Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Thursday, April 28, 2011

Perjalanan Haji Dan Umrah

Kaabah Pictures, Images and Photos



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

Selepas perjalanan sebelum ini, yakni perjalanan Jihad Fisabilillah, akhirnya kita sampai ke perjalanan yang kelima dan terakhir iaitu perjalanan Haji dan Umrah. Selain menunaikan haji bagi menyempurnakan rukun Islam, dan umrah sebagai sunnah, ianya juga merupakan perlajanan di muka bumi Allah untuk seorang hamba mendekatkan diri dengan Sang Pencipta dengan menjadi tetamu di rumahNYA.

Allah adalah Tuhan yang Maha Esa, Raja Hari pembalasan dan Maha Pencipta, oleh sebab itu, agama yang diturunkan juga mestilah 1 bersesuainya dengan SifatNYA yakni Allah Maha Esa. Maka, apabila agama yang diturunkan melebihi dari 1, ini bermakna bahawa Tuhan tidak konsisten (tetap) dalam membimbing manusia yakni hambanya untuk menjadi hambaNYA yang benar. Walaupun para utusan yakni Nabi dan Rasul adalah ramai, tetapi mereka membawa kalam yang sama dan matlamat yang sama iaitu untuk menyeru manusia agar menyembah Allah yang satu. Salah satu daripada seruanNYA adalah ibadah haji dan umrah yang mengabdikan sejarah perjuangan Nabi Allah Ibrahim alaihisalam sewaktu menyampaikan misi kenabiannya. Ibadah ini menjadi bukti misi yang dibawa oleh Nabi Allah, Rasul Junjungan Mulia, Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam merupaka kesinambungan yang telah diajar oleh Nabi Ibrahim Alaihi Salam.

Melalui ibadah haji dan umrah ini, Allah memberi peringatan kepada manusia agar sentiasa berada dan berpegang kepada agama tauhid yang benar. Melalui ibadah haji dan umrah juga, kita dibawa untuk menyaksikan bukti-bukti sejarah umat terdahulu dimana sama-sama diseru untuk mengesakan Allah dan menyaksikan kebesaran Allah. Selain itu, ibadah haji juga secara tidak langsung membuatkan seseorang itu mengenal diri sendiri, dan bagaimana seharusnya perlakuan seseorang di hadapan Allah. Ibadah haji dan umrah membimbing manusia supaya memiliki keperibadian seperti Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail.

haji dan umrah merupakan aktiviti keagamaan untuk mengajar manusia erti kehidupan dan kematian, kelembutan hati, keteguhan iman, pengorbanan dalam kehidupan dan bagaimana menghindarkan diri daripada gangguan dan godaan iblis laknattullah. Sewaktu menjalani ibadah haji dan umrah, Allah menyajikan hambanya dengan makanan atau hidangan rohani (batiniah) yang menampakkan nur-nur islamiyah selepas selesai melaksanakan ibadah ini. Hidangan rohani ini sengaja Allah hidangkan kepada tetamunya yang dibanggakanNya dihadapan para Malaikat. Ini juga membuka jalan atau peluang bagi manusia untuk menemui Tuhan. Supaya lebih jelas ibadah haji dan umrah membuka jalan menemui Allah, kita perlu perhatikan makna yang terdapat dalam perlaksanaan ibadah itu.


Makna Ibadah Haji Dan Umrah

1. Latihan memenuhi panggilan Tuhan.

Perkara yang tidak boleh dinafikan oleh manusia ialah semasa mereka dipanggil untuk menghadap Sang Pencipta untuk dipertanggungjawabkan semua perbuatan mereka di dunia. SeruanNYA tidak mengira masa, malah tiada siapa yang tahu bila datangnya seruan bagi mereka. Ianya datang tanpa diduga dan adakalanya ianya boleh melahirkan ketakakutan tersendiri. Panggilan inilah yang kita panggil "kematian". Supaya kita bersedia, pelbagai latihan diperlukan supaya kita terbiasa dengan panggilan tuhan sehingga tibanya waktu dimana kita benar-benar. akan dipanggil untuk menghadapi kematian. Dalam konteks ini, ibadah haji dan umrah adalah salah satu ibadah yang ketara dan yang luar biasa. Semasa mengerjakan ibadah haji dan umrah, pada hakikatnya seseorang itu sedang memenuhi panggilan Tuhan. Tuhan Memanggil manusia supaya datang menziarahiNYA di Baitullah. Tuhan ada menyebut dalam Quran surah Al-Anfal ayat 24

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

2. Mendahulukan Tuhan Dari Segalanya

Tahukah anda, apabila seseorang pergi untuk menunaikan haji, orang itu telah meninggalkan semua yang dimiliknya, suami mahupun isteri yang dikasihi, kedua orang tua mereka, anak-anak dan harta benda. Malah, mereka juga meninggalkan segala aktiviti harian mereka yang menyenangkan, seperti perniagaan yang memberikan keuntungan, aktiviti sosial yang memberikan peluang memperoleh status sosial yang tinggi serta aktiviti lain. Semua itu ditinggalkan bagi memenuhi panggilan Tuhan. Mereka lebih mengutamakan Allah daripada yang lain. Tuhan ada menyebutkan dalam surah At-Taubah ayat 24

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Yang Bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

3. Lebih mengutamakan kehidupan akhirat

Pada hakikatnya, kehidupan manusia bukan sahaja di dunia. sesungguhnya dunia itu diciptakan untuk manusia, namun manusia diciptakan untuk syurga dan neraka. Dan bila tibanya hari kedatangan, dunia akan musnah maka bermulalah kehidupan yang abadi. Keberadaan akhirat tidak hanya diketahui dengan keterangan-keterangan daripada Quran dan Hadis, tetapi juga dapat ditemukan melalui kecenderungan pertimbangan baik buruk dan getaran hati yang menurut istilah disebut karakter (perwatakan) fitrah. Perwatakan fitrah manusia dioptimumkan membuka cakerawala kesedaran mengatakan ada kehidupan selain daripaa kehidupan di dunia ini. Dalam Quran, Allah ada menyatakan mengenai kehidupan selepas mati dalam surah Al-Qasas ayat 77

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

Yang Bermaksud : "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".



Ibadah haji adalah salah satu usaha Allah mengajar manusia supaya lebih mementingkan kehidupan di akhirat daripada kehidupan dunia, namun tidaklah bermakna kita perlu meninggalkan kehidupan dunia secara keseluruhan. Bayangkan orang yang sudah bergelar haji mahu meninggalkan segala-galanya kerana Allah dan mengorbankan kebendaan, tenaga serta kehidupan di dunia semata-mata bagi memenuhi panggilan Allah. Cara ini melahirkan sikap kehidupan yang selalu melakukan kebaikan dan menyucikan diri hingga terbentuk manusia yang berdimensikan Ilahi.

4. Merendahkan Hati

Di sebalik aktiviti atau ritual ibadah haji, terdapat tanda kepatuhan kepada Tuhan, semenjak pertama kali ritual ini dilaksanakan. Aktiviti ibadah haji juga memberi simbol kerendahan diri manusia hadapan Tuhan. Tiada apa yang patut dibanggakan dan disombongkan kerana di hadapan Tuhan, manusia semua sama.

Sama-sama berpakaian putih, sama-sama mengelilingi dan bersujud di depan kaabah, sama-sama berlari dari safa ke marwah, sama-sama mencium Hajar Aswad dan sama-sama duduk sebaris di padang Arafah. Semua aktiviti itu mengajar manusia untuk sentiasa merendah diri di hadapan Tuhan dan merendahkan hati di hadapan sesama manusia seperti yang disyariatkan oleh Allah.

Surah Al-Isra ayat 37

وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّكَ لَن تَخْرِقَ الْأَرْضَ وَلَن تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولً

Yang bermaksud : Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.

Sikap sombong sesekali tidak akan membawa kegembiraan dalam kehidupan seseorang, malah ianya menyebabkan bencana baik di dunia mahupun akhirat. Kerana sombong, Iblis dilaknat kerana enggan sujud kepada Nabi Allah Adam Alaihi Salam. Malah di dunia, tiada orang akan bersimpati kepada orang yang sombong. Oleh kerana itu, ibadah haji, Allah mengajar supaya kita jangan pernah menyombong dan membangga diri. Tidak ada yang patut disombongkan daripada diri kita, apalagi di depan Tuhan.

5. Membangun Keperibadian Ilahiah

Dalam diri manusia tersembunyi roh Tuhan yang ditiupkan sewaktu manusia berada dalam kandungan lagi. roh itu sengaja disimpankan oleh Allah Yang Maha Pengasih supaya manusia mudah berhubung denganNYA dan memudahkan ketika akan kembali kepadaNYA. Namun, roh yang tersimpan dalam jasad seringkali ditutupi dengan kabus dosa sehingga hubungan dengan Tuhan menjadi terputus. Pada waktu itu, kita berada jauh daripada Tuhan. Supaya roh dalam diri kita menjadi bersih dan hubungan dengan Tuhan kembali terjalin, jiwa kita perlu dicuci dan dicelup dengan "celupan Allah". Celupan Allah (agama ciptaan Allah) adalah amalan dalam agama Islam. Jika kita lakukan dengan penuh keikhlasan akan ternampak kesannya dalam diri kita sewaktu kita mencuci dan mencelup kain. Allah menyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 138

صِبْغَةَ اللَّهِ ۖ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً ۖ وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ

Yang bermaksud : (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".

Apabila jiwa kita diterapkan dengan agama ciptaan tuhan, maka akan muncullah keperibadian Ilahi iaitu keperibadian yang selalu bergantung kepada Allah

Ibadah haji melambangkan keupayaan mewarnakan diri dengan agama ciptaan Allah. Dimulai dengan persiapan tempat Allah memanggil manusia ke tempat "pencucian" yang suci iaitu Baitullah, di Mekah. Proses penyucian dan pewarnaan selanjutnya dilakukan melalui aktiviti dalam ibadah haji iaitu membaca talbiah, tawaf, sai, melontar jamrah, wukuf di padang Arafah dan bertahlul.

Sewaktu mengerjakan ibadah haji, semua orang sama-sama menjadi kusyuk dalam suasana penyucian dan mencorak jiwa mereka tanpa henti. Maka lahirlah manusia-manusia yang suci bersih seperti bayi yang baru dilahirkan yang bebas daripada segala kekotoran hati dan fikiran.

Kelima-lima aktiviti ibadah haji tadi jelas menggambarkan sebuah perjalanan kejiwaan atau keagamaan yang sangat mendalam maknanya dalam kehidupan seorang Muslim. Oleh sebab itu, sepatutnya perjalanan yang berat ini (menunaikan haji) membuka jalan seluas-luasnya menuju pertemuan dengan Tuhan. Malah, keberkatan atau pahala yang bakal diperolehi adalah besar.

Begitulah serba sedikit perjalanan-perjalanan di muka bumi untuk mendapat redha Ilahi. Kesemua perjalanan menuntut perjuangan dan pengorbanan serta kekuatan rohani mahupun jasmani agar kita peroleh hidayah dan mengetahu cabang-cabang untuk bertemu dengan Sang Pencipta.

Friday, April 15, 2011

Perjalanan Jihad Fisabilillah

jihad Pictures, Images and Photos

Antara perkara yang sering bermain di fikiran, adakah jalan pintas atau 'shortcut' menuju syurga dan bertemu dengan Allah? Mungkin mereka yang merasakan bahawa amalan harian tidak cukup untuk bertemu dengan Tuhan dan amalan harian itu mengambil masa yang lama. Kita perlu tahu, jika kesabaran kita tidak mantap, ramai yang akan terlepas dan putus ditengah jalan. Sebenarnya, ada jalan pintas, yakni Jihad Fisabilillah (berjihad ke jalan Allah)

Kita sedia maklum, apabila membangkitkan soal jihad, pasti ramai yang akan berfikir "Tentera Jihad", "Bom Jihad", "Pengganas", "Al-Qaidah", "Jemaah Islamiyah", "Taliban", dan banyak lagi yang negetif yang membawa mereka berfikir kearah kekerasan, pembunuhan beramai-ramai, peperangan dan kematian. Malah ramai golongan kafir akan memikirkan bahawa Agama Islam sangat tidah berperikemanusiaan atau tidak manusiawi. Cuba kita renungkan sejenak, adakah itu yang dimaksudkan dengan jihad? Adakah itu jalan pintas untuk kita bertemu dengan Allah yakni atas dasar derita dan pertumpahan darah? Bukankah Islam merupakan anugerah(rahmat) bagi seluruh alam? Bukankah Islam mengajar tentang kasih sayang dan pendamaian? Adakah derita merupakan jalan pintas menuju Allah?

Sebenarnya, pemikiran seperti itu perlu kita betulkan. Ada ketika kita memahami sesuatu perkara dengan cetek, hingga kita sendiri, yakni umat Islam salah menafsirkannya. Adakala apabila kita belajar sesuatu perkara, kita sudah merasakan seolah-olah kita telah mengetahui segalanya. Akibatnya, sesuatu yang mulia di sisi Allah, direndahkan martabatnya, dipandang hina, direndahkan oleh umat Islam sendiri. Tidak dinafikan, dalam beberapa hadis, jihad membawa makna kearah peperangan. Malah, jika para ulama membahaskan isu mengenai peperangan pasti memberi tajuk "Bab Jihad". Memang benar berjihad ke jalan Allah membawa kita melalui jalan pintas untuk bertemu denganNYA kerana pahala dan darjat jihad adalah tinggi. Allah sendiri telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud

'Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar; Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

(Surah An-Nisa Ayat 95-96)

Selain daripada itu, jihad juga merupakan kemuncak cinta seorang hamba terhadap Sang Pencipta. Orang yang berjihad menempul pelbagai dugaan dan cabaran seperti sakit, menderita, kehilangan harta benda, kehilangan keluarga bahkan hingga mengorbankan nyawa. Orang yang sanggup menempuh segala itu merupakan orang yang merasakan cintanya pada Allah sudah sebati dalam jiwanya hingga sanggup berkorban segalanya demi mengharapkan keredhaan dan balasan Allah. Apabila berjuang di jalan Allah, demi mendapat keredhaan Allah, demi cinta yang mendalam kepada Allah, dan apabila gugur di medan "jihad", maka tiada balasan yang lain melainkan ke syurga tanpa dihisab.

Oleh itu, bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham mengenai makna dan konsep jihad, marilah kita sama-sama renungkan agar kita dapat memperbetulkan persoalan yang timbul mengenai "jihad" agar jihad tidak dilihat sebagai permusuhan, kekerasan, pertumpahan darah dan lain-lain. Di sini, AM akan cuba memperlihatkan bagaimana jihad yang "menyeramkan" sebenarnya merupakan sesuatu yang indah dan mudah bagi sesiapa yang ingin menempuhnya.


Apa Itu Jihad

Jihad dari sudut bahasa membawa erti bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Sedangkan jihad fisabilillah pula bermaksud bersungguh-sungguh mencurahkan segenap kemampuan bagi memperjuangkan dan menegakkan agama Allah di muka bumi. Oleh itu, tidak salah jika sebahagian ulama mendefinisikan jihad sebagai peperangan. Walau apa pun perjuangan, penghujungnya pasti peperangan. Apabila menyebut berjuang di jalan Allah dengan apa cara sekalipun, maka, pada hakikatnya merupakan berperang melawan kezaliman ataupun perkara yang munkar.

Tapi kita perlu ingat, jangan sampai salah anggap atau tafsir, kerana Islam tidak suka kepada kekerasan apatah lagi peperangan malah Islam selalu mengajar tentang kedamaian dan kasih sayang terhadap sesama umat, sesuai dengan pengertian "Islam itu sendiri kedamaian dan keselamatan". Allah berfirman dalam Quran yang bermaksud "Tidaklah AKU mengutusmu (Muhammad), kecuali untuk membawa/menjadi rahmat keseluruh alam". Tapi, kita perlu ketahui hakikatnya, bahawa akan tiba suatu ketika, dimana dalam keadaan terdesak atau keterpaksaan, samada kita suka ataupun tidak, kita perlu berperang. Lihatlah keadaan umat Islam di merata dunia, lihatlah umat Islam di Iraq, Chechnya, Palestin dan lain-lain. Pada waktu ini, kita boleh malahan perlu berperang. Peperangan diharuskan kepada umat Islam JIKA tiada jalan lain bagi menegakkan agama Allah dan membela diri. Islam sama sekali tidak mempersetujui umatnya untuk memulakan peperangan. Memulakan peperangan sama sekali bukan perwatakkan Islam yang mencinbtakan kedamaian

Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 75

وَمَا لَكُمْ لَا تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا


Yang bermaksud : Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)".


Surah Al-Anfal Ayat 39

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ ۚ فَإِنِ انتَهَوْا فَإِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ بَصِيرٌ


Yang bermaksud : Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.


Sebelum sampai kepada peperangan (jihad dengan kekuatan dan jiwa) tentu banyak cara yang dapat kita lakukan bagi menegakkan agama Tuhan, sebab memperjuangkan agama Tuhan (jihad) tidak hanya dilakukan dalam peperangan. Peperangan hanya satu pilihan. Menurut Said Hawwa, ada lima alat yang dapat kita manfaatkan untuk berjihad, lisan, pengajaran, politik, harta dan kekuatan senjata

Kelima-lima alat itu diisyaratkan oleh Allah dan RasulNYA dalam hadis berikut

'berjihadlah terhadap orang-orang musyrik dengan harta,jiwa dan lisan kalian'

(Ahmad, Abi Daud, Al-Nasai Ibn Habban, dan Al Hakim dan Anas Bin Malik)

'sesungguhnya jihad yang paling utama adalah menyampaikan kata-kata yang adil di hadapan penguasa yang zalim.'

(abu Daud, Ibn Majah dab Abi Sa'id Al Khudri)


Surah At-Taubah ayat 122

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Yang bermaksud : Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Jelaslah bagi kita bahawa jihad tidak tertumpu kepada peperangan, malah jihad juga turut terbahagi kepada beberapa cabang kerana jihad bermakna bersungguh-sungguh kerana Allah. Jika kita amati, perjalanan sebelum-sebelum ini, di posting-posting yang lalu juga merupakan jihad, yakni jihad dalam menuntut ilmu untuk dekatkan diri kepada Allah. Menuntut ilmu untuk mendekati Allah merupakan jihad, dan apabila kita perolehi ilmu, kita pula menyampaikan ilmu kepada orang lain, ianya juga merupakan jihad jika tujuan kita adalah untuk menegakkan agama Allah. Malah, jika kita bersedekah, yakni mempunyai harta, ianya juga boleh digunakan untuk berjihad menegakkan kalimah Tuhan dimuka bumi.

Pada suatu ketika, apabila keadaan memaksa kita untuk bertempur di medan perang, maka waktu itu tiada alasan bagi kita untuk menyabung nyawa dan turut serta dalam peperangan. Inilah kemuncak pengorbanan dalam Jihad.

Apabila maut datang menjemput sewaktu kita berjihad di jalan Allah, kematian kita menjadi kematian yang mulia. Rasulullah menyatakan "mati syahid" adalah kematian memperjuangkan agama Tuhan. Allah berfirman dalam Quran bermaksud : '(dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati)sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tiada ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita'

Oleh sebab itulah, jalan jihad yang kita tempuh menjadi sarana (alat) yang cepat dan berkesan untuk membawa kita bertemu dengan Tuhan. Kita tentu gembira kerana balasan yang disediakan oleh Tuhan adalah besar.

Maka dengan ini, sebagai umat islam, kita perlulah berjihad dalam menuntut ilmu, seterusnya menyampaikan ilmu kepada orang lain serta menyatakan bahawa, jihad tidaklah hanya tertumpu kepada peperangan, malah terdapat beberapa cabang dalam jihad. Antaranya adalah seperti yang diterangkan pada posting-posting sebelum ini, iaitu kembara dimuka bumi Allah, untuk mencari Ilmu. Pada posting akan datang, AM akan ceritakan mengenai perjalanan yang terakhir yakni, perjalanan Haji dan Umrah dimana ianya juga merupakan salah satu dari cabang jihad.

Monday, April 11, 2011

Perjalanan Menuntut Ilmu Pengetahuan


Baiklah, posting sebelumnya AM ada ceritakan mengenai perjalanan untuk mengamati ciptaan Tuhan, untuk posting kali ini pulak, AM nak ceritakan perjalanan untuk Menuntut Ilmu Pengetahuan. Bukan seperti cerita-cerita di kedai kopi tau. Rugi kalau tak baca, sebab apa yang AM lihat zaman sekarang, orang belajar hanya bertujuan untuk peperiksaan, berapa kerat je yang belajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

Okies, perjalanan untuk menuntut ilmu ni sebenarnya membuka peluang untuk kita menemui Tuhan melalui ilmu pengetahuan. Jangan tak percaya pulak, semakin banyak kita belajar, tak mustahil kita makin dekat dengan Tuhan, semakin kenali Tuhan. Dengan adanya ilmu, kita mempunyai peluang untuk mengenali Tuhan, malah ilmu dapat menunjukkan kepada kita siapa Tuhan dan ianya dapat membuka jalan untuk kita menuju pertemuan denganNYA.

Seperti dalam surah Ali Imran Ayat 18

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ ۚ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Yang bermaksud : Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Tak percaya lagi? ayat Quran tu, bukan ayat AM reka tau. Macam ni la, supaya lebih jelas lagi la kan, mengenai ilmu dan bagaimana ilmu dapat membawa kita menemui Tuhan, AM nak maklumkan beberapa perkara yang perlu kita ambil tahu agar kita tahu dan bukannya tak tahu.

1. Kedudukan orang berilmu
Ok, menuntu ilmu merupakan perkara yang dituntut. Kalau dulu-dulu lain la, zaman sekarang hampir semua ibubapa hantar anak ke sekolah sebab mereka tahu bahawa menuntut ilmu ni tuntutan agama, sehingga dijadikan satu kewajipan bagi setiap muslim. Kalau nak tahu, Tuhan sediakan tompat yang istimewa bagi mereka yang menuntut ilmu, terutamanya yang disertai dengan keimanan kepada Tuhan, ala macam niat nak belajar tu la, belajar dapat ilmu dapat pahala, kalau niat kerana Allah, double Allah bagi tau. Malah darjat orang yang menuntut ilmu ni dinaikkan beberapa kali ganda daripada darjat orang yang tak nak menuntut ilmu.

Seperti FirmanNYA dalam Syrah Al-Fathir ayat 28

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

Yang bermaksud : Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

Surah Mujadilah ayat 11

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ انشُزُوا فَانشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

Dalam keterangan daripada Rasul Junjungan Mulia, Nabi Allah Muhammad dinyatakan kelebihan-kelebihan yang diperolehi orang yang menuntut ilmu, jom kita tengok

Dari Abu Umamah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda :
kelebihan orang yang berilmu terhadap ahli ibadah adalah seperti kelebihanku terhadap orang yang paling rendah diantaramu sekalian. "kemudian, Rasulullah S.A.W meneruskan sabdanya : sesungguhnya Allah, malaikat serta penghuni langi dan bumi hingga semut yang berada di sarangnya dan juga ikan, sentiasa meminta rahmat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia"
(Hadis Riwayat Tarmidzi)

Dari Abu Darda` R.A. berkata : "saya mendengar Rasulullah Saw. Bersabda, 'barangsiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Dan sesungguhnya malaikan membentangkan sayapnya untuk orang yang berilmu kerana puas dengan apa yang diperbuatnya, dan bahawasanya penghuni yang ada di langit dan bumi hingga ikan yang ada di lautan sentiasa meminta keampunan kepada orang yang berilmu. Kelebihan orang yang berilmu dari ahli ibadah bagaikan kelebihan cahaya purnama dibandingkan bintang-bintang lain. Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, tetapi mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang menuntut ilmu, ia telah mengambil bahagian yang sempurna."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)

Baco tu, fahamkan. Itu untuk orang yang berilmu, kalau yang tidak memiliki ilmu macam mana? sesungguhnya orang yang tidak memiliki ilmu, orang itu adalah orang yang rugi, di dunia dan mungkin di akhirat. Mereka hanya akan menjadi seperti buih yang ditiup oleh ombak sepoi-sepoi bahasa yang hanya ombak faham di tengah lautan yang jauh dari kacamata manusia. Di akhirat nanti, amal orang-orang yang tidak berilmu ringan sikit timbangannya, dan semestinya, timbangan yang ringan susah untuk menyelamatkan diri daripada api neraka. Allah berfirman : "tetapi orang yang zalim, mengikuti hawa nafsunya tanpa ilmu: maka siapakah yang akan menunjukkan orang yang telah disesatkan Allah? Tiadalah bagi mereka seotang penolong pun." (Surah Ar-Rum ayat 29)


2. Sifat orang berilmu
Next please. ok. Pada pangdangan Tuhan, orang-orang yang berilmu ni adalah orang yang memiliki sifat-sifat tertentu. Sifat-sifat tu la yang membezakan darjat mereka dengan orang-orang biasa atau orang yang tidak berilmu. Tanpa sifat-sifat itu, semua orang boleh memiliki ilmu, bahkan setinggi gunung everest pon boleh, tapi pada pandangan Tuhan macam mana? mungkin ilmu itu tidak bererti. Mungkin dengan ilmu itu tidak mampu membawanya berjumpa dengan Raja Hari Pembalasan. Nak tau tak sifat-sifat orang berilmu? Jom kita teliti beberapa ayat di bawah:

Surah Ali-Imran ayat 7-8

هُوَ الَّذِي أَنزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُّحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ ۖ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ ۗ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ ۗ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِرَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Yang Bermaksud : Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Surah An-Nisa ayat 162

لَّٰكِنِ الرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ مِنْهُمْ وَالْمُؤْمِنُونَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ ۚ وَالْمُقِيمِينَ الصَّلَاةَ ۚ وَالْمُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَالْمُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أُولَٰئِكَ سَنُؤْتِيهِمْ أَجْرًا عَظِيمًا

Yang bermaksud : Tetapi orang-orang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang yang beriman, sekaliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran), dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu, - khasnya orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah yang Kami akan berikan kepadanya pahala (balasan) yang amat besar.

Surah Al-Hajj ayat 54

وَلِيَعْلَمَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَيُؤْمِنُوا بِهِ فَتُخْبِتَ لَهُ قُلُوبُهُمْ ۗ وَإِنَّ اللَّهَ لَهَادِ الَّذِينَ آمَنُوا إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

Yang bermaksud : Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.

dan Surah Saba ayat 6

وَيَرَى الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ الَّذِي أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ هُوَ الْحَقَّ وَيَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ

Yang bermaksud : Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin, bahawa keterangan-keterangan) yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar serta yang memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji.

Sikit-sikit dulu. Ok, bedasarkan ayat-ayat di atas, dapat kita simpulkan, dan ikatkan sifat-sifat membawa orang berilmu menemui Tuhan adalah meyakini keseluruhan ayat Quran sebagai Firman Tuhan dan sebagai petunjuk buat manusia, tunduk terhadap kebenaran Quran dan mengerjakan amalan-amalan yang ada dalam Tuhan. Dengan sifat-sifat inilah, ilmu yang dimiliki dapat membuka pintu hatinya untuk menerima petunjuk Ilahi. Inilah hikmah terbesar yang diperoleh oleh mereka yang berusaha mencari ilmu kerana Allah.

3. Kemampuan yang dilahirkan
Ilmu adalah kekuatan. sebab tu orang pesan, nak buat apa-apa, fikir guna ni (sambil tunjuk kat kepala) bukan guna ni (sambil tunjuk kat kepala lutut). Kena ingat, walaupun kekuatan boleh dicari, hakikatnya kekuatan ilmu adalah bersifat batiniah. Tahu tak batiniah tu apa? Dalaman la. Ok, sambung cerita. Lazimnya ilmu boleh disifatkan sebagai kekuatan dan mampu membuat orang yang berilmu sehingga memiliki kemampuan tertentu seperti dapat mengambil sikap pada kehidupan secara benar, dapat menemukan kebenaran dan dapat membaca masa depan walaupun tidak jelas. Berikut adalah antara beberapa kemampuan yang Allah telah jelaskan dalam Firmannya :

Surah Al-Qasas ayat 80

وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِّمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ

Yang bermaksud : Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): "Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar".

Surah Al-Ankabut ayat 43

وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ ۖ وَمَا يَعْقِلُهَا إِلَّا الْعَالِمُونَ

Yang bermaksud : Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya.

Surah Al-Ankabut ayat 49

بَلْ هُوَ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ فِي صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ ۚ وَمَا يَجْحَدُ بِآيَاتِنَا إِلَّا الظَّالِمُونَ

Yang bermaksud : (Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu; dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim.

Surah Al-Naml ayat 40 :

قَالَ الَّذِي عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ ۚ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِندَهُ قَالَ هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ ۖ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ

Yang bermaksud : Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".

4. Tugas orang yang dipikul orang-orang berilmu
Orang yang mendapat hikmah atau ilmu adalah orang yang dianugerahkan rahmat, malah antara rahmat yang besar. Tuhan menginginkan segala nikmat yang dianugerahkan tidak hanya dimiliki atau dinikmati oleh sebahagian orang atau orang-orang tertentu, malah semua makhluk mesti merasainya dan menikmati bersama. Maka dengan ini AM ingin menyatakan bahawa, orang yang dianugerahkan ilmu mestilah menyebarkan kepada orang lain kerana itulah kehendak Yang Maha Bijaksana. Malahan, tugasan menyebarkan ilmu yang ada adalah tugas yang mulia disisi Allah. Apabila nikmat hikmah atau ilmu disebarkan secara adil dimana semua merasai dan memahami maka, ilmu, kesucian, kekuatan dan kesempurnaan nilai-nilai islamiyah akan terus terpelihara dari generasi ke generasi akan datang. Jika kita, samada AM atau pun yang membaca ni kebetulan mendapatkannya, maka kitalah yang perlu melaksanakan kewajipan itu, kerana Allah telah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 122

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Yang bermaksud : Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Hah, begitulah serba sedikit mengenai perjalanan demi menuntut ilmu pengetahuan. AM cuba sedaya upaya untuk meringkaskan lagi tapi ni lah yang den mampu ringkaskan. Rugi kalau tak baca. sebab, apa gunanya menuntut ilmu kalau tak tahu tujuan menuntut ilmu. Ok, pada posting yang akan datang, AM akan ceritakan atau huraikan, atau kupaskan atau... EMm... Apa-apa pun AM akan ceritakan perjalanan yang seterusnya pada posting yang akan datang, berjudul Perjalanan Demi Jihad Disabilillah.

Monday, April 4, 2011

Memerhatikan Peninggalan Sejarah

Bukit Uhud
Tempat perang Uhud di mana askar Islam dikalahkan oleh askar Quraish kerana askar Islam lupakan tanggungjawabnya

Seperti posting yang terdahulu, AM ada terangkan mengenai 1 ciri perjalanan di muka bumi yakni perjalanan untuk mengamati ciptaan Tuhan.. Kali ini AM akan terangkan jenis perjalanan yang kedua, iaitu perjalanan sambil memerhatikan peninggalan sejarah serta mengambil pengajaran.

Sepertimana yang telah kita ketahui, hidup kita akan terus berlalu. Waktu yang berlalu tidak akan berulang malah kita sebagai hamba tidak ada sebarang kuasa untuk mengundurkan masa. Masa depan pula merupakan perkara ghaib dimana hanya Allah yang tahu apa akan berlaku dalam urusan seharian hambanya, kita sebagai hamba hendaklah doakan yang terbaik pada masa yang sama tidaklah menginginkan kemewahan duniawi sebaliknya pohonlah kesenangan dan kebaikan di akhirat.

Adakala perkara di masa hadapan sering membelenggu kita, kerana bimbang akan apa yang telah ditentukan oleh Allah kepada kita. Sebagai manusia, semestinya kita mahukan kehidupan yang baik, segala kemudahan, kenikmatan dan kebahagiaan. Namun, tiada kepastian samada apa yang kita hajati akan tercapai. Kita hanya mampu berdoa dan mengharapkan yang terbaik. Adakah apa yang kehendaki dan rancang dipenuhi? Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Masa depan hanya menjanjikan kita dua kemungkinan, iaitu samada kita berjaya atau gagal. Walaubagaimanapun, setiap insan mahukan hajat mereka tercapai.

Hakikatnya, alam ini sudah diaturkan oleh sunnahtullah(ketentuan Ilahi) yang kekal. Semua kejadian memiliki bentuk yang pasti dan seragam dari semasa ke semasa. Disebaliknya, bentuk-bentuk atau pola mahupun istilah "loceng" yakni naik turun itu ditentukan oleh Allah agar manusia boleh belajar dan dapat menghadapi masa depan. Contohnya, jika kita jatuh, jangan fikirkan kenapa kita terjatuh, sebaliknya fikirlah, bahawa apabila kita jatuh, Allah cuba mengajar kita untuk bangun atau bangkit semula.

Setiap manusia tidak tahu akan masa depannya, tapi, manusia boleh menentukan arah tuju atau matlamat sendiri bagaimana untuk menghadapi hari mendatang. Pengalaman adalah sesuatu yang sangat berharga. Malah isyarat-isyarat atau petanda ini telah kita pelajari dengan berpandukan kepada perjalanan manusia yang terdahulu yang dipanggil "sejarah". Sejarah masa lalu atau sejarah umat terdahulu banyak menyimpan banyak pengajaran yang kita dapat dijadikan bekalan untuk membawa kita menuu masa hadapan. Sebagaimana pesanan guru AM dulu, "selain daripada belajar didalam bilik darjah, belajarlah juga melalui pengalaman lampau".

Jadi bagaimanakah bentuk peninggalan sejarah manusia masa lalu yang dapat membawa kita menemui Tuhan? Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan.

Pertama, kita perhatikan tujuan yang ingin kita capai. Dalam ayat-ayat yang akan AM jelaskan, Allah memerikan petunjuk bertujuan agar kita sentiasa ingat dan berniat ketika memerhatikan dan menghayati peninggalan sejarah.

Surah Yusuf Ayat 3

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۖ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ ۖ مَا مِن شَفِيعٍ إِلَّا مِن بَعْدِ إِذْنِهِ ۚ ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Yang bermaksud : Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?

Surah Yusuf Ayat 7

إِنَّ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا وَرَضُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّوا بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ

Yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami, -

Surah An-nur Ayat 34

وَلَقَدْ أَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ آيَاتٍ مُّبَيِّنَاتٍ وَمَثَلًا مِّنَ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُمْ وَمَوْعِظَةً لِّلْمُتَّقِينَ

Yang bermaksud : Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Surah Hud Ayat 102-103

وَكَذَٰلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَىٰ وَهِيَ ظَالِمَةٌ ۚ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌإِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِّمَنْ خَافَ عَذَابَ الْآخِرَةِ ۚ ذَٰلِكَ يَوْمٌ مَّجْمُوعٌ لَّهُ النَّاسُ وَذَٰلِكَ يَوْمٌ مَّشْهُودٌ

Yang bermaksud : Dan demikianlah azab Tuhanmu, apabila ia menimpa (penduduk) negeri-negeri yang berlaku zalim. Sesungguhnya azabNya itu tidak terperi sakitnya, lagi amat keras serangannya. Sesungguhnya pada kejadian yang demikian, ada tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang yang takut kepada azab akhirat, iaitu hari yang dihimpunkan manusia padanya. Dan hari yang demikian ialah hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk.

Surah Al-An`am Ayat 6

أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا مِن قَبْلِهِم مِّن قَرْنٍ مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّن لَّكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِم مِّدْرَارًا وَجَعَلْنَا الْأَنْهَارَ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُم بِذُنُوبِهِمْ وَأَنشَأْنَا مِن بَعْدِهِمْ قَرْنًا آخَرِينَ

Yang bermaksud : Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?

Surah Al-Furqan ayat 37

وَقَوْمَ نُوحٍ لَّمَّا كَذَّبُوا الرُّسُلَ أَغْرَقْنَاهُمْ وَجَعَلْنَاهُمْ لِلنَّاسِ آيَةً ۖ وَأَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ عَذَابًا أَلِيمًا

Yang bermaksud : Dan (demikian juga) kaum Nabi Nuh, ketika mereka mendustakan Rasul-rasul Kami, Kami tenggelamkan mereka, dan Kami jadikan mereka satu tanda (yang menjadi contoh) bagi umat manusia; dan Kami sediakan bagi sesiapa yang zalim; azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Baiklah, bedasarkan beberapa ayat keterangan diatas, kita boleh simpulakan perlunya menghayati peninggalan sejarah untuk mendapatkan ilmu, mencari tanda-tanda kebesaran Allah serta mengambil iktibar agar kita takut dengan azab Allah, tidak menjadi pendosa dan tidak menolak dakwah dan ajaran yang dibawa oleh Nabi-Nabi serta Rasul-Rasul Allah. Inilah niat yang perlu kita tanamkan ketika kita menghayati peninggalan sejarah umat Islam terdahulu, samada dalam bentuk cerita mahupun dalam bentuk peninggalan sejarah.

Selain daripada itu, bukalah hati kita sewaktu mengamati peninggalan sejarah tersebut (lihat surah Al-A`raf ayat 101 yang bermaksud : Negeri-negeri (yang telah Kami binasakan) itu, Kami ceritakan sebahagian dari khabar beritanya kepadamu (wahai Muhammad); dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan keterangan-keterangan yang nyata (mukjizat), sesudah itu mereka tidak juga beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya dahulu. Demikianlah Allah meteraikan di atas hati orang-orang yang kafir. ) Biarkan hati kita untuk menerima pengajaran dan kejadian-kejadian masa yang terdahulu. Janganlah sampai hati kita gelap, beku dan tanpa perasaan sewaktu menghayati peninggalan sejarah. Dengan hati yang ikhlas dan terbuka, nescaya akan muncul hikmah yang sangat berharga. Allah menyatakan dalam Surah Al-Haqqah ayat 12 yang bermaksud : (Kami lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran.

Surah At-Taubah ayat 70

أَلَمْ يَأْتِهِمْ نَبَأُ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ قَوْمِ نُوحٍ وَعَادٍ وَثَمُودَ وَقَوْمِ إِبْرَاهِيمَ وَأَصْحَابِ مَدْيَنَ وَالْمُؤْتَفِكَاتِ ۚ أَتَتْهُمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ ۖ فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَٰكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Yang bermaksud : Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud dan kaum Nabi Ibrahim, dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka); Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

Surah Hud Ayat 120

وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ ۚ وَجَاءَكَ فِي هَٰذِهِ الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ

Yang bermaksud : Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.

Ayat-ayat di atas menceritakan hikmah-hikmah yang dapat kita ambil daripada peristiwa-peristiwa sejarah sebagai pedoman. Antara hikmah yang ingin disampaikan ialah :
1.Sentiasa mengikuti sunnah Rasul Allah, Muhammad Sejahtera Keatas Baginda sewaktu menjalani kehidupan,
2. Sentiasa memanfaatkan nikmat pancaindera supaya pelajari setiap peristiwa
3. Menjadikan hati teguh dalam pendirian kerana adanya kebenaran, pelajaran dan peringatan

Seterusnya, yang ketiga, kita perlulah perhatikan adab pada bekas kemusnahan umat yang terdahulu. Dalam kesemua peninggalan sejarah, ada juga dalam bentuk yang tidak dapat dikenali lagi kerana sudah hancur dan berkecai. Apabila secara sengaja mahupun tidak, manusia zaman sekarang sering berjumpa dengan beberapa kesan kemusnahan yang menunjukkan kesan akan adanya kaum-kaum yang terdahulu di azab oleh Allah untuk manusia zaman sekaran menjadikan iktibar.

Baginda Rasulullah(Sejahtera Keatas Baginda) mengajarkan dan menceritakan adab secara khusus. Dalam sebuah hadis :

`Ibnu Umar r.a, diceritakan bahawa semasa Rasulullah dan para sahabatnya sampai di Al-Hijr, bekas perkampungan kaum Tsamud, baginda bersabda : Janganlah kamu sekalian masuk daerah orang-orang yang diseksa itu, melainkan kamu harus menangis. Bila kamu tidak menangis, janganlah kamu masuk daerah mereka, nescaya tidak akan ditimpa apa yang telah ditimpakan kepada mereka. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi bagi tajuk perjalanan bertujuan memerhatikan peninggalan sejarah, AM berhentikan setakat disini dahulu. Walaupun ada banyak lagi ayat-ayat yang menerangkan tujuan tersebut. Pada posting akan datang, InsyaAllah AM akan ceritakan jenis perjalanan di muka bumi yang bertajuk "Perjalanan Bagi Menuntut Ilmu Pengetahuan". Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut, nantikan posting akan datang.

Wallahu A'lam

Saturday, April 2, 2011

Mengamati Ciptaan Tuhan

The beautiful scenary. Pictures, Images and Photos

Berikutan dari post sebelum ini, posting kali ini AM nak terangkan antara 1 jenis perjalanan daripada 5 jenis perjalanan kita sebagai hamba di muka bumi. Jenis perjalanan yang pertama adalah perjalanan sambil atau untuk mengamati ciptaan Tuhan.

Tuhan menciptakan segala sesuatu, baik yang ghaib ataupun yang nampak supaya keberadaanNYA dapat dirasai. Ciptaan-ciptaan Tuhan itu juga adalah tanda-tanda keberadaanNYA. Islam menyebut sebagai ayat kauniyyah (ayat yang nyata). Di satu sisi, sebagai wujudnya kasih sayang Tuhan yang tidak terbatas, makhluk-makhluk itu diciptakanNYA untuk dimanfaatkan oleh makhluk lain, terutama manusia.

Manusia sememangnya makhluk yang diciptakan terakhir sekali. Manusia jugalah yang diberikan memanfaatkan keseluruhan ciptaanNYA. Tuhan sudah menetapkan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Dengan kedudukan ini, Tuhan memberikan keistimewaan kepada manusia dengan ditundukkannya semua makhluk yang ada di muka bumi untuk manusia, sehingga manusia boleh mengolah dan memanfaatkan kesemuanya.

Sebagai ayat kauniyyah, makhluk ciptaan Tuhan, termasuk manusia menyimpan potensi yang besar untuk mengenal Tuhan. Kamudian, potensi itu membawakanya menemui Tuhan kerana sudah menemui kesedaran diri disebabkan fitrahnya tersentuh hidayah Tuhan, baik secara langsung ataupun tidak langsung. Makhluk ciptaan Tuhan di muka bumi ini merangsang hasratnya bagi meneruskan perjalanan menemui Tuhan.

Setiap makhluk ciptaan Tuhan apabila diperhatikan dengan penuh kesedaran ada tanda-tanda yang mampu membawa mereka lebih mendekati diri kepadaNYA. Keserasian, keindahan, keunikan, kepelbagaian jenis dan watak-wataknya yang khas menunjukkan penciptaan Tuhan yang sangat luar biasa. Mustahil sekirana ciptaan yang luar biasa itu bukan dibuat oleh Pencipta yang luar biasa juga. Dialah Tuhan, Pencipta Agong yang tiada tandingannya. Apabila perkara ini sudah boleh kita sedari atau diterima, tentunya jiwa kita tergerak untuk terus mendekatkan diri kepadaNYA. Kesedaran seperti inilah yang membangkitkan getaran-getaran rohani dalam jiwa manusia dan bimbing manusia mencari Tuhan. Perhatikan Hadis dan Ayat-ayat berikut :

Surah Ar-Rad Ayat 2

اللَّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ۖ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۖ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُّسَمًّى ۚ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُم بِلِقَاءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ

Bermaksud : Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).

Surah Al-Furqan Ayat 61-62

تَبَارَكَ الَّذِي جَعَلَ فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا وَجَعَلَ فِيهَا سِرَاجًا وَقَمَرًا مُّنِيرًا وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ خِلْفَةً لِّمَنْ أَرَادَ أَن يَذَّكَّرَ أَوْ أَرَادَ شُكُورًا

Bermaksud : Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi. Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu).

Surah Ad-Dukhaan ayat 38-39

وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَمَا خَلَقْنَاهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Bermaksud : Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main; Tidaklah Kami menciptakan keduanya (serta segala yang ada di antaranya) melainkan kerana menzahirkan perkara-perkara yang benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).

Surah Qaf Ayat 7-8

وَالْأَرْضَ مَدَدْنَاهَا وَأَلْقَيْنَا فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍتَبْصِرَةً وَذِكْرَىٰ لِكُلِّ عَبْدٍ مُّنِيبٍ

Bermaksud : Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan dia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur? (Kami adakan semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan, (yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepadaNya (dengan taat dan berbakti).

Hadis Riwayat Abu Nua`im dan Baihaqi

"Fikirkanlah sahaja tentang makhluk (seluruh ciptaan Allah SubhanAllah Taala) dan janganlah kamu memikirkan zat Allah SubhanAllah Taala"

Ayat dan hadis di atas adalah serba sedikit tentang perjalanan untuk mengamati ciptaan Tuhan, ianya menjelaskan kepada kita sekiranya kita banyak bertafakur dan memerhatikan semua ciptaan Tuhan, kita memperoleh banyak manfaat. Antaranya membangkitkan rasa keyakinan tentang adanya pertemuan dengan Tuhan di akhirat nanti, mensyukuri nikmat pemberian Tuhan, menemukan pelbagai hikmah, memahami alam sebagai sebahagian daripada nilai-nilai kebenaran Tuhan dan mendapat pengajarn serta peringatan daripadaNYA...

Jadi sebagai kita sebagai hamba atau makhluk yang dikurniakan akal, seharusnya kita menjalani kehidupan dengan penuh hikmah, ada dikalangan ciptaan atau makhluk lain yang berbicara, kita cuma perlu mendengar dan menghayati agar kita sedar betapa kerdilnya diri kita di sisi Tuhan..

Bagi posting yang akan datang, AM akan ceritakan tujuan perjalanan yang kedua yakni perjalanan Memerhatikan Peninggalan Sejarah. Jadi nantikan posting yang akan datang untuk mengetahu lebih lanjut mengenai perjalanan kita sebagai hamba Allah, dalam melaksanakan kembara di muka bumi, InsyaAllah..

Wallahu A'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...