Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Friday, September 30, 2011

Khutbah Jumaat 30 SEPTEMBER 2011 / 2 ZULKAEDAH 1432H (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

Lorong Kegelapan

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dalam melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan dengan demikian kita tergolong di kalangan orang-orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Mimbar pada hari yang mulia ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk: “ Lorong Kegelapan”.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Islam adalah agama fitrah. Setiap perkara yang terkandung di dalam Islam bersesuaian dengan fitrah manusia sebagai khalifah alam ini. Sebagai contoh, manusia cenderung menghambakan diri kepada apa yang dicintainya. Oleh itu Islam memberi petunjuk, kepada siapakah seharusnya kita menghambakan diri.

Walaupun manusia menyukai harta dan kekuasaan, anehnya, mereka tidak suka jika disebut sebagai hamba harta atau hamba dunia, meskipun sikap mereka sedemikian. Tetapi kita redha dan suka jika disebut-sebut sebagai hamba Allah S.W.T, ertinya, fitrah manusia memang ingin menjadi hamba kepada Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam.

Begitulah Islam agama fitrah. Apabila perkara itu bertepatan dengan fitrah manusia, maka Islam amat menggalakkannya. Allah S.W.T yang menciptakan fitrah dan keinginan manusia, maka Allah S.W.T sahajalah berhak menentukan cara bagaimana keinginan fitrah itu dapat dipenuhi oleh manusia. Sekiranya keinginan fitrah tersebut tidak tercapai maka manusia akan merasa susah, dukacita dan gelisah.

Namun tanpa petunjuk dan taufiq daripada Allah S.W.T, nafsulah yang akan memimpin manusia untuk melaksanakan kehendak dan keinginan itu secara liar tanpa kawalan. Jadi, hasilnya akan merosakkan diri manusia.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Salah satu fitrah manusia adalah kecenderungan untuk berhibur. Naluri manusia perlu untuk berhibur sebagaimana jasad lahiriah manusia perlu untuk beristirehat. Jika tidak dipenuhi maka akan memberontaklah jiwa manusia dalam menjalani kehidupan ini.

Lantaran itu, bagi memenuhi tuntutan itulah kita dapat lihat betapa majunya teknologi hiburan ketika ini. Semuanya bertujuan untuk memuaskan keinginan batin manusia.

Namun, sebenarnya naluri manusia manakah yang hendak dihiburkan? Persoalan inilah yang perlu kepada penyelesaian secara telus dan jujur agar manusia dapat dikembalikan ke landasan yang betul daripada lorong-lorong kegelapan dunia yang semakin mengila.

Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Hadid ayat 9:

Bermaksud: “ Dialah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana dia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu. ”

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Selain memiliki jasad secara lahiriah, manusia juga memiliki unsur ruhaniah lain sepereti akal, nafsu dan hati. Melihat kepada kesan hiburan-hiburan tersebut pada diri manusia maka dapat kita tentukan hiburan yang menjadi santapan akal, nafsu atau hati.

Sebagai contoh, berhibur melalui akal dapat mempelajari hal-hal baru, ilmiah dan berwawasan. Islam mendorong keinginan untuk berhibur sejajar petunjuk Allah S.W.T yang menciptakan manusia.

Jika yang dipelajari itu adalah ilmu hitam seperti sihir, khurafat dan tahyul, maka Islam amat melarang kerana ia hanya membawa kerosakan. Jangankan ilmu sedemikian, ilmu agama pun akan membawa keburukan jika tidak dikaitkan dengan tauhid dan akhlak.

Ilmu tersebut hanya akan menjadikan manusia sombong, merasa mulia,

bermegah-megah, hasad dengki, ego dan sebagainya. Apatah lagi ilmu-ilmu yang lain jika tidak dikaitkan juga dengan ketuhanan.

Begitu juga berhibur mengikut hawa nafsu. Sudahlah tidak mendidik dan mendisiplinkan nafsu agar tunduk kepada fitrah kita yang ingin menghambakan diri kepada Allah S.W.T, malah menjadikan nafsu merajai jiwa.

Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Selain itu, Islam juga bukan agama anti hiburan dan seni. Cuma setiap perkara di dalam Islam, ada batasan dan disiplinnya.

Sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Muslim daripada Abu Musa al-Asy’ari R.A, sabda Rasullullah S.A.W:

Bermaksud: “ Seandainya kamu melihatku ketika aku mendengarkan suaramu malam tadi, sungguh kamu telah diberi seruling dari seruling keluarga Nabi Daud.”

Dalam hadis tersebut baginda memuji kelunakkan suara Abu Musa al-Asy’ari yang menunjukkan betapa Baginda bertindak bagaikan lembaga penapisan dan penilaian seni atau hiburan, agar tidak menyanggahi batasan agama yang murni ini.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Islam tidak jumud sehingga menjadikan hidup ini kaku dan tiada langsung hiburan dan keseronokan dengan kadar yang tidak melampaui batas sehingga boleh menghilangkan matlamat sebenar kehidupan.

Hiburan yang melampau telah disepakati haram dan umat Islam sewajarnya dilarang daripada menyertainya. Perbuatan ini tidak mendatangkan manfaat, bahkan sia-sia dan membawa keburukan. Bukankah Islam menggalakkan umatnya menjauhkan diri dari perkara sia-sia dan perkara yang mendatangkan kecelakaan?

Apakah yang dikatakan hiburan melampau?. Kefahamannya di sini ialah suatu perkara yang mengembirakan dan menyenangkan hati tetapi dilakukan secara berlebihan dan keluar dari batasan syariat Islam yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Sekiranya diamati, hiburan melampau datangnya dari pengaruh golongan musyrik yang jauh dari tuhan dan mencari jalan untuk mengembirakan diri dengan hiburan. Agenda yang dirancang oleh golongan Yahudi dan Nasrani ini bertujuan untuk merosakkan akhlak dan perkara yang lebih membimbangkan adalah merosakkan akidah umat Islam.

Melihat kepada trend perkembangan masyarakat pada hari ini, secara terang-terangan ia telah membawa keruntuhan akhlak ummah, juga mendorong kepada masalah sosial.

Ini dapat dibuktikan dengan isu-isu yang berlaku dewasa ini seperti kes pembuangan dan pembunuhan anak kecil уаng tidak berdosa akibat perbuatan zina, penyalahgunaan dadah, minum arak dan sebagainya. Semua ini berpunca dari pengaruh hiburan yang tidak terkawal yang akhirnya mendorong kepada

perlakuan dosa-dosa besar.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Kelompok masyarakat hari ini menganggap menonton rancangan dan hiburan yang ditayangkan samada program realiti, filem-filem seram, lawak-lawak komedi dan lain-lain di kaca televisyen, sebagai perkara biasa, tetapi malangnya mereka tidak tahu kesannya terhadap akhlak dan moral.

Antara jelas sekali terdapat unsur-unsur percampuran antara lelaki dan perempuan, pendedahan aurat dan lebih bahaya lagi mengakibatkan akidah juga terguagat.

Secara ringkasnya, banyak keburukan dan kesan negatif melalui hiburan yang melampau, termasuklah merosakkan agama, bangsa dan budaya orang Islam itu sendiri. Manakala bagi remaja yang asyik dalam dunia hiburan, kesannya amat membimbangkan seperti keciciran dalam pelajaran dan rosak akhlak sebagai seorang pelajar.

Dewasa kini hiburan melampau terus dihidangkan sehingga banyak masa umat Islam dihabiskan untuk berbincang tentang gosip artis dan filem, sedangkan masalah yang besar bagi membangunkan umat diabaikan.

Umat Islam merasa senang hati untuk hadir ke program hiburan tetapi pada masa yang sama merasakan satu seksaan dan deraan bila diminta menghadiri majlis keagamaan dan program-program yang menggerakkan kerja-kerja Islam.

Inilah hakikat yang terpaksa kita telan kepahitannya dek kelekaan mengejar umat Islam nikmat duniawi sehingga sanggup mengabaikan tuntutan dan tanggunggjawab yang sepatutnya dilaksanakan.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah hari ini seperti berikut:
Pertama: Fitrah keinginan manusia yang gemarkan hiburan perlu kepada panduan dan pedoman Islam
Kedua: Hiburan yang melampaui batas-batas keagamaan wajar ditolak dan dijauhi oleh segenap umat Islam
Ketiga: Jiwa manusia perlu diisi dengan roh ketenangan yang abadi iaitu al-Quran.

Firman Allah di dalam surah al-Fath ayat 4:

Bermaksud: “(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Klik Untuk Muat Turun Teks Khutbah >> SINI (Rumi)
Klik Untuk Muat Turun Teks Khutbah >> SINI (Jawi)
Klik Untuk Muat Turun Teks Khutbah >> SINI (Powerpoint)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...