J Jika cinta sudah tiada di dalam hati kita, tandanya salah satu nikmat Allah telah tercabut daripada kita. Sedangkan cinta salah satu nikmat teragung daripada Allah terhadap hamba-hambanya. Jika kita sudah tidak dapat menghargai cinta, itu tandanya nilai kemanusiaan kita sudah mula terhakis. Ketiadaan cinta di hati kita bakal merubah seluruh kehidupan kita.
J Orang yang tiada perasaan cinta ialah orang yang telah kehilangan motivasi dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung insan-insan berlawanan. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan
J Suburkanlah rasa cinta sebagaimana ia bermula sentiasa. Saat bermulanya cinta adalah rasa teragung yang dirasai oleh setiap manusia. Inilah rasa yang tiada perkataan dapat menceritakan. Takala cinta itu benar-benar menjadi, motivasi yang terhebat. Andainya lautan api direntangkan ditengah-tengah, masih sanggup direnangi untuk menggambarkan betapa cinta begitu bermotivasi dan perlu bukti.
J Tiada lagi rasa yang teragung kecuali cinta. Cinta melambangkan kegembiraan, keseronokan, kepuasan, kenikmatan dan semua rasa yang muluk-muluk dan sukar digambarkan dengan perkataan. Manusia yang beruntung adalah manusia yang meniti di atas cinta, memperoleh cinta untuk menyedari kedudukan sebagai insan kerdil di bawah kebesaran Ilahi.
J Cinta yang murni adalah pemangkin kepada kehidupan yang penuh kebahagiaan. Sebagaimana ia bermula, cinta seharusnya berkekalan sedemikan rupa sehinggalah ke penghujungnya. Cinta tidak harus dinodai dengan perlakuan-perlakuan kejam, tidak bermoral dan juga mencarik kesucian cinta itu sendiri, kebahagiaan adalah jawapan untuknya.
J Kejayaan sesebuah perhubungan memang banyak bergantung kepada sudi dan murni cinta yang dipermodalkan. Selama mana cinta dapat dipertahankan pada kedudukannya, selama itu kebahagiaan menjadi penghias yang terindah. Apabila cinta sudah tidak dihargai, kehidupan akan berpaling kepada tahap yang terendah. Jawapannya derita tanpa penyudah.
J Tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran, cinta sudah ada dalam setiap insane. Cinta sudah dibekalkan sebagai modal termahal untuk dirasai dan diberikan kepada insan berhak. Meniti di atas cinta beerti meniti di atas bahagia.
J Tiada lagi suatu rasa pun yang boleh memotivasikan manusia kecuali rasa cinta dan bahagia. Dengan cintalah gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagialah lembah kelihatan cetek untuk dituruni. Dengan cinta dan bahagialah matlamat kehidupan insan menjadi sempurna. Tanpa kedua-duanya semua semua kelihatan tercabut dari sasarannya.
J Cinta ibarat cayaha, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tak perlu mengorbankan kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa dan beriman malah berperibadi mulia.
J Cinta yang murni sentiasa mampu memandu manusia melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta telah membuat manusia bangkit membina kehidupan yang terbaik. Alangkah bodohnya orang yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan.
J Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasikan. Jika diberikan kepada seseorang ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untuknya. Jika dijelmakan dalam rumahtangga jawapannya adalah kerukunan dan persefahaman yang berpanjangan.
….BEGITULAH SEHARUSNYA CINTA….
No comments:
Post a Comment