Kehadapan blog yang ku kasihi.. cewah.. macam nak tulis surat cinta pun ada.. hehe..
kat mana ye kita berhenti semalam? oh ye. pasal puasa. macam post sebelum ni, puasa dekat sana memang best. tak terasa penat, nak-nak lagi bila musim sejuk.. tak penat langsung rasanya. Alhamdulillah Allah beri kekuatan..
Kalau nak cerita soal agama pulak, biasa-biasa je. Kalau nak cari daging halal, ayah terpaksi pergi ke masjid untuk beli daging. jarak dari rumah nak ke masjid tu, lebih kurang 1 jam jugak la. jadi kami selalu makan yang biasa-biasa je. roti, spaghetti, dah pizza segera yang panaskan guna microwave.. masa dekat sana, ada juga seorang ustaz, tak ingat pulak nama dia.. Dia la yang ajar AM dengan adik mengaji semua.. bila tamat kontrak dia, AM mengaji dengan ayah pulak. Bila ayah balik Malaysia, umi pulak jadi ustazah AM.. :)
suasana sekolah dekat sana memang jauh berbeza. kalau kita tengok cerita omputeh, mesti remaja-remaja diberi kerja rumah. tapi sebenarnya, tak ada pun kerja rumah dekat sana. kebanyakkan sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah. Semua buku teks dan buku kerja diberi secara percuma.. Mereka juga menyediakan locker atau almari, jadi murid pergi sekolah berlenggang.. hanya bawak diri. ini baru situasi di sekolah rendah. bila masuk sekolah menengah baru ada kerja rumah, tapi tak banyak. lebih kurang 1-2 kerja rumah dalam seminggu sahaja. tapi, kalau tak buat kerja, nanti kena detention. kena tahan waktu rehat. tak boleh rehat, kena duduk dekat perpustakaan dan siapkan kerja rumah. kalau dekat Malaysia, habis kuat pun, cikgu rotan je. Tapi dekat sana, mereka tak menggunakan kaedah rotan. Sepanjang 4 tahun dekat sana, tak pernah sekali pun AM dengar atau tengok murid dirotan.
AM masih ingat sahabat baik AM masa sekolah dulu. Nama dia Mugambi, dia berasal dari Nairobi, Kenya.. walaupun dia bukan beragama Islam, tapi AM boleh katakan, dialah sahabat sejati AM.. Apa la agaknya khabar dia sekarang. Sambung belajar ke, dah kerja ke, tak pasti la. Lost contect macam tu je. Sedih pun ada. Semua kawan-kawan dekat sana lost macam tu saje. Rindu kawan-kawan AM dekat sana. Kalau sebelum ni AM ada cerita mengenai abab penduduk moscom, kali ni AM nak cerita serba sedikit mengenai adab warga British International School. walaupun berbeza agama dan warna kulit, tapi kami diajar, setiap manusia ditentukan melalui perbuatan buruk dan baik mereka. bukan bedasarkan agama mahupun warna kulit. Kami saling menghormati agama masing-masing, adab masing-masing. Tak pernah timbul isu langsung. Kalau kita tengok dalam cerita omputeh, mesti ada kes-kes buli, gaduh dan sebagainya, tetapi hakikatnya, mereka menghormati antara satu sama lain.
C.I.N.T.A?? haha.. biasala, masa tu umur berapa, AM dekat sana antara 8-11 tahun. kecik lagi, tak tahu arti chenta lagi. tapi, chenta monyet tahu la. hahaha... Nama dia Maria, dia berasal dari Yugoslavia.. Apa agaknya khabar dia sekarang. Tak tahu la belajar ke, kerja ke ataupun dah ada anak. Bila kenang balik, hahaha, memang melucukan.
Bila fikir-fikir balik, macam kita juga la, bila ingat kenangan lama, kadang-kadang rasa lawak, rasa nak gelak sorang-sorang pun ada. Macam bila AM tengok gambar kelas masa di Moscom dulu, nak gelak je tengok, walaupun gambar sendiri. Almaklumla. gambar masa baby face. muka budak-budak lagi. Bila tengok gambar-gambar kawan-kawan dengan cikgu, Mr Sloan, Mr Large, rindu rasanya. pastu cikgu Santa Maria, cikgu bahasa sepanyol AM. Selain dari bahasa Inggeris dan bahasa Russia, kami boleh pilih satu bahasa antara German, Spanish ataupun French. Dan AM pun pilih la Spanish. Tak sangka pulak Maria pun ambil Spanish. Hanya 3 orang yang ambil Spanish, AM, Maria dan Genie kawan baik Maria. Bermakna dalam kelas tu, 3 perempuan dan AM sorang je lelaki. Tapi budak-budak.. Jenis tak tahu malu lagi.. hahaha.. terkenang banyak peristiwa bila kenangkan, tengok gambar dan sijil-sijil AM.
Satu lagi perihal sekolah British ni, dia macam korea atau china juga. Dimana nama ayah di depan. kebanyakkan sijil AM sepanjang berada di British International School tulis "Che Omar Mohammad Syafiq".. dia akan tulis nama ayah nama murid. Mula-mula AM ingat salah. Rupanya memang macam tu stail mereka. kemudian pulak Pengetua situ kawen,(tak ingat pulak nama cikgu perempuan tu), bila dia kawen, dia tukar la nama jadi Mrs. Podovinikov, kami panggil Mrs P je. jadi mereka akan ikut nama ketua keluarga.
Uwargh.. jam menunjukkan pukul 10. AM pun nak rest. Esok ada amali pulak. Tambah dengan presentation. Adatla sebagai seorang pelajar. Kalau Rentap selalu kita dengar "Agi Idup Agi Ngelaban" yakni selagi hidup selagi tu berjuang. jadi lebih kurang. Selagi hidup selagi tu menuntut ilmu. InsyaAllah AM akan sambung cerita mengenai diri AM dan pengalaman AM. Sekali lagi, jika sahabat ada apa-apa pertanyaan, amatlah dialu-alukan dan InsyaAllah AM akan jawab semua pertanyaan sahabat. Hingga bertemu lagi pada posting akan datang.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
No comments:
Post a Comment