Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Saturday, April 2, 2011

Melakukan Perjalanan Di Muka Bumi

Photobucket

Pelbagai Aktiviti yang dijalankan oleh manusia menunjukkan manusia itu hidup. Selalunya manusia sering ingin mempertahankan kehidupannya. Sebagai contoh manusia hidup di suatu tempat tertentu dengan ciri-ciri khas seperti kawasan persekitaran, keadaan sosial, aktiviti ekonomi dan sebagainya, berbeza dengan daerah lain.

Di kawasan tempat tinggal kita berkemungkinan besar kita tidak dapat memenuhi segala keinginan kita. Katakanlah kita berada di bandar-bandar besar yang menyediakan pelbagai barangan keperluan harian kita. Pada suatu sudut bandar, kita dapat melihat banyak kedai menjual barangan keperluan kita dan tidak ketinggalan juga ramai peniaga kaki lima ikut serta memeriahkan suasan kehidupan di bandar. Namun, pada suatu masa kita memerlukan suasana yang tenang dan tenteram, jauh dari hiruk-pikuk kota, sudah tentu di bandar tempat tinggal kita tidak dapat menikmati suasana seperti itu kerana di bandar suasananya bising dan jauh dari ketenangan.

Di tempat lain, seperti di kawasan pergunungan, di tepi pantai, di desa-desa dan di kawasan pedalaman hutan kita dapat merasakan suasa ketenangan dan ketenteraman yang kita perlukan. Oleh kerana itu, kita dengan rela hati pergi ke tempat-tempat itu bagi mencari ketenangan. Kita perlu melakukan perjalanan yang jauh bagi menikmati ketenteraman dan ketenangan yang kita perlukan. Di tempat yang jauh terpisah dari orang lain. Begitu juga bagi penduduk di pedalaman yang melakukan perjalanan ke tempat lain bagi memenuhi keperluan mereka. Ini kerana, di tempat mereka tidak tersedia barang-barang keperluan asas bagi memenuhi kehidupan harian mereka, di mana barang-barang keperluan asas itu tersedia di kawasan bandar. Sama seperti orang bandar, mahu tidak mahu orang-orang yang tinggal di kawasan pedalaman perlu keluar dari kawasan mereka bagi mencari barangan keperluan mereka supaya kehidupan harian mereka dipenuhi dan dapat diteruskan.

Begitulah adatnya, melakukan perjalanan ke tempat lain di muka bumi ini adalah suatu keharusan bagi manusia supaya dapat terus bertahan dalam menghadapi kehidupan ini. Namun demikian, Islam mengarahkan supaya perjalanan di muka bumi ini tidak hanya terbatas bagi memenuhi keperluan hidup sahaja. Lebih daripada itu, Islam Inginkan supaya perjalanan yang dilakukan dapat memberikan pengaruh pada peningkatan kualiti ruhiya (spiritual) dan dapat mendekatkan diri kita kepada Tuhan. Cuba kita perhatikan ayat-ayat di bawah ini :

Surah Al-Mulk Ayat 15

هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولًا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِن رِّزْقِهِ ۖ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Bermaksud : Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

Surah Ali Imran Ayat 137

قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِكُمْ سُنَنٌ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

Bermaksud : Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).

Surah Al-Hajj Ayat 46

أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

Bermaksud : Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

Surah Al-Ankabut Ayat 20

قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ بَدَأَ الْخَلْقَ ۚ ثُمَّ اللَّهُ يُنشِئُ النَّشْأَةَ الْآخِرَةَ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Bermaksud : Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Surah Ar-Ruum Ayat 9

أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۚ كَانُوا أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَأَثَارُوا الْأَرْضَ وَعَمَرُوهَا أَكْثَرَ مِمَّا عَمَرُوهَا وَجَاءَتْهُمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ ۖ فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَٰكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Bermaksud : Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

Surah Ghafir Ayat 21

أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ كَانُوا مِن قَبْلِهِمْ ۚ كَانُوا هُمْ أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَآثَارًا فِي الْأَرْضِ فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ وَمَا كَانَ لَهُم مِّنَ اللَّهِ مِن وَاقٍ

Bermaksud : Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah.

Ayat-ayat ini menerangkan kepada kita melakukan perjalanan untuk mencari rezeki yang ada di muka bumi ini, juga perlu diarahkan bagi membuka mata hati, menggunakan pancaindera untuk menyingkap hakikat sesuatu kejadian, memahami penciptaan makhluk-makhluk Tuhan yang akan dihidupkan semula di akhirat nanti. Kita juga perlu mengambil pengajaran dari sejarah manusia terdahulu yang diazab oleh Allah.

Jadi, apakah yang termasuk dalam kategori perjalanan yang dapat dilakukan supaya dapat mencapai maksud itu? Ada beberapa jenis perjalanan yang dapat kita lekukan bagi tujuan itu dimana AM akan terangkan satu-persatu dan dengan lebih lanjut dalam posting yang akan datang.. InsyaAllah

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...