Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Thursday, April 28, 2011

Perjalanan Haji Dan Umrah

Kaabah Pictures, Images and Photos



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

Selepas perjalanan sebelum ini, yakni perjalanan Jihad Fisabilillah, akhirnya kita sampai ke perjalanan yang kelima dan terakhir iaitu perjalanan Haji dan Umrah. Selain menunaikan haji bagi menyempurnakan rukun Islam, dan umrah sebagai sunnah, ianya juga merupakan perlajanan di muka bumi Allah untuk seorang hamba mendekatkan diri dengan Sang Pencipta dengan menjadi tetamu di rumahNYA.

Allah adalah Tuhan yang Maha Esa, Raja Hari pembalasan dan Maha Pencipta, oleh sebab itu, agama yang diturunkan juga mestilah 1 bersesuainya dengan SifatNYA yakni Allah Maha Esa. Maka, apabila agama yang diturunkan melebihi dari 1, ini bermakna bahawa Tuhan tidak konsisten (tetap) dalam membimbing manusia yakni hambanya untuk menjadi hambaNYA yang benar. Walaupun para utusan yakni Nabi dan Rasul adalah ramai, tetapi mereka membawa kalam yang sama dan matlamat yang sama iaitu untuk menyeru manusia agar menyembah Allah yang satu. Salah satu daripada seruanNYA adalah ibadah haji dan umrah yang mengabdikan sejarah perjuangan Nabi Allah Ibrahim alaihisalam sewaktu menyampaikan misi kenabiannya. Ibadah ini menjadi bukti misi yang dibawa oleh Nabi Allah, Rasul Junjungan Mulia, Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam merupaka kesinambungan yang telah diajar oleh Nabi Ibrahim Alaihi Salam.

Melalui ibadah haji dan umrah ini, Allah memberi peringatan kepada manusia agar sentiasa berada dan berpegang kepada agama tauhid yang benar. Melalui ibadah haji dan umrah juga, kita dibawa untuk menyaksikan bukti-bukti sejarah umat terdahulu dimana sama-sama diseru untuk mengesakan Allah dan menyaksikan kebesaran Allah. Selain itu, ibadah haji juga secara tidak langsung membuatkan seseorang itu mengenal diri sendiri, dan bagaimana seharusnya perlakuan seseorang di hadapan Allah. Ibadah haji dan umrah membimbing manusia supaya memiliki keperibadian seperti Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail.

haji dan umrah merupakan aktiviti keagamaan untuk mengajar manusia erti kehidupan dan kematian, kelembutan hati, keteguhan iman, pengorbanan dalam kehidupan dan bagaimana menghindarkan diri daripada gangguan dan godaan iblis laknattullah. Sewaktu menjalani ibadah haji dan umrah, Allah menyajikan hambanya dengan makanan atau hidangan rohani (batiniah) yang menampakkan nur-nur islamiyah selepas selesai melaksanakan ibadah ini. Hidangan rohani ini sengaja Allah hidangkan kepada tetamunya yang dibanggakanNya dihadapan para Malaikat. Ini juga membuka jalan atau peluang bagi manusia untuk menemui Tuhan. Supaya lebih jelas ibadah haji dan umrah membuka jalan menemui Allah, kita perlu perhatikan makna yang terdapat dalam perlaksanaan ibadah itu.


Makna Ibadah Haji Dan Umrah

1. Latihan memenuhi panggilan Tuhan.

Perkara yang tidak boleh dinafikan oleh manusia ialah semasa mereka dipanggil untuk menghadap Sang Pencipta untuk dipertanggungjawabkan semua perbuatan mereka di dunia. SeruanNYA tidak mengira masa, malah tiada siapa yang tahu bila datangnya seruan bagi mereka. Ianya datang tanpa diduga dan adakalanya ianya boleh melahirkan ketakakutan tersendiri. Panggilan inilah yang kita panggil "kematian". Supaya kita bersedia, pelbagai latihan diperlukan supaya kita terbiasa dengan panggilan tuhan sehingga tibanya waktu dimana kita benar-benar. akan dipanggil untuk menghadapi kematian. Dalam konteks ini, ibadah haji dan umrah adalah salah satu ibadah yang ketara dan yang luar biasa. Semasa mengerjakan ibadah haji dan umrah, pada hakikatnya seseorang itu sedang memenuhi panggilan Tuhan. Tuhan Memanggil manusia supaya datang menziarahiNYA di Baitullah. Tuhan ada menyebut dalam Quran surah Al-Anfal ayat 24

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

2. Mendahulukan Tuhan Dari Segalanya

Tahukah anda, apabila seseorang pergi untuk menunaikan haji, orang itu telah meninggalkan semua yang dimiliknya, suami mahupun isteri yang dikasihi, kedua orang tua mereka, anak-anak dan harta benda. Malah, mereka juga meninggalkan segala aktiviti harian mereka yang menyenangkan, seperti perniagaan yang memberikan keuntungan, aktiviti sosial yang memberikan peluang memperoleh status sosial yang tinggi serta aktiviti lain. Semua itu ditinggalkan bagi memenuhi panggilan Tuhan. Mereka lebih mengutamakan Allah daripada yang lain. Tuhan ada menyebutkan dalam surah At-Taubah ayat 24

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Yang Bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

3. Lebih mengutamakan kehidupan akhirat

Pada hakikatnya, kehidupan manusia bukan sahaja di dunia. sesungguhnya dunia itu diciptakan untuk manusia, namun manusia diciptakan untuk syurga dan neraka. Dan bila tibanya hari kedatangan, dunia akan musnah maka bermulalah kehidupan yang abadi. Keberadaan akhirat tidak hanya diketahui dengan keterangan-keterangan daripada Quran dan Hadis, tetapi juga dapat ditemukan melalui kecenderungan pertimbangan baik buruk dan getaran hati yang menurut istilah disebut karakter (perwatakan) fitrah. Perwatakan fitrah manusia dioptimumkan membuka cakerawala kesedaran mengatakan ada kehidupan selain daripaa kehidupan di dunia ini. Dalam Quran, Allah ada menyatakan mengenai kehidupan selepas mati dalam surah Al-Qasas ayat 77

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

Yang Bermaksud : "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".



Ibadah haji adalah salah satu usaha Allah mengajar manusia supaya lebih mementingkan kehidupan di akhirat daripada kehidupan dunia, namun tidaklah bermakna kita perlu meninggalkan kehidupan dunia secara keseluruhan. Bayangkan orang yang sudah bergelar haji mahu meninggalkan segala-galanya kerana Allah dan mengorbankan kebendaan, tenaga serta kehidupan di dunia semata-mata bagi memenuhi panggilan Allah. Cara ini melahirkan sikap kehidupan yang selalu melakukan kebaikan dan menyucikan diri hingga terbentuk manusia yang berdimensikan Ilahi.

4. Merendahkan Hati

Di sebalik aktiviti atau ritual ibadah haji, terdapat tanda kepatuhan kepada Tuhan, semenjak pertama kali ritual ini dilaksanakan. Aktiviti ibadah haji juga memberi simbol kerendahan diri manusia hadapan Tuhan. Tiada apa yang patut dibanggakan dan disombongkan kerana di hadapan Tuhan, manusia semua sama.

Sama-sama berpakaian putih, sama-sama mengelilingi dan bersujud di depan kaabah, sama-sama berlari dari safa ke marwah, sama-sama mencium Hajar Aswad dan sama-sama duduk sebaris di padang Arafah. Semua aktiviti itu mengajar manusia untuk sentiasa merendah diri di hadapan Tuhan dan merendahkan hati di hadapan sesama manusia seperti yang disyariatkan oleh Allah.

Surah Al-Isra ayat 37

وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّكَ لَن تَخْرِقَ الْأَرْضَ وَلَن تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولً

Yang bermaksud : Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.

Sikap sombong sesekali tidak akan membawa kegembiraan dalam kehidupan seseorang, malah ianya menyebabkan bencana baik di dunia mahupun akhirat. Kerana sombong, Iblis dilaknat kerana enggan sujud kepada Nabi Allah Adam Alaihi Salam. Malah di dunia, tiada orang akan bersimpati kepada orang yang sombong. Oleh kerana itu, ibadah haji, Allah mengajar supaya kita jangan pernah menyombong dan membangga diri. Tidak ada yang patut disombongkan daripada diri kita, apalagi di depan Tuhan.

5. Membangun Keperibadian Ilahiah

Dalam diri manusia tersembunyi roh Tuhan yang ditiupkan sewaktu manusia berada dalam kandungan lagi. roh itu sengaja disimpankan oleh Allah Yang Maha Pengasih supaya manusia mudah berhubung denganNYA dan memudahkan ketika akan kembali kepadaNYA. Namun, roh yang tersimpan dalam jasad seringkali ditutupi dengan kabus dosa sehingga hubungan dengan Tuhan menjadi terputus. Pada waktu itu, kita berada jauh daripada Tuhan. Supaya roh dalam diri kita menjadi bersih dan hubungan dengan Tuhan kembali terjalin, jiwa kita perlu dicuci dan dicelup dengan "celupan Allah". Celupan Allah (agama ciptaan Allah) adalah amalan dalam agama Islam. Jika kita lakukan dengan penuh keikhlasan akan ternampak kesannya dalam diri kita sewaktu kita mencuci dan mencelup kain. Allah menyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 138

صِبْغَةَ اللَّهِ ۖ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً ۖ وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ

Yang bermaksud : (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".

Apabila jiwa kita diterapkan dengan agama ciptaan tuhan, maka akan muncullah keperibadian Ilahi iaitu keperibadian yang selalu bergantung kepada Allah

Ibadah haji melambangkan keupayaan mewarnakan diri dengan agama ciptaan Allah. Dimulai dengan persiapan tempat Allah memanggil manusia ke tempat "pencucian" yang suci iaitu Baitullah, di Mekah. Proses penyucian dan pewarnaan selanjutnya dilakukan melalui aktiviti dalam ibadah haji iaitu membaca talbiah, tawaf, sai, melontar jamrah, wukuf di padang Arafah dan bertahlul.

Sewaktu mengerjakan ibadah haji, semua orang sama-sama menjadi kusyuk dalam suasana penyucian dan mencorak jiwa mereka tanpa henti. Maka lahirlah manusia-manusia yang suci bersih seperti bayi yang baru dilahirkan yang bebas daripada segala kekotoran hati dan fikiran.

Kelima-lima aktiviti ibadah haji tadi jelas menggambarkan sebuah perjalanan kejiwaan atau keagamaan yang sangat mendalam maknanya dalam kehidupan seorang Muslim. Oleh sebab itu, sepatutnya perjalanan yang berat ini (menunaikan haji) membuka jalan seluas-luasnya menuju pertemuan dengan Tuhan. Malah, keberkatan atau pahala yang bakal diperolehi adalah besar.

Begitulah serba sedikit perjalanan-perjalanan di muka bumi untuk mendapat redha Ilahi. Kesemua perjalanan menuntut perjuangan dan pengorbanan serta kekuatan rohani mahupun jasmani agar kita peroleh hidayah dan mengetahu cabang-cabang untuk bertemu dengan Sang Pencipta.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...