Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Wednesday, September 28, 2011

Who Am I? Part IV

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hari ni, AM sambung lagi kisah-kisah AM.. Maafla ye kalau posting ni tak memberi banyak info seperti posting-posting yang lain, AM cuma nak perkenalkan diri dan beberapa kisah hidup AM.

Sebelum ni pun, AM ada cerita serba sedikit pengalaman AM. Hari ni, AM sambung sikit lagi. Rasanya AM cerita sikit la mengenai pengalaman AM di Moscom. Habiskan seringkas mungkin. Pada posting akan datang baru AM cerita serba sedikit mengenai kisah AM sekembalinya dari Moscow.

Masa ayah ada, kami sekeluarga dibawa jalan-jalan oleh ayah. Ayah la yang jadi pemandu pelancong kami, sebab semasa kami pergi sekolah, umi pergi kerja, ayah kemas-kemas dan masak di rumah. jika tiada kerja, ayah akan bersiar-siar di tempat baru dan seterusnya bawa kami berjalan. AM teringat lagi, satu hari ayah pergi jalan-jalan. masa tu kami ke sekolah dan umi pergi kerja. Dalam perjalanan tu, ayah jumpa 1 pasar. kemudian-kemudian ayah bawa kami dan seterusnya beberapa ahli diplomat lain, sehinggakan mereka menamakan pasar tu sempena nama ayah AM iaitu pasar Omar. huhu.. Fames ayah AM.. :P

Selain tu, kami sekeluarga juga pernah bercuti di Warsaw, Zavidovo dan Saint Petersburg. AM cerita serba sedikit la ye mengenai Zavidovo. Yang lain-lain tak perlu rasanya. huhu. Zavidovo ni, terletak berhampiran sungai Volga. Sungai terbesar di Russia. Masa kami pergi bercuti tu, bukan keluarga kami sahaja, tetapi beberapa keluarga lain. Masa tu musim salji. Kalau kawan-kawan tengok dalam cerita omputeh, bila musim salji ada yang bawak moto atas salji tu kan. hah, AM pernah bawa moto tu, masa tu AM berumur 8-9 tahun. sebenarnya, moto tu tak ada "trottle" pun macam moto biasa. untuk bergerak, ada butang macam starter tu. tekan tu baru dia gerak.

Kat situ dia macam rumah tumpangan di kawasan tasik. Memang best giler kentang kat situ. Ada spa, ada sauna, ada kolam renang. Kitorang kebal je pergi mandi kolam. Tapi lepas tu, sorang-sorang selubung selimut. Hahaha. Cari pasal musim salji mandi kolam. Walaupun kolam tu indoor. sejuk tetap ada.

Masa tu AM sekeluarga pergi. Termasuklah Atan dengan Boris. Siapa atan dan Boris ni? Sebenarnya, Atan dengan Boris ni, anak angkat umi dan ayah berasal dari Moscom. Anak tempatan la kiranya. Hehe.. Tapi, bukan manusia. Kucing meow meow. macam mana jadi anak angkat pun AM tak pasti la, yang AM tahu, satu hari lepas balik dari sekolah, tiba-tiba kat dapur bunyi kucing. AM fikir gak, sejak mana ada kucing? nak kata masuk ikut tingkap, mustahil. AM dok umah appartment. dok pulak kat tingkat 3. Rupanya penyelia appartment tu yang bagi anak kucing. masa tu macam-macam nama pelik ada. Last-last umi bagi nama Atan. memandangkan kucing jantan. Mula-mula sekor je. Tapi bila tengok dia bosan, penyelia appartment tu pun bagi la adik si Atan dan umi pula bagi nama Boris. Selepas tu, Atan dan Boris bersama kami, termasuklah semasa kami balik Malaysia selepas kontrak umi tamat. Siap beli tiket tau. Diorang naik sekali, duduk atas kerusi. Hehe.. Almaklumla. Ahli keluarga. Tapi sayang seribu kali sayang. Walaupun musim panas di Moscom, tapi di Malaysia lagi panas. Atan dan Boris tak tahan. Tak lama lepas tu, mereka mati. Sedey oo waktu tu. Kami jaga dari kecil lagi. Walaupun sekarang masih pelihara kucing. Tapi Atan dan Boris tak akan ada pengganti

Nak cerita sikit kisah Atan Dan Boris. Walaupun diorang nakal, almaklumla, haiwan. tapi mereka bijak. Bila dah biasa, panggil je diorang datang. Waktu kami makan atas meja, mereka tak pernah panjat meja atau bunyi ngiau ngiau mintak makanan. diorang dok senyap je tunggu orang habis makan. Paling AM tak boleh lupa, adik AM masa tu umur 5 tahun, penakut lagi nak pegi tandas, jadi kalau dia pergi tandas, dia tak akan tutup pintu. jadi kadang-kadang Atan atau Boris la yang teman dia. Satu hari ni pintu tandas tak tutup, jadi AM masuk la nak qada hajat, masuk-masuk je, AM nampak Atan duduk dalam mangkuk tandas (tandas duduk), AM ingat dia tergelincir ke apa, rupa-rupanya, Atan tengah qada hajat. Bila cerita kat semua, semua pakat gelak, tapi AM sorang je la yang nampak peristiwa tu.

Kebanyakkan peristiwa dan kenangan semasa di Moscom, ada dirakamkan didalam gambar dan video. Dah lama AM tak tengok video tu. Sesungguhnya memang kenangan yang indah-indah. Selepas pulang ke tanah tumpahnya darah, walau macam mana pun AM berusaha, untuk dapatkan pengalaman seperti di Moscow tak pernah tercapai. Sungguh AM rindu saat itu, semoga diizinkan Allah untuk melawat sekali lagi bumi Moscow.

AM pun taknak cerita banyak-banyak perihal pengalaman di Moscow. Mulai posting yang akan datang, AM akan cerita serba sedikit pengalaman AM sekembalinya dari Moscow. AM tiba di Malaysia selepas kontrak umi tamat pada hari raya pertama tahun 2000. Setelah 4 tahun duduk di Moscow. AM rasa tak perlulah AM cerita perihal transit-transit. Kerana kami tak naik penerbangan terus dari Moscow ke Malaysia, Sebaliknya transit ke tempat lain. Jadi kiranya, AM pernah pergi ke Turkey, Amsterdam, pergh, MasyaAllah, tulip-tulip di Amsterdam sungguh cantik dan indah. huhu. Kami juga pernah singgah di Arab Saudi, tapi di Arab Saudi tak singgah 3-4 hari seperti tempat-tempat lain. Transit beberapa jam sahaja.

Itulah serba sedikit kisah keluarga AM pergi melancong dan kisah anak angkat yang kami sayang yakni Atan dan Boris. InsyaAllah pada posting akan datang, AM akan ceritakan serba sedikit kisah hidup AM selepas pulang ke Malaysia. AM bukan nak buat diari ya. Sekadar nak memperkenalkan sejarah ringkas penulis blog MahabbasIslamiyah.Blogspot.Com... :)

Semoga Rahmat Allah Sentiasa Bersama Kita.. InsyaAllah.. Amien...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...