Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Friday, April 1, 2011

Dedikasiku Buat Arwah Safwan B. Hashim


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bagai nak tercabut jantungku mendapat berita pemergianmu sahabatku... Bagiku, aku telah kehilangan seorang sahabat sejati yang banyak membantu aku disaat aku bersenang dan berduka. Namun aku tidak dapat melawan ketentuan Ilahi, aku pasti, aku tahu, dan aku yakin, bahawa Allah lebih menyayangi dirimu... Timbullah rasa kedukaan atas pemergianmu. Aku ingin kau tahu bahawa, tanpa jasadmu disini, ingatan dan kenangan kita bersama tetap terpahat dihatiku...

Janji Allah Itu Pasti... Kullu nafsin za iqatul maut

Mahfuh Hadis Nabi yang bermaksud

Sesiapa yang meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malamnya diangkatlah daripadanya akan azab kubur

Dalam Riwayat Lainnya :

Sesiapa yang meninggal dunia pada hari jumaat atau malamnya, nescaya dituliskannya oleh Allah baginya pahala syahid, dipeliharanya dari seksa kubur, dengan syarat dia beriman.

Sahabat, aku sering bersamamu di bangku persekolahan, banyak masa kita peruntukkan untuk menjalinkan ukhwah sesama kita, aku tahu amalanmu, aku perbetulkan amalanmu sepertimana engkau perbetulkan amalanku. semoga ukhwah yang kita jalinkan di dunia, akan kita teruskan di Akhirat, InsyaAllah..

Sahabatku, akan aku teruskan perjuangan kita, ini janjiku padamu...

Ketika ku menulis warkah ini, terngiang di fikiranku akan lagu-lagu ciptaan kita, akan perjuangan kita di bangku persekolahan dulu... sungguh murni hatimu sahabat, walaupun kita bersama dalam mengarang lagu, mencipta lirik, namun engkau meletakkan namaku sebagai pengarangnya, engkau isikan namaku sebagai penciptanya.. Sungguh mulianya hatimu sahabat.. Allah sahaja yang dapat membalas jasamu sahabatku..

Engkau pergi meninggalkan kami pada 1 April 2011 Masihi (Jumaat) bersamaan 26 Rabiulakhir 1432 Hijriah setelah kembalinya dikau dari menjadi tetamu Allah di Baitullah..

Sahabat, akan ku tetap mengenangmu dalam doaku, dalam setiap langkahku, sehinggalah aku pula akan menyusuli dirimu...

Ketahuilah wahai sahabat, sesungguhnya aku menyayangi dirimu, dan aku bersyukur kepada Allah kerana telah memilih engkau sebagai sahabatku, semoga jalinan ukhwah kita akan berterusan di sana nanti..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Sahabat, semoga engkau aman dan bahagia di tempat rehatmu, sesungguhnya engkau telah pergi terlebih dahulu, dan aku pula pasti menyusul selepasmu...

Kepada Keluarga Safwan B. Hashim, tabahlah kalian, kerana sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..

Kepada sahabat-sahabatku, jika tidak keberatan, doakanlah kebahagiaan kepada mereka-mereka yang telah pergi terlebih dahulu sebelum kita, sedekahkanlah Al-Fatihah buat mereka.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.

Ya Allah, Aku Menyintai Sahabatku, Selamatkanlah Beliau, Tempatkanlah Beliau Dikalangan Orang Yang Beriman

Amin, Amin Ya Rabb

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...