Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Saturday, April 2, 2011

Mengamati Ciptaan Tuhan

The beautiful scenary. Pictures, Images and Photos

Berikutan dari post sebelum ini, posting kali ini AM nak terangkan antara 1 jenis perjalanan daripada 5 jenis perjalanan kita sebagai hamba di muka bumi. Jenis perjalanan yang pertama adalah perjalanan sambil atau untuk mengamati ciptaan Tuhan.

Tuhan menciptakan segala sesuatu, baik yang ghaib ataupun yang nampak supaya keberadaanNYA dapat dirasai. Ciptaan-ciptaan Tuhan itu juga adalah tanda-tanda keberadaanNYA. Islam menyebut sebagai ayat kauniyyah (ayat yang nyata). Di satu sisi, sebagai wujudnya kasih sayang Tuhan yang tidak terbatas, makhluk-makhluk itu diciptakanNYA untuk dimanfaatkan oleh makhluk lain, terutama manusia.

Manusia sememangnya makhluk yang diciptakan terakhir sekali. Manusia jugalah yang diberikan memanfaatkan keseluruhan ciptaanNYA. Tuhan sudah menetapkan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Dengan kedudukan ini, Tuhan memberikan keistimewaan kepada manusia dengan ditundukkannya semua makhluk yang ada di muka bumi untuk manusia, sehingga manusia boleh mengolah dan memanfaatkan kesemuanya.

Sebagai ayat kauniyyah, makhluk ciptaan Tuhan, termasuk manusia menyimpan potensi yang besar untuk mengenal Tuhan. Kamudian, potensi itu membawakanya menemui Tuhan kerana sudah menemui kesedaran diri disebabkan fitrahnya tersentuh hidayah Tuhan, baik secara langsung ataupun tidak langsung. Makhluk ciptaan Tuhan di muka bumi ini merangsang hasratnya bagi meneruskan perjalanan menemui Tuhan.

Setiap makhluk ciptaan Tuhan apabila diperhatikan dengan penuh kesedaran ada tanda-tanda yang mampu membawa mereka lebih mendekati diri kepadaNYA. Keserasian, keindahan, keunikan, kepelbagaian jenis dan watak-wataknya yang khas menunjukkan penciptaan Tuhan yang sangat luar biasa. Mustahil sekirana ciptaan yang luar biasa itu bukan dibuat oleh Pencipta yang luar biasa juga. Dialah Tuhan, Pencipta Agong yang tiada tandingannya. Apabila perkara ini sudah boleh kita sedari atau diterima, tentunya jiwa kita tergerak untuk terus mendekatkan diri kepadaNYA. Kesedaran seperti inilah yang membangkitkan getaran-getaran rohani dalam jiwa manusia dan bimbing manusia mencari Tuhan. Perhatikan Hadis dan Ayat-ayat berikut :

Surah Ar-Rad Ayat 2

اللَّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ۖ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۖ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُّسَمًّى ۚ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُم بِلِقَاءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ

Bermaksud : Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).

Surah Al-Furqan Ayat 61-62

تَبَارَكَ الَّذِي جَعَلَ فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا وَجَعَلَ فِيهَا سِرَاجًا وَقَمَرًا مُّنِيرًا وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ خِلْفَةً لِّمَنْ أَرَادَ أَن يَذَّكَّرَ أَوْ أَرَادَ شُكُورًا

Bermaksud : Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi. Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu).

Surah Ad-Dukhaan ayat 38-39

وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَمَا خَلَقْنَاهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Bermaksud : Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main; Tidaklah Kami menciptakan keduanya (serta segala yang ada di antaranya) melainkan kerana menzahirkan perkara-perkara yang benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).

Surah Qaf Ayat 7-8

وَالْأَرْضَ مَدَدْنَاهَا وَأَلْقَيْنَا فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍتَبْصِرَةً وَذِكْرَىٰ لِكُلِّ عَبْدٍ مُّنِيبٍ

Bermaksud : Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan dia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur? (Kami adakan semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan, (yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepadaNya (dengan taat dan berbakti).

Hadis Riwayat Abu Nua`im dan Baihaqi

"Fikirkanlah sahaja tentang makhluk (seluruh ciptaan Allah SubhanAllah Taala) dan janganlah kamu memikirkan zat Allah SubhanAllah Taala"

Ayat dan hadis di atas adalah serba sedikit tentang perjalanan untuk mengamati ciptaan Tuhan, ianya menjelaskan kepada kita sekiranya kita banyak bertafakur dan memerhatikan semua ciptaan Tuhan, kita memperoleh banyak manfaat. Antaranya membangkitkan rasa keyakinan tentang adanya pertemuan dengan Tuhan di akhirat nanti, mensyukuri nikmat pemberian Tuhan, menemukan pelbagai hikmah, memahami alam sebagai sebahagian daripada nilai-nilai kebenaran Tuhan dan mendapat pengajarn serta peringatan daripadaNYA...

Jadi sebagai kita sebagai hamba atau makhluk yang dikurniakan akal, seharusnya kita menjalani kehidupan dengan penuh hikmah, ada dikalangan ciptaan atau makhluk lain yang berbicara, kita cuma perlu mendengar dan menghayati agar kita sedar betapa kerdilnya diri kita di sisi Tuhan..

Bagi posting yang akan datang, AM akan ceritakan tujuan perjalanan yang kedua yakni perjalanan Memerhatikan Peninggalan Sejarah. Jadi nantikan posting yang akan datang untuk mengetahu lebih lanjut mengenai perjalanan kita sebagai hamba Allah, dalam melaksanakan kembara di muka bumi, InsyaAllah..

Wallahu A'lam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...