Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Monday, April 4, 2011

Memerhatikan Peninggalan Sejarah

Bukit Uhud
Tempat perang Uhud di mana askar Islam dikalahkan oleh askar Quraish kerana askar Islam lupakan tanggungjawabnya

Seperti posting yang terdahulu, AM ada terangkan mengenai 1 ciri perjalanan di muka bumi yakni perjalanan untuk mengamati ciptaan Tuhan.. Kali ini AM akan terangkan jenis perjalanan yang kedua, iaitu perjalanan sambil memerhatikan peninggalan sejarah serta mengambil pengajaran.

Sepertimana yang telah kita ketahui, hidup kita akan terus berlalu. Waktu yang berlalu tidak akan berulang malah kita sebagai hamba tidak ada sebarang kuasa untuk mengundurkan masa. Masa depan pula merupakan perkara ghaib dimana hanya Allah yang tahu apa akan berlaku dalam urusan seharian hambanya, kita sebagai hamba hendaklah doakan yang terbaik pada masa yang sama tidaklah menginginkan kemewahan duniawi sebaliknya pohonlah kesenangan dan kebaikan di akhirat.

Adakala perkara di masa hadapan sering membelenggu kita, kerana bimbang akan apa yang telah ditentukan oleh Allah kepada kita. Sebagai manusia, semestinya kita mahukan kehidupan yang baik, segala kemudahan, kenikmatan dan kebahagiaan. Namun, tiada kepastian samada apa yang kita hajati akan tercapai. Kita hanya mampu berdoa dan mengharapkan yang terbaik. Adakah apa yang kehendaki dan rancang dipenuhi? Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Masa depan hanya menjanjikan kita dua kemungkinan, iaitu samada kita berjaya atau gagal. Walaubagaimanapun, setiap insan mahukan hajat mereka tercapai.

Hakikatnya, alam ini sudah diaturkan oleh sunnahtullah(ketentuan Ilahi) yang kekal. Semua kejadian memiliki bentuk yang pasti dan seragam dari semasa ke semasa. Disebaliknya, bentuk-bentuk atau pola mahupun istilah "loceng" yakni naik turun itu ditentukan oleh Allah agar manusia boleh belajar dan dapat menghadapi masa depan. Contohnya, jika kita jatuh, jangan fikirkan kenapa kita terjatuh, sebaliknya fikirlah, bahawa apabila kita jatuh, Allah cuba mengajar kita untuk bangun atau bangkit semula.

Setiap manusia tidak tahu akan masa depannya, tapi, manusia boleh menentukan arah tuju atau matlamat sendiri bagaimana untuk menghadapi hari mendatang. Pengalaman adalah sesuatu yang sangat berharga. Malah isyarat-isyarat atau petanda ini telah kita pelajari dengan berpandukan kepada perjalanan manusia yang terdahulu yang dipanggil "sejarah". Sejarah masa lalu atau sejarah umat terdahulu banyak menyimpan banyak pengajaran yang kita dapat dijadikan bekalan untuk membawa kita menuu masa hadapan. Sebagaimana pesanan guru AM dulu, "selain daripada belajar didalam bilik darjah, belajarlah juga melalui pengalaman lampau".

Jadi bagaimanakah bentuk peninggalan sejarah manusia masa lalu yang dapat membawa kita menemui Tuhan? Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan.

Pertama, kita perhatikan tujuan yang ingin kita capai. Dalam ayat-ayat yang akan AM jelaskan, Allah memerikan petunjuk bertujuan agar kita sentiasa ingat dan berniat ketika memerhatikan dan menghayati peninggalan sejarah.

Surah Yusuf Ayat 3

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۖ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ ۖ مَا مِن شَفِيعٍ إِلَّا مِن بَعْدِ إِذْنِهِ ۚ ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Yang bermaksud : Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?

Surah Yusuf Ayat 7

إِنَّ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا وَرَضُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّوا بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ

Yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami, -

Surah An-nur Ayat 34

وَلَقَدْ أَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ آيَاتٍ مُّبَيِّنَاتٍ وَمَثَلًا مِّنَ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُمْ وَمَوْعِظَةً لِّلْمُتَّقِينَ

Yang bermaksud : Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Surah Hud Ayat 102-103

وَكَذَٰلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَىٰ وَهِيَ ظَالِمَةٌ ۚ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌإِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِّمَنْ خَافَ عَذَابَ الْآخِرَةِ ۚ ذَٰلِكَ يَوْمٌ مَّجْمُوعٌ لَّهُ النَّاسُ وَذَٰلِكَ يَوْمٌ مَّشْهُودٌ

Yang bermaksud : Dan demikianlah azab Tuhanmu, apabila ia menimpa (penduduk) negeri-negeri yang berlaku zalim. Sesungguhnya azabNya itu tidak terperi sakitnya, lagi amat keras serangannya. Sesungguhnya pada kejadian yang demikian, ada tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang yang takut kepada azab akhirat, iaitu hari yang dihimpunkan manusia padanya. Dan hari yang demikian ialah hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk.

Surah Al-An`am Ayat 6

أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا مِن قَبْلِهِم مِّن قَرْنٍ مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّن لَّكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِم مِّدْرَارًا وَجَعَلْنَا الْأَنْهَارَ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُم بِذُنُوبِهِمْ وَأَنشَأْنَا مِن بَعْدِهِمْ قَرْنًا آخَرِينَ

Yang bermaksud : Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?

Surah Al-Furqan ayat 37

وَقَوْمَ نُوحٍ لَّمَّا كَذَّبُوا الرُّسُلَ أَغْرَقْنَاهُمْ وَجَعَلْنَاهُمْ لِلنَّاسِ آيَةً ۖ وَأَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ عَذَابًا أَلِيمًا

Yang bermaksud : Dan (demikian juga) kaum Nabi Nuh, ketika mereka mendustakan Rasul-rasul Kami, Kami tenggelamkan mereka, dan Kami jadikan mereka satu tanda (yang menjadi contoh) bagi umat manusia; dan Kami sediakan bagi sesiapa yang zalim; azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Baiklah, bedasarkan beberapa ayat keterangan diatas, kita boleh simpulakan perlunya menghayati peninggalan sejarah untuk mendapatkan ilmu, mencari tanda-tanda kebesaran Allah serta mengambil iktibar agar kita takut dengan azab Allah, tidak menjadi pendosa dan tidak menolak dakwah dan ajaran yang dibawa oleh Nabi-Nabi serta Rasul-Rasul Allah. Inilah niat yang perlu kita tanamkan ketika kita menghayati peninggalan sejarah umat Islam terdahulu, samada dalam bentuk cerita mahupun dalam bentuk peninggalan sejarah.

Selain daripada itu, bukalah hati kita sewaktu mengamati peninggalan sejarah tersebut (lihat surah Al-A`raf ayat 101 yang bermaksud : Negeri-negeri (yang telah Kami binasakan) itu, Kami ceritakan sebahagian dari khabar beritanya kepadamu (wahai Muhammad); dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan keterangan-keterangan yang nyata (mukjizat), sesudah itu mereka tidak juga beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya dahulu. Demikianlah Allah meteraikan di atas hati orang-orang yang kafir. ) Biarkan hati kita untuk menerima pengajaran dan kejadian-kejadian masa yang terdahulu. Janganlah sampai hati kita gelap, beku dan tanpa perasaan sewaktu menghayati peninggalan sejarah. Dengan hati yang ikhlas dan terbuka, nescaya akan muncul hikmah yang sangat berharga. Allah menyatakan dalam Surah Al-Haqqah ayat 12 yang bermaksud : (Kami lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran.

Surah At-Taubah ayat 70

أَلَمْ يَأْتِهِمْ نَبَأُ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ قَوْمِ نُوحٍ وَعَادٍ وَثَمُودَ وَقَوْمِ إِبْرَاهِيمَ وَأَصْحَابِ مَدْيَنَ وَالْمُؤْتَفِكَاتِ ۚ أَتَتْهُمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ ۖ فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَٰكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Yang bermaksud : Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud dan kaum Nabi Ibrahim, dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka); Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

Surah Hud Ayat 120

وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ ۚ وَجَاءَكَ فِي هَٰذِهِ الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ

Yang bermaksud : Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.

Ayat-ayat di atas menceritakan hikmah-hikmah yang dapat kita ambil daripada peristiwa-peristiwa sejarah sebagai pedoman. Antara hikmah yang ingin disampaikan ialah :
1.Sentiasa mengikuti sunnah Rasul Allah, Muhammad Sejahtera Keatas Baginda sewaktu menjalani kehidupan,
2. Sentiasa memanfaatkan nikmat pancaindera supaya pelajari setiap peristiwa
3. Menjadikan hati teguh dalam pendirian kerana adanya kebenaran, pelajaran dan peringatan

Seterusnya, yang ketiga, kita perlulah perhatikan adab pada bekas kemusnahan umat yang terdahulu. Dalam kesemua peninggalan sejarah, ada juga dalam bentuk yang tidak dapat dikenali lagi kerana sudah hancur dan berkecai. Apabila secara sengaja mahupun tidak, manusia zaman sekarang sering berjumpa dengan beberapa kesan kemusnahan yang menunjukkan kesan akan adanya kaum-kaum yang terdahulu di azab oleh Allah untuk manusia zaman sekaran menjadikan iktibar.

Baginda Rasulullah(Sejahtera Keatas Baginda) mengajarkan dan menceritakan adab secara khusus. Dalam sebuah hadis :

`Ibnu Umar r.a, diceritakan bahawa semasa Rasulullah dan para sahabatnya sampai di Al-Hijr, bekas perkampungan kaum Tsamud, baginda bersabda : Janganlah kamu sekalian masuk daerah orang-orang yang diseksa itu, melainkan kamu harus menangis. Bila kamu tidak menangis, janganlah kamu masuk daerah mereka, nescaya tidak akan ditimpa apa yang telah ditimpakan kepada mereka. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi bagi tajuk perjalanan bertujuan memerhatikan peninggalan sejarah, AM berhentikan setakat disini dahulu. Walaupun ada banyak lagi ayat-ayat yang menerangkan tujuan tersebut. Pada posting akan datang, InsyaAllah AM akan ceritakan jenis perjalanan di muka bumi yang bertajuk "Perjalanan Bagi Menuntut Ilmu Pengetahuan". Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut, nantikan posting akan datang.

Wallahu A'lam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...