Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dalam ketandusan idea, apabila membaca berita harian online yang bertajuk "Lelaki Arab Saudi dihukum pancung kerana membunuh", tiba-tiba terfikir pasal hukuman hudud.. Ada juga yang komen bertanyakan, adakah hukuman pancung itu merupakan hukuman hudud terhadap membunuh? Jelas sekali apabila hukuman hudud tidak dilaksanakan di Malaysia, maka tak ramai yang mengetahui apa itu hukuman hudud dan jenis-jenis hukuman hudud mengikut kategori kesalahan.. Oleh itu, Al Mumtahan akan menerangkan serba sedikit mengenai beberapa jenis hukuman hudud.
Pertama sekali kita lihat pengertian jenayah. Apa itu jenayah?
Jenayah ialah melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T atau menunggalkan sesuatu perkara yand disuruhNYA.
Kalau setiap perbuatan ada rukun dan hukum, apakah hukum-hukum Jenayah Islam?
Hukum-hukum jenayagh Islam dipecahkan kepada 3 kategori. Yang pertama ialah hukum hudud. Di ikuti oleh hukum Qisas dan hukum Ta'zir.
Apakah makna dan perbezaan hukum-hukum tersebut? Baiklah, Al Mumtahan akan terangkan serba sedikit disertakan dengan contoh-contoh hukumannya.
Hukum Hudud
Apa itu hukumam hudud? Baiklah, dari segi bahasa, hudud membawa erti menahan atau mencegah. Manakala dari segi istilah, hudud boleh ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As Sunnah yang WAJIB dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurangkan atau ditambah,
Seperti Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 229 :
وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Yang bermaksud :
Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Baiklah, sekarang kita lihat pula jenis-jenis jenayah hudud dan hukuman bagi jenayah tersebut.
1. Zina:
Dari konteks bahasa, zina ialah persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman:
Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
Apakah rasionalnya? Al Mumtahan pun tidak pasti. Tetapi masa di bangku sekolah dulu, Ustaz(Al Fadhil Ustaz Faisol Sheikh Mohamad merangkap pengerusi Darul Syifa’ Negeri Melaka) Al Mumtahan ada cerita. Rasional yang belum berkahwin disebat 100 kali adalah kerana, jika disebat, badan kita akan berkerja keras untuk menghasilkan antibodi untuk merawat luka kita. Jadi kenapa disebat? Jika kita lihat, kebiasaannya, penyakit HIV boleh berjangkit melalui persetubuhan, jadi mereka di sebat untuk menggalakkan merebaknya penyakit HIV kerana badan akan menghasilkan banyak antibodi.
Jadi kenapa yang sudah berkahwin tak kena sebat sebaliknya kena rejam? Ustaz Al Mumtahan cerita, mereka dah berkahwin, dah ada yang halal, dan dah merasa nikmat yang halal, kenapa perlu mencari yang haram. Maka kerana itulah mereka direjam.
Baiklah, seterusnya Qazaf:
Apa tu qazaf? Qazaf bukan sejenis kuih je sahabat. Dari segi bahasa yang mudah difahami, qazaf membawa erti menuduh zina. Yakni menuduh orang berzina tanpa bukti terhadap orang-orang yang baik. Atau dalam bahasa saintifiknya, memfitnah orang lain melakukan zina.
Apa hukuman bagi pelaku qazaf? Hukumannya adalah, jeng jeng jeng. Sebat 80 kali. Kenapa di sebat? Kalau kita ikutkan zaman moden teknologi IT dan Siti… Mesti kita pernah dengar saman fitnah kan? Atau lebih dikenali saman jutawan segera. Saman mintak ribu-ribu, juta-juta. Tup tup jadi jutawan. Zaman Rasulullah dulu, orang tak cintakan dunia, tak cintakan harta. Cukuplah sebatan sebagai bateri kesedaran dan tauladan supaya tidak membuat tuduhan melulu.
Ok next. Minum arak. Tak payah terangkan kut, rasanya ramai yang tahu arak ni apa. Ala, minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan keupayaan aka kewarasan akal fikiran kita ni. Hukumannya pula sebat sebanyak 40 kali.
Jika kita amati hadis pun ada perihat sebat-menyebat ni. Antaranya ialah :
إذا شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم
Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)
أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين
Ertinya : Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim)
Jadi kita lihatlah. Hukuman sebat ini dijalankan bukan tujuan untuk menyiksa. Tapi memberi pengajaran kepada pesalah. Lagipun, Islam dah meletakkan garis panduan. Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan. Dan lat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja. Satu lagi, tukang yang nak pukul tu, tak boleh angkat tangan melebihi paras ketiaknya. Dalam erti kata lain, bila nak sebat tu, kita yang tengok ni tak Nampak langsung ketiak dia. Dia hanya boleh angkat siku je.
Next slide.. Klik… mencuri. Ingat ye kawan-kawan, mencuri dan merompak lain hukumnya. Dan hukuman dia pun jadi lain lah.. sebab, mencuri ni ditakrifkan sebagai mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi, manakala merompak pula bermakna mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman. Takrif mengikut kamus dewan bahasa edisi keberapa pun Al Mumtahan tak pasti. Tapi itulah maknanya. :P
Hukuman bagi mencuri ialah potong tangan. Kenapa nak kena potong tangan? Kenapa kamu Tanya, tak cukup ke rezeki yang Allah bagi? Tahu tak minta sedekah lagi mulia dari mencuri. Dan memikul kayu api atau sampah-sampah yang dikutip untuk dijual adalah lebih mulia dari meminta sedekah? Usaha la kalau tak, tak perlu nak mencuri. Bukankah kalau kita jadi hamba yang bersyukur, Allah akan gandakan rezeki kita? Ish.. Ish.. Ish… tak mo mencuri-mencuri ye. Dosa. Kita ambil hak orang lain.
Dah tu kalau merompak macam mana pulak? Ambil harta orang lain juga. Itu memanglah. Tapi merompak ni menggunakan kekerasan.. ada tak orang masuk bank tanpa pisau/parang/pistol? Ada? Dia masuk bank buat catwalk, cakap saya nak merompak ni. Tolong bagi barang kemas semua boleh? Ada tak? Pernah jumpa? Rasanya tak ada lagi.
Yela-yela. Apa hukuman dia? Well, kalau rompakkan tu melibatkan pembunuhan, hukumannya macam biasa la. Nyawa dibalas nyawa. Kalau setakan merompak sahaja tanpa membunuh, hukuman dia potong tangan dan kaki secara bersilang. Tahu tak macam mana? Tak tahu? Kalau potong kaki dan tangan secara bersilang maknanya, kalau potong tangan kanan, potong kaki kiri. Kalau potong tangan kiri, potong kaki kanan. Kalau dia tak sering juga, tak ada erti keinsafan dalam kamus hidupnya, alamatnya, kalau kena tangkap kali kedua, terus tak ada tangan dengan kaki la jawabnya.
Owh macam tu, dah tu kalau dia cuba untuk merompak, tapi tak Berjaya. Kena tangkap. Macam mana pula tu? Ok. Kalau macam tu, dia dikira sekadar menggangu ketenteraman awam. Sebab dia tak sempat merompak, dan tidak membunuh. Dalam konteks ni, dia hanya akan dipenjarakan.
Sahabat Al Mumtahan, apakah hokum hudud yang paling berat? Hukuman paling berat ye? Kalau hudud, hukuman paling berat ialah Riddah. Hah? Riddah? Apa tu Al Mumtahan? Riddah ni ialah orang yang murtad. Tau murtad? Yakni orang Islam yang keluar dari agama Islam samada dengan perbuatan dan perkataan. Perbuatan dan percakapan? Macam mana tu? Kalau perbuatan, dia tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim, malah cara hidupnya pun tak melambangkan cara hidup seorang muslim. Kalau dari segi perkataan pula, selamba rock je dia cakap bukan Islam. Walhal sebenarnya dia agama Islam. Jangan main-main. Macam talak juga, tak boleh nak gurau-gurau. Baiklah Ustaz Al Mumtahan.. Uit, Al Mumtahan bukan ustaz la.. Hehehe.. dah tu, apa hukuman dia?
Hukuman bagi murtad ni tak boleh tergesa-gesa. Mula-mula kena siasat kebenaran. Ada macam CSI tak Al Mumtahan? Hai budak ni, main-main pula. Kita kena siasat dan kemudian kita beri dia tempoh untuk bertaubat selama 3 hari. Tapi Al Mumtahan,
Abu Dawud meriwayatkan, “Abu Musa datang bersama seorang laki-laki yang telah murtad. Kemudian Abu Musa menasihatinya selama 20 malam. Datanglah Mu’adz bin Jabal, kemudian menasihatinya, lelaki itu menolak. Kemudian dipenggal leher lelaki itu.”
Ayat ni kata 20 malam. Macam mana tu? Saudaraku, ini pula dinamakan ta’zir. Nanti Al Mumtahan akan terangkan dekat bawah ye? Baiklah. Jadi apakah hukuman bagi orang murtad ni Al Mumtahan?
Hukuman bagi orang murtad ialah bunuh. Rasulullah Saw bersabda:
“Barangsiapa mengganti agamanya (murtad) maka bunuhlah dia.” HR. Jama’ah
Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, bahwa Rasulullah Saw bersabda:
“Tidaklah halal darah seorang muslim, kecuali ia menjalankan salah satu dari tiga hal ini, iaitu (1) kafir setelah beriman; (2) berbuat zina setelah menjadi orang muhshan, (3) membunuh orang yang terjada darahnya.”
Maknanya, orang yang murtad, orang yang sudah berkahwin tetapi berzina dan orang yang membunuh. Maka kesemua hukuman adalah balas bunuh. Hukuman ini adalah mendatori, tiada kompromi tak ada slow talk. Tak boleh dikurangkan atau dipinda kepada hukuman lain tak kira samada penjara mahupun harta aka wang atau denda.
Owh macam tu. Apa pulak seterusnya Al Mumtahan? Kita akan teruskan pengembaraan kita bersama hokum qisas. Qisas? Ye qisas. Apa tu Qisas Al Mumtahan?
Qisas ni bermakna memotong. Memotong? Yup, memotong. Dari segi syarak, ianya beerti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W diatas kesalahan-kesalahan yang melibatkan individu. Owh macam tu. Apa jenayah-jenayah qisas?
Kesalahan yang diklasifikasikan dalam qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan. Haata sekalipun mata.
Owh.. jadi apa hukuman terhadap pesalah qisas ni?
Kalau mengikut hukum qisas, seseorang penjenayah dihukum sama seperti perbuatannya terhadap mangsa. Kalau dia potong telinga orang, kita potong telingan dia. Kalau dia bunuh orang. Kita bunuh dia balik. Sama juga seperti yang telah diFirmankan oleh Allah dalam surah Al-Maidah ayat 45
وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنفَ بِالْأَنفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ ۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَّهُ ۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Yang bermaksud :
“Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya”
Begitu rupanya. Abis tu Al Mumtahan, kalau orang kutuk-kutuk, maki-maki kita macam mana pula? Boleh ke kita maki balik?
Alamak, yang tu tak pasti la pulak sahabat. Tapi cuba kita renungkan ayat dari surah An-Nahl ayat 126 ni.
وَإِنْ عَاقَبْتُمْ فَعَاقِبُوا بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُم بِهِ ۖ وَلَئِن صَبَرْتُمْ لَهُوَ خَيْرٌ لِّلصَّابِرِينَ
Yang bermaksud :
Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.
Kalau kita tengok, kita boleh balas dengan balasan yang sama, sama juga macam ayat di atas tadi, jika nyawa di balas dengan nyawa. Tapi kalau kita baca sampai habis, Allah berfirman, “dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.” Sebaik-baiknya kita bersabar je. Kemudian kita minta maaf dan diikuti dengan doa agar orang itu diberikan hidayah.
Baiklah Al Mumtahan, saya ingat pesanan anda. Bagus, kita teruskan dengan Diat pula ye. Diat tu apa Al Mumtahan? Macam niat pula bunyinya. Banyak la kamu punya niat. Sebat nanti baru tahu. Maafkan kami. Ok, sila teruskan.
Baik, diat merupakan denda yang wajib dibayar kerana kesalahan atau jenayah sebagai ganti qisas. Kalau nak ambil contoh moden. Macam saman la juga. Kita salah, kena bayar saman. Jadinya, pandu cermat jiwa selamat. Ewah Al Mumtahan ni, macam iklan pula. Hehehe
Al Mumtahan, macam mana kadar diat tu? Bayar dengan duit ke macam mana? Baiklah, kadar diat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.Kadar penuh diat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah;
1. wang emas = 1000 dinar
2. wang perak = 10,000 -12,000 dirham
3. lembu = 200 ekor
4. kambing = 2000 ekor
5. Persalinan = 200 persalinan lengkap
Err. Al Mumtahan, 200 persalinan lengkap tu macam mana? Tak pasti la sahabat. Mungkin 200 persalinan lengkap tu pakaian serba lengkap, sebagai contoh, baju, seluar, kasut/ selipar, serban, tudung dan sebagainya, Wallahu A’lam. Nanti Al Mumtahan buat research dan tanya ustaz bagi mendapatkan kepastian ye sahabat.
Baiklah, bagi jenayah membunuh, kadarnya adalah seperti berikut,
1. Pembunuhan yang disengajakan yakni memang niat dia nak bunuh - 100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh aka on the spot) yang terdiri daripada ;
1. 30 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
2. 30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
3. 40 ekor Hulqah
Perlu di ingatkan, bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qisas atau diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qisas bunuh dikenakan.
Yang kedua, pembunuhan separuh sengaja. Eyh2.. jap2.. apa makna pembunuhan separuh sengaja? Ada pulak pembunuhan separuh sengaja. Ada la sahabat, pembunuhan secara separuh sengaja dia hampir sama dengan tidak sengaja. Tak sama tau. Katakan seorang guru merotan muridnya, dia tak ada niat pun nak membunuh, dan ditakdirkan, murid itu meninggal. Jadinya, dia tak ada niat nak membunuh tapi ianya terjadi, maka kadar diatnya adalah seperti berikut sama seperti di atas, yakni 100 ekor unta. Apa yang bezanya, ianya boleh ditangguhkan sehingga 3 tahun. Kalau membunuh dengan niat, perlu dibayar segera.
Owh, macam tu.. habis kalau membunuh dengan tak sengaja macam mana? Ok, membunuh dengan tidak sengaja tahukan macam mana? Memang tak ada langsung niat. Macam polis nak kejar penjenayah, tertembak atau terlanggar orang lain, tak sengaja la tu. Maka diatnya juga merupakan 100 ekor unta dan juga diberi tangguh hingga 3 tahun. Kadar diatnya adalah seperti berikut :
1. 20 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
2. 20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
3. 20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)
4. 20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)
5. 20 ekorBintuMukhad(unta betina berumur 2 tahun)
Namun perlu diingatkan, hukuman pembunuhan secara separuh sengaja ataupun tidak sengaja hanya dikenakan diat sahaja, tak dikenakan qisas. Dan hukuman diat bagi mangsa perempuan adalah separuh dari mangsa lelaki sama seperti mangsa hamba dengan mangsa yang merdeka. Dalam konteks ni, Jika kita buat salah kepada Allah, kita perlu meminta ampun daripada Allah, bertaubat kepadanya. Kalau dalam konteks membunuh, kita perlu meminta maaf dari waris mangsa tersebut.
Owh macam tu. Ingatkan semua sama je. Seterusnya apa pula Al Mumtahan? Kita akan teruskan penerbangan kita terhadap jenayah mencederakan. Kalau tadi kita bincang perihal membunuh, sekarang kita terbang kepada mencederakan.
Mencederakan ni macam insurans juga la. Ada kategori-kategori dia. Misalan kalau putus anggota berapa, kalau cedera berapa, kalau mati berapa. Kadar diat dalam kecederaan adalah seperti berikut:
1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal seperti terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
2. 50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu daripada kaki atau tangan, mata dan telinga.
3. 33 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah bagi luka yang melibatkan kecederaan di bahagian kepala namun tak menyebabkan hilang akal.
4. 33 ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah bagi luka yang melibatkan kecederaan di bahagian otak namun tak menyebabkan hilang akal.
5. 25 ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) seperti kelopak mata. Setiap satu kelopak mewakili 25 unta kalau dua-dua, jadilah 50 ekor unta
6. 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah untuk luka yang melibatkan patah-patah. Katakan macam patah kaki atau tangan.
7. 15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah untuk luka yang melibatkan patah-patah. Katakan macam patah kaki atau tangan dan menyebabkan tulang lari dari kedudukan asal.
8. 10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian seperti jari tangan atau jari kiri. Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta kalau patahkan semua, pandai-pandai la kira.
9. 5 ekor unta untuk luka Mudhihah atau Muwadhdhohah yakni luka yang menampakkan tulang.
Owh macam tu. Habis tu kalau dekat Malaysia ni, kita kena bayar dengan unta juga ke macam mana? Tak semestinya, ulama telah sepakat kadar diat boleh dibayar dengan wang yang sama nilai dengan harga pasaran semasa. Macam post di atas boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah;
1. wang emas = 1000 dinar
2. wang perak = 10,000 -12,000 dirham
3. lembu = 200 ekor
4. kambing = 2000 ekor
5. Persalinan = 200 persalinan lengkap
Contohnya Al Mumtahan ada dinar emas dimana sekarangnya berharga RM 786.00. itu baru satu dinar emas.
Kalau 1000 dinar emas
RM 786 x 1000 = RM 785,000
Katakana seekor lembu berharga RM3000
RM3000 x 200 = RM600,000
Baiklah, Destinasi terakhir kita ialah hukuman Ta’zir. Yakni hukuman yang dikenakan keatas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
Antara kesalahan yang termasuk dibawah kategori ta’zir adalah :
1. Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.
2. Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
3. Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
Jadi Al Mumtahan, macam mana nak hukum mereka?
Pertamanya, kita beri nasihat kepada mereka yang melakukan kesalahan kecil bagi kali pertama. Mudah-mudahan ianya tidak akan berulang lagi. Selain dari pada itu, kita berikan teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan memberikan teguran dan melaksanakan tindakkan bagi memastikan ianya dapat dibendung dan tidak akan berulang lagi di masa hadapan.
Hakim juga boleh memberi ancaman dengan menyatakan hukuman yang bakal diterima jika ianya masih melakukan kesalahan itu. Hakim juga boleh memerintahkan orang ramai agar memulaikan pesalah agar dia berasa tersepit sekiranya terus mengulangi kesalahannya.
Selain daripada yang disebut di atas, kita juga boleh membuat pengisytiharaan kepada umum, dengan niat pesalah akan berasa tertekan dan malu dan mudah-mudahan tidak lagi melakukan kesalahannya.
Cara lain adalah dengan mendenda atau merampas harta pesalah, selain daripada dikenakan hukuman penjara dengan ditetapkan tempoh-tempoh tertentu.
Kalau tak berkesan juga, maka boleh melaksanakan hukuman sebat dengan jumlah yang ditentukan oleh hakim bagi tujuan pengajaran. Hukuman buang daerah juga boleh dikenakan bukan untuk menggalakkan ianya membuat kesalahan di tempat lain, sebaliknya supaya dia merasa tertekan akibat tersisih keluarga dan sahabatnya. Akhir sekali, hukuman bunuh boleh dilaksanakan bagi kesalah ta’zir bagi memastikan dan menjaga kemaslahatan umum masyarakat sekeliling.
Owh macam tu. Baru tahu. Eleh, tahu la sangat. Kalau tahu, apa matlamat hukuman-hukuman ni? Ala, senang je tuh, matlamat hukuman ni semua adalah untuk melindungi masyarakat dari bahaya jenayah dan mencegahnya sebelum ianya berlaku. Selain tu, ianya untuk memperbaiki penjenayah dan memperbetulkan penyelewengannya. Kalau kita tengok sekarang, ada juga yang masuk penjara insaf dengan perbuatan dia. Betul tak Al Mumtahan? Betul, 8 markah untuk anda. Hehe.. ala, 8 markah je? Mana lagi 2? Lagi dua kalau kamu jawab matlamat hukuman ini adalah untuk membersihkan dosa penjenayah dan untuk menyelamatkan pesalah daripada azab akhirat. Yela2…
Nak markah lagi ke sahabat? Nak3. Wah, semangat Nampak, bagus. Jadi, apakah peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan di dalam masyarakat umum?
Err. Peranan ye.. Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya orang yang membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam. Selain itu, hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera. Dan hukuman jenayah Islam mengandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.
Bagus. Pandai. Ni, Al Mumtahan nak tanya satu lagi. Bukan pasal ta’zir tetapi mengenai Diat. bagaimana jika pesalah tidak mampu untuk membayar diat tersebut? adakah hukum diat dimansuhkan dan diteruskan dengan hukuman Qisas?
Macam ni Al Mumtahan, hakim akan bertanya kepada waris si mati, jadi diat tu datang dari keputusan pihak waris si mati. diat itu wujud atas sebab belas kasihan Allah kepada makhluknya dan sifat perikemanusiaan sesama manusia. Jadi jika pesalah tidak mampu untuk membayar diat, maka terpulang juga pada waris, samada untuk mengurangkan jumlah diat atau nak teruskan dengan hukuman qisas.
Alhamdulillah… Jadi, Kita Tangguhkan dengan Tasbih Kaffarah Dan Surah Al-Asr
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
وَالْعَصْرِ
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
Wallahu A'lam
Terima Kasih Kepada
Sahabat Blogger
Hudud Dalam Fiqh Islam - Mohd Said Ishak
Syariah dan Undang-Undang : Suatu perbandingan - Zaini Nasohah
Hudud : Hukum dan perlaksanaan - Prof Madya Datin Dr. Paizah Hj Ismail
Undang-Undang Jenayah Islam - Prof Madya Datin Dr. Paizah Hj Ismail
No comments:
Post a Comment