Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Saturday, May 8, 2010

Ikhlas Niat

Maksud ikhlas niat :

-Amal hanya untuk dapatkan keredhaan Allah

All practices purely to seek the pleasure of Allah

إِن تُبْدُواْ الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاء فَهُوَ خَيْرٌ لُّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.[Al Baqarah :271]

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرّاً وَعَلاَنِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ

Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.[Al Baqarah:274]

Didalam kedua2 ayat ini telah di puji pemberian sedekah secara sembunyi dan juga dengan cara terang terangan.dalam banyak hadith ada ayat2 Quran ‘riya yakni amalan untuk menunjuk nunjukkan kapada orang.Telah di cela dan telah diberitahu sebagai syirik dan bahwa dengan segala kebajikan itu akan terhapus dan dosa pula diperolehi.Oleh itu kenalah kita fahami amalan untuk menunjuk nunjuk kapada orang adalah satu perkara lain.Tidak semestinya satu amalan yang dilakukan terang terangan itu menjadi riya;Bahkan riya adalah satu amaln yang dilakukan untuk kebesaran diri,kerana kemasyuran diri,dan untuk menzahirkan kesempurnaan diri sendiri.dan untuk menghasilkan kemuliaan untuk diri sendiri.

-Sesungguh nya Allah tidak menerima satu satu amalan kecuali yang dilakukan dengan ikhlas

(Abu Amamah/ hr Nasai 3142/ 11mh)

(Anas bin Malik/ hr Thabrani/ sohih 10-635/ 57mh)

Periksa Niat;

Sesungguhnya keikhlasan itu saja yang di pentingkan disisi Allah s.w.t. amalan-amalan manusia akan di nilai menurut keikhlasan mereka masing masing.Menurut tinjauan ulama ulama tafsir hakikat keikhlasan itu ialah supaya perbicaran manusia dapat disesuaikan dengan amalannya. Di terangkan dalam sabuah hadith bahawa yang menegah manusia itu daripada melakukan kemaksiatan itulah keikhlasan yang sebenarnya.

Dalam kitab bahjatul Nufus ada di ceritakan bahwa ada seorang raja yang paling zalim lagi kejam. Ada sekali dibawa minuman keras untuk raja itu dengan sebuah kapal. Dengan tak semena mena muncullah seorang hamba Allah dikapal itu, lantas ia memecahkan tempayan2 yang berisi minuman2 keras itu. Hanya satu tempayan saja ditinggalkannya. Dikapal itu tiada saorang pun yang berani menegah perbuatannya itu. Orang ramai yang berada dikapal itu teperanjat benar manakala peristiwa itu berlaku kerana bimbangkan kekejaman dan kezaliman raja itu. ”sungguh berani orang itu berbuat demikian., kata mereka. peristiwa itu disampaikan kapada raja tadi.pada mula mulanya raja turut teperanjat kerana perbuatan yang ganjil itu,katanya “mengapa ia berani berbuat demikian?”jawabnya,Aku bertindak demikian kerana desakan hatiku. Jika aku bersalah perbuatlah terhadap hamba ini apa saja yang kamu suka. ”lalu ditanya kembali kepadanya, “baiklah kalau begitu kenapa kamu tinggalkan yang satu tempayan ini?’ ia menjawab “dahulu aku memecahkan tempayan2 yang berisi minuman keras itu kerana desakan kegairahan terhadap agama islam, kemudian apabila tinggal hanya satu saja maka hati ku menjadi gembira dan bangga kerana aku berjaya membasmi perbuatan yang keji itu, kini jika aku memecahkan tempayan yang satu lagi, maka munkinlah yang ditinggalkan itu menjadi kerana hatiku sendiri, lantaran itulah aku tinggalkan nya. ”Lantas siraja berkata,”biarkanlah dia kerana dia didominasi oleh satu kuasa yang luar biasa”

-selalulah menceritakan atau memperkatakan akan pentingnya ikhlas dalam amalan dan berdoa terhadap Allah supaya kita perolehi hakikat keikhlasan itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...