Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Friday, April 1, 2011

Bagaimana Cara Menemui Allah

Laillahaillah Pictures, Images and Photos

Bertemu dengan Tuhan itu bukannya bermaksud bertemu secara fizikal, kerana perkara ini adalah mustahil akan berlaku melainkan bagi mereka yang mengerjakan amal soleh di dunia, dan diber ganjaran untuk melihat Allah di hari kemudian. Dalam posting ini AM ingin menjelaskan pertemuan dengan Tuhan yang bermaksud bertemu dengan Tuhan dalam keadaan jiwa yang wujud selepas kita melakukan usaha-usaha tertentu yang seiring dengan usaha yang dituntuti oleh Al-Quran dan Hadis.

Pertemuan dengan Tuhan adalah cita-cita yang muncul selepas adanya pengakuan kewujudan Tuhan lahir dari sanubari kita. Sewaktu keimanan kepada tuhan semakin bertambah, maka semakin bertambah pula cita-cita kita untuk bertemu Tuhan. Bersama iman, cita-cita itu terus kukuh dalam fikiran, indera dan anggota badan hingga wujud menjadi tingkah laku yang nyata.

Tetapi bagaimana manusia dapat menemui Tuhan? Dunia yang kita diami ini seperti tidak mampu mengajar kita bagaimana mendekati Tuhan. Ruang kehidupan ini begitu sempit bagi menempatkan keneradaan Tuhan sehingga manusia tidak sanggup berfikir sendiri bagaimana cara bertemu dengan Tuhan. Hakikatnya manusia benar-benar memerlukan bimbingan supaya dapat bertemu dengan Tuhan. Kemudiannya, Tuhan sendiri akan menurunkan bimbingan itu menerusi para RasulNya.

Hakikat ini dapat dilihat dalam Firman Allah SubhanAllah Taala dalam Surah Al-Kahfi Ayat 110:

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Yang Bermaksud :

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".

Surah Al-Insyiqaq Ayat 6

يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ

Yang Bermaksud :

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

Dan surah Taha Ayat 75-76

وَمَن يَأْتِهِ مُؤْمِنًا قَدْ عَمِلَ الصَّالِحَاتِ فَأُولَٰئِكَ لَهُمُ الدَّرَجَاتُ الْعُلَىٰ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ جَزَاءُ مَن تَزَكَّىٰ

Yang Bermaksud

"Dan sesiapa yang datang kepadaNya sedang ia beriman, serta ia telah mengerjakan amal-amal yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya: (Iaitu) Syurga-syurga yang kekal, yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itu ialah balasan orang-orang yang membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan maksiat".

Bedasarkan Firman Tuhan di atas dapat kita simpulkan cara untuk menemui Allah adalah dengan beriman, melakukan amal soleh secara bersungguh-sungguh, tidak melakukan syirik walaupun kecil dan tetap meng-ESAkan Allah dalam beribadah. Ibarat bangunan, cara ini adalah asasnya sebab masih belum memperlihatkan bahagian lain secara terperinci yang membentuk bangunan tempat kita bertemu dengan Allah. Namun demikian, pentingnya bagi kita mengetahui asas-asas ini. Dengan mengetahui asas landasan ini kita diharapkan memahami sejauh mana kekukuhan dan kehebatan bangunan tempat kita menemui Tuhan. Supaya kita dapat mengetahui sama ada layak ataupun tidak bangunan itu kita diami.

Ternyata tapak bangunan yang kita huni ini begitu kukuh. Di atas tapak itu berdiri pelbagai pintu gerbang amal yang akan menghantar kita memasuki bangunan yang nyaman untuk bertemu dengan Tuhan. Pintu-pintu gerbang amal itu insyaAllah akan AM terangkan pada posting-posting akan datang. Semoga kita semua boleh membukanya dan menikmati suasana selesa berada di dalamnya, hingga akhirnya kita dapat menemui Tuhan dengan baik. Amin..

Wallahu A'lam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...