan yang lain. Oleh itu Allah SWT syariatkan
juga dalam solat supaya dibaca Basmalah iaitu Bismillahirrahma
nirrahim (dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang) terutama pada awal Surah Al Fatihah. Di
dalam mazhab Syafie, Basmalah ini merupakan sebahagian
daripada ayat Al Fatihah yang tujuh dan wajib dibaca dalam
sembahyang.
Kalau Basmalah ini dihayati sungguh-sungguh, kita akan
dapat merasakan betapa pemurah dan penyayangnya Tuhan
yang sentiasa mencurahkan rahmat dan nikmatnya kepada
manusia sama ada yang berbentuk lahiriah atau material,
mahupun yang berbentuk maknawi atau spiritual. Dengan ini
akan timbul rasa cinta dan kasih kepada Tuhan. Rasa cinta ini
akan mendorong kita berbakti dan membuat kebaikan untuk
Tuhan serta berusaha dan berjuang untuk mendapat cinta dan
kasih sayang-Nya.
Kemudian, pada ayat kedua surah Al Fatihah, kita disyariatkan
membaca Alhamdulillah hirrabil alamin (segala
pujian bagi Allah pencipta sekalian alam). Di sini kita memuji
Tuhan sebagai tanda syukur dan terima kasih kita atas segala
rahmat, nikmat dan kebaikan yang telah dikurniakan-Nya
kepada kita.
Jadi kita lihat, di dalam solat itu terkandung berbagai
didikan dari Tuhan yang di antara satu sama lainnya saling
kait-mengait dan kuat-menguatkan. Solat itu ibarat satu siri
atau satu set atau satu modul didikan rohaniah yang lengkap
dan seimbang. Supaya hamba yang mendirikan solat itu
terdidik dan terbina sebagai seorang insan yang seimbang dan
kukuh lahir batinnya. Di samping untuk memupuk sifat takut dan cinta kepada Tuhan, berbagai-bagai lagi didikan terdapat di dalam solat.
Doa yang disyariatkan contohnya, akan meningkatkan dan
menajamkan lagi sifat-sifat hamba yang ada pada kita. Ia akan
menambah pergantungan, menaruh harap dan penyerahan diri
kita kepada Allah.
Mengadu-ngadu kepada Tuhan di dalam solat pula akan
melapangkan dada seseorang hamba kerana telah menyerah
kan segala beban masalahnya kepada Tuhan untuk diselesaikan.
Begitulah caranya Allah mendidik hamba-hamba-
Nya yang ikhlas, khusyuk, tawadhuk dan khuduk di dalam
mendirikan solat dengan berbagai didikan yang bermula dari
takbiratul ihram hinggalah kepada salam.
Salam Alaikum
BismillÃh HirRohmaanir Rohimm
Kata Hikmah AM
~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~
biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..
yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"
Ahli Jemaah
Network Blogger
Demi Masa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.
There’s No Copyright In Islam
No comments:
Post a Comment