Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Monday, September 26, 2011

Siapakah Saya? Part II

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

kalau sebelum ni AM ada cerita mengenai pengalaman pertama sekolah di sekolah omputeh, AM nak sambung lagi cerita pengalaman AM disana.. Salah satu sebab kenapa negara barat lebih maju adalah kerana sistem pendidikan.. siapa setuju? angkat mouse tinggi2... turunkan... angkat keyboard pulak.. hehehe... senaman tangan...

salah satu yang AM kagum, ada sebuah taman dekat dengan sebuah universiti. AM tak ingat universiti apa. tapi, sepanjang jalan, yang hampir 1km, kerajaan diorang ada tanam pokok epal hijau. memang rangup.. sedap dia, masyaAllah.. memang sedapla.. berapa ratus batang pokok pun AM tak pasti, tapi, bila musim buah, sesiapa yang lalu, boleh ambil macam tu je. tak perlu bayar. siap ada yang buat picnic kat bawah tu dengan keluarga.. AM rasa kalau kat Malaysia macam tu, ramai yang pergi bawak bakul. kutip-kutip pastu jual.

sistem pendidikan pulak, memang mendahului dari sistem pendidikan di Malaysia. walaupun Malaysia mengamalankan sistem pendidikan dari barat, tapi tak sepantas mereka. cuba ingat balik. kita pernah belajar matematik, negetif tambah negetif akan jadi positif kan? kalau negetif tampah positif akan jadi negatif.. jadi, di Malaysia, kita belajar kalau tak silap AM di sekolah menengah.. Kenapa masa tu senang bagi AM untuk belajar? sebab, masa AM dekat BIS4 dulu, AM pernah belajar, masa tu AM darjah 3 kat sana, maknanya, umur 8 tahun, AM dah belajar subjek tu. balik Malaysia, belajar pulak dekat sekolah menengah. memang jadi tutor kepada sahabat la jawabnya.

Cuma satu je AM tak berapa suka mengenai sistem pendidikan mereka. Andai kata kita belajar sejarah atau geografi, kalau di Malaysia, kita akan belajar sejarah dan geografi Malaysia dan dunia, sebaliknya di sana, AM hanya di dedahkan dengan geografi dan sejarah British sahaja. sedih kan? huhu... tapi tu la hakikatnya. Salah satu sejarah yang AM belajar ialah melalui cerita, tak ingat pulak cerita apa. tapi mengenai seseorang tu dan kisah perang dunia kedua. Hah, dalam cerita tuh ada cerita mengenai askar British di Tanah Melayu. Masa tu teringat jugak kat rumah di Malaysia. Sebab masa di Moscom, tak pernah balik Malaysia dah, Almaklum la, dulu tak ada Air Asia.. huhuhu.. so raya pun dekat Moscow.

Walaupun duduk di Moscow, tapi cuti sekolah ikut British, sebab sekolah pun sekolah British. punbagaimanawalau, AM tetap kena belajar bahasa tempatan selain bahasa Inggeris, serabut memang la, tapi normal, diamana bumi dipijak di situ langit dijunjung kan.

Kalau bab makanan pulak, Astaghfirullah, bukan mudah nak cari makanan yang halal, jadi kami sekeluarga pun, pakat jadi macam mat salleh, hari-hari bantai makan roti je. huhu.. sampai kulit pun putih macam mat salleh. hehe..

almaklum la, kat sana 4 musim, ada musim panas, musim bunga, musim luruh, dan musim salji.. MasyaAllah, keadaan musim berubah, cantik yang amat ciptaan Tuhan. Manusia pulak sentiasa bergerak, mereka penuhkan masa dengan beraktiviti. Maaflah, bukan nak bangga dengan negara asing, tapi, walaupun mereka merupakan negara komunis, tetapi mereka amat pentingkan adab sesama manusia tanpa mengira agama dan bangsa. walau tak kenal, mereka tegur, kalau kita tak faham bahasa mereka, mereka tak jemu nak terangkan dengan bahasa mudah.

sepanjang di sana, ayah AM ambil cuti tanpa gaji selama 3 tahun. sebab asalnya kontrak umi AM selama 3 tahun je, selepas tamat, 3 tahun, ayah AM terpaksa pulang ke Malaysia untuk menyambung tugasnya. Jadi tinggallah AM, adik dengan umi di sana. sebab kerajaan Malaysia akan sponser pendidikan hingga year 7 je, kalau kat Malaysia kira tingkatan satu la, jika naik year 8, kena bayar sendiri la. oleh sebab itu, selepas abang dengan kakak habis year 7, mereka sambung tingkatan 2 dekat Malaysia. tinggallah kami bertiga di bumi asing..

Sepanjang ayah AM di sana, ayahlah yang buat kerja-kerja rumah semua, memasak, mengemas dan ayah juga menghantar dan menjemput kami ulang alik ke sekolah. kalau tak ada kerja di rumah, ayah akan menyesatkan diri di bandar Moscow, jadi bila kami cuti sekolah, ayah akan bawak pulak kami jalan ala2 pemandu pelancong. kalau musim salji, tak salah kalau kami jalan tak bawah gelengsor. memang ayah akan bawak kami pergi taman yang ada bukit, dan kami sekeluarga akan berhibur sekeluarga. pernah juga kami buat patung daripada salji, ala, yang orang panggil snowman tu.. sungguh indah waktu tu.. kalau musim salji juga, mereka akan buat arca daripada ais, mesti sahabat pernah tengokkan dalam tv? ada arca dari pasir, ada dari ais. memang kreatif betul. siap diorang buat ala2 istana dari ais dan siap ada gelongsor lagi.. memang kenangan yang terindah la kiranya.

Puasa? tak payah cerita, memang mabeles betul la kalau musim puasa kat sana. mesti sahabat tahukan moscom kat mana? atas nuh, bawah kutub utara. jadi waktunya memang berbeza dengan malaysia. kalau dekat sana, bila musim salji, pukul 8 malam pun macam pukul 4-5 petang lagi. cerah lagi. jadi bila putaran berbeza, maka waktu pun berbeza la.. kalau kita dekat malaysia biasanya subuh pukul 5 lebih pukul 6, kat sana subuh pukul 2-3 pagi. ni nak habaq kat hang.. hehe.. selalunya, puasa mesti sekolah gak, tak pernah AM merasa puasa waktu cuti kat sana, selalu time sekolah. ok. katakan AM sahur pukul 2 pagi, buka puasa pukul 4 petang. jadi lepas solat subuh, tidur la pulak.. dalam pukul 6 tu bangun dan siap-siap. pergi sekolah pukul 7. perjalanan dari rumah nak ke sekolah makan masa lebih kurang 1 jam. jadi pukul 8 sampai. 8 suku mula kelas. sehingga tamat pukul 3 petang.. dekat sekolah sana, rehat 2 kali. rehat pertama dipanggil break dan selama 30 minit, rehat kedua dipanggil lunch selama 1 jam. Selalunya waktu rehat di malaysia, murid akan pergi kantin makan kan? kalau sekolah rendah ada la murid yang main-main. dekat sana, mereka makan waktu break dan waktu lunch, jarang ada orang makan, stor sukan akan dibuka, dan murid biasanya mengambil alatan sukan dan bermain. jadi mereka cergas mental dan fizikal. jadi berbalik kepada puasa tu, kalau waktu sekolah pun, tak terasa penat, walaupun pelajaran mereka advance, tapi mudah faham, memang cikgu2 kat sana tak pentingkan gaji, asalkan anak murid faham. jadi walaupun bersukan waktu puasa, memang tak penat. Almaklum la, budak-budak kan suka main. ok.. balik sekolah pukul 3, perjalanan mengambil masa selama sejam. jadi sampai rumah lebih kurang pukul 4. sampai rumah, mandi2.. salin2. tup tup... nak berbuka dah.. jadi takla terasa lapar kerana sentiasa penuh dengan aktiviti.

jadi itulah serba sedikit pengalaman sepanjang berada di moscom. bumi komunis. InsyaAllah posting akan datang, AM akan cerita lagi mengenai diri dan pengalaman AM. Seperti posting sebelum ini, kalau sahabat nak tahu serba sedikit mengenai AM, boleh je tanya, dan InsyaAllah AM akan jawab semua soalan sahabat sekalian. InsyaAllah sehingga bertemu lagi pada posting akan datang. semoga Rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...